Bab 20 : Penyelesaian

Adventure Completed 1375

BAB 20 - PENYELESAIAN

Di hadapan rumah pokok di aras empat, kelihatan enam manusia serta makhluk berupa sesumpah sedang duduk sambil berbincang sesuatu.

“Jadi, punca semua ni berlaku adalah disebabkan orang-orang salji yang telah masuk ke aras lain melalui laluan lubang ni,” faham mereka apabila Siti Syazanah menceritakan segala-galanya.

“Jadi, kita hanya perlu menghapuskan ‘mereka’ je, kan?” usul Tengku Ehsan.

“Dengan cara apa? Cairkan mereka menjadi air?” soal Nur Halimah.

“Tak boleh. Memandangkan ‘mereka’ pernah berada di aras lain yang lebih panas berbanding sini, bermaksud ‘mereka’ agak tahan lasak walaupun terkena panas,” bantah Shasya Edrina.

“Adakah kita perlu menikam jantung ‘mereka’?” bersuara Ismail Razak.

“Korang, Syaza rasa, kita tak perlu menghapuskan ‘mereka’,” perlahan suara Siti Syazanah.

Matanya membuat isyarat pada belakang mereka. Mereka menoleh ke arah yang dimaksudkan gadis itu.

Terkejut mereka apabila terlanjur kata-kata sewaktu Coolaf berada di sisi mereka.

“Kalau itu jalan penyelesaian, saya akan menerimanya,” luah Coolaf.

Walaupun sedih dengan berita yang bakal menyebabkannya bersendirian, namun, demi alam itu, dia sanggup berkorban.

Berubah mimik muka yang lain.

“Kenapa sebelum ini sikap orang-orang salji itu berlainan? Bukankah mereka sangat ceria dan ramah?” bingung Tengku Ehsan.

“Saya syak, mereka turut terkena salah satu racun yang berada di aras 3,” ujar Nik Akhil.

“Jadi, kita perlu dapatkan penawarnya,” bersemangat Siti Syazanah.

Serentak mereka melirik memandang gadis itu.

“Kenapa korang pandang Syaza macam tu?” risaunya apabila menjadi tatapan semua.

“Syaza, kami tidak dapat membenarkan awak menjalankan misi terakhir ini,” terlopong mulut Siti Syazanah.

“Kenapa pula, Ima?” kecewanya.

“Kami tahu yang awak mengandung, Syaza,” tergamam Nik Akhil dan Siti Syazanah.

“Saya nampak awak makan vitamin yang sama seperti kak Mila telan. Vitamin tu untuk mengukuhkan janin di dalam kandungan. Itu yang kak Mila beritahu pada saya,” terang Nur Halimah.

Nik Akhil teringat ubat yang pernah ditelan isterinya sewaktu berada di aras tiga. Ternyata itulah vitamin yang dimaksudkan oleh Nur Halimah.

Pantas dia mendapatkan isterinya. Kedua-dua bahu isterinya diletakkan tangannya. Siti Syazanah mula cemas.

“Maaf..,” kata-kata Siti Syazanah dipotong.

“Maafkan abang, Syaza. Abang tidak sedar yang isteri abang mengandung. Abang gagal menjadi suami yang prihatin. Maafkan abang, Syaza,” sesal Nik Akhil.

Apabila teringat segala perbuatan isterinya tanpa halangannya, dia berasa sangat bersalah. Sepatutnya dia melindungi isteri dan bakal anaknya itu. Tetapi, dia tergamak meninggalkan orang-orang kesayangannya berada di dalam bahaya.

Pipi Nik Akhil dipegang lembut. Wajah mengukirkan senyuman walaupun air matanya mengalir. Jelas kelihatan air mata bertakung pada tubir mata suaminya.

“Bukan salah abang. Maafkan Syaza sebab tidak beritahu perkara ini. Syaza risau jika Syaza menjadi beban pada abang dan yang lain,” jujur gadis itu.

“Apa pulanya, Syaza. Syaza tak pernah menjadi beban kami tau,” bangkang Shasya Edrina.

“Betul tu. Tiada sesiapa yang pernah menjadi bebanan. Masing-masing memainkan peranan masing-masing. Raz berasa bertuah kerana mempunyai kawan seperti kalian,” lebar senyuman Ismail Razak.

“Kami pun,” serentak Shasya Edrina dan Nur Halimah.

“Dah-dah. Jadi, mari kita dapatkan ‘penawar’ itu sekarang,” ajak Tengku Ehsan.

“Jap jap. Sebelum itu, tadi Ed berjumpa dengan Gama di aras tiga. Dia berikan cendawan ini pada Ed,” teringat Shasya Edrina.

Dia mengeluarkan sekaki cendawan berbentuk hati yang berwarna biru. Terkesima mereka.

“Adakah mereka terkena racun cendawan hati berwarna merah? Seperti Raz dan Ima yang terkena racun tu pada 5 tahun yang lepas?” luah Nik Akhil.

“Logik juga. Sebab Gama pernah beritahu, sesiapa yang terkena racun ini, personalitinya akan berubah. Berkemungkinan besar, dia boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Sama seperti orang-orang salji itu,” terang Siti Syazanah (boleh rujuk karya pertama, bab 13)

“Tapi, ‘penjaga-penjaga’ yang lain terkena racun apa? Kenapa penawarnya lain?” runsing Tengku Ehsan.

“Mereka terkena racun bunga yang berwarna merah jambu di mana boleh menyebabkan personaliti seseorang itu berubah serta tubuhnya akan semakin susut. Disebabkan Gama pernah menghidu penawar itu, jadi dia selamat dari perkara buruk itu. Cuma, tubuhnya menjadi kecil,” hujah Siti Syazanah.

“Jadi, kita hanya perlu mendekatkan bunga ini pada hidung mereka saja. Baiklah, Raz ada cadangan. Syaza, Ima dan Ed alihkan perhatian ‘mereka’ manakala Akil, Izan dan saya akan panjat pokok ni melalui jalan depan,” cadang ismail Razak.

“Kenapa libatkan Syaza juga?” bantah Nik Akhil.

“Akil, macamlah awak tidak kenal isteri awak tu. Manalah dia akan duduk diam. Daripada dia panjat, baik dia berada di tanah sambil mengalihkan perhatian orang-orang salji,” bals Ismail Razak.

Siti Syazanah hanya tersengih. Dia tidak akan sesekali memberitahu suaminya malah kawan-kawannya yang lain bahawa dia sudah memanjat pokok itu tadi.

“Baiklah,” mengalah Nik Akhil.

Maka, strategi mereka pun dimulakan. Coolaf turut terlibat sebagai pelindung kepada sang gadis.

“Hei! Kami dah jumpa awak. Mana awak nak menyorok lagi?” lantang suara Shasya Edrina.

Mendengar kata-kata itu, orang-orang salji memandang ke bawah.

“Nak tangkap kami ke? Tak mainlah kat atas. Baik kalian turun saja,” sengaja Siti Syazanah.

Disebabkan marah, orang-orang salji terus membaling salji kepada mereka.

“Tak kena,” ejek Nur Halimah.

Semua balingan itu berjaya dielak oleh mereka. Sang jejaka yang sudah berada di dahan yang sama dengan orang-orang salji memulakan tindakan mereka.

Nik Akhil dan Tengku Ehsan terus mengunci pergerakan dua orang salji dari belakang. Pantas Ismail Razak mendekatkan ‘penawar’ pada wajah orang-orang salji. Beberapa saat kemudian, dua orang salji mula tidak sedarkan diri.

Akibat terperanjat dengan kehadiran manusia, orang salji yang terakhir berundur ke belakang menyebabkannya terjatuh dari dahan.

Segera sang gadis ke depan untuk menyambut orang salji itu. Tindakan pantas Coolaf berjaya menyelamat orang salji itu daripada hancur berkecai.

“Ed!”

Ismail Razak mencampak ‘penawar’ pada isterinya. Shasya Edrina yang berjaya menyambut ‘penawar’ terus mendekatkan ‘penawar’ itu pada orang salji terakhir.

“Alhamdulillah. Semua sudah selesai,” syukur mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience