Bab 2

Romance Series 8464

Nur Qawi berdiri di hentian bus berdekatan kawasan perumahan yang di diami keluarganya matanya leka melihat telefon bimbit melayari Fac sambil menunggu ketibaan Syima.

"Qawi!" Nur Qawi agak terperanjat apabila namanya dipanggil dengan nada terpekik. lantas dia memandang kearah suara tadi.

terlihat Syima yang sedang tersengeh seperti kerang busuk dari dalam kereta Myvi miliknya. lantas Nur Qawi mendekati kereta itu tanpa membuang masa terus dia masuk ke dalam perut kereta.

"Lama kau tunggu?" soal Syima membuka bicara.

"tak jugak.. boleh kata baru jugak lah jadi tugu peringatan dekat bus stop tu" gurau Nur Qawi.

"mengada ye kau!" Balas Syima kemudian serentak mereka ketawa. Syima mula memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan itu.

"lepak di mana ni?" soal Syima sambil fokus pada pemanduannya.

"tak kesah.." balas Nur Qawi ringkas sambil terus melayari Fac.

"gerai tepi jalan tak kesah jugak?" soal Syima lagi dalam nada usikan.

"boleh"

"Eh engkau! duit dalam akaun berapa banyak daa... tapi kedekut! Mak bapak pon kaya.. tapi kedekut!" sindir Syima.

"aku kedekut ada sebab. mana tahu nanti ibu aku halau aku. duit tu lah aku nak guna." Balas Nur Qawi dengan serius.

"okey.. sorry kalau aku buat kau terasa." syima berasa bersalah dengan kata-katanya pada Nur Qawi.

"it's okey.."

"kau okey tak ni?" soal Syima cuba mengorek rahsia yang di pendam Nur Qawi sendirian.

"tak juga.. tapi agak tertekan" jawab Nur Qawi dengan reaksi kurang minat dengan topik perbualan itu.

Syima mengeluh perlahan, mengenangkan dugaan yang menimpa rakan karibnya itu. apa dosanya hingga dibenci ibu bapa sehingga ke tahap ini? apa kurang Nur Qawi hingga mendapat layanan sebegini?
tak layakkah dia mendapat kasih sayang seperti adiknya Iaitu Maisarah?
"Qawi.. nak tak kita lepak kedai burger? aku jumpa gerai burger yang best rasa and harga burger!" Syima cuba menghiburkan suasana.

"okey juga... sedap jugak makan burger malam-malam." Kata Nur Qawi dengan nada riang.

Syima tersenyum dengan respon yang di beri oleh Nur Qawi tadi. Dulu zaman di bangku sekolah lagi mereka bersahabat. Nur Qawi jarang untuk berkawan. mungkin faktor tekanan dalam keluarga terhadapnya membuatkan dia lebih gemar sendirian.

Nur Qawi akan berkomunikasi dengan orang lain andai hanya ada hal yang penting. jarang juga Nur Qawi mempamerkan masalah yang dihadapinya. dia sangat pandai menyembunyikan malaslahnya dari orang lain.

tapi lain pula bila dengan Syima, dia dapat memahami dan mengetahui yang dipendam Nur Qawi. mungkin kerana mereka terlalu akrab menyebabkan Syima sangat kenal dengan perwatakan rakan karibnya itu.

******

Syima memberhentikan keretanya di bahu jalan. sambil melepaskan keluhan yang kuat cuba menghilangkan rasa lelah kerana memandu.

"kita dah sampai" kata Syima. Nur Qawi yang dari tadi hanya leka bermain handphone melemparkan pandangannya luar dari kereta.

dari situ dia dapat melihat gerai burger yang tidak jauh dari mereka. gerai yang menyediakan meja kerusi untuk pelanggan menjamah makanan disitu. namun ramai di kalangan pelanggannya hanya membungkus makanan sahaja.

suasana disitu agak seperti kawasan perkampungan tidak seperti kawasan yang agak dekat dengan perumahannya. agak mengambil masa untuk ke sini.

" jauh ke nak ke sini?" soal Nur Qawi, menyebabkan Syima tercengang.

"fokus betul kau tatap handphone sampai jauh perjalanan kita pon kau tak sedar." sindir Syima.

sindiran Syima hanya dibalas dengan tawa Nur Qawi ala-ala keayuan gadis Melayu terakhir. kemudian mereka beriringan berjalan menuju ke gerai tersebut dan mengambil tempat.

"lepak sini nak?" soal Syima bersahaja.

"dah alang-alang jauh ni.. lepak sini je lah.." jawab Nur Qawi.

"makan?" soalan Syima dijawab dengan isyarat anggukan tanda setuju. kemudian Syima melambai-lambai tangan memanggil pelayan.

"nak makan apa?" terdengar suara garau seorang lelaki bertanya, Nur Qawi menoleh cuba melihat gerangan empunya suara.

seorang lelaki kurus dan tinggi lampai memakai topi. dalam kesamaran cahaya masih jelas lagi Nur Qawi dapat melihat wajah empunya suara. entah kenapa ia membuatkan Nur Qawi terpana seketika. jantungnya berdegup kencang.

"weh!" tegur Syima menyedarkan Nur Qawi yang terpaku.

"aa.. burger daging.. air kosong!" Nur Qawi memesan menunya. kemudian cepat-cepat dia menatap handphonenya kembali.

"kau kenapa?" soal Syima setelah lelaki itu berlalu pergi.

"kenapa apa?" soalan hanya di balas soalan membuatkan Syima hanya tersenyum melihat gelagat rakan karibnya yang kaget. andai mereka berbalah akan hal yang kecil mesti Nur Qawi tidak akan mengaku kalah!

********

Nur Qawi dan Syima rancak berbual.. tanpa mereka sedar ada mata yang memerhatikan gelagat mereka. tidak lama kemudian tawa dan perbualan mereka terhenti seketika kerana pesanan makanan mereka sudah siap.

lelaki tadi muncul membawa dulang berisi makanan mereka. sedang makanan dihidangkan dengan tidak sengaja air kosong tertumpah pada baju Nur Qawi. Nur Qawi terperanjat secepat mungkin dia berdiri. keadaan jadi Kelang kabut seketika.

"maaf" kata maaf dari lelaki tadi. sementara itu banyak mata yang memerhatikan mereka. belum sempat Nur Qawi bersuara tiba-tiba..

"Aku cakap buat kerja elok-elok! nak kerja ke tidak?!" tengking seorang lelaki lain yang tadi kerjanya membuat burger.

"tak apa bang.. tak perlu marah dia tak sengaja.. lagi pun ni air kosong je..." cepat-cepat Nur Qawi membela lelaki yang tumpahkan air.

"maaf ye.." kata lelaki yang pembuat burger. Nur Qawi hanya membalasnya dengan senyuman dan anggukan.

"awak.. tisu?" lelaki tadi menghulurkan kan tisu. cepat2 Nur Qawi mengambil dan mengelap air yg tumpah ke bajunya. lelaki tadi terus beredar dan tidak lama kemudian muncul lagi membawa air yang baru.

"terima kasih" kata Nur Qawi

"sama-sama.. apa nama awak?" soal lelaki tadi. membuatkan Nur Qawi terpana.

"Nur Qawi" jawabnya perlahan.

"terima kasih untuk tadi.. saya belanja awak makan malam ni." kata lelaki itu kemudian berlalu pergi.

Syima yang dari tadi hanya menjadi pemerhati agak rasa geli hati dengan gelagat rakannya yang dari tadi asyik terperanjat.

"dah jatuh ke?" soal Syima cuba menyakat.

"apa yang jatuh?" soal Nur Qawi bersahaja menyembunyikan rasa.

"jatuh cinta takkan jatuh bulan pulak" kata Syima lalu ketawa. tapi tak di endahkan Nur Qawi.

mereka menyambung perbualan yang terhenti seketika tadi sambil menikmati burger mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience