PHLE - BAB 4 - BAU TANAH

Romance Series 1964

"Beginilah, Qhalish. Mommy rasa ada baiknya kamu balik ke kondo kamu. Selagi kamu ada kat sini, selagi itulah, rumah ni akan dilanda masalah. Baliklah, Qhalish..."

"Mommy? Lish ni anak mommy, tau..."

"Mommy tak nafikan yang kamu tu anak mommy. Tapi, perangai kamu benar-benar menyakitkan hati mommy, Lish. Baliklah. Jangan sampai tekanan darah mommy naik mencanak."

"Memang semua orang lebih sebelahkan budak kampung ni dari Lish?"

"Budak kampung ni ada pertalian darah dengan kita, long. Jangan lupa yang arwah paksu tu, adik daddy." Ujar Qharizh.

"Huh! Aku tak peduli semua tulah!"

"Baliklah, Qhalish. Baliklah. Jangan sampai mommy alami tekanan darah tinggi disebabkan kamu. Baliklah!" Bentak mommy lagi sambil menyentuh dadanya.

"Mommy, sudah tu. Mommy tak sihat sangat." Ujar Qharizh, seraya memimpin tangan mommy lalu didudukkan di kerusi di ruang dapur.

"Qhalish, kalau kedatangan kamu nak cari masalah, baliklah. Daddy tak izinkan kamu datang ke rumah ni lagi selagi kamu tidak berubah."

"Daddy?"

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam." Jawab Qharizh. Qaseh menghampiri keluarganya di ruang makan.

"Eh, ramainya. Along pun ada..." Qaseh menghampiri Qharizh tanpa bersalaman dengan Qhalish. Qaseh masih terasa hati dan disebabkan perangai bongkak Qhalish. Malah, Qaseh meletakkan jawatan di syarikat daddy lantaran keegoan Qhalish.

"Eh, angah, kenapa dengan muka angah? Ni lebam-lebam ni..." Wajah tampan Qharizh dibelek-belek.

"Ni macam kesan kena belasah."

"Ada orang gila serang angah tadi..." Selamba jawapan Qharizh seraya mengerling ke arah Qhalish.

"Kena belasah? Biar betul, ngah?" Qaseh kerling sekilas ke arah Qhalish.

"Macam dapat agak je..." Ujar Qaseh penuh sindiran.

"Tahu takpe..."

"Sakit ke ngah?"

"Sikit je, dik. Tapi, puas hati dapat bagi sekolahkan orang ego tu..." Qaseh berdiri tegak di hadapan Engku Qhalish dengan tangan dilipat ke dada.

"Huh! Masih? Masih dengan perangai bongkak, ego?" Soal Qaseh seolah menyindir.

"Carry on, Engku Qhalish Qhashaf. Carry on. Lepas ni, siapa pulak nak kena punch dengan along? Adik? Silakan. Kita tengok siapa yang punch siapa." Sindir Qaseh separa berbisik di telinga Qhalish sebelum berlalu. Qharizh tersengeh.

Hanya Qharizh yang tahu aktiviti Qaseh selepas waktu kerja ataupun hujung minggu. Ada masanya, Qharizh akan menemani Qaseh ke kelab muay thai jika Qharizh tidak sibuk. Qharizh akui, Qaseh semakin hebat bertarung dan sejujurnya mereka berdua memang menyimpan dendam pada Qhalish kerana sikap Qhalish sendiri.

"By the way, Fia..."

"Ya, Kak Qaseh?"

"Akak tak nak makan selagi ada makhluk Allah tu kat sini. Kalau dia dah balik, panggil akak ya, Fia?" Ujar Qaseh sebelum menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Baik, Kak Qaseh..."

"Nampak tak? Kamu nampak tak, Qhalish? Qaseh sampai hari ni tak boleh nak bertoleransi dengan kamu lagi. Sebab apa? Sebab perangai kamu tu. Ego, baran, bongkak, sombong. Semua ada kat kamu. Bila kamu nak berubah, Qhalish?"

"Daddy, kenapa salah Lish je yang daddy nampak? Kenapa tak tanya Riz apa yang dia dah buat?"

"Daddy belum pekak dan daddy tak bisu, Lish. Jangan lupa, kat rumah ni, cctv semua terus masuk ke telefon daddy." Qhalish sedikit tekejut.

"Cctv?"

"Ya, cctv. Daddy pasang cctv kat rumah ni untuk keselamatan dan hari ni, daddy nampak sendiri dengan mata kepala daddy." Sinis. Qhalish lepas keluhan.

"Jangan disebabkan ego yang tinggi sampai ke langit ketujuh, kamu sanggup nak bunuh darah daging kamu sendiri, Qhalish?"

"Lish tak bermaksud begitu, daddy..." Perlahan namun masih dapat didengari. Daddy menghenyakkan punggung di kerusi bersebelahan mommy yang sedang ditenangkan Qharizh.

"Berapa kali daddy nak ingatkan kamu, Engku Qhalish Qhashaf? Berapa kali daddy perlu tegur kamu untuk kamu berubah?"

"Daddy, Lish minta maaf. Minta maaf sangat. Lish janji perkara begini takkan berlaku lagi."

"Janji? Berapa ribu kali kamu berjanji dengan daddy, Qhalish? Berapa kali kamu taburkan janji kamu nak berubah, Engku Qhalish? Berapa kali?" Qhalish mendengus.

"Daddy rasa janji-janji kamu tu dah boleh buat novel. Asyik berjanji je. Tunainya tak pernah langsung. Sampai anak kamu sendiri pun dah berkecil hati dengan kamu sebab tak tunaikan janji." Qhalish menoleh sekilas ke arah mommy dan Qharizh.

'Eh, mana budak kampung tu?'

"Daddy tak bercakap dengan tunggul, Engku Qhalish Qhashaf."

"Lish dengar daddy."

"Dengar sahaja tak bawa apa-apa makna, Qhalish. Berubahlah, Qhalish. Berubahlah. Jangan disebabkan perangai ego kamu tu, takde siapa yang nak kawan dengan kamu nanti."

"Sebab tu, takde perempuan nakkan kamu..." Celah mommy.

"Mommy ni, ke situ pulak..."

"Betulkan? Perempuan yang nak kenal kamu pun, jadi takut dengan perangai baran dan ego kamu tu..."

"Silap haribulan, salah sikit je kena penampar kamu. Naya anak orang."

"Time tu, kamu turun naik mahkamah sebab kena saman. Padan muka..." Tambah mommy lagi.

"Qhalish balik dulu mommy, daddy..." Ujar Qhalish sebelum berlalu pergi tanpa menghiraukan ahli keluarganya yang lain.

"Nia, daddy balik dulu, ya? Jangan nakal-nakal." Sempat Qhalish tinggalkan pesanan buat si anak.

"Salam daddy, Nia..." Ujar mommy. Sebaliknya, Nia terus berlari mendapatkan Fia tanpa mempedulikan Qhalish. Sebal. Qhalish kecewa dengan anaknya sendiri yang lebih memilih orang luar berbanding dirinya sendiri.

"Semua orang tak suka Qhalish. Baik Qhalish balik..."

"Baliklah, long. Ada kat sini pun, buat orang marah je..." Ujar Qharizh, selamba.

"Huh!" Qhalish berlalu tanpa bersalaman mahupun menegur mommy daddy.

"Apa nak jadilah anak sulung awak ni, bang oi..."

"Entahlah, Fa... Pening saya dengan anak sulung awak ni..." Omel daddy, mommy.

"Mommy, nasib baik tekanan darah mommy, okey..." Ujar Qharizh sebaik memeriksa tekanan darah Puan Sri Aina Ashfa menggunakan alat yang dibelinya secara dalam talian beberapa bulan lalu.

"Alhamdulillah..."

"Kamu ni, Qharizh, elok-elok belajar kedoktoran, sibuk nak kerja dengan daddy pulak?"

"Eh, Riz ada ijazah dalam business managementkan? Tak salah kalau Riz nak kerja kat mana-mana pun."

"Tapi, Rizkan belajar doktor kat Ireland? Lima tahun Riz belajar kat sana. Kenapa tak teruskan je jadi doktor? Sekurang-kurangnya, adalah anak mommy yang kerja berbeza dari yang lain."

"Takpe, mommy. Kerja apa pun, Riz tak kisah. Lagipun, niat Riz nak bantu daddy kembangkan perniagaan. Dalam masa yang sama, Riz masih boleh bantu orang yang sakit menggunakan ilmu yang Riz ada." Ujar Qharizh panjang lebar.

"Fia nak ambil course apa nanti kalau dapat sambung belajar?"

"Err, Fia..."

"Cakap je Fia. Tak payah nak malu-malu. Kita semua ni keluarga." Ujar Tan Sri Engku Qhaseef Qhalid merangkap pak longnya.

"Fia minat bahagian psikologi, pak long. Fia suka kanak-kanak. Happy je dorang."

"Maksudnya, Fia boleh jadi pakar kanak-kanak." Celah Qharizh.

"Takdelah sampai ke tahap tu. Fia cuma minat psikologi tapi, bahagian kanak-kanak."

"In shaa Allah, boleh tu. Tapi, mungkin kena ambil sedikit masa untuk sampai ke tahap pakar."

"Ya, pak long. Sebab tu, Fia nak sambung belajar. Lagipun, arwah babah dulu memang nak Fia sambung belajar."

"Pak long faham. Jangan risau, Fia. Ada rezeki nanti untuk Fia sambung belajar. Kalau tidak, Fia duduk je sini. Boleh sambung belajar kat mana-mana universiti atau kolej yang dekat dengan rumah pak long. Pak long tanggung semuanya."

"Eh, takpe pak long. In shaa Allah, Fia boleh tanggung diri sendiri. Fia tak nak susahkan orang. Cukup-cukuplah pak long, mak long tolong keluarga Fia selama ini. Tak terbalas kami, pak long."

"Fia, Fia ni bukan orang lain dalam keluarga pak long. Fia anak buah pak long, tau. Arwah babah Fia tu, adik pak long. Adik kandung, Fia. Jangan cakap macam tu. Sedih hati pak long."

"Ya, Fia. Fia bukan orang lain pun. Fia dah macam anak mak long, pak long. Mana yang boleh kami tolong, kami tolong. Kalau bukan kat darah daging sendiri, dekat siapa lagi kami nak tolong, Fia?" Ujar mak long menyokong hujah suaminya.

"Fia, niat kami ikhlas, Fia."

"Mak long, pak long, Fia hargai kebaikan semua yang mak long, pak long dah berikan pada Fia sekeluarga. Fia bukan nak menolak rezeki, tapi..."

"Tapi apa, Fia?"

"Fia..."

"Fia takut dengan Abang Qhalishkan?" Celah Qharizh dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

"Bu...bukan macam tu."

"Tak payah berdalih, Fia. Angah tahu, Fia mesti terasa hati dengan kata-kata Abang Qhalishkan?" Fia mati diksi.

"Betul ke, Fia?" Soal mak long.

"Angah tahu, tadi Qhalish dah maki hamun Fia dengan kata-kata yang menyakitkan hati Fia. Sebab tu tadi, angah marahkan along. Angah tak boleh nak biarkan along bertindak sesuka hati."

"Angah, Fia okey je. Ini bukan kali pertama Fia dituduh begitu. Sebab tu, Fia tak nak terus menyusahkan orang. Cukuplah apa yang ada pada Fia, pada keluarga Fia."

"Tapi, niat pak long baik, Fia. Kami takde niat yang tak baik, Fia."

"Fia, Fia takut kalau Fia terhutang budi, Fia kena kahwin dengan mak long ke?" Melongo Fia mendengar usikan mak long.

"Aduh, Fia ni... Polos sangat anak mak long ni, tau. Mak long bergurau jelah."

"Tapi, kalau betul, apa salahnya, kan daddy?" Celah Qharizh yang sememangnya cukup menyenangi Fia. Fia menunduk malu.

"Jangan macam tu, angah. Nanti orang lain dengar, apa pulak kata dorang."

"Kenapa Fia takut dengan kata orang, Fia? Kita hidup bukan kena dengar cakap orang."

"Tapi, Fia tak nak dituduh atau dikatakan tidak sedar diri. Angah fahamkan?"

"Korang berdua ni ada apa-apa ke?"

"Takdelah, mommy. Angah usik je. Mana angah nak letak Juita angah tu." Ujar Qharizh selamba. Fia tersenyum.

"Tahu takpe. Jangan cari pasal, Qharizh. Mengamuk Juita nanti. Mommy tak nak hadap muka bakal besan mommy tu. Tak sanggup. Ngeri..." Ujar mommy dengan tawa kecilnya. Berkerut dahi Fia.

"Kenapa dengan muka bakal besan mak long?"

"Orang tak nak mengaku tua, Fia. sanggup cucuk sana sini semata-mata nak nampak muda, vogue. Padahal, leher tu kedut seribu." Seloroh daddy membuatkan Fia tertawa kecil.

"Daddy, mommy ni, kalau mengutuk mama si Juita, bukan main lagikan?"

"Betulkan? Padahal, mommy tengok mama Juita tu dah cukup cantik. Apa lagi yang kurang? Seksi pun seksi."

"Mama Juita tu lagi seksi dari Juita kalau Fia nak tahu."

"Ya ke, pak long?"

"Ya, Fia. Padahal, umur pun dah lebih kurang umur mak long kamu ni."

"Okey, okey. Stop it. Kalau mengutuk bakal mertua Riz, memang sampai esok pun tak sudah."

"Nasib angahlah dapat mertua tak sedar diri." Ejek mommy.

"Bye, mommy, daddy. Riz nak masuk mandi. Melekit badan ni..." Ujar Riz seraya melangkah naik ke tingkat dua villa mewah itu.

"Betul ke bakal mertua angah, buat muka, mak long?"

"Ya, Fia. Nak nampak vogue." Celah pak long membuatkan mak long tertawa kecil.

"Lain orang lain caranya, pak long."

"Betul, pak long setuju. Tapi, kata orang, umur tu...dah bau tanah." Fia ketawa kecil mendengar ayat yang baru didengarinya dari pak long.

"Bau tanah?"

"Yelah. Kata orang, dah layak masuk ke liang lahad. Tapi, tetap nak bergaya macam orang muda. Orang muda pun tak buat muka macam tu." Ujar pak long lagi.

"Orang banyak duit, Fia. Sampai tak tahu nak buat apa..."

"Banyak kot rumah anak-anak yatim, orang asnaf kat negara kita ni. Rumah kebajikan, rumah orang-orang tua. Boleh je sedekah. Besar pahala yang kita dapat sebagai amalan kita masa mati nanti."

"Itu kata kita, Fia. Family Juita tu memang sosial sikit."

"Bukan sikit. Memang sosial tu dah macam makanan harian mereka." Celah pak long sambil menghirup minuman yang disediakan Mak Jah, pembantu rumah mereka.

"Orang kaya memang macam tu ke, mak long, pak long?"

"Tak semua, Fia. Pak long, mak long dah tekankan pada anak-anak jangan bermegah dengan kemewahan yang kita ada. Semua ni tak kekal mana."

"Tapi, anak sulung abang tu je yang pelik sikit."

"Tapi, dulu along tu tak macam tukan? Lepas si Maimunah merangkap Mikayla tu buat hal, dorang bercerai. Tu yang Qhalish berubah."

"Oh... Patutlah."

"Masalahnya, itu tak bolah dijadikan alasan untuk Qhalish lepaskan, lempiaskan semua kesalahan dan amarah pada orang lain? Bekas isteri dia yang bermasalah. Dasar budak kampung tak sedar diri!" Bentak pak long.

"Maafkan pak long, Fia. Pak long tak cakap Fia. Tapi, bekas isteri Qhalish. Nama sebenar dia Maimunah. Masa nikah baru kami tahu yang Mikayla tu nama glamor." Fia tertawa kecil sambil menutup mulut dengan tapak tangan.

"Anak penoreh getah je, Fia. Tapi, dia punya lagak macam dia anak saudagar besar. Semua terbongkar masa nak nikah."

"Masa bertunang tu, dia buat majlis kat rumah mak angkat dia kat bandar besar ni. Tak nak buat majlis kat kampung. Takde kelas katanya."

"Sampai hati..."

"Kesian orang tua dia, sampai berkecil hati dengan perangai si Maimunah tu."

"Bekas isteri along tu, sama belajar dengan along ke mak long?"

"Ha'ah. Cuma, mak long kecewa sebab dia penipu."

4 bab terawal yang boleh dibaca secara percuma

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-07-24 18:44:50 

done bca. best. bca yg free dlu ek... sbb yg lelama pun byk gak tgh hold bca sbb koin hihihi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience