15.Hari demi hari

Crime Series 1643

*******Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, aku berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan di televisyen.

“Alang, dari haritu lepas balik dari klinik, alang senyap je, makan pun macam takda selera, alang ada apa2 ke nak bagitahu ika ni” tanya ika padaku selepas dia menyedari perubahan yang ada pada diriku.

“Alang okay je ika, doktor kata alang ada migrain je, kena banyak berehat dekat rumah, alang dah bagitahu azam dah yang alang tak kerja untuk beberapa hari” jawabku pada ika. Ye semenjak berita itu, aku tak gemar ke mana mana, apatah lagi untuk menjual barang, nasiblah azam faham dengan keadaan ku,

Aku menyuruh azam supaya cepat habiskan stok yang ada sebelum perbuatan kami ini dihidu oleh sesiapa.

***Tok tokkk, pintu diketuk, dan ika membuka pintu, makjah datang ke rumah kami membawa makanan.

“Alang, ika, makjah bawa bekal ni jum makan sama” kata makjah sambil memberikan makanan kepada ika untuk diletakkan pada bekas.

“Lepas makan ni, alang makan ubat ya, kena jaga kesihatan tu, badan nak pakai lama” kata makjah padaku lagi.

“Baiklah makjah jangan risau, pandailah alang jaga diri nanti” balasku pendek sambil meletakkan nasi di pinggan. Makjah dah ku anggap macam ibu kami sendiri dah, lagipun abang kamal jarang balik kesini, so kami berdua lah yang selalu menemani makjah, kadang-kadang bawa makjah membeli barang keperluan di super market berdekatan.

“Alang, makjah nak tanya sikit ni, makjah harap kamu tak marah ya” tanya makjah.

“Ha apa dia makjah” jawabku.

“Dah 10 tahun berlalu, kamu tak teringin ke mencari ayah dan adik beradik kamu yang lain, makjah bukan apa, makjah kesian dengan si ika, dia perlukan kasih sayang seorang ayah, kamu pun tahu, keadaan masa tu yang membuatkan ayah dan arwah ibu kamu berpisah” tanya makjah dengan harapan aku tenang menjawab soalannya tu.

Aku melihat ika, ika tersenyum dan berharap yang aku tak naik marah.

“Hmm makjah, 10 tahun kami hidup berdua, kalau dorang sayabgkan kami, dah tentu cari kami, tapi takda kan, lagipun saya ada makjah jaga ika” jawabku perlahan.

“Kamu ada? time kamu tak sihat ni jelah makjah nampak kamu dirumah, kalau tak, hmmm faham sendiri jelah” balas makjah.

Jawapan makjah tu terus tepat di dadaku, betol yang dikatakan tu, aku jarang ada dirumah, kalau ada pun, untuk merehatkan badanku selepas seharian mengedar.

“Alang, nanti ada masa kita cari ya, ika yakin dorang masih sayangkan kita” ika mencelah.

“Hmm iyelah ika”balasku pendek untuk menutup perbualan yang tidak ku gemari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience