Move on (3)

Fanfiction Completed 1971

Langit yang mencurahkan segala isi hatinya dipandang. Gelapnya. Dia menepuk dahinya. Alamak! Dah lah lupa nak bawa payung pula tu. Ini kalau aku redah, mahu basah lencun. Macam mana ni? Dia ingin memesan Grab, manalah tahu ada yang available hujan macam ni. Haa sudah! Semua busy. Ni nak pergi subway pun lecun juga ni. Semua kawan-kawannya dah balik. Ini semua sebab bosnya tadi. Tiba-tiba tambah kerja. Nasib baiklah dia mempunyai kesabaran yang tinggi. Tak sekarang ni masalahnya macam mana aku nak balik? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Saat sedang menunggu sesuatu yang tak pasti, datang satu bayangan di sebelahnya. Dia mengangkat kepala memandang wajah itu. Encik Ridzwan, manager dia. Senyuman nipis diberikan.

"Awak balik naik apa ni?" ujar Encik Ridzwan perlahan.
"Saya tunggu hujan berhenti kot baru balik. Nak order grab, semua busy pula" balas Aulia perlahan. Dia memandang langit berharap hujan akan berhenti sebentar lagi.
"Ahh.. Awak rasa kalau gaya macam ni hujan. Ada nak berhenti ke? Silap-silap sampai esok pagi" tanya Encik Ridzwan.
"Errr.." Aulia menggigit bibirnya. Dahlah tengah hujan macam ni! Boleh pula dia kata macam tu. Buatnya termakbul doa! Tak habis dia nak nunggu?
"Jomlah saya hantarkan. Takde nak susahnya. Jangan nak menolak lagi eh. Kalau tak, esok saya triple kan kerja awak" ajak dan amaran Encik Ridzwan. Dia tahu Encik Ridzwan sekadar bergurau. Namun intonasinya itu membuatnya seram habis.
"Rasanya..." belum sempat Aulia habiskan ayatnya, Encik Ridzwan memotong.
"Apa rasa-rasa? Awak nak rasa kerja OT ke esok?" ugut Encik Ridzwan.
"Dah jom". Perlahan kaki Aulia mengatur mengikut Encik Ridzwan dari belakang.

Pintu kereta BMW ditutup perlahan, sempat Aulia mengucapkan terima kasih kepadanya. Hujan sudah pun reda. Boleh pula tang-tang gini reda. Geram pula dibuatnya. Kakinya mengatur langkah menuju ke arah bilik air, dia ingin membersihkan diri segera dan nak tidur! Ngantuk!!

Baru sahaja ingin melelapkan matanya, deringan telefon berbunyi. Kelihatan nama Encik Ridzwan tertera. Dia berura ingin menjawab. Lantas butang hijau ditekan.

"Hello".

Lalu perbualan berlanjutan sehingga pukul 11 malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience