Bab 3

Mature Content Series 6285

Pagi pertama selepas bertandang ke rumah pihak lelaki keesokannya itu terasa begitu asing bagi Ariana.

Ketika dia membuka mata,terasa seolah bagaikan mimpi, terjatuh di tempat yang tidak dia kenali.

Suasana sunyi, hanya kedengaran burung-burung berkicau dari pohon besar di halaman rumah banglo keluarga Rafael.

Dia menoleh ke sisi katil; kosong. Rafael tidak ada di situ.

Malam tadi lelaki itu langsung tidak menyentuhnya,seperti malam pertama mereka menikah dua hari yang lalu hanya melelapkan mata di sofa panjang yang terletak di hujung bilik.

Ariana menarik nafas panjang.

Hatinya berat, seolah-olah menanggung beban yang tidak pernah dia pinta.

Dia melangkah perlahan ke jendela, memandang keluar.

Di halaman, beberapa pekerja rumah sibuk menyapu daun kering, dan kelihatan Puan Helena sedang duduk di gazebo sambil meneguk secawan kopi, wajahnya tenang tetapi pandangan matanya penuh perhitungan.

“Awak dah bangun rupanya.” Suara Rafael kedengaran dari arah pintu.

Ariana berpaling, melihat suaminya itu yang sudah pun bersiap dengan kemeja putih yang sudah kemas dipakai, seolah-olah sudah bersiap untuk keluar.

“Selamat pagi,maaf terlewat bangun” ucap Ariana perlahan.

Rafael sekadar mengangguk, wajahnya dingin.

“Nanti sarapan dengan Puan Helena di bawah. Saya ada urusan, mungkin balik lewat.”

"Puan Helena?" gumam Ariana hairan, dia tahu siapa yang suaminya maksudkan itu.

Wanita seksi yang dia lihat di gazebo tadi.

Tetapi kenapa Puan Helena? Tetapi tak ada kata ganti nama yang sesuai untuk wanita itu? Apakah Rafael tidak satu kepala dengan ibu tirinya itu? Itulah yang Ariana fikirkan saat ini.

"dia ibu tiri saya, bukan ibu kandung" ucap Rafael akhirnya kerana melihat wajah bingung Ariana.

Hanya itu....???

Tiada senyuman, tiada nada mesra. Sebelum Ariana sempat berkata apa-apa, Rafael sudah menolak kerusi rodanya keluar, meninggalkan wangian yang samar-samar.

Gadis itu menghela nafas.

Hubungan ini bukan permulaan indah seperti novel cinta yang selalu dia baca.

---

Di meja makan, Ariana duduk bertentangan dengan Puan Helena.

Wanita itu kelihatan anggun dengan gaun satin berwarna biru tua, rambutnya disanggul rapi.

Sekali pandang, dia seperti wanita korporat yang penuh kuasa.

“Makanlah,” ucap Puan Helena sambil menyuap roti bakar dengan tenang.

“Sebagai menantu baru, kamu harus cepat biasakan diri dengan rumah ini. Jangan nampak kekok sangat.”

Ariana hanya menunduk. “InsyaAllah, Puan…”

“Panggil mama,” potong Puan Helena, matanya tajam menikam.

“Kalau masih mahu dianggap isteri Rafael.”

Ariana mengangguk perlahan. “Baik, mama.”

"tetapi lelaki itu tidak memanggilnya mama.." gumam Ariana dalam hatinya.

Puan Helena tersenyum nipis, puas melihat Ariana menurut.

Namun selepas itu, kata-kata wanita itu mula berbisa.

“Kamu tahu kan, perkahwinan ini bukan pilihan Rafael? Kalau bukan kerana janji antara keluarga kita, tak mungkin dia terikat dengan kamu. Jadi… jangan pula kamu berangan lebih-lebih. Tugas kamu hanya pastikan dia tidak lari dari tanggungjawab.”

Hati Ariana bagai ditoreh.

Seorang lagi manusia yang tersenarai dalam ancaman dunia barunya itu, sungguh keluarga kaya yang banyak tingkah ya.

Dia menelan liur, cuba menahan air mata yang hampir gugur.

Ya Allah, kuatkan aku, doa hatinya.

---

Hari-hari berikutnya, Ariana bagai hidup dalam rumah asing.

Rafael jarang berada di rumah, pulang hanya lewat malam dengan wajah letih dan jarang sekali menegurnya.

Jika berbicara pun hanya sepatah dua. Dia lebih selesa menghabiskan masa di bilik bacaan atau bilik tamu berbanding bersama Ariana.

Namun apa yang paling menyakitkan adalah layanan Puan Helena.

Wanita itu tidak pernah lelah melemparkan sindiran.

Setiap gerak-geri Ariana diperhatikan. Salah sedikit, pasti ditegur.

“Cara kamu lipat kain ni terlalu longgar. Tak pernah belajar menantu macam mana yang sempurna?”

“Masakan kamu terlalu hambar. Rafael suka yang pedas. Kamu tak tahu seleranya?”

“Jangan asyik termenung. Perempuan macam tu hanya membosankan suami.”

Semuanya menusuk hati Ariana.

Dia cuba sabar, cuba senyum walaupun jiwanya menangis.

Setiap malam, dia menutup pintu bilik dan menangis perlahan, agar tiada siapa mendengar.

---

Namun, dalam dingin dan asing itu, Ariana mula memerhati Rafael dengan lebih dekat.

Walaupun lelaki itu dingin, dia perasan sesuatu: Rafael selalu pulang tepat sebelum subuh, tidak kira betapa lewat sekalipun.

Dia akan singgah ke surau kecil di hujung taman rumah sebelum masuk ke kamar. Kadang-kadang, Ariana terdengar suara bacaan ayat suci dari sana.

Dia bukan lelaki sembarangan, bisik hati Ariana. Cuma hatinya tertutup untuk aku.

Ada kalanya, ketika Rafael menyangka Ariana sedang tidur, dia duduk di tepi jendela bilik dengan wajah resah, seolah-olah menyembunyikan rahsia besar yang menyesakkan dada. Ariana ingin bertanya, namun lidahnya kelu.

---

Suatu malam, ketika hujan renyai-renyai, Ariana terdengar deringan telefon bimbit Rafael yang diletakkan di meja sisi. Rafael berada di bilik mandi waktu itu. Tanpa niat mengintip, Ariana sempat melihat nama yang tertera di skrin: Almira.

Hatinya bergetar. Siapa Almira?

Selepas keluar dari bilik mandi, Rafael cepat-cepat mencapai telefonnya, wajahnya berubah sedikit.

Dia keluar dari bilik, menjawab panggilan dengan suara rendah.

Ariana hanya mampu menelan pahit.

---

Keesokan harinya, Ariana duduk bersendirian di taman kecil rumah itu.

Dia memandang mawar putih yang mekar, cuba menenangkan hati.

Puan Helena datang menghampiri, duduk bersebelahan dengan segelas jus di tangan.

“Kamu nampak resah,” tegur wanita itu dengan senyuman yang tidak pernah benar-benar ikhlas.

Ariana cuba senyum. “Saya cuma penat, mama.”

“Penat? Baru beberapa hari jadi isteri sudah penat? Kamu harus tahu, Rafael itu lelaki idaman ramai. Kalau bukan kerana pernikahan ini, mungkin sekarang dia sudah bersama dengan pilihan hatinya, bukan kamu.”

Kata-kata itu menikam lebih dalam. Ariana tidak mampu menjawab.

Puan Helena menepuk bahunya perlahan.

“Jangan bimbang. Kalau kamu tahu bagaimana menjaga kedudukan kamu, mungkin kamu akan kekal di sisi Rafael. Tapi ingat, kalau kamu gagal, aku tidak teragak-agak mencari pengganti.”

Air mata Ariana jatuh juga akhirnya.

Dia cepat-cepat bangun, berlari masuk ke kamar sebelum Puan Helena sempat melihat betapa hancurnya hatinya.

---

Malam itu, Rafael masuk ke bilik lebih awal dari biasa.

Dia melihat Ariana sedang termenung di tepi katil.

“Kenapa menangis?” suaranya perlahan.

Ariana terkejut, cepat-cepat menyeka air mata.

“Tak… saya tak apa-apa,cuma rindukan ibu dan tok Ayah di kampung”

Rafael mendengus kecil. “Kamu memang tak pandai berbohong.”

Ariana terpaku.

Itulah kali pertama Rafael berbicara dengan nada yang sedikit lembut.

Dia ingin membuka mulut, meluahkan semuanya, tetapi kata-kata itu terperangkap di kerongkong.

Rafael sekadar menghela nafas, kemudian duduk sebentar di sofa.

“Ariana…” panggilnya perlahan.

“Aku tahu hidup kamu berubah kerana perkahwinan ini. Sama seperti aku. Tapi percayalah, semua ini ada sebabnya.”

Hati Ariana berdebar.

Dia ingin bertanya: Apa sebabnya? Siapa Almira? Apa yang kamu sembunyikan? Tetapi dia hanya terdiam.

Rafael menolak kerusi rodanya, menuju ke pintu.

Sebelum melangkah keluar, dia sempat berpaling. “Jangan biarkan perempuan itu terlalu menguasai fikiran kamu. Dia… ada agendanya sendiri.”

Pintu tertutup rapat.

Ariana kaku di tempat duduk.

Siapa yang Rafael maksudkan perempuan itu ? Apakah Helena? Ibu tirinya?

Kata-kata Rafael itu bergema di telinganya. Agendanya sendiri? Apa maksudnya?

Malam itu, Ariana berjanji dalam hati.

Dia tidak akan lagi menjadi perempuan yang hanya diam dan pasrah.

Dia harus kuat, harus mencari kebenaran di sebalik semua ini.

Dan barangkali… saat itulah tatkala cinta mula berlabuh, bukan kerana pilihan, tetapi kerana ketentuan yang sedang menanti di hadapan.

---

Langkah kaki Ariana perlahan menuruni anak tangga marmar yang dingin.
Hari ini dia terlewat lagi

Nafasnya terasa sesak sejak dia mula menjejakkan kaki ke dalam rumah agam itu.

Setiap inci ruang tamu memancarkan kemewahan—dari lampu candelier kristal yang tergantung megah di siling, hingga ke karpet Parsi yang seakan-akan terlalu mahal untuk dipijak.

Namun, di sebalik segala kemewahan itu, Ariana tidak dapat menafikan betapa asing dan terasingnya dia di sini.

Puan Helena duduk tegak di sofa utama, dengan pandangan tajam yang tidak berkelip memerhati Ariana.

Renungannya tidak ubah seperti mata pedang yang cuba menikam tanpa belas. Senyuman sinisnya hanya singgah seketika sebelum hilang bersama sindiran halus yang terbit dari bibirnya.

“Jadi… inilah menantu yang Datuk Razak pilih?selalu kena jemput untuk turun ke bawah” Suaranya penuh dengan sindiran halus, seakan-akan setiap patah perkataan mengandungi racun.

Ariana tunduk sedikit, cuba mengawal hati yang sedang berdetak kencang.

“Saya… saya minta maaf mama.” Suaranya perlahan, hampir tidak kedengaran.

Rafael yang duduk tidak jauh darinya hanya diam, pandangannya kosong ke arah lantai. Seolah-olah kehadiran Ariana langsung tidak wujud.

Ariana menelan air liur yang terasa pahit. Di mana lelaki yang dia harapkan suatu ketika ada lelaki yang akan melindunginya dari hinaan orang? Mengapa hanya ada lelaki dingin yang hanya mendengar dan melihat serta membiarkan ibunya menelanjangkan maruah Ariana dengan kata-kata?

"di sini ada peraturannya, jangan sampai peraturan itu dibaca ke muka kamu, seharusnya menjadi seorang isteri melayan makan minum suaminya kan?"

Kata-kata itu menikam ke dasar jiwa Ariana. Namun, dia mengukir senyum nipis, menelan rasa yang bercampur baur. Dia tidak mahu air matanya jatuh di hadapan wanita itu.

“lain kali saya akan ingat mama.”

Puan Helena menjeling tajam, lalu bersandar ke sofa dengan angkuh.

“Kita lihatlah sejauh mana kamu boleh ingat tanggungjawab kamu.”

Rafael hanya menarik nafas panjang, tetapi tidak sepatah kata pun keluar dari bibirnya.

"macam lah dia tu baik sangat" dengus Rafael dalam hatinya.

Ariana menoleh sekilas ke arahnya, mengharapkan sedikit pembelaan, sedikit keberanian untuk menegur ibu tirinya.

Tetapi hampa. Lelaki itu hanya duduk membatu dengan tatapan dingin.

Dia teringat kembali kata-kata Puan Salmah, ibunya—bahawa perkahwinan ini mungkin membawa bahagia suatu hari nanti.

Namun, yang dia temui hanyalah tembok dingin dan jurang yang semakin melebar.

Ariana duduk di birai katil, menggenggam hujung cadar yang berwarna putih susu. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga, membasahi pipi.

" Ya Allah… kuatkan aku. Jika inilah jalan yang Engkau pilih, izinkan aku bertahan" .

Di luar kamar, Rafael berdiri lama di koridor, memandang pintu yang tertutup rapat itu.

Wajahnya suram, seolah-olah dihimpit rasa bersalah.

Namun, setiap kali dia cuba melangkah mendekat, bayangan wajah ibunya muncul dalam fikiran. Amarah dan tekanan yang bertahun-tahun dipendam menjadikan Rafael seorang lelaki yang tidak lagi percaya pada cinta.

“Kenapa aku biarkan dia menangis seorang diri?” bisik hatinya. Tetapi langkahnya juga yang menjauh, meninggalkan Ariana tenggelam dalam sepi.

Keesokan paginya, aroma kopi memenuhi ruang makan. Ariana turun dengan langkah perlahan, tubuhnya masih letih kerana tidak lena tidur. Puan Helena sudah sedia menunggu, duduk dengan penuh wibawa di hujung meja makan yang panjang. Rafael berada di sisi ibunya, namun masih dengan wajah kaku yang sama.

“Selamat pagi, mama.” Ariana cuba menyapa lembut.

“Hmm.” Itu sahaja balasan yang diterimanya.

Sepanjang sarapan, hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Ariana menahan sebak, terasa dirinya benar-benar tidak diingini.

Namun, dia tetap cuba senyum, tetap cuba menjadi isteri yang sabar.

Rafael seperti biasa tidak bersarapan bersama mereka begitu juga dengan Tan Sri Arman yang selalu pergi tanpa sempat Ariana menyapa dan hanya ada wanita itu selalunya.

Selepas sarapan, Puan Helena memanggilnya ke taman belakang.

Suasana pagi agak nyaman, bunga ros putih mekar di sekeliling.

Tetapi, kata-kata wanita itu kembali mencarik hati Ariana.

“Dengar sini, Ariana. Kamu mungkin sah isteri Rafael di atas kertas. Tetapi di mata saya, kamu hanyalah orang luar. Jangan terlalu selesa. Rumah ini bukan milik kamu. Rafael milik saya. Keluarga ini… milik saya. Faham?”

"milik saya?" gumam Ariana dalam hatinya.

Ariana menggenggam jemarinya erat-erat. Suaranya bergetar, namun dia tetap cuba menegakkan maruahnya.

“Saya tidak pernah berniat merampas apa yang bukan milik saya, mama. Saya cuma mahu menjadi seorang isteri yang mampu menjaga Rafael, sebaik mungkin.”

Puan Helena tergelak kecil, lalu mendekat, berbisik di telinganya.

“Rafael tidak pernah perlukan kamu. Dan dia tidak pernah akan mencintai kamu,di hatinya sudah tersimpan cinta untuk orang lain.”

Kata-kata itu bagaikan panah yang menembusi jantung Ariana.

Nafasnya tersekat, namun dia tetap berdiri teguh. Jika ini ujian, aku tidak akan kalah.

Rafael yang dari tadi memerhati dari jauh, hanya mampu mengetap bibir.

Dia tahu Helena adalah wanita kejam.

Dia tahu Ariana tidak bersalah.

Tetapi ketakutannya untuk melawan ibu tirinya itu jauh lebih besar daripada keberaniannya untuk membela.

Malam seterusnya di rumah agam itu, Ariana duduk di jendela, memandang langit malam yang kelam.

“Adakah aku akan terus terpenjara dalam rumah ini? Atau adakah aku akan temui cahaya suatu hari nanti?”

Dia menutup mata, cuba mencari ketenangan. Dan pada saat itu, tanpa sedar, Rafael berada di hadapan pintu kamarnya sekali lagi.

Tangannya teragak-agak di tombol pintu. Namun, seperti semalam, dia memilih untuk berundur.

Dan Ariana terus menunggu—menunggu sebuah harapan yang entah bila akan berlabuh.

---

Secerca harapan masih menanti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience