BAB 11

Romance Completed 3910

Nurul demam. Badannya panas sangat. Hajjah Mastura yang risau melihat keadaan Nurul mengajak Nurul untuk membuat pemeriksaan di klinik. Nurul tak mahu pergi. Dia hanya menangis tanpa henti. Pagi tadi dia terlajak tidur. Nurul tak bangun pun untuk solat subuh bila periodnya datang mengejut. Kalau nak diikutkan kitaran haidnya lagi seminggu, mungkin kerana terlalu stress dengan kejadian semalam mempengaruhi hormonnya membuatkan periodnya datang lebih awal. Nurul risau kalau-kalau dia akan mengandung kerana setahu Nurul tempoh subur seorang wanita adalah sebelum haid dan selepas haid. Bagaimana kalau betul-betul dia mengandung, tentu anaknya akan menjadi anak luar nikah. Nurul menangis lagi, walau Hajjah mastura ada bersamanya.

''Kenapa ni Nurul? Sakit sangat ke? Pening ke? Nak ummi picit? '' pertanyaan Hajjah Mastura hanya dijawab dengan gelengan dan esak tangis yang semakin kuat.

'' Nurul! Kenapa ni? Cuba bagitau ummi!'' Hajjah Mastura terus mendesak, semakin kuat Nurul menangis.

''Encik Mirul, dia,.dia rogol Nurul semalam. Nurul takut Nurul mengandung. Mana Nurul nak letak muka?'' dalam esak tangis yang semakin menjadi-jadi Nurul mengeluarkan juga kenyataan itu.

''Apa Nurul??'' tersentak Hajjah Mastura.

''Encik Mirul tipu. Dia tak pi berkhemah pun. Semalam dia masuk bilik Nurul'' Nurul sudah meraung. Geram hatinya sejak dari semalam, dihamburkannya. Hajjah Mastura sudah terkelu lidah. Tergamam dan tidak percaya.

Hajjah Mastura keluar dari bilik Nurul, langkahnya diatur ke bilik Amirul, dadanya bagaikan nak pecah menahan perasaan marah. Ingin menangis, air matanya tak pula sudi menjenguk, rasa nak mengamuk saja. Dia melangkah pantas, seolah Amirul akan melarikan diri. Nafasnya turun naik dengan laju. Tidak disangkanya Amirul akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Selama ini Amirul diajar dengan pengetahuan agama yang secukupnya. Sampai di bilik Amirul, Hajjah Mastura terus menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Amirul yang baru nak melelapkan mata terus melompat bangun. Sudah dapat menduga dia bakal diamuk, Amirul hanya berserah. Melihat wajah dan aura amarah Hajjah Mastura Amirul sudah boleh mengagak, perbuatannya semalam sudah terbongkar. Dia menanti untuk menerima hukuman.

''Kenapa Mirul nak malukan ummi dan walid? Kenapa Mirul buat begitu kat Nurul? Hah? Mirul dah lupa dengan apa yang ummi dan walid ajar? Mirul dah lupa dosa dan pahala? Mirul dah lupa dengan halal dan haram? Kenapa Mirul? Kenapa Mirul tergamak buat macam tu?'' Amirul terus diterjah dengan soalan-soalan dari Hajjah Mastura. Amirul diam tak berkutik, dia tahu, dia bersalah. Dia sanggup terima apa saja hukuman.

''Mirul bersedilalah! Minggu depan, mahu atau tak Mirul kena nikah jugak dengan Nurul. Mulai hari ni Mirul berhenti belajar. Ummi nak Mirul pikul tanggunjawab Mirul sebagai seorang suami. Mirul kena kerja dan bantu Nurul sara keluarganya. Keputusan ummi muktamad dan satu lagi, Mirul bersedialah untuk terima hukuman dari walid pulak. Ummi belum bagitau walid, along dan angah. Ummi tak tahu apa nak jadi dengan Mirul ni. Selepas ni, apa nak jadi pun Mirul tanggung sendiri. Ummi tak mau masuk campur,.'' selepas habis mengeluarkan apa yang ada di fikirannya Hajjah Mastura terus meninggalkan Amirul terkebil-kebil seorang diri. Amirul ternganga. Langsung tak menduga hukuman itu yang bakal dipikulnya. Selama ini, dia hanya menghulurkan tangan meminta duit. Duit dalam akaun banknya tak pernah susut. Sekarang dia perlu menyara seorang isteri dan keluarga mertuanya? Amirul bingung, mampukah dia mengalas beban itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience