Bab 13

Family Completed 3187

Seperti yang dirancang,mereka berlima bertemu di shopping mall.Habis satu kedai stationery mereka pusing untuk membeli barang yang boleh dijadikan sebagai model.

"Korang..aku lapar ni.Jom makan."ajak Adam. Yang lain hanya menurut.Mereka singgah di KFC.

"Biar saya tolong orderkan.Korang nak order apa?"tanya Alisha.

"Saya nak set B."kata Adam

"Ermm..saya nak Zinger burger yang set punya." balas Mirzan pula.

"Qish?"

"Saya nak cola je lah."

"Diet ke cik adik oi."usik Mirzan dan dibalas dengan jelingan maut oleh Qish.

"Awak?"Alisha beralih pula pada Fairuz.

"Biar saya temankan awak order."

Mereka berdua berlalu untuk mengorder makanan yang dipesan.Barisan di restoran itu sangat panjang.

"Lisha..boleh saya tanya satu soalan?"tanya Fairuz.

"Apa dia?"

"Semenjak 2 menjak ni awak makin lain.Maksud saya awak happy semacam.Ada apa apa berita yang menggembirakan ke?"soalnya.

Alisha tersenyum manis padanya membuatkan hati lelakinya bergetar secara tiba tiba.

"Mama saya dah boleh terima saya.Dia kata dia menyesal kerana membuang saya dahulu.Sekarang saya dah boleh rasa kasih sayang seorang ibu."jawabnya dengan nada teruja.

"Alhamdulillah.Baguslah macam tu."balas Fairuz sambil memegang dadanya.Dapat dia rasakan jantungnya berdegup laju.

Dia menoleh ke arah Alisha yang kelihatan sibuk memandang ke hadapan.Matanya ralit memandang wajah polos itu yang dahulunya berwajah dingin namun sekarang begitu gembira riaknya.Semakin lama dia memandang semakin kuat pula jantungnya berdegup.

Fairuz memejamkan matanya sambil menggigit bibir."Pahal pula dengan jantung aku ni?"bisiknya.

"Awak..awak!"panggil Alisha.Rupanya mereka telah sampai ke kaunter.Mereka segera memesan makanan yang dipesan oleh rakan rakannya.

Seorang demi seorang daripada mereka telah beransur pulang.Kini hanya tinggal Alisha, Qish dan Fairuz.

"Papa saya dah sampai.Okeylah..jumpa kat sekolah esok.Bye!"Qish terus menonong masuk ke dalam kereta papanya.Alisha melihat gelagat anak beranak di dalam kereta itu.Kelihatan Qish sedang menyalami papanya lalu mereka bertukar senyuman.Mulut Qish kelihatan rancak berbual dari luar dan papanya turut sama berbual dengannya.

"Jealousnye.."kata Alisha tiba tiba.Fairuz menoleh ke arahnya dengan pandangan pelik.

"Apa yang awak jealous tu?"

"Saya jealous tengok papa Qish layan Qish dengan baik.Kalaulah papa saya pun macam tu..kan best."jawabnya dengan suara yang agak perlahan.

Fairuz memandang Alisha dengan pandangan simpati."Eermm..Lisha jom ikut saya."

"Nak gi mana?"

"Ikut je lah.."

Alisha memandang lautan di hadapannya dari atas jambatan.Air laut kelihatan begitu tenang.Bunyi ombak begitu merdu pada pendengarannya.

Alisha menopang dagu sambil melihat keindahan alam.Perasaan sedihnya tadi telah beransur hilang.

Fairuz hanya membiarkan Alisha melayan fikirannya sendiri.Dalam masa yang sama dia merenung wajah yang tenang itu.Suka dia melihatnya.Sebenarnya naluri dia mengatakan bahawa dia pernah bertemu dengan gadis ini namun dia tidak tahu bila dan di mana.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?"tanya Alisha sambil matanya setia memandang laut.

"Sebab ni tempat saya hilangkan stress dan kesedihan saya."jawabnya.

"Awak pun pernah sedih ke?"

"Hahaha..semua manusia pernah melalui kesedihan dalam hidup masing masing lah cik adik oi.Habis,takkan awak je pernah rasa sedih di dunia ni."tawa Fairuz kedengaran.

"Hmm..dari dulu saya tak pernah gembira atau bahagia.Saya rasa hidup saya ni menyedihkan. Saya tengok kawan kawan saya yang lain selalu happy masa gelakkan saya.So saya ingat hidup diorang bahagia bukan macam saya.Anak.."

"Malang?"sampuk Fairuz.Alisha menoleh ke arahnya.Mata mereka bertembung.

"Lisha..bukan awak je yang malang kat dunia ni. Okey saya mengaku memang hidup awak menderita kerana dibuang oleh mama dan papa awak tapi awak mesti ingat..diorang buang awak kat mana?kat rumah datuk awak juga kan?itu maknannya diorang masih ada rasa kasihan pada awak.Cuba awak bayangkan bayi bayi di luar sana yang dibuang di sungai atau dihutan dan ada juga yang dibunuh oleh orang tua mereka sendiri.Bertapa bertuahnya awak dibuang di sebuah banglo besar bersama seorang datuk yang kaya.Itu yang awak cakap malang?"ulas Fairuz panjang lebar membuatkan Alisha tersentak seketika memikirkan perkara yang ditutur oleh Fairuz.

"Ha ah kan..bertuah saya sebab tak dibuang tepi sungai atau hutan."katanya sambil tersenyum. Fairuz membalas senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience