BAB 21

Romance Completed 344019

IAN memberhentikan kereta yang dipandu di kawasan berhampiran pantai. Sebaik brek tangan ditarik, dia menoleh ke sisi.

“So, kenapa you cadangkan kita ke sini? Apa yang special tentang tempat ni?” Ian menyoal sambil memerhati ke seluruh kawasan tersebut yang dirasakan tiada apa yang menarik.

“Erm special tentang tempat ni adalah di sini terletaknya ‘penamat’ dari jalan yang kita lalu tadi. The end of the road,” ujar Alyka dalam senyuman seraya membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta.

Ian mengerut dahi kurang memahami maksud sebenar kata-kata Alyka. Dia kemudian ikut sama keluar dari kenderaan sebelum mengekori langkah gadis itu menuju ke kawasan pantai yang berpasir.

Alyka berhenti di satu sudut lalu berdiri tegak mengadap ke arah lautan membiru yang terbentang di hadapan mereka. Ian pula mengambil tempat di sebelahnya ikut melakukan hal yang sama.

Suasana waktu petang di tempat itu terasa tenang dan mendamaikan. Kebetulan kerana tidak ramai pengunjung berada di kawasan tersebut.

“You belum jawab soalan I, Aly.” Ian mengulang semula.

“Soalan apa?”

“Why we are here?” Ian bertanya sambil merujuk tempat di mana mereka sedang berada sekarang.

Kali terakhir dia mengunjungi kawasan pantai adalah ketika berparti bersama teman-teman rapat di Miami Beach beberapa bulan lalu. Dah tentulah lokasi tempat itu jauh lebih menarik dengan kelibat gadis-gadis Mexico berkulit ‘tanned’ yang seksi dan jelita.

Namun, saat ini tiada gadis lain yang bertakhta di ruang hati Ian selain Alyka. Hanya Alyka yang memukau pandangan matanya.

“Dulu awak pernah cakap awak suka tengok sunset. Sebab tu saya ajak awak ke sini. Untuk kita tengok sunset bersama-sama.”

“Tengok sunset kat sini? Wow, that’s so great.” Senyuman Ian melebar. Baru tahu tujuan sebenar Alyka mengajak dia ke situ.

“Awak tahu tak apa gelaran untuk orang yang suka sunset?”

“Nope. Tak tahu.” Ian menggeleng.

“A sunset lover is also known as ‘opacarophile’.”

“Really? I baru tahu ada gelaran juga untuk orang yang suka sunset.”

“Ya. Saya masih ingat kata-kata awak dulu. ‘Sesukar mana pun hari yang dilalui, ia tetap akan berakhir dengan indah. Sama seperti sunset’.”

Ian tertawa saat mendengar bicara Alyka. Sebetulnya dia berasa lucu kerana pernah mengungkap kata-kata pujangga seperti itu. Lantas pandangannya ditatap ke wajah Alyka. Dagu gadis itu dipaut lembut.

“You adalah pluviophile. Dan I opacarophile. Bolehkah kita bersatu?”

“In reality, nope. Tak mungkin kita akan bersatu. We’re in different world.” Alyka membalas.

Ian ketawa lagi kerana merasakan Alyka bergurau.

“But in our world we can. I dan you boleh menjadi satu.” Bibir Alyka disentuh sambil dirapatkan wajahnya mahu memberikan kucupan kepada gadis itu.

Namun, Alyka dengan pantas mengelak. Dia tahu apa yang Ian ingin lakukan. Sebelum mamat ini melalut lebih jauh, lebih baik dia hentikan rentaknya segera.

“Ian, saya nak tamatkan hubungan kita.”

Ayat itu meluncur dalam nada bersahaja dari bibir Alyka. Dan ternyata ia membuatkan bebola mata Ian seakan ingin tersembul keluar. Mulutnya ikut sama ternganga melopong.

“HAH?! Aly, apa maksud you? Kenapa you tiba-tiba cakap macam ni? No, no. You bergurau kan?”

“Kalau saya cakap saya serius?” Alyka menguji jawapan Ian.

Ian terus menyambar kedua bahu Alyka mahu mendapatkan kepastian. Mimik mukanya sudah bertukar cuak. Tidak. Dia tidak pernah sedetik pun terbayang untuk menamatkan hubungan yang cukup bahagia bersama Alyka ini. Pasti separuh jiwanya akan mati andai itu terjadi.

“Kenapa you nak putuskan hubungan kita? I ada buat apa-apa salah ke? I minta maaf. I janji akan betulkan semuanya. But, please. Don’t ever say that word. I tak nak tamatkan hubungan kita. I betul-betul cintakan you, Aly. I tak boleh hidup tanpa you. I love you so much!” ucap Ian bersungguh-sungguh.

Buat seketika Alyka bagai terpukau dengan bicara rayuan Ian. Benarlah lelaki ini sudah berjaya ‘ditundukkan’ oleh cinta palsunya. Namun, entah mengapa saat itu hati Alyka tiba-tiba seakan goyah. Dia serba salah. Seolah-olah berasa simpati dan kasihan melihat riak kecewa yang terpamer di wajah Ian.

Adakah dia juga sebenarnya sudah terjatuh cinta kepada Ian? Tidak. Tak boleh dan tak mungkin. Alyka cepat-cepat menafikan perasaan itu. Dia harus kembali semula kepada rencana asal kenapa dan mengapa dia mendekati jejaka ini dahulu. Walau apa pun yang akan berlaku dia harus tekad dengan keputusan yang diambil.

Lantas Alyka mengambil sesuatu dari dalam tas tangan. Sekeping kertas bersaiz A4 yang berlipat dihulurkan kepada Ian.

“Sebenarnya saya nak bagi ini pada awak.”

“Apa ni?” Ian menyoal bersama kening yang bertaut.

“Untuk awak.”

Dalam riak penuh tanda tanya Ian menyambut huluran kertas berkenaan. Dibuka helaiannya lalu dibaca setiap baris ayat yang tercatat. Kemudian, pandangannya dihala semula ke arah Alyka.

“You nak resign?”

Alyka mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut.

“Why? You tak happy kerja di company I?”

Alyka menggeleng. Sebetulnya bukan dia tidak gembira. Tetapi, ‘tugasan’ sebenarnya di syarikat itu sudah selesai. Jadi, seharusnya dia angkat kaki dengan segera sebelum semua rahsia terbongkar.

“Erm sebenarnya saya baru terima tawaran kerja dari sebuah syarikat di luar negara. Saya akan bertolak ke sana esok.” Alyka mencipta alasan.

“What? You nak ke luar negara? Ke mana? Dan you baru beritahu I hari ni?” soal Ian bertubi-tubi. Jelas terlakar reaksi terkejut di wajahnya.

Sebaliknya Alyka membalas semula dengan mimik muka yang terlihat tenang dan bersahaja. Memang semua ini sudah dirancangkan sejak awal.

“Actually, saya terima offer tu last minute. And ya, I’m sorry sebab baru beritahu awak. I hope you don’t mind.”

“Tapi…”

Ian terdiam seketika sambil berfikir sesuatu. Perasaannya gusar. Sukar untuk menerima keputusan Alyka yang tiba-tiba. Apatah lagi mahu melepaskan gadis ini jauh daripadanya.

“Kenapa? Awak tak benarkan saya pergi? Ini cita-cita saya, Ian. Saya tetap kena pergi. Kalau awak tak bersetuju anggap saja hubungan kita tamat di sini…”

“No! No, no, no.”

Ian dengan pantas mengulang perkataan itu beberapa kali membantah kata-kata terakhir Alyka. Mana mungkin dia mahu kehilangan Alyka di saat cintanya terhadap gadis itu sedang berada di kemuncak.

Tanpa Ian sedari, hujung bibir Alyka terukir ke atas. Menahan tawa di dalam hati daripada meledak. Lucu saat melihat lelaki kasanova yang penuh angkuh seperti Ian akhirnya sanggup merayu begini terhadap wanita sepertinya.

“Jadi, awak tak benarkan saya pergi?”

Ian meraup celahan rambut pendeknya. Perasaan berbelah bahagi menyelubungi diri. Sebuah keluhan berhembus. Lalu dia mengangguk dalam pasrah. Terpaksa akur dengan keputusan Alyka.

“Kalau itu yang terbaik untuk you I tak boleh halang. Dan I harus sokong apa saja keputusan you. Congratulations, Aly. I’m proud of you.” Ian menutur ucapan bersama senyuman hambar. Tidak ikhlas sebenarnya.

Sebaliknya dalam raut penuh ceria Alyka tersenyum lebar menghargai persetujuan lelaki itu. “Thank you, Ian. I really appreciate it.”

“So, may I know which country you akan pergi esok? Harap-harap tak jauh sangat. Nanti I akan rindukan you.”

“Urm ya, tak jauh sangat pun. Dekat je.”

“Dekat je? Di mana? Singapore? Thailand? Or Indonesia?”

“Urm Italy.”

“Wh… what?? Italy? No way. That is so far.” Ian mempamerkan mimik muka yang kian menggunung kekecewaan.

“Taklah. Mana ada jauh. Masih dalam bumi yang sama kan. Saya bukan pergi ke planet lain pun.” Alyka tersengih.

“That so funny. Italy tu jauh beribu-ribu kilometer dari sini. Macam mana I nak hidup tanpa you nanti? Kalau macam tu esok I hantarkan you ke sana. I akan teman you sampai ke Italy okey. I boleh pinjam private jet my dad.” Spontan Ian menutur cadangan.

Pandangan Alyka terus mencerlung. Hah, sudah. Dia punyalah penat memikirkan alasan mahu melepaskan diri dari ‘jerat’ lelaki ini. Alih-alih si Ian sibuk nak ikut dia pula. Tak nak!

“Ian, no. Tak perlu. Saya boleh ke sana sendiri. Company baru saya dah uruskan semua. Lagipun, ini berkaitan kerjaya saya. Saya tak nak libatkan apa-apa hal peribadi dalam urusan kerja. Saya perlu nampak profesional. Please, tolong hormat situasi saya ye.” Pinta Alyka sambil memegang lengan Ian.

Ian mendengus nafas. Sekali lagi dia terpaksa mengangguk bersetuju dengan prinsip Alyka. Walaupun berat rasa hati, namun dia harus akur demi gadis yang dicintai.

“Honestly, I sedih sangat nak lepaskan you pergi. But, what to do? I respect your decision. Tapi, janji sesuatu dengan I. Jangan pernah lupakan I. Jangan pandang lelaki lain. Simpan nama I selalu dalam hati you ye,” tutur Ian lalu membawa jemari Alyka ke dadanya.

Lambat-lambat Alyka mengangguk. Walaupun hakikat sebenar dia tidak pernah sekali pun berhasrat menyimpan nama lelaki ini di ruang hatinya.

“Saya janji takkan lupakan awak. Nama awak akan selalu ada dalam hati saya.” Alyka berbohong.

Namun, bagi Ian ucapan itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum berpuas hati. Dia selalu percaya yang Alyka sentiasa jujur dalam perhubungan mereka. Tidak pernah terfikir langsung yang dirinya sedang dipermainkan oleh gadis yang dicintai.

SUARA pengumuman berkenaan pesawat yang baru tiba dan akan berlepas kedengaran bergema di ruang berhampiran Balai Perlepasan Antarabangsa KLIA. Kelihatan para pengunjung bersama bagasi masing-masing beratur memasuki laluan bagi pemeriksaan Imigresen.

Di satu sudut tidak jauh dari situ, kelihatan pasangan yang dianggap sama cantik sama padan sedang berbual untuk kali terakhir sebelum mereka berdua akan berpisah sebentar lagi.

Ian mengelus jemarinya ke pipi mulus Alyka. Merenung sepuasnya wajah gadis yang dicintai ini sebelum ia lenyap dari pandangan seketika nanti.

“I will miss you, sayang. Take care of yourself. Hati-hati sepanjang di sana. Call I selalu ya. Nanti I akan ke Italy melawat you.” Ian menitip berbagai pesanan.

Manakala Alyka sekadar mengangguk. Penat sudah dia mendengar ucapan pesanan yang sama sedari semalam. Namun, dia berpura-pura tersenyum kerana tidak mahu Ian mengesyaki apa-apa.

“Awak jaga diri baik-baik juga di sini ye. Saya nak ucapkan terima kasih atas semua yang awak pernah berikan kepada saya sepanjang perkenalan kita. I really appreciate. Dan saya juga minta maaf andai ada salah serta silap yang saya pernah buat terhadap awak,” ucap Alyka penuh makna.

Ian mengerutkan dahi. Sedikit hairan dengan ucapan Alyka hari ini. Namun, dia tidak terfikir apa-apa yang pelik. Lantas digeleng kepala sambil memaut jemari Alyka. Dikucup lembut jemari itu dengan penuh rasa cinta.

“You tak ada salah apa-apa pada I. You’re so perfect. I love you so much, Aly. I love you with all my heart,” tutur Ian dengan setulus perasaannya.

Perilaku Ian sedikit sebanyak membuatkan hati Alyka bagai dijentik rasa syahdu. Ah, tiba-tiba dia rasa sebak pula untuk mengakhiri perhubungan ini. Terlalu banyak momen indah dan manis dilalui sepanjang perkenalan mereka. Mampukah dia melupakan semua kenangan itu nanti?

Namun, Alyka tidak mahu membiarkan dirinya terus hanyut dibuai permainan cinta Ian. Lebih cepat ia berakhir lebih baik.

Maka, saat pengumuman yang meminta para penumpang bagi pesawat penerbangan ke Italy masuk ke balai perlepasan, Alyka menarik jemarinya daripada genggaman Ian.

“Flight saya dah sampai. Saya pergi dulu ye.”

Saat itu garis-garis yang terkandung kesedihan muncul menghiasi wajah Ian. Tanpa sempat Alyka mengelak dia terus menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Didakap erat seperti tidak mahu melepaskan Alyka pergi. Dan Alyka terpaksa membiarkan sambil menahan deruan nafas yang berombak.

“Jaga diri you baik-baik, My Aly.” Ian mengucup ke dahi Alyka sebelum pelukan antara mereka terlerai.

“Awak juga jaga diri ya. Bye.” Alyka menutur ucapan terakhir sebelum berpaling ingin berlalu pergi.

“Bye, Aly.” Ian pula membalas dengan berat hati sambil melambai tangan.

Tanpa mempedulikan Ian, Alyka berjalan menuruni eskalator memasuki laluan di Balai Perlepasan Antarabangsa. Dia langsung tidak menoleh ke belakang lagi. Tidak juga memandang ke arah Ian yang masih melambai ke arahnya. Bagai meninggalkan segala-gala yang berkaitan dirinya dengan lelaki itu sebelum ini.

Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen, Alyka membelok ke satu sudut di dalam ruang terminal. Dia menuju ke sebuah tandas wanita. Ada seseorang sudah menantinya di situ.

Pakaian yang tersarung di tubuh bertukar tangan dengan seorang wanita lain. Dan Alyka menyarungkan pakaian baru yang menampilkan imej dirinya dalam rupa berbeza. Wanita yang sudah diupah itu akan menyamar sebagai dirinya untuk menaiki pesawat penerbangan ke Italy. Semua itu sudah dirancang sebagai persediaan bagi mengaburi mata orang-orang suruhan Ian sekiranya mereka berada di sekitar lapangan terbang. Dia tidak mahu tertangkap atau terkantoi.

Selesai sahaja sesi ‘pertukaran imej’, Alyka dan wanita itu kemudian berpisah ke laluan yang berbeza. Wanita itu meneruskan langkah untuk menaiki penerbangan. Manakala Alyka pula melangkah keluar meninggalkan ruang terminal lapangan terbang dengan senyuman yang beroleh kemenangan.

‘Topeng’ yang dipakai sebelum ini akhirnya sudah ditanggalkan dan dia kini dapat kembali semula ke kehidupan lama yang dirindui. Semuanya telah tamat sama seperti kisah cinta palsu penuh dramatik yang diciptanya bersama ‘si angkuh’ Ian Khalif.

‘Semoga kita tak akan bertemu lagi, Ian.’

Maaf ya author baru sempat update story ni. Thanks semua yang singgah baca kisah Ian Khalif!

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-08 08:06:30 

Tq dah update lama saya tunggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience