BAB 7

Romance Completed 20321

“Ibu, terima kasih sebab temankan Durrah hari ni,” Durrah melontarkan sekalung ucapan terima kasih kepada Puan Rafidah, ibu kepada Raid. Sungguh wanita itu amat baik dan murah dengan senyuman. Berkali-kali Durrah menolak namun Puan Rafidah tetap mahu menemaninya untuk discharge daripada hospital yang menyesakkan dada ini. Kini Durrah akui, kehidupannya seolah-olah lebih tenang daripada dahulu. Alhamdulillah dia boleh menerima kenyataan pahit yang menimpa bahunya. Ujian hadir bukannya ingin melemahkan namun untuk mematangkan seseorang. Adakah hambaNya cukup kuat untuk bertahan atau bakal ada yang mengibarkan bendera putih terlebih dahulu?

Puan Rafidah senyum sahaja. Kepalanya mengangguk perlahan. “Tak perlulah Durrah nak berterima kasih dengan ibu. Ibu pun tak adalah bantu banyak mana. Niat ibu untuk membantu orang macam Durrah, sebab itulah ibu nak Durrah tinggal dengan ibu dekat rumah. Biar ibu tengok-tengokkan Durrah. Ayah Raid tu selalu outstation, Raid pulak dah ada rumah sendiri dekat Putarajaya sana. Selalu ibu ditinggalkan sepi. Agaknya memang dah boleh bercakap dengan batu-batu dekat halaman rumah ibu tu,” ayat drama televisyen diluahkan.

Durrah yang mendengar hanya mampu tergelak kecil. Ibu, ibu!

“Durrah nak lawat kubur arwak anak Durrah? Kalau Durrah nak, ibu boleh tolong bawakan,” soal Puan Rafidah, membuatkan Durrah tersentak sejenak tetapi cepat-cepat mengawal air mukanya. Dia mengangguk dan cuba mengukir senyuman. Jika dahulu dia akan menangis dan memanggil nama arwah anaknya, namun sekarang tidak lagi. Dia seperti menjadi seorang wanita yang baharu. Dia bukan lagi Durrah yang senang menangis dan mengalah kerana hatinya yakin akan kekuatan yang Allah hulurkan. Kekuatan Allah yang sangat hebat, subhanallah.

“Ibu… Raid tak datang sekali?”

Puan Rafidah menggeleng. “Ibu dah ajak tapi dia tak mahu. Sibuk katanya. Kenapa Durrah tanya tentang Raid?”

Durrah tersengih dan menggeleng laju. Bimbang timbul pula soalan-soalan cepu emas daripada Puan Rafidah kepadanya kelak. Matanya tertancap pada dua susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya. Durrah terkedu sejenak namun tidak langsung terlukis riak marah dan kecewa di wajahnya. Melihat Julia yang berdiri di sisi Imtiyaz sudah cukup untuk memberitahu bahawa mereka mungkin sedang melakar bahagia. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat Imtiyaz dan dia berlalu pergi sebelum lengannya yang berlapik dipaut dari belakang.

“Durrah, ampunkan abang…”

Lengannya ditarik. Durrah diam membisu, langsung tidak mahu membalas apa-apa. Puan Rafidah mengerutkan dahinya. “Siapa tu, Durrah?”

“Emm… kawan, ibu. Ibu pergilah dulu, nanti Durrah datang.”

“Ibu pergi dulu, ya?” Susuk tubuh wanita itu sudah pun masuk ke dalam lif. Air mata Durrah berlinangan sedikit namun digagahkan juga empangan mata agar tidak pecah pada saat ini. Dia tidak mahu Imtiyaz berasa kasihan dan dia tidak mahu Julia memandang dia sebagai seorang perempuan yang lemah lagi. Wajah lelaki itu dia pandang sekilas dengan senyuman. Terlukis riak bersalah di wajah Imtiyaz kini. “Awak tak perlu datang untuk melawat sebab saya baru aje discharge tadi. Saya nak lawat kubur arwah anak saya. Kalau awak tak kisah, saya nak balik.”

Imtiyaz menghampiri. “Sayang… abang minta maaf. Maafkan abang…”

“Saya tak perlukan panggilan manja daripada awak. Perempuan di sisi awak mungkin lebih berhak daripada wanita seperti saya. Dan tiada apa yang perlu saya maafkan. Saya nak balik dan harap awak fahami saya,” tenang Durrah bertutur dan mulai menekan butang ‘turun’ pada lif. Di saat pintu lif terbuka, kakinya dihayunkan untuk masuk ke dalam namun jemari Imtiyaz terlebih dahulu menarik pergelangan tangannya untuk keluar semula. Durrah yang terasa sebak dan geram dengan tindakan drastik Imtiyaz mulai menarik kasar pergelangan tangan yang begitu mudah disentuh oleh lelaki itu. Air matanya gugur. Pandangannya dicampakkan ke arah Imtiyaz dengan mata yang berkaca-kaca. “Apa lagi yang awak mahukan daripada saya? Saya rasa saya tak perlu beritahu apa-apa lagi kepada awak.”

“Durrah,” panggil Imtiyaz lagi. “Jangan buat abang macam ni…”

“Kita dah tak ada apa-apa hubungan! Tolong jangan ganggu saya,” katanya.

“Tapi abang cuma nak rujuk balik dengan sayang. Abang cuma nak bahagiakan sayang. Abang nak sayang tahu yang abang tak mahu kehilangan sayang pun. Abang nak tebus kesilapan lalu abang. Ya, I know that I don’t even deserve a second chance from you. I know that my mistakes are too big. I’m a bad father, I’m a useless husband and I’m not a good man, after all. But is it wrong for me to change all of these things into better ones? Selagi abang tak tebus kesalahan abang, selagi itulah abang terasa bersalah dengan sayang.”

Untuk seketika, mulutnya terdiam. Mata Durrah memerhatikan wajah Julia yang sedari tadi memandang wajahnya. Sungguh, kejelitaan yang ada pada Julia jauh lebih indah daripada dirinya. Tiba-tiba sahaja dia menggenggam jemari Julia dan tersenyum manis. Senyuman yang ingin memadamkan perasaan sedih di dalam hatinya. “Kalau… kalau awak nak tebus kesilapan lalu awak, kalau awak nak saya maafkan awak; awak mesti berjanji dengan saya yang awak akan jaga dia. Lindungi dia. Ambil berat tentang isteri awak ni, dan bahagiakan dia seperti mana yang pernah awak lakukan kepada saya suatu ketika dahulu,” Durrah bersuara.

Julia tergamam. “Durrah, saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience