BAB 10

Drama Completed 19407

Naurah duduk didepan cermin baru lepas siap mandi.Dia mengambil krim malam dan dioleskan pada wajahnya.Tangannya terhenti apabila teringat apa yang jadi tadi.

"Sayang?"

Naurah menggelengkan kepalanya laju untuk menghapus suara itu dibenak fikirannya.

"Makin pelik...tapi apa nak hairan Tuan Althaf memang pelik dari awal sebab tu senang je kau dapat kerja"ucap Naurah.

Dia bangkit dan baring atas katil.Dia mendengus.Iphone 13 miliknya berbunyi.

"Aduh siapa pulak ni?"soal Naurah mencapai telefon yang sedang dicaj itu.Tertera nama "Tuan Althaf/Encik Isaac".

Tanpa menunggu lama dia terus menjawab panggilan.

"Hello... Tuan"

"Hello Little Bunny..."

Naurah membetulkan kedudukannya.Nak apa pulak Isaac ni?.

"Tuan Isaac...nak apa ni telefon malam-malam"ucap Naurah.

Lelaki itu tersenyum manis.Dia menyandarkan tubuhnya di kereta.

"Jumpa saya sekarang..."ucap Isaac.

"Ahh? mana boleh saya tak keluar malamlah?.Lagipun malaslah saya..."ucap Naurah.

Isaac memicit kepalanya.

"Sekarang...saya tunggu awak...kalau tak nak saya rosakkan badan Althaf.Datang jumpa saya.Tempat saya dah hantar dekat mesej"ucap Isaac sebelum mematikan panggilan.

Naurah baru nak membantah terus panggilan terputus.

"Lantak kaulah...aku malas layan..."ucap Naurah meletakkan telefon dan menarik selimut.

*********

Isaac memeluk tubuh dengan rasa gelisah.Dia melihat jam sudah hampir setengah jam tapi Naurah tak muncul lagi.

Dia mahu pergi dari situ tiba-tiba dari jauh dia nampak orang berlari ke arahnya.Senyumannya terbit.

Wajah cemberut gadis itu sangat menarik hatinya.Dia tahu gadis itu mesti marah sebab paksa keluar waktu malam.

"Tuan....tak boleh jumpa esok ke?.Nak jumpa malam-malam ni.Saya tak terpaksa tipu sunat kakak saya tahu semata-mata nak jumpa Tuan"bebel Naurah memeluk tubuh.

"Risau juga awak kalau saya cederakan badan bos awak ni"ucap Isaac.

"Jangan nak gunakan Tuan Althaf pada saya.Awak kena sedar awak tu menumpang je"ucap Naurah sedikit kasar.

Wajah Isaac berubah.Naurah terdiam dia tahu bahasanya kasar.Dia menutup mulutnya.

"Saya memang menumpang dalam badan dia...saya sedar...tapi tanpa saya...Bos awak ni adalah manusia lemah sekali.Mungkin depan awak dia berlagak terpaling kuat.Itu semua luaran je.."ucap Isaac.

Naurah menggaru lehernya.

"Okay Tuan nak jumpa saya ni ada apa..sampai tak boleh jumpa esok"ucap Naurah.

"Aku tahu Althaf ada cakap pasal aku...dan dia warning kau untuk jangan dekat dengan aku betul?"soal Isaac memandang wajah itu.

Naurah mengangguk perlahan tanpa dia sedar.Isaac tersenyum sinis.

"Kenapa Tuan gelak?"soal Naurah.

"He was jealous...."

"Ahh? siapa yang cemburu?"soal Naurah.

"Nothing....Naurah...kau tak perlu takut dengan aku...aku bukan orang luar...bos kau jugak betul tak?"soal Isaac.

Naurah mengangguk.

"Tapi saya tak selesa sebenarnya walaupun awak ni Tuan Isaac but you figure still Tuan Althaf... saya jadi kekok.. I'm so sorry...."ucap Naurah secara lembut.

Isaac tersenyum.

"You know what... Actually I always out if Althaf was tired or exhausted....but...since you come...I always eager to out..."ucap Isaac.

Naurah memandang lelaki itu.Kenapa?.

Isaac memandang gadis yang ber tshirts biasa dan seluar palazo serta tanpa solekan itu.

"Sebab aku suka dekat kau..."ucap Isaac.Naurah terkesima dengan luahan perasaan lelaki ini.

"Ahhh... Tuan...jangan..main..."

"Aku... tak main-main...Naurah...aku serius...Kau sebab kenapa aku keluar dari badan dia..."ucap Isaac dengan serius.Nampak dia tak main perkara ni.

Naurah menutup mulutnya dengan kedua-kedua tangannya.

"Daebak..."terpacul keluar dari bibirnya.

Tuan Isaac suka dia tapi Tuan Isaac satu badan dengan Tuan Althaf macamana.Ahhh pening...

"Tuan... saya rasa...nak balik..."ucap Naurah mahu mengelak diri.

Tapi Isaac pantas memegang lengan Naurah sebelum sempat gadis itu melangkah.

Tangan Isaac memegang kedua-kedua lengan Naurah.Naurah menundukkan pandangan.

Jari kasar lelaki itu menyentuh dagu Naurah supaya memandang padanya.

"Aku...suka kau Naurah..."ucap Isaac kali kedua.Dia tak tahu nak cakap apa.Dia rasa lidahnya kelu dan jantungnya laju.

"Tapi..."

"Aku tahu...kau mesti...rasa mustahil... untuk orang macam aku...bercinta...dengan kau....sebab aku kongsi badan dengan orang lain...."katanya.

Mereka hanya merenung sesama mereka.

**********

Hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur.Dan harini juga AY Marine Corp digegarkan dengan amarah Tuan Althaf.

Naurah baru sahaja sampai di pejabat.Dia perasan semua staf diam seperti ada yang memarahi mereka. Beg tangannya diletakkan dimeja. Dia nampak Zukie yang kelam kabut berlari ke arah mejanya.

"Morning... Zukie....kenapa kelam kabut?"soal Naurah yang melihat wajah lelaki itu yang tidak keruan.

"Morning...Naurah...ikut saya... sekarang.. Tuan Althaf nak jumpa..."ucap Zukie.Naurah mengikut langkah kaki pembantu peribadi Tuan Althaf itu.

"Kenapa ni? Macam serius je..?"soal Naurah pada Zukie.

"I...tak tahu apa akan jadi but he really mad now... but I don't know what the reason.."terang Zukie sebelum membuka pintu pejabat.

Naurah masuk dan Zukie terus keluar sebaik sahaja menghantarnya berjumpa dengan Tuan Althaf.

Dia melihat keadaan pejabat yang bersepah dan ada serpihan kaca yang pecah mungkin dari cawan atau pun bingkai gambar.

"Tuan...."tegur Naurah.Lelaki itu berpaling dengan wajah merah padam.

"Apa kau dah buat?"soal Althaf.Naurah bingung.

"Aku tanya apa kau dah buat!!!"jerit Althaf.

"Saya...saya...buat apa Tuan?"soal Naurah yang sudah takut.Lelaki itu melangkah laju ke arah Naurah.Naurah menutup matanya.Dia rasa dia seakan bakal dicekik oleh lelaki itu.

Althaf memandang gadis itu yang menutup matanya rapat.Seakan menyerah diri pada pemangsanya.

"Apa yang kau buat sampai Isaac boleh cakap macam tu dekat kau?"soal Althaf.

Naurah membuka matanya.

"Saya...tak tahu... Tuan...."ucap Naurah tergagap.

Althaf gelak besar.

"Aku dah warning kau untuk jangan dekat dengan Isaac....apa yang kau buat!.Sebab kau dia dah berani nak kawal badan aku...!"marah Althaf menghentak meja.

Naurah dah takut.

"Saya...tak..."

"Diam!!!"

Airmata Naurah tidak dapat dikawal.Dia benar-benar takut.Lelaki itu mendekatkan diri sekali lagi.

"Tolong...jangan apa-apakan saya...sumpah saya tak tahu apa-apa tentang perasan Tuan Isaac pada saya...."ucap Naurah perlahan seakan merayu.

Jiwa Tuan Althaf tersentak.

"Mulai harini aku berhentikan kau kerja....aku tak perlu orang macam kau lagi....kau tak layak jaga aku...kau boleh berambus...."ucap Althaf dengan menggeletar.

"Tuan...."

Airmata Naurah menitik jatuh.Apa salah dia sampai kena buang kerja?.

"Apa salah saya Tuan?"soal Naurah.Althaf membelakangkan Naurah.

"Saya tanya apa salah saya!"ucap Naurah.Dia perlukan penjelasan yang lebih jelas dari lelaki itu.

Lelaki itu mengenggam meja sehingga menampakkan urat tangannya.

"Keluar!!!!"jerit Althaf.Naurah mengundurkan diri dan terus keluar dari pejabat Tuan Althaf.Hatinya betul-betul hancur dengan sikap lelaki itu.

Zukie yang nampak Naurah keluar baru mahu menegur.

"Naurah ..." Zukie melihat gadis itu mengambil beg tangannya dan terus keluar dari ruangan ini.Zukie berjalan ke arah pejabat Tuan Althaf.

"Kenapa aku bodoh sangat!!!"marah Althaf pada dirinya.Dia mengenggam rambutnya dan terasa sakit kepala yang kuat.

"Dia tak salah..."ucap Althaf memegang kepalanya yang menyengat.

Zukie buka pintu pejabat.

"Tuan?"

Althaf terus rebah terduduk dilantai.Zukie bergegas mendapatkan bosnya.

"Tuan....Tuan... bangun..."panggil Zukie mengoncangkan badan Althaf.Tubuh itu tidak bergerak.

Naurah menangis sepuas-puasnya dalam keretanya.Bunyi hujan diluar menyembunyikan tangisan yang cukup pedih.

"Teruk sangat ke aku ni?.Kalau tak puas hati cakap jelah...ni... berhentikan aku tanpa sebab munasabah...."ucapnya yang masih tersisa tangisan.

"Tuhan, katakan jika pertemuan ini hanyalah suatu kebetulan, sehingga aku tak harus berharap terlalu banyak."

"Tuhan, katakan jika pertemuan ini hanyalah suatu kebetulan, sehingga aku tak harus berharap terlalu banyak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience