Bab 2

Romance Series 24222

REZA AKASYAH, anak kepada hartawan Tan Sri Razali dan merupakan CEO RK Holding dilaporkan curang dengan Nelisa, model terkenal.

Tajuk berita ini menjadi berita paling hangat sejak pagi tadi dan menarik perhatian ramai di mana semua orang tidak sangka Reza Akasyah terlibat dalam skandal begini. Reza Akasyah adalah seorang figura lelaki yang sangat terkenal walau jarang muncul di khalayak ramai dan sangat menjaga imej dan nama baiknya. Namun, pagi ini namanya menjadi bualan orang ramai kerana tuduhan skandal.

Reza Akasyah sudah bertunang tetapi tinggal bersama wanita lain!

Itu salah satu tajuk utama yang dipaparkan di pelbagai platform.

Kalau sebelum ini Reza Akasyah sering dipuji dan ramai berasa kagum padanya tapi seharian ini dia menerima pelbagai kecaman dari netizen.

“Lelaki semuanya sama je. Tak cukup seorang! Disgusting!"

“Dasar perempuan murahan! Nak cepat kaya la tu. Si Reza tu pun bodoh. Boleh tergoda!

“Nelisa… please cancel your engagement. You tak layak dapat lelaki curang!”

“Reza Akasyah betul-betul buta. Dah dapat tunang cantik pun still nak menggatal dengan perempuan lain. Dasar lelaki tak cukup seorang!”

Penuh ruang komen semua di media social dengan kata-kata hinaan yang ditujukan pada Reza Akasyah dan wanita yang dianggap menggoda dia. Nelisa kini mendapat simpati dari semua orang.

Reza Akasyah yang tidak peduli pasal hal tersebut sedang dalam perjalanan ke syarikat seperti biasa. Cermin mata hitam tidak pernah tertanggal pada wajahnya yang dianggap sebagai menutup kelemahannya kerana ramai menyangka Reza Akasyah masih buta. Dia memandang keluar tingkap sambil mendengar Farid yang sedang membaca berita dan komen yang tular di internet.

“Tuan tak nak suruh diorang delete semua news ni?” tanya Farid.

Sebagai salah satu keluarga yang berpengaruh, tidak mustahil Reza Akasyah boleh memadamkan berita tersebut dengan mudah.

“Biarkan je,” jawab Reza Akasyah yang tidak peduli dengan berita itu. Lagipun dengan berita itu boleh membantunya batalkan pertunangan dengan Nelisa yang bukan saja wanita itu seorang mahukan. Selain itu biar semua orang anggap dia memang mempunyai hubungan dengan Inara.

Reza Akasyah memang mahu semua orang tahu Inara adalah miliknya.

“Just announced that I canceled my engagement to Nelisa.”

Wajah Reza Akasyah kelihatan tenang apabila memberi arahan tersebut.

Farid terdiam sejenak. Bukan perkara kecil jika pertunangan mereka dibatalkan kerana kerjasama antara kedua buah syarikat juga akan menjadi kacau-bilau.

“Tuan tak nak fikirkan semula. Ini risiko besar, tuan.” Farid cuba beri nasihat kepada Reza Akasyah.

“Kau ikut je cakap aku. Biar aku yang tanggung risiko tu,” balas Reza Akasyah yang tetap dengan keputusannya. “Lagi satu, aku nak kau cari maklumat pasal wanita yang bermalam dengan aku malam tadi.”

DI kediaman keluarga Dato Idlan, Datin Nora iaitu ibu kepada Nelisa sedang membaca berita terkini yang berkait dengan bakal menantunya itu. Tangannya menggigil apabila mengetahui Reza Akasyah dituduh berlaku curang dengan anak perempuannya.

Datin Nora sangat marah!

Datin Nora telah berusaha keras untuk satukan Nelisa dengan Reza Akasyah supaya perniagaan keluarga mereka terus berkembang tetapi semua rancangannya hancur kerana ada perempuan murahan yang cuba merampas bakal menantunya itu.

Datin Nora segera mengetuk pintu bilik anak perempuannya dengan kuat. “Lisa, apa yang dah jadi ni?”

Nelisa jelas kelihatan gembira kerana rancangannya sudah berjaya.

Sudah tentu Nelisa tidak mahu berkahwin dengan Reza Akasyah yang buta walau lelaki itu miliki rupa paras yang tampan tapi apa guna jika cacat penglihatan? Tak sanggup Nelisa nak jaga lelaki itu sepanjang hidupnya dan sudah semestinya dia berasa malu dengan kawan-kawannya kerana mempunyai suami yang buta.

Cuma di belakang keluarganya sajalah Nelisa boleh bergembira tapi di depan mereka terpaksalah Nelisa berpura-pura sedih dicurangi. Lagi-lagi depan Datin Nora.

Apabila Nelisa mendengar ketukan di pintu biliknya, dia segera berlakon sedih dan menangis teresak-esak depan Datin Nora.

“Mama…Nara…” ujar Nelisa yang terus memeluk Datin Nora.

Bertambah marah Datin Nora bila mendengar nama Inara sehingga tidak sedar yang Nelisa sedang berlakon depannya.

“Inara dah melampau, mama. Inara dah rampas Reza,” adu Nelisa sambil menangis teresak-esak.

“Lisa jangan risau. Mama tahu macam mana nak ajar budak tak guna tu. Berani dia goda Reza eh!” balas Datin Nora sambil mengusap kepala Nelisa.

Nelisa tersenyum licik dalam pelukan Datin Nora yang berjaya diperdayakannya.

“Nara memang jahat, ma. Apa salah Lisa?” ujar Nelisa dengan kepura-puraan.

“Mama memang tahu dia jahat. Dia memang dari dulu busuk hati dan dengki dengan Lisa,” balas Datin Nora yang memang sangat bencikan Inara.

“Dulu, Nara sakitkan hati mama dan sekarang dia rampas tunang Lisa. Sampai hati Nara buat Lisa macam ni. Lisa tak pernah sakitkan hati dia pun,” rintih Nelisa.

“Patutnya kita biarkan je dia hidup mengemis tepi jalan. Tak payah satu sen tolong dia. Sekarang tengok la? Apa dia balas kat kita? Kali ni mama sendiri yang akan ajar dia cukup-cukup.”

Rancangan Nelisa memang luar biasa. Berita skandal Reza Akasyah dan Inara berjaya membakar kemarahan Datin Nora. Nelisa memang sengaja mengungkit kisah lalu untuk buat mamanya semakin marah.

Tiada siapa akan curiga pada Nelisa kerana dia telah memadam semua bukti yang ada. Dia juga telah memastikan mulut semua orang yang terlibat dikunci rapat.

RAISA INARA yang tidak tahu apa yang sedang berlaku sedang dalam perjalanan ke rumah Nelisa. Dia mahu meminta penjelasan pada kakak tirinya itu.

Perasaannya sekarang ini bercampur baur.

Inara merasa bingung dan marah apa yang Nelisa telah lakukannya kepadanya. Dia juga rasa terluka dan kecewa dengan pengkhianatan Nelisa. Kenapa Nelisa sanggup khianat dia?

Dalam pada masa yang sama, fikiran Inara juga melayang kepada lelaki yang bersamanya malam tadi.

Siapa sebenarnya lelaki itu?

Bagaimana lelaki itu boleh tahu namanya?

Kenapa Inara langsung tidak mengingati lelaki itu seperti dia mengenali Inara?

Semua persoalan itu bermain di fikiran Inara menyebabkan kepalanya rasa serabut. Sekarang lebih baik dia dengar penjelasan daripada Nelisa terlebih dulu.

Rumah yang pernah menjadi tempat perlindungannya kini tidak lagi menjadi miliknya. Kaki Inara melangkah perlahan hampiri rumah yang pernah menjadi kenangan dia bersama ibu bapanya sebelum berlakunya perceraian yang menyebabkan Inara dan Puan Intan terpaksa keluar dari rumah tersebut.

Pak Samad yang sudah bekerja lama sebagai pengawal keselamatan rumah dari sejak Inara kecil teruskan buka pintu pagar untuk Inara.

“Lamanya Pak Samad tak jumpa Nara,” tegur Pak Samad yang gembira melihat Inara. “Inara datang sini nak jumpa papa ke?” tanya Pak Samad.

“Saya nak jumpa Kak Lisa, Pak Samad,” balas Inara bersama senyuman kecil.

Tanpa lengah, Pak Samad terus benarkan Inara masuk tapi tiba-tiba Inara dihalang oleh pembantu rumah.

“Nara…pergi balik dulu. Esok je Nara datang balik eh. Datin tengah mengamuk gila tu,” ujar Mak Ton yang menahan Inara.

Mak Ton merupakan pembantu rumah yang telah menjaga Inara sejak kecil dan wanita tua itu sangat menyayangi Inara seperti anak sendiri.

“Kenapa dengan Datin, Mak Ton?” tanya Inara dengan bingung.

Belum sempat Mak Ton jelaskan pada Inara tiba-tiba Datin Nora muncul lalu menarik rambut panjang Inara dengan kasar. Sementara tangan kanannya menampar pipi Inara dengan kuat.

“Perempuan murahan!” tempik Datin Nora sambil terus menarik rambut Inara dengan kuat.

Inara bingung kerana Datin Nora tiba-tiba serang dia lalu Inara cuba melawan untuk melepaskan diri dari cengkaman Datin Nora.

“Lepaskan saya la datin!

Lagi Inara meronta lagi menggila Datin Nora belasah dia.

Pak Samad dan Mak Ton cuba bantu Inara tapi menerima amaran daripada Datin Nora.

“Nak I pecat korang?”

Wajah Datin Nora yang biasa kelihatan anggun kita sangat menyeram bila dia menatap tajam pekerja-pekerja itu.

Pak Samad dan Mak Ton berasa bersalah kerana tidak dapat bantu Inara. Mereka bakal hilang sumber pendapatan kalau campur tangan.

“Perempuan jalang! Berani kau goda tunang aku aku. Dasar penyondol tak tahu malu,” herdik Datin Nora.

“Datin jangan tuduh saya. Masa bila saya goda tunang Kak Lisa,” balas Inara dengan berani sambil cuba membela diri.

“Kau jangan nak berpura-pura. Kau dengan mak kau sama je tak ada harga diri.” Datin Nora menolak Inara sehingga jatuh melutut di atas lantai.

“Saya tak buat salah apa-apa. Saya datang sini pun nak jumpa Kak Lisa untuk minta penjelasan,” ujar Inara.

“Bukan kau yang patut jelaskan pada anak aku?” tengking Datin Nora. “Tapi aku takkan benarkan kau jumpa Lisa. Aku takkan biarkan kau buat anak aku menangis lagi. Cukuplah kau dah rosakkan hubungan Lisa dengan Reza. Kau memang sengaja nak hancurkan keluarga aku kan?”

Inara benar-benar tidak tahu apa yang menyebabkan Datin Nora bertindak kejam terhadapnya.

“Saya betul-betul tak tahu apa datin cakap kan…” kata Inara yang cuba menahan air mata dari mengalir.

Datin Nora melemparkan telefon pintarnya sehingga terkena kepala Inara lalu dengan lantang bersuara.

“Kau tengok dan baca sendiri kalau kau masih tak buta!”

Inara meringis kesakitan sambil memegang kepalanya. Dia ambil telefon pintar Datin Nora dan baca apa yang tertera pada skrin.

Bulat matanya bila melihat berita yang terpapar. Jelas gambarnya kelihatan sedang keluar dari rumah seseorang.

Reza Akasyah Tan Sri Razali.

Inara baca berita tersebut.

Jadi lelaki yang bersamanya semalam dan dirinya yang dikaitkan dengan skandal ini adalah Reza Akasyah yang merupakan CEO dari syarikat besar.

Inara tergamam membaca berita itu. Dia langsung tidak mengenali siapa Reza Akasyah dan kenapa Nelisa melakukan semua ini padanya?

Nelisa sengaja memerangkapnya dan menghantar Inara ke rumah tunangnya sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience