Buat kesekian kalinya, Nurin termenung lagi..Peristiwa sebulan lalu terlayar kembali diruangan mata.
"Aku terima nikahnya Nurin Syakirah binti Ahmad Syauqi dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan emas."
Bermula saat itu,bertukarlah statusnya menjadi isteri kepada Mikael Aathif Edward Lee Abdullah. Entah siapa yang mengutarakan idea bernas itu sehinggakan Nek Da beria sangat mengangkat darjat pemuda itu menjadi suaminya. Bernas lah sangat hingga menyebabkannya terperangkap dalam hidup lelaki itu. Huh!
Lelaki itu tidak sudah-sudah menyusahkan hidupnya. Sejak Nurin berumur 12 tahun, lelaki itu menjadi anak angkat pak su. Dan kedudukannya sebagai cucu kesayangan Nek Da automatik tergugat. Mikael yang muda 3 tahun darinya mula mencuri hati keluarganya. Perhatian semua orang yang dulu hanya kepadanya mula beralih arah. Maklumlah, cucu tunggal. Dan semenjak itu,hidupnya menjadi kacau bilau.
Mikael Aathif Edward Lee seorang yang cukup periang dan mendengar kata. Dia diambil pak su menjadi anak angkat setelah kematian orangtuanya. Manakala Nurin Syakirah pula seorang yang manja dan keras kepala. Kerana itu kedudukannya jatuh nombor dua. Perlahan-lahan api kebencian mula menular di hatinya.
Apabila meningkat dewasa, perangai Mikael semakin menjadi-jadi. Tingkahnya yang suka mengusik dan menggiatnya membuatkan Nurin semakin merasa benci. Kata-kata cinta juga tidak putus dari bibirnya. Kononnya Mikael jatuh cinta saat memandangnya saat pertemuan pertama. Tak logik langsung! Mana nak logik kalau waktu tu Nurin berusia 12 tahun dan Mikael pula berumur 9 tahun??
Dan perkara itu berlanjutan sehingga lah Nurin di alam universiti. Semasa Nurin mendaftar di tahun pertama, Mikael sudah membuat pengumuman secara terang-terangan bahawa Nurin Syakirah adalah miliknya. Huh! Perasan sangat. Kerana itu sepanjang dia menuntut di universiti, tiada seorang pun pelajar lelaki mahupun profesor bujang yang berani mendekatinya. Setakat teman rapat ada lah sorang dua. Tapi tu pun cabut lari semenjak Mikael menuntut sama di universiti tersebut. Boleh pulak dia minta uni sama. Padahal banyak lagi uni lain kat Malaysia ni.
"Laling rindu bie ke?"
Pertanyaan itu menyentakkan Nurin. Dipandang tangan yang melingkar di pinggangnya. Entah bila masa tangan itu mendarat di situ langsung tak disedarinya. Dengan kudrat yang ada, pautan pada pinggangnya cuba dirungkaikan. Namun Mikael mengeratkan lagi pelukannya. Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di belakang leher Nurin. Haruman dari tubuh isterinya disedut sedalam-dalamnya. Kelopak mata dikatup. Ingin menikmati suasana romantik sebegini. Jarang sekali dia dapat memeluk isterinya. Matanya yang tadinya terkatup kini terbuka kembali saat sebuah cubitan yang maha dahsyat dari jari lembut Nurin singgah di perutnya. Dahsyat weii.. Tak percaya try cubit perut sendiri. Ngeee.
"Laling tak sayang bie ke? Sepit ketam laling tu dahsyat la.."
Nurin menghela nafas lega saat merasa pautan pada pinggangnya sudah dilepaskan. Namun ianya tidak lama apabila Mikael memusingkan tubuhnya lalu menariknya ke dalam dakapan. Nurin semakin bengang. Mikael tak serik ke?
"Laling tahu tak.."
"Tak tahu."
"Hmm ni lah bie nak bagitahu.. Kalau suami memeluk isterinya tu satu pahala tahu tak. Tak kira lah peluk ke,sentuh ke,cium ke.. Bermanis muka dengan pasangan pun dah kira pahala. Bie nak pahala banyak-banyak. Sebab tu bie suka peluk laling. Lagipun laling ni macam magnet lah.. Tu yang susah sangat bie nak lepas." Ujar Mikael panjang lebar lantas mengemaskan lagi pelukannya. Nurin semakin rimas. Dia meletakkan kedua tangannya di dada bidang Mikael. Mata sepet milik suaminya direnung tajam.
"Lepaslah mangkuk!" Dada bidang suaminya ditolak kasar.
Mata Mikael terkebil-kebil. Panjang lebar dia cuba memberikan pencerahan kepada Nurin namun sikit pun tidak meninggalkan bekas dihati isteri kesayangannya itu. Keluhan dilepaskan. Mana tak mengeluh.. Terasa dirinya seperti melukut di tepi gantang. Keras sungguh hati seorang Nurin Syakirah!
'Nasib lah hati aku ni buatan Allah.. Kalau buatan China, confim dah hang. Stucked. Jammed. Huh!'
Share this novel