Bab 1

Romance Series 974

DI sebuah rumah kelihatan ramai orang kampung datang menziarahi. Kerana di rumah tersebut salah seorang penghuninya meninggal dunia. Orang kampung megenalinya dengan pangilan Opah Eyang. Opah Eyang dikenali sangat ramah oleh orang kampung. Opah Eyang tinggal bersama seorang cucu perempuan bernama Nur Maisarah.

Maisarah dijaga oleh Opah Eyang dari umurnya 4 tahun. Selepas kematian kedua orang tua Maisarah kerana kemalangan jalan raya. Hanya Maisarah yang selamat semasa kemalangan jalan raya tersebut. Ke dua orang tua Maisarah dan abangnya meninggal dunia. Tapi akibat kemalangan tersebut Maisarah mengalami parut di pipinya kerana terkena kaca cermin kereta yang pecah.

Opah Eyang mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin. Anak Opah Eyang itu bernama Salbiah. Salbiah yang juga ibu saudara Maisarah tinggal di kampung sebelah. Salbiah hanya surirumah sahaja dan suaminya juga jenis kerja tidak tetap. Salbiah dan suaminya mempunyai 2 orang anak lelaki. Tapi seorang sudah neninggal dunia semasa masih kecil. Seorang lagi sudah berusia 23 tahun.

Maisarah pula tahun ini berumur 18 tahun dan sedang menunggu keputusan SPM. Sementara menunggu keputusan SPM keluar Maisarah bekerja di sebuah kedai runcit yang berada di tepi jalan besar tak jauh dari rumah Opah Eyang.

Pagi ini sebelum pergi kerja Maisarah ingin melihat Opah Eyang terlebih dahulu di dalam bilik. Maisarah hairan kerana Opah masih belum bangun walaupun matahari sudah mula naik. Maisarah mengetuk pintu bilik Opahnya itu tapi tidak ada sahutan. Maisarah semakin risau lalu ia cuba membuka daun pintu bilik opahnya.

Nasib baik pintu bilik tidak dikunci. Bila Maisarah membuka pintu bilik Opahnya itu, ia melihat tubuh Opah terbaring kaku di atas katil. Maisarah cuba mengerakkan tubuh Opahnya supaya terjaga daripada tidur. Agak lama Maisarah cuba untuk membangunkan Opah, tapi hampa. Dengan air mata yang mengalir Maisarah pergi memberitahu pada jirannya tentang keadaan Opah.

Dengan tergesa-gesa Mak Cik Masnah jiran Opah masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Opah. Mak Cik Masnah memegang tubuh badan Opah dan menyedari Opah Eyang sudah meninggal dunia. Mak Cik Masnah memberitahu pada Maisarah tentang Opahnya itu. Maisarah tak dapat menahan air matanya terus tumpah membasahi pipinya. Tempat ia bergantung harap selama ini telah meninggalkan dirinya buat selamanya.

Selesai majlis perkebumian Opah Eyang, Salbiah ibu saudara Maisarah berkumpul di rumah Opah bersama suami dan anaknya.

"Sarah, mai sini Mak Cik ada hal sikit nak bagitahu kamu ni," panggil Salbiah pada anak saudaranya itu.

Maisarah berjalan ke arah ibu saudaranya itu. Maisarah memangil Salbiah dengan pangilan Mak Cik sahaja.

"Ada apa Mak Cik?" tanya Maisarah sambil memadang pada Salbiah.

"Mulai sekarang Mak Cik sekeluarga akan tinggal di rumah ni. Kamu pun masih boleh tinggal di rumah ni juga. Esok kamu tolong Mak Cik kemaskan bilik Opah tu," kata Salbiah pada Maisarah.

"Baiklah Mak Cik," kata Maisarah.

Sebenarnya Maisarah tidak berapa rapat dengan ibu saudaranya. Kerana ibu saudaranya itu jarang datang menjenguk Opah ketika Opah masih hidup. Walaupun rumah ibu saudaranya itu tidaklah jauh mana pun.

Maisarah tidak ada perasaan syak wasangka terhadap ibu saudaranya itu. Kerana bagi Maisarah ibu saudaranya itu adalah anak Opah satu-satunya yang masih ada. Jadi memang hak ibu saudaranya itu untuk tinggal di rumah Opahnya ini. Tidak perlulah ia tinggal seorang diri di rumah pusaka peninggalan Opah ini.

-------------

Sementara itu di sebuah rumah lainnya kelihatan ada seorang lelaki yang berpakaian wanita dimarahi oleh ayahnya.

"Kamu ni nak jadi apa ha! Kamu tak tahu malu ke berpakaian macam perempuan. Boleh pula masuk pertandingan ratu pondan. Umur kamu tu bukannya muda dah masuk 30 tahun. Macam manalah ayah nak berdepan dengan orang kampung, kalau sampai muka kau tu masuk surat khabar," kata Ismail sambil tangannya memukul anak lelakinya bernama Izat Izzudin.

"Inilah diri Izat sebenarnya," jawab Izat sambil menundukkan kepalanya.

"Apa dia kamu kata! Ini adalah diri kamu sebenarnya...Allah dah jadikan elok sebagai lelaki kenapa perlu kamu berubah kepada perempuan. Kamu tak takut dosa ke? Ayah pun dah bagi nama yang elok untuk kamu, tahu tak!" kata Ismail dengan penuh emosi dan marah.

"Izat tak suka jadi lelaki. Izat suka jadi perempuan, semua ni bukan kehendak Izat tapi naluri ingin menjadi perempuan tu datang sendiri. Dan Izat suka dengan diri Izat sebagai perempuan,"kata Izat tetap mengangap dirinya tidak salah.

"Ayah dah fikirkan! Ayah akan kahwinkan kamu. supaya lepas kamu kahwin dengan perempuan yang baik, mungkin kamu boleh berubah," kata Ismail lagi.

"Ayah, Izat tak ada nafsu pada perempuan. Macam mana Izat nak kahwin dengan perempuan," kata Izat membantah.

"Ayah tak kira, nanti ayah akan suruh mak kamu carikan calon yang sesuai untuk kamu," kata Ismail sambil berjalan pergi dari Izat.

Melihat Ismail sudah meninggalkan Izat sendirian ibu Izat datang menghampiri Izat.

"Izat dengarlah cakap ayah kamu tu. Berubahlah jadi lelaki sejati sesungguhnya. Tolong jangan menindakkan ketentuan Allah pada kamu. Janganlah terlalu ikutkan kehendakkan kamu sahaja, berdosa seorang lelaki berpakaian perempuan," kata ibu Izat sambil tangannya mengusap belakang badan anaknya itu.

"Tapi, Izat tak boleh! Bukan kehendak Izat nak jadi macam ni. Tapi dah naluri Izat memang lebih kepada perempuan," kata Izat pada ibunya itu.

"Kamu dengar jelah cakap ayah kamu tu... Mungkin lepas Izat kahwin nanti, Izat boleh berubah perlahan-lahan," nasihat ibu Izat.

"Mak tahukan Izat tak ada nafsu dengan perempuan, macam mana Izat nak kahwin. Tapi Izat janji, Izat tak akan masuk pertandingan macam ni lagi. Dan Izat tak akan sampai nak tukar jantina Izat. Tapi untuk kahwin Izat tak mahu," kata Izat tetap dengan pendiriannya.

"Kamu tahukan macam mana ayah kamu tu. Sudah la, mai sini mak sapukan ubat dekat badan kamu yang terkena tali pinggang ayah tadi." kata ibu Izat sambil tangannya mula membuka ubat yang ada di tangannya.

Izat membuka bajunya dan mula meniarap di samping ibunya. Ibu Izat dengan lembut menyapu ubat di bahagian belakang badan anaknya itu. Sambil air matanya mengalir jatuh ke pipi.

"Maafkan mak ya, ini semua salah mak. Dari Izat kecil mak selalu pakaikan pakaian perempuan dekat Izat," kata ibu Izat.

"Ini bukan salah mak, Izat yang pilih ingin jadi macam ni," kata Izat sambil memeluk ibunya itu.

"Mak akan carikan calon isteri untuk kamu seperti yang ayah mahukan," kata ibu Izat.

"Tapi Izat tak mahu kahwin... Nanti perempuan tu akan terseksa hidup dengan Izat.Izat tak sempurna seperti lelaki normal lain", kata Izat tetap membatah.

"Kita ikut je cakap ayah kamu tu dulu ya," pujuk ibu Izat.

"Yalah, terpulang mak dan ayah jela," kata Izat mengalah apa lagi melihat air mata ibunya itu semakin merah kerana menangis.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience