"Bila kau nak sampai?"
"Aku stuck dalam traffic jam ni, maybe lambat sikit. Kau orderlah kopi dulu sementara tunggu aku sampai kejap lagi."
Arien menyisir jari-jari panjangnya melalui rambut hitamnya yang tebal sambil membalas dengan nada monoton, "Yelah."
Dia kemudian bangun ke kaunter untuk pesan secawan kopi cappuccino ke mejanya. Susuk tubuhnya yang tegap dalam sut yang terletak kemas menambahkan lagi auranya yang berkarisma. Dari segi penampilannya, dia tak nampak macam dia sepatutnya ada dalam kafe sederhana macam ni. Ada sesuatu dalam dirinya yang memancarkan aura maskulin yang sangat dominan.
Kalau bukan sebab adiknya berkeras nak jumpa dekat kafe ni, memang taklah dia nak duduk dekat kafe ni pada waktu-waktu macam ni. Mata hitamnya yang dalam dan tenang merenung keluar tingkap kaca, memerhatikan orang ramai yang berjalan dengan pakaian yang agak tebal. Sejak kebelakangan ni, Kuala Lumpur dilanda dengan suhu rendah yang menyebabkan orang ramai pakai pakaian yang tebal-tebal.
Tapi pandangannya kosong, seakan-akan dia tenggelam dalam dunianya sendiri.
Lamunannya terhenti bila suasana tiba-tiba jadi riuh. Dahinya berkerut sedikit.
Sejurus dia mendengar, "Kau ingat sebab kau kaya, kau boleh nak rampas boyfriend aku?" dia dah boleh nak teka drama apa yang tengah terjadi. Kebetulan, kekecohan tu terjadi betul-betul dekat belakangnya, jadi dia boleh dengar semua butir kejadian. Tapi, tak macam orang lain yang suka menyibuk nak ambil tahu, dia tak berpaling untuk tengok.
Dia dah biasa sangat dengar kes perempuan kaya yang gunakan duit dan kuasa untuk rampas dan goda lelaki. Dalam kalangan elit macam mereka, macam-macam boleh berlaku. Benda yang mustahil pun boleh jadi nyata. Jadi, dia anggap apa yang jadi dekat belakang meja dia cuma satu kisah cliché yang selalu terjadi.
Tak ada apa yang menarik pun.
Atau sekurang-kurangnya, itulah yang dia sangka... sampailah...
" Cinta dan pengorbanan... manusia cuma guna ayat ni untuk ikat orang lain, guilt tripping. Untuk kurung mereka dalam sangkar rasa bersalah dengan nama cinta."
Suara yang didengarinya kedengaran lembut, merdu dan memikat.
Pada saat kata-kata tu menyusup ke telinganya, seluruh tubuhnya jadi kaku. Kenangan yang selama ni dikuburkan kembali menyerbu mindanya, membuatkan jari-jarinya menggenggam erat hingga buku-buku jarinya memutih.
Dia segera menoleh untuk melihat siapa yang mengucapkan kata-kata tu, tapi yang sempat dilihatnya hanyalah belakang seorang wanita yang melangkah pergi. Rambutnya berayun sambil dia berjalan, tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Rahangnya keras dan tajam mengeras. Kata-kata tu tadi membuatkan luka lama kembali berdarah.
Dia pernah mendengar kata-kata yang sama suatu masa dahulu...
"SAYA cintakan awak. Kenapa awak tak boleh nak percaya cakap saya?" Dia pernah berusaha sedaya upaya untuk menahannya daripada pergi.
"Kalau awak cintakan saya, kenapa awak tak nak lepaskan saya pergi? Kenapa kena kurung saya dalam sangkar cinta awak? Saya tak kisah berapa besarnya cinta awak untuk saya tapi pada saya, awak tengah kurung saya!"
Hatinya terasa pedih, tapi dia langsung tak dapat sebarang belas kasihan daripada wanita yang ada di hadapannya. Kata-katanya menusuk tepat ke jantungnya tanpa henti.
"Saya dah bagi awak macam-macam. Kenapa awak tak nak dengan saya?"
Wanita tu mengejek, "Awak akan ungkit balik semua yang awak kononnya dah buat untuk saya, ataupun untuk kita. But in reality, awak buat semua tu untuk diri sendiri. Awak buat supaya saya rasa bersalah. Awak buat semua tu supaya saya tak tinggalkan awak!"
Dia menggeleng berulang kali, "Tak, tu bukan niat saya!"
Wanita di hadapannya menggenggam tangannya dan merayu dengan suara yang lembut, "Kalau awak betul-betul cintakan saya, awak lepaskanlah saya. Kita dah banyak menderita. Tolong ceraikan saya dan bebaskan saya,”
SAAT dia buka matanya semula, pandangannya jadi jelas semula. Kekosongan dingin yang biasa terpancar dari matanya kembali mengambil tempatnya. Dia bangun berdiri dan terus mendail nombor adiknya sekali lagi.
"Abang, aku on the way dah ni! Sabar sikit boleh tak?"
Suara dingin dan monoton itu kedengaran, "Tak payah nak rush. Aku ada urusan penting. Aku pergi dulu."
"Hah? Kau yang kata nak jumpa aku tapi tiba-tiba kau kata kau nak kena pergi? Kau ingat senang ke aku-"
Orang di hujung talian masih lagi menjerit kemarahan, tapi dia dah pun putuskan panggilan tanpa sedikit pun rasa risau. Dia bayar kopi yang langsung tak disentuhnya sebelum berjalan ke tempat letak kereta untuk mengambil keretanya.
"Boss, macam mana boss boleh jadi lencun macam ni?"
Dia terdengar suara tu sebaik sahaja dia menghampiri keretanya. Pandangannya jatuh pada wanita tadi yang tengah bersandar pada Bentley edisi terhad, manakala seorang wanita lain sedang mengelap blaus satin merah gelapnya sambil mengeluh, "Tak nak hilang pulak kesannya."
Sekali pandang sahaja, orang sudah boleh teka yang gadis tu bukan berasal dari keluarga biasa. Walaupun dia hanya dapat melihat sisi wajahnya, keanggunannya jelas terpancar.
Dia padankan blaus satinnya dengan seluar slack, kasut hitam, dan tali pinggang hitam. Walaupun berpakaian merah, dia langsung tak nampak menyakitkan mata. Sebaliknya, aura glamor menyelubungi dirinya.
"Si Lukas tu yang tak ada otak. Patutlah dia boleh nak datang blind date even though dia dah ada girlfriend. Siapa je yang sanggup hidup dengan perempuan gila macam tu?"
Nana pandang pembantunya dengan riak terhibur. "Maya, kau masih kira ke berapa banyak blind date yang aku dah attend?"
Maya angkat bahunya. "Lepas dua tahun tengok kau terseksa dengan blind date bodoh ni, dah macam satu tabiat pulak untuk aku kira." Ekspresinya berubah serius sebelum dia menyambung, "Tapi serius, kau takkan biarkan benda ni jadi macam tu je, kan? Bukan je dia dah simbah orange juice dekat kau, dah malukan kau depan orang ramai pulak tu. Kalau aku ada dekat dalam tadi, memang aku hentak kepala dia dah! Kita tak boleh berdiam diri!"
Riak wajah Nana langsung tak berubah. "Kenapa aku rasa kau yang lagi marah daripada aku?"
Maya mengeluh panjang. "Boss, sebab kau tak tahu macam mana nak marah. Semua perasaan ni aku express untuk kau. And aku tau, balas dendam or simpan dendam tu bukan style kau, tapi takkanlah nak biarkan semua ni jadi macam tu je? Aku tahu kau takkan buat apa-apa kalau tak ada benefit untuk kau, tapi..."
"Ahem! Ahem!"
Mendengar batuk sengaja itu, Maya menoleh dan ternampak seorang lelaki kacak berdiri di hadapannya. Oh, tak! Panggil dia kacak pun macam tak cukup. Dia nampak sempurna, seolah-olah diukir terus daripada bayangan lelaki idamannya.
Mata Arien menunjukkan tanda ketidaksabaran. Dia prtik jarinya di depan muka Maya dan berkata, "Ini kereta saya. Boleh tak tepi sikit supaya saya boleh masuk ke kereta saya?"
Nana langsung tak menoleh ke arahnya. Dia hanya membuka pintu Bentley dan masuk ke dalam. Faham dengan isyarat tu, Maya segera mengangguk kepada Arien sebagai tanda maaf sebelum masuk ke tempat pemandu. Lagipun, memang salah dia sebab letak kereta dekat tempat yang salah.
Semasa kereta tu bergerak pergi, Arien tak dapat menahan diri daripada memandang ke arahnya.
Matanya memancarkan emosi yang bercampur-baur. Ketenteraman dan kedinginan yang telah dipupuknya selama enam tahun akhirnya hancur, bila seseorang berjaya mengoyakkan luka lamanya.
Nampaknya, dia dah tersalah tafsir situasi tadi.
Share this novel