“Tak boleh!”
Panjang berdepa muncung Tok Teh bila dibentak oleh Rhett.
“Mengapa tak boleh? Sebelum ini pun Del memang…”
“Itu sebelum, tok! Masa tu saya bodoh, pengecut! Sekarang it’s a big no! Del isteri saya. Tempatnya di sisi saya. Saya tak benarkan tok bawa isteri saya tidur di bilik tok lagi.”
Tok Teh membiutkan bibir. Panas hati dengan penolakan Rhett. Tok Teh buka mulut, mahu bidas tetapi bunyi enjin kereta di luar rumah membantutkan niatnya. Rhett lebih dulu bingkas dari sofa dan melangkah besar-besar menuju ke pintu.
Dia yang patut jemput Deila dari hospital tetapi papa larang keras Rhett bawa kereta kerana lukanya belum sembuh sepenuhnya. Mengalah, Rhett dan tok tunggu di rumah. Melihat kereta papa terparkir di depan rumah, Rhett rasa mahu melonjak kerana rasa gembira teramat.
“Del!” Hampir serentak Rhett dan tok meluru ke kereta Dato’ Razif.
“Del cucu tok!” Rhett terbabas dekat bonet belakang kereta dilanggar oleh Tok Teh. Masam mencuka wajah Rhett bila tok jadi orang pertama menyambut tangan Deila dan bawa Deila keluar dari kereta papa.
Rhett pandang Tok Teh dengan tajam. Masih mampu bersabar bila tok terus apit Deila. Dari mulai melangkah masuk, berbual sekejap di ruang tamu sebelum mereka beredar ke meja makan. Rhett langsung tiada peluang dekat dengan isteri yang sangat dia rindui itu. Tok Teh kontrol habis! Hanya mampu bertatapan dengan Deila. Tu pun hanya sekejap, tok asyik kacau daun di situ.
Selepas makan, mereka duduk di ruang tamu. Berbual sambil menonton televisyen. Tok langsung tak lepaskan Deila, tak bagi peluang Rhett berbual dengan Deila. Rhett ketap rahang. Panas hati lihat perangai tok. Ni dah melampau! Tok sengaja nak panaskan hati dia kerana dia tolak mentah-mentah permintaan tok tu ke?
“Huarghhh…” Rhett sengaja menguap dengan suara kuat sambil jeling Deila. Nak bagi isyaratlah tu. Deila pandang Rhett. Muncung Rhett terarah ke anak tangga.
“Tok masih lapar. Entahlah perut ni, excited sangat kot kerana kau ada. Jom teman tok ke dapur. Tok nak masak pudding kastard susu. Tu makanan kesukaan kau kan?”
Tegak kuping telinga Rhett dengar. Tok ni memang sengaja ke apa?
“Del suka jejari biskut bersalut coklat!” Laju Rhett menyampuk sambil tayang wajah kelat. “Del letih tu. Saya nak bawa dia ke bilik untuk berehat.”
Tok pandang Delia sambil bulatkan mata, siap kelip-kelip. Mahu tawan sekeping hati lembut Deila.
“Kau selalu temankan tok bila tok teringin nak makan sesuatu.”
Hati Deila terus cair bila dengar suara lembut memujuk tok. Tak sampai hati mahu menolak, Deila angguk. Rhett yang memanas. Macam tiada harapan mahu bermanja dengan isteri bila tok ada. Haish!
“Takpelah, saya naik sorang-sorang, duk sorang-sorang dalam bilik, peluk bantal supaya tak sunyi. Oi orang kat situ, kalau tiba-tiba teringat ada yang sedang menunggu, ingatlah jalan ke bilik. Bukan pura-pura lupa! Bilik tak berkunci.” Rhett sengaja tinggikan suara, biar satu rumah dengar. Geram betul dia.
Sempat Rhett lihat bibir tok tercebik manakala Delia hanya buat muka dungu. Bertambah-tambah sakit hati Rhett. Dia naik ke tingkat atas meninggalkan separuh jiwa bersama Deila.
Di dapur, Deila hanya disuruh duduk dan temankan tok berbual. Mereka menikmati pencuci mulut sambil berbual dan tak sedar waktu hampir menjejak lewat malam. Tengah tok mengemas dapur, Telefon bimbit tok di atas meja makan berteriak nyaring.
“Eh? Siapa pula yang telefon tok tengah-tengah malam ni?” Dipagut hairan, tok cepat-cepat selesaikan kerja basuh pinggan.
“Eh?” Wajah tok semakin kehairanan bila dia renung skrin telefonnya.
“Dah kenapa kau telefon tok?” Nada suara tok sedikit tinggi ketika dia jawab panggilan telefon. Deila pandang hairan. Siapa yang buat darah tok menggelegak tengah malam buta ni?
“Tok…” Sayu nada suara. “korang berdua tak selesai lagi ke? Kalau belum, sambunglah esok ke, lusa ke, tulat ke… Tolong beritahu isteri saya, naiklah. Saya rindukan isteri saya, tok.”
Senyum-senyum Tok Teh dengar. Rasa geram pada satu-satunya cucu lelaki dia kendur. Tok paling wajah, memandang Deila.
“Siapa tok?” Deila tanya bila lihat tok tamatkan panggilan.
“Ada orang tu, hampir nak nangis rayu tok suruh kau masuk bilik.”
Merah terus kedua belah pipi Deila. Wajah hangat seperti barusan keluar dari ketuhar. Kurang asam Rhett! Boleh-boleh dia pergi telefon tok sedangkan mereka sebumbung?
“B.. baik tok… saya naik dulu.” Deila jawab gugup. Malu betul dia dengan tindakan Rhett. Tok masih senyum-senyum memandang.
“Jangan buat aktiviti lasak. Korang berdua tu belum sembuh.” Pesanan tok buat dua-dua cuping telinga Deila bertukar warna jadi merah saga. Laju dia buka langkah tinggalkan tok.
Bersama debaran yang memukul-mukul dada, Deila tolak perlahan daun pintu bilik Rhett. Setelah sekian lama selepas malam pertama mereka, terasa seperti pertama kali dia tidur sebilik dengan Rhett. Excited? Yes! Berdebar? Of course! Gugup? Terpaling, sampai ketar-ketar tempurung lutut!
Deila tercengang di muka pintu bila lihat katil bersaiz super king itu kosong tak berpenghuni. Terkebil-kebil Deila tenung katil kosong itu. Rhett ke mana?
Baru mahu lihat sekitar bilik, pinggangnya dipaut dari belakang. Berdas-das kucupan hinggap di sekitar tengkuk.
“I miss you… miss you… miss miss you!” Rhett tarik nafas sebanyaknya. “Woah… I miss this sweet smell…”
Deila yang semakin gugup mengeraskan tubuh. Reaksi tubuh kalah anak dara! Rhett mematikan pergerakan lalu merenung Deila.
“Kau sakit?” Tanya Rhett penuh perhatian. Deila geleng laju.
“Letih?” Rhett tanya lagi. Deila geleng.
“Kenapa Del? You can tell me everything. I am your husband.” Rhett dipagut resah bila lihat Deila diam tidak berkutik.
“Saya masih tak percaya… kau ada di sini, depan mata saya.” Luah Deila dengan suara bergetar. Pipi Rhett dia usap lembut.
“Saya akan sentiasa ada, Del. Akan terus berjuang untuk kekal di sisi kau.” Rhett tarik tubuh Deila ke dalam pelukan usai berkata.
“Janji?” Pinta Deila sambil benam wajah di dada tak berbaju Rhett.
“Saya janji.”
Deila tersenyum bahagia saat Rhett kucup ubun-ubun dia. Ya, betul kata Nenek Jiah. Mereka tidak mampu meramal masa depan, tapi kebahagiaan itu pasti bila adanya perjuangan. Saat itu, dia rasa dialah yang paling bahagia di dunia.
“Del…”
“Urm…”
“Kurangkan masa bersama tok, lebihkan masa bersama saya.”
“Baik.”
“Del…”
“Apa lagi?”
“Saya nak kau jadi orang pertama saya lihat setiap kali saya balik rumah.”
“Okay.”
“Del…”
…
“Del…”
Rhett memandang ke sisi. Deila sudah terlelap. Tenang sungguh tidurnya. Rhett tersenyum pendek. Wajah putih bersih itu dibelai perlahan.
“I love you ..” Ucap Rhett perlahan.
berama perut kite >.<
Share this novel
please up date Author