Bab 15

Romance Series 1301

ASHRAF menyandarkan badan ke bonet keretanya. Dia menunggu Airra di depan kedai bakerinya kerana hanya di situ sahaja dia dpt mencari gadis itu. Alamat baru Airra sdh tdk dapat dikesan lagi. Sudah dua jam dia menunggu namun bayang-bayang Airra mahupun Akief tdk kelihatan. Dia mengeluh. Hampir berputus asa, namun hatinya melonjak gembira apabila kereta Myvi merah parking bersebelahan keretanya.
" Alongg. Apasal parking sini? Eishhhh! Sengaja kan?" marah Airra dgn wajah mencukanya. Dia lihat Ashraf tersengih-sengih di luar kereta. Semakin menambahkan sebal di hatinya. Awal pagi dtg sini, apa dia nak?!
" Kereta along, suka hatilah along nak parking kat mana" bidas Akief sambil tersenyum sinis. Dia sejujurnya memang tdk mengetahui kereta Honda City berwarna hitam itu milik Ashraf. Kalau dia tahu, dia juga tdk akan parking di situ. Wajahnya juga turut berubah apabila mengetahui Ashraf 'berjaga' di situ.
" Eihhhh, along dgn dia tu, dua-dua menyakitkan hati!" rungut Airra lalu membuka daun pintu. Wajah masamnya sengaja dipamerkan, biar si Ashraf itu tahu!
" Awal pagi kat sini? Doktor nak beli kek ke?" Akief menyapa terlebih dahulu. Dia sdh keluar dr perut kereta lalu kedua-duanya bersalaman.
" Ohhh, tak. Saya dtg nak jumpa Airra"
" Saya sibuk, encik doktor. Lain kali buat appointment dulu!" bidas Airra, sengaja menekankan perkataan sibuk biar Ashraf tahu akan kemarahannya.
Ashraf hanya tergelak. "Ehhh takpe. Saya boleh tunggu sampai awak tak busy"
" Saya busy hari ni. Ptg ni. Malam ni. Esok, lusa, tulat dan seterusnya" tukas Airra lagi.
" Busy awak ni mengalahkan busy seorang doktor!" usik Ashraf, sengaja menyindir. Dia perasan raut wajah Airra berubah.
" Tapi takpe. Saya boleh tunggu. I still have my free times. Not all the times I'm doing things" Dia menyindir lagi.
Airra kehilangan kata-kata. Lelaki yg satu ini memang cukup degil orgnya. Mana katalah! Yang penting, aku dah bgtau. Airra menapak laju ke depan kedai, meletakkan barang-barangnya di atas lantai. Lock di grill dan pintu dibuka segera. Lantas, langkah kaki diatur ke dapur.
" Airra memang macam tu. Dia tak biasa kot dgn apa yg doktor dah luahkan. Lagipun, semuanya terjadi tiba-tiba" Akief memberitahu, sengaja ingin menutup rasa tdk nyamannya terhadap perilaku Airra.
" Ehhh takpe. Saya tahu semuanya terlalu pantas. But thats how we fell in love I guess? First love sight" Ada ketawa kecil di hujung bicaranya.
Ashraf tersentak. " Cinta pandang pertama? Doktor tak pernah bercinta ke sebelum ni?" Akief sengaja korek rahsia.
" Tak payahlah berdoktor bagai. Panggil Raf je. Ye, saya tak pernah bercinta sebelum ni. And Airra is the first person who made me felt that" Luah Ashraf jujur. Sejak dr zaman sekolah lagi hidupnya memang dihabiskan dgn pelajaran ,kolej dan kerja. Dia tdk punya masa utk berfoya-foya atau bercinta. Bahkan kawan perempuan juga dia tdk punya. Hanya si Hisyam itu sajalah teman sehidup sematinya. Justeru apabila bertemu dgn Airra, perasaan itu sangat-sangat dia hargai.
Akief tersentak lagi. Kenyataan yg barusan keluar dr bibir Ashraf ternyata amat payah utk ditelan. Masakan seorang lelaki yg berkarisma dan berkerjaya spt nya tdk pernah bercinta atau mempunyai hubungan istimewa dgn mana-mana perempuan?
" Tak percaya kan?" teka Ashraf apabila dilihatnya tampang Akief yg berubah riak mendadak.
Akief hanya mengangguk.
" Belum masanya kot utk saya jatuh cinta. Now I am ready for it.Tolong bgtau Airra, yg saya betul-betul serius. Saya first time rasa mcm ni. And I really want her"
" Maaflah Raf tapi bukan nak patahkan semangat siapa-siapa, but Airra has someone else. I mean, ibu aku nak jodohkan dia dgn someone, which we also don't know who he is" Ujar Akief dgn harapan lelaki itu akan berhenti mengejar Airra.
Ashraf tersentak. Kecewa mula bertandang di lubuk hati. Belum sempat hendak berjuang, dia sdh kalah terlebih dahulu.
" Errr, takpelah Raf. Aku nak kena masuk ni. Nanti Airra marah pulak. Apa-apa pun, terima kasih utk perasaan kau pada Airra. Tapi kalau bukan jodoh, you have to resign to it. Aku tak boleh buat apa-apa. Tapi kalau kau jadi adik ipar aku, aku terima kau masuk ke dlm family dgn hati yg terbuka. Take care" Pamit Akief selepas bersalaman dgn Ashraf.
Ashraf menghantar Akief dgn pandangan sayu. Sdh hampir beralah dgn perasaannya namun ini adalah kali pertama dia merasakan getaran ini. Apa yg harus dilakukannya? Menyerah dgn perasaannya dan menurut dgn pilihan umi atau terus berjuang dgn perasaannya tanpa memikirkan kesan baik buruknya?

SESEKALI, Airra mencuri pandang ke luar kedai. Mengeluh dgn kedegilan Ashraf yg tetap menunggu di situ walaupun jam sdh melangkah ke angka tiga. Petang juga sdh hendak melabuhkan tirainya. Dari pagi tadi lelaki itu tetap setia menanti, dan sejak waktu itulah dia juga tdk senang duduk. Sekejap-sekejap membuang pandang ke luar. Gelisah dgn penantian dan kedegilan lelaki itu.
" Pergilah jumpa dia dek. Bgtahu dia apa yg adek nak bgtahu. Kesian along tengok dia macam tu" tukas Akief. Dia turut memerhati gelagat Ashraf dari tadi. Dari bersandar di bonet kereta, Ashraf duduk di dlm perut kereta. Kemudian, berubah posisi lalu mendaratkan punggung di salah sebuah kerusi menunggu di taman itu.
Airra mengeluh. " Dia takkan faham long"
" Adek fahamkanlah dia. Tak baik buat orang macam tu dek. Along dah bgtahu dia pasal adek dijodohkan dgn orang lain. Tapi adek tengoklah. Dia tetap degil nak tunggu adek"
Airra serba salah. Nescafe yg sempat dibancuh oleh Akief sebentar tadi dicicip perlahan.
" Lagipun, dia betul-betul ikhlas dgn adek. And first time tau dia jatuh cinta seumur hidup dia" Akief menambah lagi. Seorang pelanggan menapak ke cashier lalu membayar kek yg dibelinya. Akief melayan pelanggang tersebut sebelum kembali ke Airra di hujung balkoni.
Kenyataan itu menyentakkan Airra. Pertama kali?
" Adek jumpalah dia dulu. Dengar apa yg dia nak cakap. Kalau tak boleh nak bagi peluang utk dia, setidak-tidaknya adek dgr lah luahan dia. Selesaikan semuanya harini jugak. Takkan adek nak biarkan dia tunggu sampai mlm? Kita tutup sampai petang je ni. Malam ni kan ada temujanji dgn keluarga mak Datin" Sempat dia mengingatkan Airra tentang itu.
" Hmmmm" Airra berganjak dari posisinya. Dia menanggalkan apronnya lalu menapak keluar. Benar kata along. Ashraf harus ditemui dan semuanya harus diselesaikan hari ini juga.

" AWAK memang degil kan?" tegur Airra, menyentakkan dia dari menungnya. Ashraf mengangkat kepala, memandang Airra. Dia memberi ruang kepada Airra utk duduk. Airra menurut.
" Degil memang perangai saya. Apa yg saya nak, itu jugak yg saya nak. Regardless anything" sahutnya perlahan lalu memandang wajah Airra. Ditenung sepasang anak mata itu. Dia ingin Airra faham akan perasaannya.
Airra menunduk kepala. Dia kalah dgn renungan lembut itu. Memang dia tdk nafikan, Ashraf memiliki aura dan personaliti yg tersendiri. Wanita akan mudah tertarik dgn lagaknya yg cool dan bersahaja. Tetapi bukan dia. Bukanlah kerana dia ego tetapi dia merasakan ada satu halangan utk mereka menyatu meskipun dia tdk tahu apakah halangan tersebut.
" Awak dah kalah Airra"
Satu senyuman kemenangan menghiasi bibirnya.
Airra mengerutkan dahi. " Apa maksud awak?"
" Awak tak mampu utk bertentang mata dgn saya. Macam tu jugaklah satu hari nanti awak akan kalah dgn cinta saya"
Kali ini, Airra benar-benar tersentak. " Apa yg awak nak dr saya? Saya dah jelaskan pada awak kan? Dan along pun dah bgtahu pada awak pasal saya nak...."
" Nak dijodohkan dgn orang lain kan?" cantas Ashraf. Pandangannya sdh berkalih di hadapan. Mereka menghadapi masalah yg sama, iaitu dijodohkan dgn orang yg tdk mereka kenal. Adakah itu sebabnya Airra enggan memberi peluang kepadanya? Jangan-jangan, Airra adalah gadis pilihan umi kerana keadaan mereka yg sama itu tdk memustahilkan kenyataan itu.
" Hmmmm.. Ye. Tapi bukan sebab itu saya menolak. Saya tak cukup sesuai utk awak"
" Atas sebab apa? Awak sakit? Atau pasal taraf kita?" Ashraf menebak. Mungkin itu salah satu sebabnya.
Airra terdiam. Ashraf amat bijak membaca pemikirannya. Justeru, utk apa Ashraf masih mengejarkan kalau lelaki itu sdh cukup dewasa utk faham akan segala-galanya?
" Kalau itu yg menjadi masalahnya, saya rasa itu cuma masalah kecil. Kalau awak sakit, saya boleh ubatkan. Awak pun tahu saya seorang doktor kan? Pasal taraf ,saya rasa itu tak penting langsung. Umi saya tak pernah ambik kisah pun pasal itu. Awak yg menolak saya terlalu dalam Airra. Tapi saya tetap tak akan mengalah. Selama mana awak dan saya masih belum sah dimiliki, selagi itulah saya akan tunjukkan usaha saya. Pertama kali jatuh cinta, takkan saya nak sia-siakan? Kita merancang, tapi Allah yg menentu semuanya kan? Saya yakin dgn semua tu"
Airra kehilangan kata-kata. Lelaki di sebelahnya itu amatlah sukar utk dikalahkan dgn apa jua hujah. Baik jadi peguam dari jadi doktor!
Sepi. Hanya bunyi dedaun kering yg berguguran memecahkan kesunyian antara mereka. Cukup utk semua yg diluahkan, Ashraf berharap Airra akan menimbang tara kembali perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience