"Azie! kau tolong ambil nasi kat aku sekali.nasi putih separuh,ayam goreng,bendi,kuah campur.kuah sikit sikit ja. kau nak air apa?"
"Bandung cincau.ais kurang. Mina! ayam nak bahagian mana."
"Mana mana pun boleh."
Hari ni aku rehat sekali dengan Azie.dapat la aku membawang jap dengan dia.kebetulan Kak Fatimah ada.Kedai nasi kandar depan salon Kak Fatimah ni jadi port kita orang makan tengah hari.aku memang tak jemu makan kat sini.masakannya semua sedap sedap.harga pun okey tak la mahal sangat macam kedai kedai nasi kandar yang selalu orang viralkan sebab harga 'kayangan'.
Hari ni aku pilih untuk duduk dalam bilik bertutup.kedai nasi kandar ni ada tiga bahagian tempat makan.Bahagian pertama dalam bilik bertutup ada penghawa dingin,ruang kedua masih dalam kedai tapi terbuka ada kipas angin.ruang ketiga luar kedai tak ada bumbung.selalunya bahagian luar tu malam baru diaorang susun kerusi dan meja.
Disebabkan cuaca panas terik aku pun pilih untuk duduk dalam ruang makan yang pertama.ada penghawa dingin bertambah selesa la nak aku dan Azie nak makan sambil bergosip.Tak lama lepas tu Azie pun datang.kelam kabut aku bangun tolong bukakan pintu untuk dia bila aku tengok dia bersusah payah guna bahu untuk tolak pintu tu.
Aku tenung nasi dan lauk dalam pinggan Azie sampai berkerut dahi aku.
"Biar betul kau ni.kau ni bela saka ka?"
Selamba ja aku cakap macam tu kat Azie.Mana tak nya kalau dah makanannya menimbun sampai tak muat pinggan.Ayam,sotong,telur semua dia bedal.dah macam kedai nasi kandar pula aku tengok dalam pinngan Azie.
"Kau diam boleh tak.suka hati aku la banyak mana aku nak makan.duit aku! aku punya suka la.yang penting aku mantain kurus."
Ya betul.Azie memang kurus.bukan sahaja kurus tapi bentuk badan Azie memang cantik.sebab tu Azie suka pakai kebaya lagi terserlah lah kelangsingan tubuhnya.
Lepas Azie cakap macam tu aku malas dah nak bertikam lidah dengan dia.Lagipun perut aku dah lama menjerit jerit kelaparan.
Macam biasa lah aku tadah tangan dan baca doa.tapi kali ni awal awal lagi aku dah basuh tangan.
"Woi baca doa dulu tahu la lapar."
Aku tegur Azie bila aku tengok mulutnya dah mula mengunyah.
"Dah aku baca dalam hati."
Pandai pula dia menjawab.Suka hati lah kau lah Azie.
Aku pun apa lagi makan lah.perut aku betul betul lapar.
"Eh Mina.kau tau tak.... jap jap minum."
Lama juga kami berdiam tiba tiba Azie mula bersuara.tapi cara dan riak wajah Azie nak bercakap tu aku dah boleh agak ada gosip la tu.Aku pandang muka Azie yang tengah sedut bandung cincau.
"Kau tau tak! kak Fatimah tu ada anak lelaki. hensem gila.Semalam lepas kita orang pergi ambil stok serum.masa ontheway balik tu Kak Fatimah singgah rumah.nak jumpa anak katanya.terkejut la aku.bila masa kak Fatimah ni ada anak kata janda.lepas tu.....
Panjang lebar juga lah Azie cerita kat aku detik detik pertemuan dia bertemu dengan anak kak Fatimah.Teruja betul Azie memuji ketampanan Naufal.Aku layankan saja sambil aku habiskan ayam goreng.
"Ha ah aku tahu la.Naufal namanya."
"Hah mana kau tahu?"
Soal Azie dengan riak wajah terkejut.Kini giliran aku pula ceritakan pada Azie detik detik pertemuan aku dan Naufal.Lepas kitaorang borak hal Naufal dan Kak Fatimah tiba tiba Azie ni sibuk pula nak tahu masalah aku.
"Eh Mina! kau ada masalah ka.kerap sangat aku tengok kau termenung.share lah dengan aku.mana la tahu aku boleh tolong."
"Eleh ya la tu nak tolong!"
"Betul la kita ni kan sahabat.kena tolong menolong."
Beriya ja Azie ni nak tolong aku.Aku minta pinjam Rm50 pun kedekut macam macam alasan dia bagi.sahabat la konon.tapi Azie ni kalau bab menasihatkan orang nombor satu.dia ada aura positif yang boleh tenangkan jiwa kita yang berserabut.sebab tu lah Kak Fatimah sayang sangat dengan Azie dah berapa ramai pelanggan dia tawan untuk join ahli bisnes M.L.M Kak Fatimah.
Kebetulan pula jiwa aku ni memang dah serabut sangat.aku perlukan orang untuk luahkan semuanya.
"Walid nak aku kawin."
Spontan aku luahkan pada Azie.
"Kawin!"
"Ya! minggu depan pihak lelaki nak datang merisik.Walid nak aku terima lamaran tu.walid nak aku nikah dalam bulan ni juga.aku buntu lah aku tak nak kawin."
Aku luahkan apa yang terpendam sambil aku picit picit kepala aku yang tiba tiba rasa nak migrain.
"Biar betul! walid nak kau kawin tu.aku setuju.tapi cepat sangat kot.takkan tak bertunang dulu."
Geram pula aku tengok si Azie ni.aku tengah serius boleh pula dia tanya soalan yang buat aku rasa nak tumbuk ja muka dia.
Aku diam ja... aku tenung muka Azie dengan riak wajah garang.
"Errr jangan la marah.aku gurau ja."
"Tak lawak la! aku betul betul serabut ni.kau jangan cari pasal boleh tak."
"Okey okey sory.aku rasa mesti ada sebab kenapa walid nak kau kawin.sebagai ibu bapa diaorang mesti nak tengok kau bahagia."
"Bahagia?"
Muka Azie aku tenung lagi.
"boleh ka aku bahagia dengan lelaki yang aku tak cinta.walid yang nak sangat bakal ustaz tu jadi menantu! aku tak nak lah."
Aku jawab dengan nada bebal.
"Wow bakal ustaz.patut lah walid beria sangat nak kau kawin.tapi pada pendapat aku la Cinta tu boleh datang lepas kawin."
"Kalau cinta tu datang! kalau cinta tu tak datang.takkan nak cerai."
Paku buah keras aku bagi kat Azie.sakit pula hati aku bila Azie pun sibuk nak suruh aku kawin.suara aku masa ni memang keras lah.
"yang kau pula kenapa kau tak nak kawin? sampai bila kau nak pegang status 'J'."
Isshhh bertambah sakit lagi hati aku dengar soalan soalan Azie ni.
"Apa masalahnya dengan status janda! berdosa kah?"
"Tak lah.. tapi kenapa kau tak nak kawin.mesti ada sebab kan."
"Aku tak suka abang Zul.aku dah anggap dia macam abang.kau bayangkan bila dah kawin macam mana aku nak layan dia sebagai suami.memang tak lah.tak pasal pasal aku jadi isteri derhaka.serabut betul lah."
Aku betul betul serabut.aku picit picit lagi kepala aku yang semakin menjadi jadi sakitnya.kenapa lah kali ni aura positif Azie tak dapat hilangkan serabut kat otak aku ni.
"Kau tak suka abang Zul atau kau masih tak boleh lupakan Bob."
Sepantas kilat aku pandang wajah Azie bila dengar dia sebut nama Bob.
Bob.Hubungan aku dengan Bob semakin hari semakin rapat.aku selalu ikut ummi kerumah Bob.Ummi ditugaskan untuk mengajar Bob dan adik adiknya membaca Al Quran.
Bob anak kedua dari empat orang adik beradik.Bob ada seoarang kakak yang sedang belajar di luar negera.Mereka berhijrah ke kampung aku kerana ayah Bob betukar tempat kerja.Ayah Bob seorang pengarah TNB di daerah tempat tinggal aku.Ibu Bob terpaksa berulang alik seminggu sekali ke Kuala Lumpur untuk menguruskan perniagaannya disana.
"Terima kasih Kak Nab sudi tolong saya.saya pergi dalam dua tiga ja.apa apa hal Kak Nab call ja saya ya.Bob,Fida,Farish dengar cakap ummi jangan nak buat perangai.Kak Nab kalau diaorang tak nak solat ,tak nak mengaji pukul ja"
Puan Salina seorang usahawan yang berjaya.Walaupun sibuk menguruskan perniagaan namun tanggungjawab sebagai seorang ibu digalas dengan sempurna.Anak anaknya di didik dengan ilmu agama secukupnya.
Seperti minggu minggu sebelumnya Puan Salina akan pergi ke Kuala Lumpur.Ummi aku lah yang akan menguruskan makan pakai Bob dan adik adiknya.aku kena lah teman ummi jika ayah Bob ada dirumah.ya la nak elakkan daripada fitnah.nanti ada pula posmen karat nak sebar cerita fitnah isteri Ustaz Hasyim ada skandal.
Oleh kerana aku dah tak duduk asrama kerap lah aku ikut ummi pergi rumah Bob.Tapi bukan senang walid nak izinkan aku keluar dari asrama tu.Puas aku pujuk aku merayu.Aku pun tak faham kenapalah walid nak sangat aku duduk asrama padahal dekat ja jarak rumah aku dengan sekolah naik motor 5 minit ja dah sampai.buat apalah membazir bayar duit asrama.membazir tu kan amalan Syaiton.
"Tak boleh! kamu kena tinggal kat asrama.kat rumah kamu tak belajar sibuk dengan tv.petang petang kamu berlepak dengan kawan kawan.malam malam tidur lewat.pagi pagi susah nak bangun."
Itulah alasan walid yang menyebabkan aku kena menjadi penghuni asrama.tapi aku tahu bila aku tak ada senang lah walid nak berkepit dengan ummi pergi berceramah kemana mana.masa tu Yusof dan Idris tak wujud lagi dimuka bumi ni.
Masuk ja tingkatan tiga nama aku ditolak sebagai penghuni asrama.alasannya jarak rumah aku terlalu dekat.aku apa lagi Yap Yap Yee la.seronok la.aku bebas dari dibuli Aishah.yang paling seronok dapatlah aku ikut ummi pergi rumah Bob.
Di rumah Bob.kami selalu belajar bersama dengan dua orang lagi adiknya Fida dan Farish.aku memang rapat dengan ayah dan ibu Bob.Puan Salina layan aku macam anaknya sendiri.macam macam Puan Salina belikan untuk aku setiap kali balik dari Kuala Lumpur.
"Terima kasih ibu.cantiknya.."
Aku panggil Puan Salina ibu.Gembira aku apabila Puan Salina hadiahkan sepasang baju kurung dari butiknya.aku pasti harganya mahal.
"Eleh macam lah bagus sangat! setakat baju kurung macam tu belambak dalam almari baju aku."
Kata Fida pada aku.jelas sangat wajah cemburu yang dia tayangkan kat aku.
Aku hanya mampu diam ja.dalam hati aku sakit sangat.Fida ni mulutnya boleh tahan berbisa.kalau dia tak puas hati atau marah dia terus cakap ja.Tapi aku pun tak faham kenapa lah dia tak suka aku.mungkin cemburu.susah la aku kalau bakal adik ipar tak suka aku.tapi aku tak peduli.yang penting Bob suka aku.aku pun suka Bob.
Fida ni umurnya sebaya aku.Tapi Fida sekolah lain.Berlagak nak sekolah swasta.orang lain sekolah kerajaan pandai ja pun.
Waktu belajar dirumah Bob aku dengan Bob selalu berpandangan.Bob akan tenung wajah aku sambil tersenyum.Aku pun balas la senyuman Bob.Tanpa aku sedar ada sepasang mata yang melihat kami.
"Abang! Mina!"
Terkejut aku tiba tiba Fida menjerit kuat panggil nama aku dan Bob.Nasib baiklah aku tak baling pen kemuka Fida sebab terkejut sangat.Dah la menjerit.sekali dengan meja tu ditepuknya mau aku tak terkejut.
"Kau apahal Fida! mental.tiba tiba menjerit."
Bob pun terkejut.terus Bob tegur Fida.keras nadanya.
"Abang kalau nak bercinta dengan Mina boleh tak jangan kat sini.Rimas lah."
Kata Fida.Muka Fida masa ni memang marah betul la.kedua tangan Fida silangkan.
"Suka hati abang lah.yang kau sibuk apahal!"
"Abang jangan sampai Fida bagitau ibu yang abang bercinta dengan Mina.abang ingat Fida tak nampak apa yang abang buat dengan Mina."
Masa ni tubuh aku dah mula menggeletar.bila masa yang Fida ni dok mengintip aku dengan Bob.
"Eh kau dah melampau.suka hati nak tuduh tuduh."
Bob terus bangun dari kerusi melangkah laju mengdekati Fida.
Masa ni aku mampu tengok ja.Aku tengok muka Boh dah merah.
"Fida tak tuduh la.Fida nampak la abang pegang tangan Mina.Yang kau pun Mina biar ja abang aku buat macam tu.kau tak malu ka.kau tu anak ustaz tau."
Terkedu aku mendengar kata kata Fida.Tiba tiba aku jadi takut.aku beristigfar dalam hati.Bola mata Fida tepat merenung wajah aku yang dah merah menahan malu.Ya betul apa yang Fida cakap.Aku dengan Bob pernah berpegangan tangan.Betulah ustaz selalu cakap bila kita berdua pasti ada orang ketiga.
Masa tu kat dapur rumah Bob.aku sorang sorang tengah minum air tiba tiba Bob datang.
"Mina...
Bob panggil aku sambil tarik kerusi untuk duduk.
"Abang nak cakap tanya sikit boleh."
Bob duduk dikerusi sebelah aku.dengan beraninya tiba tiba Bob gengam tangan aku.
Sungguh aku terkejut.jantung aku ni dah bedegup kuat.aku rasa macam nak terkeluar pun ada.tapi aku cuba bertenang.aku biarkan ja Bob pegang dan usap tangan aku.masa tu aku betul betul dah kalah dengan bisikan syaiton nirojim.
"Abang nak tanya apa.cepat lah.Mina dah nak balik ni."
Aku tenung ja wajah Bob sambil menanti pertanyaan Bob.
"Mina sayang abang tak?"
Eiiuu soalan apa ni.tiba tiba aku rasa geli la pula bila pengawas yang paling digeruni cuba nak bersikap
romantis.
"Err sayang la."
Nak tak nak ja aku jawab soalan Bob.sebab nak jaga hati aku jawab juga.tapi aku ikhlas sayang Bob.Lama juga la Bob menguli tangan aku yang tak berapa lembut ni.sampai la Fida tiba tiba muncul cepat cepat Bob lepaskan.
Lepas ja Fida cakap macam tu.Bob terus terdiam.dah tak mampu nak cakap apa apa.dah memang betul apa yang dikatakan Fida.Aku tak tahu lah apa yang dah jadi lepas tu.sebab malu sangat aku terus balik.
Sejak dari hari tu aku jarang ikut ummi pergi kerumah Bob.aku rasa lega sangat Fida tak bagi tahu sesiapun dosa yang aku dah buat dengan Bob.tapi aku rasa berdosa dengan Allah sebab dah buat maksiat.
Bob pula bakal menduduki SPM.aku tak nak la ganggu pelajaran Bob.Bob juga salah seorang pelajar harapan sekolah.Buat sementara waktu aku jauhkan diri dari Bob.
"Hoi Mina!"
Terkejut aku dengar suara Azie.kuat betul dia panggil aku.ingat aku pekak.
"Hah kenapa?"
"Termenung lagi! ada orang nak jumpa kau."
"Siapa??"
"Entah! lelaki."
Kata Azie.sambil berdiri di muka pintu.
"Lelaki??"
Terdiam aku seketika.Otak aku ni mula aktif memikirkan lelaki mana pula la nak jumpa aku.Kalau abang Zul minggu depan baru diaorang nak datang.kalau Naufal.Azie mesti kenal.
"Oi cepat lah."
Azie ni tak sabar betul la.Otak aku ni tak habis fikir lagi.
"Jap jap.."
Aku bangun dari sofa.lambat lambat ja aku melangkah ke muka pintu.daun pintu aku buka.
"Hah Izham???"
Share this novel