BAB 28

Romance Completed 67139

         "ARA, nak ikut mama pergi butik hari ni tak?" Ajak Puan Rossa kepada Adara. Punggungnya dilabuhkan disebelah menantunya itu yang sedang duduk berehat di ruang tamu. Adara mengiringkan badan sedikit menghadap ibu mertuanya, Puan Rossa.

"Mestilah nak, Ara tak tahu pun mama ada butik dekat sini." Adara mula teruja. Riak wajahnya yang gembira sudah terpamer. Kepalanya diangguk tanda setuju. Rambut panjangnya disepit menjadi sanggul.

Adara teringat sesuatu. Matanya dilirikkan pada figura Aiden yang menuruni anak tangga. Mahu meminta kebenaran suaminya dahulu.

"Kejap eh mama. Ara nak tanya Aiden dulu." Puan Rossa mengangguk tanda membenarkan. Adara segera mengatur langkah mendapatkan suaminya.

"Aiden... " Panggil Adara, lengan suaminya dipeluk. Aiden menjatuhkan pandangan pada lengannya yang dipeluk Adara. Tahu ada sesuatu yang dimahukan oleh isterinya itu.

"Nak apa? Aku nak bawak kau keluar hari ni." Maklum Aiden dengan nada biasa. Dia sudah ada perancangan untuk mereka berdua. Adara pandang Puan Rossa sebelum kembali menoleh ke arah suaminya.

"Ye ke? Tapi mama ajak pergi butik. Nak ikut mama boleh?" Tanya Adara sedikit serba salah. Bukan tak mahu keluar dengan suaminya tapi Puan Rossa sudah mengajak dia terlebih dahulu.

Aiden diam apabila mendengar kata isterinya. Bukan dia tak sedar hubungan ibunya dan Adara semakin akrab. Semuanya selepas girls talk yang dibualkan oleh kedua wanita kesayangannya itu beberapa hari yang lepas. Apa yang dibualkan pun dia tak tahu.

"Mama nak isteri Leo pergi butik hari ni? Esok tak boleh?" Tanya Aiden mendapatkan Puan Rossa. Tak berpuas hati apabila tak dapat membawa Adara keluar bersamanya hari ini. Tangan Adara pada lengannya dipegang.

"Leo, mama pinjam Adara sekejap je. Bukan lama mana pun. Mama nak tunjuk new collection butik dekat Ara. Lepas tu, Leo bawaklah isteri pergi mana pun. Mama tak kisah. Tak lari mana pun isteri Leo."

Puan Rossa cuba memujuk anaknya. Ada sesuatu yang dia rancang untuk Adara sebenarnya. Adara melirik kepada Aiden menunggu jawapan.

"Fine. Balik awal. You have a date with me. So, don't be late." Balas Aiden pada Adara akhirnya. Tangan Adara tadi dihadiahkan ciuman. Rambut isterinya yang terjuntai menutupi sebahagian wajah Adara diselit ke belakang telinga.

Adara tersenyum suka. Date? Dengan Aiden?

Keep it cool, Adara.

“Okay.” Adara cuba kelihatan tak terlalu teruja. Puan Rossa pula sudah mengukir senyuman penuh makna. Aiden mengangkat kening apabila melihat wajah ibu kandungnya yang sedang tersenyum lebar.

“Mama, what?” Soal Aiden pelik. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Puan Rossa mengeleng kepala sebagai jawapan. Aiden memandang Adara dan ibunya silih berganti. Tahu ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuan dia.

“Nothing, Leo.” Puan Rossa tersenyum pada Aiden. Bahu anaknya ditepuk lembut. Dia mengatur langkah mahu naik ke atas untuk bersiap. Adara tersengih pada Aiden.

“Have fun. Call aku.” Pesan Aiden pada Adara. Tangannya yang disilangkan ke dada menarik penyepit rambut isterinya membuatkan ikatan rambut panjang Adara jatuh beralun hingga ke paras pinggang.

He loves her hair like that.

Hujung bibir Aiden dijungkit sedikit mengukir senyuman apabila melihat mulut Adara yang mencebik. Wajah riak muka tak puas hati jelas terpamer pada wajah Adara sekarang. Dia mengorak langkah ke arah Aiden bersama senyuman penuk makna. 

“Have fun too, but without me.” Balas Adara mengenakan suaminya sebagai balasan. Dia tersenyum lebar kepada Aiden sebelum berjalan pergi. Aiden sekadar menjeling Adara.

Just you wait.

Akhirnya kini tinggal Aiden berseorangan. Lagi. Kunci kereta diambil sekilas. Iphone miliknya dikeluarkan. Jarinya menekan nombor seseorang. Tak lama selepas itu, talian sudah disambungkan.

“Yow, kena halau lagi ke?” Suara Aryan dengan nada memerli itu kini kedengaran dari corong telefon. Aiden mendengus kecil. Sudah terbayang senyuman mengejek Aryan di hadapan dia.

“Diam, Aryan. Jumpa aku. Tempat biasa.”

“Aku busy-” Aiden menamatkan panggilan serta-merta. Tak mahu mendengar alasan lapuk itu daripada mulut sahabatnya itu.

Ting!

Bunyi notifikasi mesej masuk tak lama kemudian. Aiden bersandar pada kereta. Anak matanya mengerling sekilas skrin telefon. Membaca mesej daripada Aryan.

“My middle finger love you, man.”

?•????? ?????•?

             “CANTIKNYA, cuba Ara try yang ni pulak. Mama dah agak dah mesti Ara sesuai jadi model mama hari ni.” Ucap Puan Rossa dengan nada gembira. Dia menghulurkan sehelai lagi baju modern dress rekaan barunya di bawah jenama Rossa Allegra kepada Adara.

Adara menyambut huluran ibu mertuanya. Tubuhnya dipusing membenarkan gaun panjang yang dipakai beralun mengikut pergerakannya. Puan Rossa menepuk tangan kagum dengan kecantikan Adara.

“Mama ke yang design baju-baju ni?” Tanya Adara ingin tahu. Puan Rossa mengangguk mengiyakan. Matanya ralit memandang gaun yang tersarung sempurna pada tubuh badan Adara.

“Eh Ara, duduklah dulu. Rehat sekejap. Kesian pulak mama tengok kamu dari tadi jadi model baju mama. Ni kalau Leo tahu ni, membebel dia nanti dekat mama.” Puan Rossa menepuk lembut tempat kosong disebelahnya. Adara tertawa kecil sebelum berjalan mengambil tempat di sebelah Puan Rossa.

“Ara, Mama cadang nak buat event untuk Leo dengan Ara.” Ucap Puan Rossa memberitahu Adara tentang rancangannya. Adara mengerutkan dahi.

“Untuk apa mama?” Tanya Adara mahukan jawapan.

“Nak celebrate wedding Leo dengan Adara. Kan mama tak dapat datang hari tu sebab ada event dekat sini. Mama teringin sangat nak buat majlis untuk kamu berdua.” Ujar Puan Rossa meluahkan niatnya itu. Adara mengangguk faham. Ingatkan untuk apa tadi.

“Kalau mama dah cakap macam tu, Ara tak kisah.” Adara bersetuju tanpa banyak kata. Bukan ada masalah apa-apa pun kan kalau nak buat majlis. Lagipun seorang ibu mesti nak tengok anak dia bahagia. Jadi, apa salahnya?

Tiba-tiba, tubuh Adara dipeluk oleh Puan Rossa. Erat seperti tak mahu dilepaskan. Belakang tubuh Adara dibelai penuh kasih. Sisi kepala Adara dicium. Adara membalas pelukan itu kembali.

“Terima kasih jadi menantu mama. Mama bersyukur Leo ada Adara.” Bisik Puan Rossa pada telinga menantunya. Tubuh Adara masih dipeluk erat. Tak dapat diungkap rasa bahagianya sebagai seorang ibu apabila melihat satu-satunya anak lelakinya bersama orang yang tercinta.

“Ara...” Panggil Puan Rossa seraya meleraikan pelukan. Seraut wajah jelita Adara dipandang. Tangan Adara yang tersarung cincin perkahwinan diambil lalu dibawa ke atas ribanya. Adara hanya bergumam sebagai balasan. Menunggu kata-kata ibu mertuanya.

“Leo selalu sorokkan perasaan dia. Sejak dari kecik, dia memang macam tu. Bukan mama tak pernah pujuk dia, tapi dia dah terbiasa macam tu. Jadi, mama harap Ara faham ya?” Ujar Puan Rossa bagi pihak anak lelakinya. Tak mahu Adara tersalah faham.

“Mama jangan risau, Ara faham. Aiden tak pernah layan Ara teruk pun. Dia selalu layan Adara baik-baik. Buli tu adalah sikit.” Sempat Adara mengadu. Niat cuba menceriakan suasana. Tak mahu Puan Rossa beremosi.

Puan Rossa tertawa kecil. Kalau Adara tak bagitahu pun dia sendiri sudah tahu. Lihat saja hubungan suami isteri itu sudah cukup menceritakan segalanya. Bahagia.

“Kan mama dah kata. Leo memang macam tu. Tapi tak apa, mama percaya Ara boleh lembutkan hati Leo. Goda Leo. Bagi dia terus terang apa yang dia simpan dalam hati. Mama tahu dia sayang Ara. Cuma tak nak cakap je.” Ujar Puan Rossa mahu Adara tak berputus asa memenangi hati anaknya. Padahal, dia sudah lama tahu yang Aiden sayangkan Adara.

Cuma masing-masing tak mahu meluahkan rasa terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi anaknya, Aiden. Nak dimarah sudah besar panjang. Nasihat? Naik berbuih mulut ni bercakap.

Getaran telefon pintar milik Puan Rossa mencantas perbualan antara mereka. Puan Rossa segera mengambil telefon di dalam beg tangannya. Mahu melihat gerangan yang menghubunginya sejak dari tadi.

20 missed calls from Leo.

“Panjang umur.” Ucap Puan Rossa tersenyum. Kepalanya digelengkan. Hairan dengan sikap anaknya. Dah sayang tak nak mengaku. Sibuk call orang.

“Siapa yang call, mama?” Tanya Adara tertanya-tanya. Nak tahu jugak siapa dari tak henti cuba menghubungi ibu mertuanya itu. Takkanlah...

“Siapa lagi kalau bukan Leo, Ara sayang? Jom balik. Mengamuk nanti singa tu tak jumpa isteri dia ni.” Seloroh Puan Rossa mengundang tawa daripada Adara.

Yang kuban-kuban je lah. Eh yang bukan-bukan.

Puan Rossa hanya tersenyum melihat Adara yang sedang ketawa. Sopan, cantik, lemah lembut sahaja orangnya. Bertuah sungguh anak lelakinya mempunyai isteri sebaik Adara di sisi.

“Love and appreciate her, son.”

?•????? ?????•?

 

       SKRIN telefon yang berada di tangan tak lepas dari pandangan tajam Aiden. Jarinya menekan nombor telefon Adara yang sejak dari tadi tak dapat dihubungi. Nombor telefon Puan Rossa juga berlaku perkara yang sama. Membuatkan Aiden dilanda kerisauan.

“Kau kenapa tengok telefon macam nak tembus?” Tegur Aryan pelik. Dia memanjangkan leher cuba melihat tindakan Aiden sejak dari tadi yang jelas tak keruan. Macam orang hilang bini pun ada.

“Shut up Aryan. I don't want to hear your bullshit right now.” Balas Aiden tanpa menoleh ke arah Aryan. Dia masih mencuba menghubungi isteri dan ibunya.

“Whoa chill. Aku tahulah kau sayang Adara. Tapi tak payahlah risau sangat. Dia tengah sibuk shopping dengan mama kau lah tu. Tak payahlah kacau diorang.” Balas Aryan apabila baru tersedar Aiden sedang cuba menghubungi Adara dan Puan Rossa.

Aiden melemparkan pandangan pelik pada Aryan. Aryan hanya menayang muka tak serba salah. Apa salah ke dia cakap?

Beberapa gadis muda berjalan melepasi mereka melemparkan senyuman kepada Aryan. Aryan membalas kembali dengan senyuman menggoda. Matanya dikenyitkan kepada salah seorang gadis di situ.

“Aryan, stop it.” Aiden memberi amaran. Aryan mengangkat bahu sebagai balasan.
Nak buat macam mana, semua kaum wanita memang akan tertarik dengan dia seperti sebuah magnet.

So not his fault.

“Did you just talk about love in front me when all you do is using woman, Aryan Qalish?” Ujar Aiden dengan nada tak percaya. Aryan mengerutkan muka.

“Woi, tak payah la perli sentap sangat. I'm not using them okay. They throw themselves on me. So, aku terima dengan tangan and hati yang terbuka. Not my fault when they start to catch feelings. I'm a player, Aiden. That's the way I am. Kau sendiri tahu.” Aryan membalas dengan bersahaja. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Sebelah tangannya menghirup air minuman dengan kening diangkat sebelah kepada Aiden.

“Tapi kau. Kau lain. Jangan samakan kau dengan aku. You're a lover so love her. Admit that love her as simple as that. Play the players, love the lovers, dude. That's it.” Sambung Aryan lagi. Lengan baju kemejanya disinsing ke siku. Rambutnya diraup ke belakang. Memastikan penampilannya sentiasa kemas.

Aiden bingkas berdiri. Dia mengeluarkan beberapa not kecil lalu diserahkan kepada Aryan. Aryan hanya menerima sahaja pemberian Aiden walaupun tak tahu sebab apa. Kata-kata dia tadi tu bukan berbayar pun.

Free of charge.

Cuma dia ada terdengar Aiden berkata sesuatu sebelum pergi.

“Screw the talk. Aku rindu Adara.”

 

?•????? ?????•?

       “AH, penatnya.” Gumam Adara sendiri apabila sudah sampai ke rumah. Penat kakinya berjalan menemani ibu mertuanya mengelilingi mall mahu membeli barang untuk majlis dia dan Aiden.

Mata dihalakan pada sofa ruang tamu rumah agam milik Puan Rossa. Kelihatan figura Aiden disitu. Baru sahaja mulutnya mahu memanggil suaminya, Aiden sudah pun berjalan ke arahnya dengan riak wajah risau.

“Aiden--” Kata-kata Adara tak dapat dihabiskan apabila tubuhnya diangkat ke dalam pelukan suaminya. Bau maskulin Aiden yang menusuk rongga hidungnya serta-merta menghilangkan rasa penatnya seharian. Tangannya yang penuh dengan beg-beg yang dibeli tadi sudah Aiden alihkan ke tepi.

Pinggang Adara dipeluk Aiden. Wajah Aiden disembamkan pada ceruk leher Adara. Nafas hangat Aiden yang menerpa kulit lehernya yang terdedah membuatkan bulu roma Adara meremang.

Adara tak berkata apa-apa. Suka dengan sentuhan Aiden yang sentiasa membuatkan dia rasa selamat.

“Rindu eh?” Usik Adara, dia membalas kembali pelukan Aiden. Aiden mengangkat wajah. Matanya memandang seraut wajah Adara yang tak dilihat sepanjang hari ini. Heh.

“Shut up, woman. You're late for our date.” Aiden mengingatkan Adara. Adara menepuk dahi. Lupa pula temujanji bersama Aiden. Dia tersengih.

“Sorry... But, kau rindu aku kan sebenarnya?” Adara masih tak berputus asa memprovok Aiden. Aiden menarik Adara ke dalam pelukannya kembali. Tak puas lagi memeluk tubuh Adara yang kelihatan kecil dalam pelukannya.

“So what if I miss you? I'm really am missing you. How can I not? I still miss you even you're here in my arms.” Aiden mencium sisi kepala Adara. Tangannya masih dililitkan pada pinggang Adara. Adara mengigit bibir cuba menahan senyuman yang mahu terukir di bibir.

“Awh. Is this how love feels like, loverboy? Disgusting shit.” Sampuk Aryan yang baru tiba di rumah agam milik Puan Rossa. Tak sangka dapat tengok drama Akasia di situ tanpa sengaja. Dia membuat reaksi mahu muntah hijau kepada Aiden.

Adara cuba melepaskan pelukan Aiden. Malu ditegur Aryan sebegitu. Tetapi Aiden hanya buat tak tahu. Langsung tak terkesan dengan kata-kata Aryan.

Lagipun Aiden sengaja biar Aryan melihat kemesraan dia bersama Adara sebagai tanda membalas dendam kepada sahabatnya itu yang selama ini tak tahu malu bermesra dengan semua perempuan dihadapannya.

Tak semena-mena, telinga Aryan ditarik oleh Puan Rossa. Aiden sudah tersenyum mengejek kepada Aryan. Aryan meringis kesakitan. Naik merah telinga dia dibuatnya.

“Aunty, sakitlah! Apa Ary buat?” Aryan memegang telinganya yang terasa seperti hendak putus. Adara pandang Aiden mahukan jawapan apabila menyedari Aryan membahasakan dirinya sebagai Ary pada Puan Rossa.

“If my nickname is Leo, Aryan's is Ary. ” Terang Aiden ringkas. Adara tergelak kecil. Ary? Tak kena betul nama panggilan itu dengan status playboy yang dipegang Aryan.

“Mama, Leo keluar dengan Ara.” Maklum Aiden sebelum menarik Adara keluar bersamanya. Adara melambaikan tangan pada Puan Rossa dan Aryan.

“Ary nak ikut Leo lah. Pergi dulu, auntie!” Aryan memberi alasan mahu melarikan diri.

“Aryan Qalish!”

?•????? ?????•?

       “DATE naik Superbike? Tak naklah.” Adara mengeleng tanda tak mahu. Aiden yang sedang mengambil helmet untuk mereka berdua menoleh ke arah Adara.

“Come on, just a ride. You will love jt. Trust me.” Aiden menyarungkan sehelai jaket kulit yang digantung di dalam almari pada tubuhnya. Adara melepaskan keluhan kecil.

“Fine.” Ucap Adara akhirnya bersetuju. Aiden tersenyum. Tangannya menarik Adara berdiri di hadapannya.

“That's my girl.” Perlahan saja nada Aiden. Tapi mampu membuatkan Adara menundukkan wajah menahan malu. Aiden menolak lembut dagu Adara memandang dia kembali.

“Tengok apa? Look at me, angel.” Adara mengangkat wajah. Pandangannya bertembung dengan anak mata Aiden yang sudah tertancap pada raut wajahnya.

Dengan berhati-hati, Aiden menyarungkan helmet pada kepala Adara yang berbalut tudung. Wajahnya didekatkan pada Adara mahu mengunci klip helmet tersebut. Adara menahan nafas.

Jantungnya berdegup pantas mengepam darah untuk membekalkan oksigen. Bunyi klik yang menandakan klip helmet tersebut terkunci membuatkan Adara terasa lega. Tetapi hanya sementara kerana tanpa amaran dahinya dicium Aiden sekilas.

“Selesa? Nak aku ketatkan or longgarkan?” Aiden mahukan kepastian. Tak mahu Adara tak selesa sepanjang perjalanan.

“Nak kau stop cium aku tiba-tiba macam tadi.” Adara menarik nafas panjang. Dia memegang dadanya yang terasa hampir pecah. Aiden melepaskan tawa kecil.

“You know I can't. I can't even take my eyes of you, sweetheart.” Aiden terlebih dahulu menunggang Superbike tersebut. Dia memulas handle motorsikal berkuasa tinggi itu sehingga mengeluarkan bunyi deruman yang kuat.

Adara perlahan-lahan mengambil tempat di belakang Aiden. Tangannya diletakkan pada bahu suaminya tak tahu mahu letak di mana. Takut pun ada.

“You good?” Aiden menoleh ke arah Adara pada bahunya. Adara mengangguk mengiyakan. Ibu jarinya diangkat. Aiden mengalihkan tangan Adara pada pinggangnya.

“Hold on tight.” Pesan Aiden sebelum memecut laju. Adara serta-merta memeluk Aiden dengan seerat yang boleh. Matanya dipejamkan takut. Wajahnya disembamkan pada bahu Aiden. Aiden memegang tangan Adara dengan sebelah tangan.

“Don't be scared. Open your eyes, Adara.” Arah Aiden dengan sedikit kuat. Tak mahu suaranya tenggelam dengan bunyi hiruk pikuk jalan raya.

Perlahan-lahan, Adara mengangkat wajah. Kelopak matanya dibuka. Dia terpegun apabila melihat pemandangan yang sungguh cantik di hadapannya. Kelihatan cahaya oren dan merah yang berserakan di langit apabila matahari mahu terbenam.

Aiden melihat Adara melalui side mirror yang berada pada bahagian depannya. Wajah Adara yang tersenyum lebar membuatkan dia mengukir senyuman. Hilang segala masalah yang dirasakan apabila melihat senyuman milik isterinya itu.

That smile heals him.

Aiden memperlahankan kelajuan apabila sudah tiba di destinasi yang dituju. Adara meliarkan pandangan sekeliling.

“Dah sampai ke? Tempat apa ni?” Tanya Adara pada Aiden. Aiden mematikan enjin. Helmet kepalanya di buka. Dia melarikan tangan pada rambutnya yang sudah sedikit serabai.

“Dah. This is my favorite place.” Aiden membantu Adara turun. Dia membuka helmet yang tersarung pada kepala Adara. Adara mengangguk kecil.

“Ostia Beach?” Sebut Adara apabila membaca papan tanda yang berada di situ. Aiden memimpin tangan Adara berjalan bersamanya.

“It has one of the most beautiful sunset view in Italy. Aku nak tengok dengan kau.” Aiden memandang Adara sewaktu mengatakan perkara itu. Adara rasa tersentuh dalam diam.

“Nak aiskrim?” Tanya Aiden apabila melihat gerai yang menjual aiskrim di situ. Tahu Adara sukakan aiskrim. Adara mengangguk laju.

“Nak, nak! Mana?” Adara sudah teruja seperti kera dapat bunga. Aiden menudingkan jari ke satu arah kedai yang menjual aiskrim. Mereka berjalan menuju ke situ.

“Ché sapore hai? (What flavor do you have?)” Aiden mengerling sekilas ke dalam ruangan aiskrim pelbagai perisa di situ. Adara sudah terliur. Tak sabar mahu menikmati pencuci mulut tersebut.

“Il solito, signore. (The usual, sir.)” Balas pemuda itu ramah kepada Aiden. Aiden menoleh ke arah Adara apabila terasa Adara menarik tangannya.

“Nak order sendiri.” Pinta Adara. Dia mengerling ke arah nama-nama aiskrim di situ mencari aiskrim yang menepati citarasanya. Dark chocolate Hazelnut menjadi pilihan yang dalam bahasa Itali dikenali sebagai Bacío.

“Can I have a Bacio, please?” Pinta Adara kepada pemuda tersebut. Pemuda itu mula tersenyum-senyum membuatkan Adara pelik. Aiden berdecit.

Tanpa amaran, pinggang Adara ditarik Aiden. Tak cukup dengan itu, tak semena-mena Adara dicium Aiden di hadapan pemuda tersebut.

“Oh, vuoi dire il gelato al Bacío? (Oh, you mean Bacío ice cream?)” Pemuda itu segera menyediakan aiskrim diminta Adara. Aiden mendekatkan bibirnya pada Adara mahu membisikkan sesuatu.

“Careful with your words, Adara. A bacío also means a kiss.”  Adara menepuk mulutnya sendiri. Lah, patutlah tadi lelaki tu terkejut bila dengar dia mintak bacio. Haih.

“Here you go, Mrs. Enjoy your gelato.” Ucap pemuda itu pada Adara. Tetapi, Aiden yang menyambut huluran tersebut. Adara menutup mulut menahan tawa apabila melihat wajah pucat pemuda itu apabila yang mengambil pada pihaknya.

“Makan diam-diam.” Arah Aiden kepada Adara. Tangan mereka bersulam kembali. Berpegangan tangan sambil berjalan di pesisir pantai.

“Aiden, tutup mata.” Arah Adara cepat-cepat. Sebelah tangannya menutup mata Aiden. Tak mahu suaminya melihat sekumpulan wanita yang mengenakan bikini di pantai itu. Ha tahupun cemburu kalau Aiden tengok.

“I don't even want to see them. I only want see you, Adara.” Aiden menurunkan tangan Adara pada wajahnya. Dia berjalan mencari tempat yang jauh dari khalayak ramai. Adara mengikuti langkah suaminya.

Hatinya kini semakin cair seperti aiskrim di tangannya. Rasa nak pengsan sekejap tapi ditahan.

“Come here, Adara.” Panggil Aiden yang sudah menemukan tempat untuk mereka berdua duduk. Aiden melabuhkan punggung di situ. Adara mencari tempat yang selesa. Aiden segera menarik Adara duduk diatas ribanya.

“Aiden...”

“Shhh, enjoy the view. I want to see it with you.”

Aiden memeluk Adara dari belakang. Dagunya disangkut pada bahu Adara. Tubuh Adara ditarik rapat pada tubuhnya. Adara menyelesakan diri diatas Aiden. Kepalanya disandarkan pada dada bidang milik suaminya.

“I love view.” Bisik Aiden pada telinga Adara perlahan. Membuatkan Adara menoleh pada suaminya dengan riak muka tak percaya.

“Huh?” Adara masih blur. Aiden menunjukkan pemandangan sunset di hadapan mereka kepada Adara.

“The view, I mean. I love the view. So much.” Aiden memaksudkan pada pemandangan tersebut. Adara hanya membalas dengan ooh.

Dia ingatkan Aiden sebut I love you tadi kerana perkataan I love view tu hampir sama bunyinya. Adara menikmati pemandangan itu dengan senyap di dalam pelukan Aiden.

“I love view too.” Balas Adara perlahan yang membawa makna lain. Cuma Adara tak sedar bahawa sebenarnya Aiden mengatakan perkara itu tadi sambil memandang dirinya. Bukan pada pemandangan di hadapan mereka.

“Aiden...”

“Hmm...”

“Kau pernah bercinta?” Aiden melirik pada Adara apabila mendengar soalan itu. Adara melarikan pandangan.

“Adara, tengok aku bila bercakap.” Tegur Aiden, pelukan tadi dileraikan. Dia menarik tubuh Adara menghadap dirinya. Dagu Adara dinaikkan ke atas mahu merenung mata Adara apabila bercakap dengan isterinya.

“You know I don't do that, Adara. I don't do feelings. So, that's means I'm never been in love.”
Jawab Aiden sambil mengelus lembut wajah Adara. Bibir Adara yang comot dengan kesan aiskrim dilap dengan ibu jarinya.

“Tapi perasaan boleh berubah kan?” Adara memegang tangan Aiden. Anak matanya merenung ke dalam anak mata Aiden. Aiden bergumam.

“Then, tell me how I make you feel.” Adara cuba membuatkan Aiden meluahkan perasaan. Tak mahu Aiden memendam perasaan lagi. Tak kisah perasaan apa sekali pun. Sedih, marah, sayang. Semua dia nak Aiden luahkan.

“You make me feels something that I even can't explain right now. Aku tak pernah rasa perasaan ni dengan sesiapa. It just there when I'm with you.” Aiden menyatukan dahi mereka berdua.

“Rasa apa?” Adara masih tak berputus asa. Pandangan matanya dengan Aiden tak diputuskan.

“Are you trying to make me confess right now, woman?” Aiden tersenyum penuh makna.

“Aiden, ish...” Adara menjauhkan kedudukan mereka semula. Aiden mencarik senyuman lebar apabila melihat reaksi Adara.

Perlahan-lahan, dia kembali mendekatkan jarak wajah mereka berdua. Sangat dekat sehingga puncak hidung mereka berlaga. Hembusan nafas minty Aiden menerpa wajah Adara.

“I told you I never do this thing, sweetheart. So, I don't know if this love or not.” Aiden menarik tangan Adara lalu diletakkan pada tempat jantungnya berada. Hidungnya digeselkan pada hidung Adara sementara tangannya mengusap lembut pipi gebu milik isterinya.

Wajahnya dipalingkan betul-betul pada telinga Adara. Bibirnya didekatkan lagi mahu membisikkan sesuatu kepada isterinya.

“But just to let you know if can love someone, It would be you. And only you...

...you aren't no one to me, Adara. You're the one for me, hun.”

Updated! Next chap, Aiden confess But, don't cry okay? Nite my love<3 Stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience