TAK tentu arah Ilham dibuatnya. Serba serbi tak kena sahaja. Dari tadi, dia berasa kekok dan janggal berdiri di hadapan Azizah hampir sejam gara-gara diperhatikan gadis itu.
Entah apa silapnya, atau dosanya, dia diperlakukan seperti seorang pesalah oleh Azizah. Bila ditanya, gadis itu membatu, bahkan memandang dia dari atas ke bawah. Lagaknya tak ubah seperti seekor harimau nak terkam mangsanya saja.
Dia telan liur saat matanya bertembung dengan sepasang anak mata milik Azizah. Dari ekor mata, dia hanya memerhati sekeliling tanpa sebarang suara.
Persoalannya sekarang, siapakah Azizah dan kenapa dia diperlakukan seperti seorang pesalah? Yang dia tahu, gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Azizah. Itu saja. Tiada lain.
"Dari tadi kita berdiri je. Kaki saya dah penat ni. Awak nak apa-apa ke? Atau ada apa-apa yang saya boleh tolong? "
Wajah hitam manis Ilham dipandang oleh Azizah dengan mengecilkan matanya. Jari diletakkan di atas dagu. Wajahnya serius. Dia harus mencari tahu niat sebenar Ilham terhadap Hasma. Dia tak boleh biarkan mana-mana lelaki mempermainkan sahabatnya.
Biarpun dia dan Hasma tak ubah seperti anjing dan kucing, namun hubungan mereka juga sudah seperti isi dan kulit. Tak segampang itu hendak dileraikan. Tak semudah itu juga untuk dipisahkan.
"Awak kenal Hasma?"
Laju Ilham mengangguk. Masakan dia tak kenal. Gadis manis comel yang telah mencuri hatinya.
"Dan awak tahu siapa Azizah?"
"Awaklah Azizah"
Azizah menggumam. Ya tak ya jugak! Ishhh!!
"Maksud saya..." Azizah berdehem. Cuba membetulkan intonasi suaranya. "Hubungan saya dengan Hasma"
Hubungan? Ilham angkat kening. Adik-beradik ke? Atau sepupu sepapat? Atau kawan baik? Tak pun, musuh sealam?
"Apa niat sebenar awak pada Hasma?"
"Niat?" Ilham tersedar dari lamunan. Dia kurang mengerti dengan maksud soalan itu.
"Maaf, saya kurang faham"
"Awak suka kat Hasma kan? Baik awak berterus-terang. Awak betul-betul sukakan dia atau awak main-main saja? Awak jangan ingat saya akan lepaskan awak kalau awak mainkan perasaan dia. Lagipun, kalau dibandingkan dengan awak, memang langsung tak padan! Jadi saya heran kenapa awak boleh sukakan dia. Ni mesti tak lain tak bukan sebab nak mainkan perasaan dia kan?"
Oppss!! Ilham ketap bibir. Dia dituduh yang bukan-bukan tanpa sebarang penjelasan. Apa si Azizah ingat perasaan dia tu main-main ke? Dia ikhlas sukakan Hasma. Mungkin lelaki lain seperti apa yang Azizah fikirkan. Tetapi tidak dia. Dia ikhlas dan tulus.
"Kenapa awak diam? Betullah kan? Awak sengaja nak mainkan perasaan dia. Mentang-mentanglah diri tu hensem" tutur Azizah lagi. Hilang sudah pelat Utaranya gara-gara marahkan si Ilham itu. Nanti karang marah dalam loghat Utara, satu hapak pun dia tak faham aihh!!
"Dah selesai? Dah habis cakap?"
Azizah tayang muka geram. Ish mamat ni!! "Dah..." Suaranya mengendur saja.
"Okey, first. Iye, saya sukakan Hasma. Sepenuh hati. Seikhlas hati. Setulus hati. Secondly, saya takde niat nak mainkan perasaan dia. Thirdly, saya bukan jenis lelaki yang pandang paras rupa semata-mata. Banyaklah perempuan cantik saya jumpa. Tapi perangai..haprak!!"
Ilham tiba-tiba teringat akan Soraya, bekas tunang arwah Ehsan dan Ziana, bekas tunangnya. Soraya dan Ziana memiliki wajah yang cantik. Namun sayang, mereka hanya mengejar wang ringgit dan kemewahan semata. Dia khilaf dan trauma. Bukan saja dengan Ziana, bahkan sebelum ini dia pernah kenal dengan beberapa orang wanita. Semuanya hanya mengejar kekayaannya.
Namun melihatkan Hasma, dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza dalam diri gadis itu. Entah kenapa, hatinya begitu tertarik pada gadis itu.
"Kenapa awak bercakap seolah awak mengerti hati dan perasaan saya? Atau sebenarnya awak memandang rendah pada Hasma?"
Azizah memanggung kepala memandang Ilham. Dia tak memahami maksud kata-kata lelaki tersebut. Tampak ketara akan wajah sinis Ilham memandangnya.
"Pandang rendah?"
"Yup, look down on her. Awak bercakap seakan-akan takde lelaki yang terpikat pada dia. Hanya kerana saiz badan dia. Kan?"
Betul ke selama ini dia pandang rendah pada Hasma? Kalau tidak, masakan dia musykil dan hairan dengan Ilham yang menyukainya. Tetapi dia wajar berperasaan begitu. Arghhh kacauu!!
"Kalau awak tak pandang rendah pada dia, awak takkan sesekali serang saya dan tuduh saya macam-macam. Mungkin pada awak saiz badan Hasma yang jadi teka-teki. Tapi bagi saya itu bukan satu masalah"
"Saya cuma risaukan dia. Sebab..." jeda Azizah seketika. Sebab saiz badan dia ke? Betul ke aku pandang rendah pada dia?
"Azizah, saya tak berapa kenal awak. Dan awak pun sama kan? Tapi boleh tak awak bagi ruang pada saya untuk buktikan perasaan saya pada Hasma? Saya harap sangat awak faham. And please, don't do body shaming to other people. Kalau kita ni sibuk nak body shaming orang, sampai bila pun dunia ni takkan aman"
Azizah terdiam. Dia body shaming Hasma ke selama ni? Ke Ilham yang salah faham? Kenapa pulak dia nak body shaming Hasma sedangkan mereka memiliki saiz badan yang hampir sama?
Langkah Ilham dihantar dengan lirikan mata saja. Betul ke dia ikhlas?
DATUK ELIAS mengangguk-angguk kepala tanda faham di atas penerangan Ali, orang upahannya untuk menyiasat keberadaan Eirfan. Setelah berpuas hati dengan penerangan Ali, dia membayar Ali sejumlah wang yang besar di atas kecekapannya itu.
"Nanti kalau ada apa-apa, I akan panggil you lagi"
Ali mengangguk kepala. "Thanks Datuk"
Datuk Elias angkat tangan, beri tanda untuk Ali beredar dari situ.
"Jauhnya Eirfan larikan diri. Daddy tahu, daddy dah salah. Mummy Jen pun dah sedar. Eirfan masih marahkan kami kan?"
Setitis air matanya jatuh berguguran. Dia lihat foto-foto yang dihantar oleh Ali dengan penuh kerinduan. Tampak sangat tubuh badan Eirfan susut dan tidak terurus. Sihat ke dia?
"Daddy rindukan Eirfan.Daddy banyak dosa pada Eirfan. Daddy tak jaga Eirfan dengan baik. Daddy kejam. Kejam pada Eirfan. Kejam pada arwah ibu. Ya Allah berdosanya aku!" lirih Datuk Elias dengan penuh penyesalan.
Satu-persatu kenangan mulai bergentayangan dalam sanubari. Betapa kejamnya dia pada arwah Atilia. Ketika isterinya itu hamil anaknya, dia paksa Atilia bekerja dan menguruskan rumah. Walhal banyak saja pembantu rumah.
Saat Eirfan lahir, dia terbang ke New Zealand bercuti bersama Jenny. Dia tak mahu azankan Eirfan yang baru lahir ketika itu. Menyambut kelahirannya juga sengaja dia elakkan.
Ketika Eirfan membesar dan membutuhkan sosok seorang ayah, dia malah membiarkan anak yang satu itu bersendirian dan terkapai-kapai mencari arah hidupnya.
Saat Eirfan mulai mencapai kejayaan dalam hidupnya, dia sindir dan caci maki pula. Seolah Eirfa itu beban pada dirinya.
Lahirnya Ehsan, dia semakin membenci Eirfan dan merasakan dia tak perlukan Eirfan. Eirfan diabaikan dari kecil sehingga sekarang. Bahkan dia selalu berlaku tak adil terhadap Eirfan.
"Daddy kejam pada Eirfan. Daddy sangat kejam"
Tangisan Datuk Elias sudah kedengaran. Dia cuma ingin ketemu dengan Eirfan dan meminta maaf. Kalau perlu sujud, dia akan sujud asalkan Eirfan mahu memaafkannya.
"Ya Allah, apa aku dah buat ni?"
"Abang..."
Suara lembut Datin Jenny memanggil. Datuk Elias toleh.
"Kenapa nangis?"
"I tengok gambar Eirfan"
"Eirfan? Where is he?"
Demi mendengarkan nama Eirfan, hati Datin Jenny berkocak hebat. Dia juga seperti Datuk Elias. Dalam diam mulai merindui anak tirinya itu. Dulu kehadirannya tak diinginkan. Kini, dia seperti pengemis. Menagih simpati dan kasih sayang.
"He's here" Datuk Elias tunjuk gambar Eirfan. "Nampak makin kurus. Entahkan makan. Entahkan tidak"
Gambar tersebut sudah bertukar tangan.
"Kenapa dia nampak skinny sangat?"
Wajah Eirfan diusap sambil menangis. Eirfan yang ditemuinya beberapa bulan lalu tampak gah dan sasa. Kini, tubuh itu nampak susut saja.
"I rasa berdosa pada dia Jen. Selama ni ,I ingat parents don't have that guilt towards kids. But I was wrong Jen. I was totally wrong. I baru sedar, ibu bapa pun ada salah pada anak"
"I ingat I bagi dia duit, sekolahkan dia, bagi dia makan minum, I dah jadi bapa yang tak mungkin buat salah pada anak. But I was wrong. I was wrong! Dengan duit yang I ada, I anggap dia orang gaji. I salah Jen. I salah pada anak I"
"Abang, I pun salah jugak pada dia"
"Kepermegian Ehsan buat I sedar yang I pun ada salah pada anak-anak I. I ingat I dah perfect all this while. Tapi tak. I silap Jen. I bukan bapa yang baik untuk anak-anak I"
Datuk Elias tutup wajah dengan telapak tangan. Dia sembunyi tangis namun sayangnya tangisan itu jelas kedengaran.
Penyesalannya sudah datang bertimpa-timpa. Perginya Ehsan bikin dia sedar kalau duit dan kemasyhuran bukanlah segala-galanya. Dia silap menilai erti hidup. Dia sudah hilang seorang anak. Dan dia tak mahu kehilangan Eirfan pula. Cukup sudah segala kesalahan dan dosanya pada anak yang tak pernah dianggap itu.
"We can still make things right" pujuk Datin Jenny. "Kita masih boleh mintak maaf pada dia. And then we start over"
"Layak ke I dapat kemaafan dari dia? Dia dah lari jauh dari kita Jen. Dia dah tak nak jumpa kita"
"Kita cuba bang. Kalau dia tak nak maafkan kita ,kita akan cuba lagi sampai dia nak maafkan kita. Dan terima kita. I know he has a good heart. And will always be"
Kini, tangisan Datin Jenny sudah bersatu dengan esakan suaminya. Betapa dia menyesali segala yang terjadi. Jika dari dulu dia meladeni Eirfan persis bak anak sendiri, pasti mereka tidak perlu punya rasa bersalah sedemikian. Jiwa dan raga mereka seakan diseksa oleh perbuatan mereka sendiri. Inikah kifarah?
HON kereta berbunyi menyentakkan kedua mereka yang berkira-kira hendak keluar makan tengah hari. Hasma menoleh dan kaget melihat insan di sebalik tingkap kereta itu. Azizah sudah duluan masuk ke dalam perut kereta.
"Laaa hat siapa pulak buat bunyi pancaragam tengah hari buta ni?" Azizah mengomel tanpa mengetahui gerangannya.
"Weiii awat hang tercegat kat situ?! Mailah masuk. Kata nak pi makan. Aku dah lapaq ni!"
"Errr, Azi..."
"Awat? Pasaipa?"
"Tu..." Hasma menjuihkan bibir ke arah Ilham yang masih lekang dengan senyumannya.
"Oopss!!" Melihatkan Ilham yang melambai tangan ke arahnya, dia jadi kelam-kabut pula. Pagi tadi aku pi sound dia. Dia boleh tersengih-sengih depan aku lani..
"Saya nak pinjam Hasma sekejap boleh tak?"
Pinjam? Apa dia ingat aku ni barang ke? Hasma menjegil mata. Dia beri signal pada Azizah supaya Azizah tak setuju. Namun hatinya kecewa saat Azizah mengangguk laju.
"Sekejap ja na? Jangan nak pinjam lama-lama pulak" Azizah memberi amaran. Wajahnya serius saja.
"Iye, sekejap je"
"Pi mana?"
"Bawak dia keluar makan sekejao. Kalau awak nak join pun, boleh je"
"Takpalah. Hangpa berdua pi lah.. Kami tak nak kacau daun oghang hangat bercinta"
"Weii!!" Hasma menepuk bahu Azizah sambil pamer wajah cemberutnya.
Ilham sudah tersengih-sengih.
"Pi ja laa.. Hang jangan nak mengada-ngada pi check-in hotel pulak"
"Woii!!" Hasma merona. Mulut minah utara ni memang takde insurans ke apa?
"Gurau ja lah!"
Ilham mengekek. Boleh je nak check-in tapi lepas dah sahlah..he he
"Dah jom!" Ilham ajak Hasma naik keretanya.
"Awak nak bawak saya pergi mana?"
"Jumpa tok kadi!" jawab Ilham sambil mengenyitkan matanya.
Hasma merona. Hishhh dia ni! Lain kita tanya, lain pulak dia jawab.
"Kenapa?" tanya Ilham pula.
"Kenapa apa?"
"Kenapa diam? Tak nak jumpa tok kadi ke?"
"Jangan main-mainlah Ilham!"
"Kalau saya serius?"
dpt update pendek je ni. tak boleh lebih 2000 pkataan..huhu..kiki nak update pjg lagi tp xbagi..so enjoy reading ;)
Share this novel