54

Other Completed 76851

SEAKAN tak percaya dengan apa yang dilihatnya, Fatin menggosok mata beberapa kali. Dia sembunyi di sebalik pokok bunga orkid yang sedang berkembang lantas mengintai kedua lelaki tersebut.

'Takkanlah dia kot?! Erkk, tapi dia kawan dengan Farel ke?Ish, takkanlah!'

"Wei Fa.."

Tak sempat Natrah nak memanggil, Fatin dengan segera menekup mulutnya dengan tangan. Aksi mereka tak ubah macam perompak saja!

"Apa ni?"

"Shuhh! Jangan bising" tingkah Fatin dengan berbisik.

"Apasal pulak? Kau mengendap siapa ni?" Natrah turut sama berbisik.

"Jiran sebelah"

"Haaa?" Natrah angkat kening. Kenapa dengan Farel?

"Aku rasa, aku nampak dia dengan seseorang yang kau kenal, aku kenal, kita sama-sama kenal. Tapi masalahnya macam mana Farel kenal dia?"

Natrah hampir hilang nafas ditekup oleh Fatin. Dia melepaskan diri dari Fatin seraya tercungap-cungap mencari nafas.

"Dia tu siapa?"

"Awak berdua mengendap kami ke?"

Natrah dan Fatin sama-sama angkat kepala ke arah suara garau itu. Tatkala enam pasang mata bertemu, mulut tiba-tiba berat untuk berbicara.

Kantoii!!

NATRAH dan Fatin kini berdiri di hadapan Eirfan dan Farel. Masing-masing menunduk kepala kerana malu yang teramat sangat dek mengendap mereka sebentar tadi.

Jari-jemari Eirfan mengetuk permukaan meja marmar sambil bersiul. Wajah Natrah dan Fatin dipandang silih berganti.

"Dah lama ke buat kerja mengendap ni?" perli Eirfan sinis.

"Err bukan saya bos! Tapi dia" Natrah tunding jari ke arah Fatin. Melihatkan itu, Fatin segera menepis tangan Natrah dengan matanya yang sengaja dibesarkan.

"Hmm, takpelah Fan! Bukannya dorang buat kerja gila pun. Mungkin tak sengaja nak mengendap kita" Farel pula bersuara bagi menyejukkan suasana.

"Haa betul tu. Kita orang tak sengaja nak mengendap" sahut Natrah.

Eirfan mengerling. "Amboi, laju je dia back up Farel!"

Natrah buat aksi kunci mulut. Sumpah, dia tak nak dah bersuara lagi!!

"Tapi betullah kan korang mengendap?" selar Eirfan lagi.

"Tak sengaja je bos. Bukannya sengaja" Fatin bela diri. Aduii, macam manalah dia boleh terkantoi?!

"Hmm okay. Saya terima alasan awak" putus Eirfan. Dia pun malas nak memanjangkan cerita. Pindah ke situ supaya dapat lebih dekat lagi dengan Natrah pun sudah cukup puas baginya.

"Errr bos..duduk sini ke?" tanya Fatin lagi. Pelik pula dengan sikap bosnya itu. Rumah yang sedia ada sudah cukup besar dan mewah, alih-alih dia pindah situ. Hmm something fishy..

"Yup. Saya pindah sini. Farel ni kawan lama saya"

Natrah mengerut dahi. Nabil tu pun kawan dia jugak. Farel ni sama jugak? Hmm berapa banyak kawan yang dia ada? Tapi kenapa pulak dia pindah sini? Sesuatu sangat...

"Tapi kenapa pulak bos pindah sini? Kan rumah bos lagi besar dari rumah ni. Tak payah bayar pulak tu. Rumah ni, setiap bulan nak kena bayar" Fatin memuntahkan kemusykilan.

"Saja. Supaya hati saya dapat ketenangan" Seraya itu, matanya tepat menikam ke dalam anak mata Natrah.

"Lagipun, kita boleh ke ofis sama-sama. Naik kereta saya. Minyak kereta awak jimat. Ada rezeki, saya bawak keluar makan"

Sungguh, Natrah tak mahu itu berlaku. Bagaimana kalau Eirfan ketemu Erman? Dan semua rahsianya bakal terungkap di hadapan Fatin. Tak! Dia belum bersedia untuk sebarang kebenaran.

"Best jugaklah idea bos tu!" Fatin seakan menyetujui cadangan Eirfan itu.

"Kan Ara?" Fatin menyiku pinggang Natrah.

"Err, takpelah! Kita berdua selesa je drive sendiri. Tak perlu nak tumpang sesiapa"

"Apa pulak selesa? Okey apa dapat tumpang bos. Bukan selalu. Nanti dapatlah jugak Erman merasa naik kereta mewah. Taklah naik kereta MyVi aku tu je"

Saat nama Erman disebut, Natrah menjegilkan matanya. Dia tak mahu Eirfan mengetahui akan itu.

"Erman?" Eirfan pura-pura bertanya kerana menyedari riak wajah Natrah yang mulai tak selesa.

"Erman tu anak..."

"Fatin! Kau dah lupa ke yang aku nak masak sesuatu untuk kau?" Natrah mencelah.

"Haa? Masak apa?" Fatin terpinga-pinga.

"Masak ikan sardin goreng spesial! Haa, kau lupalah tu! Kau yang suruh aku masak tadi"

"Haaa??"

Fatin masih terpinga-pinga dan Natrah terus menariknya laju ke dalam rumah.

Perlakuan Natrah mengundang pelbagai emosi di dalam jiwa Eirfan. Namun dia tak akan berhenti. Sebijak manapun Natrah sembunyi, pasti akan terungkap jua akhirnya.

"KAU ni apasal? Bila masa pulak aku cakap nak makan ikan sardin goreng?"

Natrah menjenguk ke luar tingkap untuk memastikan Eirfan tidak menguping perbualan mereka.

"Kau tengok apa? Masih lagi nak mengintip?"

Fatin sudah berdiri di belakang Natrah. Dia turut sama melihat ke arah yang menjadi tumpuan Natrah.

"Kau boleh tak jangan sebut nama Erman depan Eirfan?"

"Eirfan??" Fatin angkat kening. Macam dah lama kenal je?

"Maksud aku bos" Natrah cepat-cepat membetulkan ayatnya. Risau pulak rahsianya terbongkar nanti. Jenuh nak menjawab soalan dari Fatin itu!

"Kau takut sangat kenapa? Bos tak buat apa-apa pun. Yang kau gelabah macam nampak hantu tu apasal?"

Fatin sudah menghenyak punggung di atas sofa. Menanti jawapan yang realistik daripada Natrah.

"Mana ada aku takut. Apalah kau ni!" Natrah duduk di sebelah Fatin.

"Melainkan kau ada buat sesuatu kesalahan..."

Jeda Fatin. Tatapan tajamnya masih melekat pada wajah selamba Natrah.

"Atau...kau ada rahsia yang aku tak tahu dan kau tak nak bagitau"

Natrah tertangkap! Riak wajahnya mula berubah. Apa yang harus dia lakukan?

"Baik kau bagitahu aku sebelum aku siasat sendiri!"

"Bagitahu apa?"

"Come onlah Ara! Jangan nak berdalih lagi boleh tak? Aku tahu sangat kau ada rahsia. Berkaitan dengan bos kan? Ataupun masa silam kau?"

Kali ini, Natrah tak mampu nak simpan lagi. Tatapan mata Fatin dan desakan gadis itu seakan memaksanya untuk terus buka mulut.

"Okey, aku bagitahu kau. But promise, ini antara kita je"

"Okey"

TEPAT jam 7 pagi, Eirfan sudah terpancak menunggu di hadapan pagar rumah Natrah. Dia ingin mengajak Natrah dan Fatin untuk sarapan bersama sekaligus sekalian ke ofis.

Pintu rumah terbuka. Dia menoleh. Wajah Fatin terbias dalam pandangannya. Dia lihat Fatin berjalan mendekatinya dengan wajah yang agak serius.

"Morning Fatin" sapa Eirfan dengan mesra. Mana Ara?

"Morning bos" Wajah Fatin masih saja serius. Dia inginkan sesuatu daripada lelaki itu. Setelah apa yang didengarinya semalam melalui Natrah, dia seakan tak mampu nak mempercayainya. Namun kekal kenyatan! Tiada apa yang mampu merubahnya.

"Ara mana? Saya nak ajak korang breakfast. Pastu kita ke ofis sama-sama" Eirfan melemparkan senyuman.

"Kejap lagi dia turun"

"Ohh okay. Then we'll wait for her"

"Bos, boleh saya tanya sesuatu?"

"Yes?" Eirfan berpaling ke arah Fatin. Wajah itu tampak serba salah.

"Just say it. Saya tak marah pun"

"Pasal bos dan Ara. Dia dah cerita pada saya semalam. Tentang bos, dia, Erman dan semua yang berlaku enam tahun lalu"

Keluhan berat dilepaskan oleh Eirfan. Nampak gayanya, sudah tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi. Fatin juga sudah mengetahui segala-galanya.

"Saya cuma nak tahu, bos nak apa daripada dia?"

"Saya nak dia! Saya nak Ara kembali dalam kehidupan saya"

"Sebab tu bos pindah sini?"

Eirfan menjawab dengan anggukan.

"Dan pasal kami pindah ke ofis bos??"

Sekali lagi, Eirfan mengangguk. Fatin terlalu bijak untuk meneka semuanya.

"Jadi semuanya plan bos! Hmm, saya patut tahu dari awal lagi. Sebab tu saya pelik kenapa bos boleh panggil dia Ara padahal baru first time jumpa. Rupa-rupanya dah lama kenal"

"Saya mintak maaf kalau awak tak selesa lepas tahu semua ni. Saya bukan tak nak bagitahu awak tapi saya rasa awak lebih berhak tahu daripada Ara sendiri sebab awak kawan baik dia"

"Tak, itu bukan masalahnya! Masalahnya sekarang ni, apa yang bos nak buat?"

"Saya nak pikat dia balik. Saya tahu dia masih sayangkan saya. Saya boleh nampak tu.."

Fatin senyum. "Ye, dia masih sayangkan bos. Dia selalu cakap kat saya. Cuma saya tak tahu boslah orangnya!"

"Papa!!"

Suara kegembiraan Erman mendapat perhatian kedua mereka. Erman berlari mendapatkan Eirfan lantas memeluknya. Betapa dia rindukan papanya itu setelah hampir sebulan tidak bersua.

Natrah hanya memerhati kelakuan keduanya. Kini Fatin juga sudah mengetahui segalanya. Jadi tiada apa lagi rahsia perlu dia sembunyikan.

Bahkan untuk menyembunyikan Erman daripada Eirfan juga sudah tiada guna. Biarlah kedua beranak itu berjumpa. Dia tak daya nak memisahkan lagi mereka.

"Papa pergi mana? Erman rindu papa. Papa dah janji nak teman Erman main bola"

Eirfan menggendong Erman. Lantas sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi gebu itu. Natrah sudah berdiri di sebelah Fatin.

"Papa busy sayang. Tapi sekarang, papa dah ada kat sini. Lepas ni, papa janji papa akan teman Erman main bola, bawak Erman jalan-jalan. Erman nak?"

"Mestilah Erman nak! Yeayy, Erman dah ada papa! Erman tak sedih lagi"

Eirfan tersenyum bahagia melihat penerimaan Erman terhadapnya. Syukur, semuanya dipermudahkan Allah! Kini, hanya hati Natrah yang harus direbut.

"Erman, jom kita masuk dalam kereta. Nanti Erman lambat nak ke sekolah" tegur Fatin seraya membawa Erman ke dalam kereta.

"Awak tak rasa ke kita sebenarnya boleh bahagia? Hmm??" bisik Eirfan ke telinga Natrah.

Kata-kata Eirfan disambut dengan senyuman. Natrah memanggung kepala dan tersentak kerana hampir-hampir saja bibirnya bertemu dengan bibir lelaki itu.

Lantas, dengan spontan Natrah berundur ke belakang. Emosi dan perasaannya mulai berkocak hebat.

Eirfan melemparkan senyuman sinis. Tubuh Natrah didekati. Lantas dibisik sesuatu ke telinga wanita yang dicintainya itu.

"Gonna spend my entire life doing that..later"

Sejurus itu, Eirfan menapak masuk ke dalam kereta, meninggalkan Natrah yang kelihatan buntu itu.

Natrah mengerut dahi, tidak memahami. Namun kemudian, pipinya merona merah kerana akhirnya dia dapat menangkap maksud ayat Eirfan itu.

Eeee gatalnyaaa Eirfan!!

"CUCU tokmi dah datang. Cucu tokmi dah datang"

Melihat Erman yang kini berada di hadapannya dengan senyuman, hatinya sebak serta-merta. Lantas didakap erat tubuh itu, seakan tak mahu dilepaskan.

Usai itu, dia mencium seluruh wajah Erman dengan penuh kasih sayang. Betapa dia mengasihi cucu yang satu itu dan selalu berharap dapat ketemu dengannya.

"Kenapa tokmi nangis?" Erman kesat air mata Datin Jenny. Setelah pulang dari tadika, Eirfan menjemputnya dan mengajaknya ke rumah untuk berjumpa dengan tokminya. Di dalam kereta, Eirfan menjelaskan segala-galanya agar Erman mengerti. Dan kini, Erman benar-benar memahami setiap bait kata yang dilontarkan oleh Eirfan.

"Tokmi rindukan Erman. Tak boleh ke tokmi menangis?"

Datin Jenny cium kedua-dua tangan Erman. Sungguh, dia sangat bersyukur dengan pertemuan ini.

"Tokmi tak boleh menangis. Lepas ni tokmi kena selalu senyum. Nanti kalau tokmi nangis, Erman pun nangis. Nanti siapa nak pujuk siapa?"

Telatah Erman mencuit hati Datin Jenny. Dia sempat gelak lalu memandang wajah Eirfan.

"Ara mana?"

"Dia masih kerja. Fan singgah ambik Erman kat tadika tadi. Tapi Fan dah mintak izin dia. Dia cakap okey" terang Eirfan.

"Papa, Erman laparlah!" omel Erman sambil menggoyang tangan Eirfan.

"Lapar ye? Tokmi ada masak tadi. Erman nak makan dengan tokmi?"

"Nak!"

"Erman!!"

Datuk Elias menuruni anak tangga lantas mendapatkan Erman. Tubuh kecil itu didakap erat dalam tangisan. Tuan Kassim yang baru tiba juga turut sama menangis.

"Besar dah cucu tokdi ni. Hensem" Dikucup wajah itu dengan penuh sebak.

"Tokdi nangis jugak? Hmm macam mana Erman nak pujuk ni?"

Mereka semua ketawa dengan telatah Erman itu.

"ARA, lunch sama jom. Nanti saya belanja"

Melihat Hamizan yang sudah tersenyum di hadapannya, membuatkan Natrah jadi serba salah.

Bagaimana dia hendak mengelak? Hamizan terlalu cepat bertindak. Kadangkala dia tak sempat nak membantah, Hamizan sudah awal-awal tunjuk rasa gembira.

"Saya... saya ada hal"

"Hal apa?"

Terkedu Natrah nak menjawab. Buntu pulak otak dia nak bertindak.

"Hal yang tak dapat dielakkan"

"Takpe. Saya temankan awak settle hal tu"

Tak senang duduk Natrah dibuatnya. Rimas betul dia dengan perangai Hamizan sejak akhir-akhir ini.

"Haa Ara! Dah siap?" Fatin keluar dari tandas. Melihat Fatin, Natrah hela nafas lega dan berlari ke arah kawannya.

"Saya keluar dengan Fatin. Ada hal"

"Haa apasal? Kau nak menyibuk jugak?" Fatin tunjuk sikap gengsternya.

Melihat Fatin muncul, Hamizan tak jadi nak melebih-lebih. Mak lampir sorang ni kacau daun betul!!

Laju saja langkahnya lari meninggalkan keduanya. Takpe, ada hari lain!! Tunggulah.

"Kau okey? Dia ada buat apa-apa kat kau?"

Natrah menggeleng kepala.

"Syukurlah! Aku takut dia apa-apakan kau. Lepas ni baik kau mengadu je kat duda kau tu! Senang cerita"

"Ishh tak naklah aku! Buatnya dia pecat si Hamizan tu"

"Biarlah! Kau ni jangan nak baik sangat tau? Tak pasal-pasal makan diri!"

"Yelah-yelah, aku tahu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience