"Kau punya pasal lah ni mai kita terpaksa jalan jam9 malam macam ni" bebel Nadia.
"Sorrylah, aku tak sangka pula kerja aku masih banyak macam tu"
Awalnya mereka bercadang untuk jalan selepas asar tapi kerana Maisara mengatakan yang kerjanya masih melambak. Mereka terpaksa Menundah jam jalan mereka ke selepas solat isyak.
Hampir-hampir sahaja tak jadi tapi Balqis ingin membeli barang² kepentingnya, Oleh itu mereka membuat keputusan jalan selepas solat Isyak sahaja.
Masuk sahaja mereka ke kereta suzuki swift milik Maisara, Maisara terus memulakan pemanduannya meninggalkan kawasan perumahan teres 2 tingkat itu.
"Tok yah, Nekmi Faizul nak keluar dulu ye nak jumpa Hazmi" Beritahu Faizul yang baru sahaja keluar dari perut lift rumah agam Tan Sri Kamal.
Tan Sri Kamal Dan Puan Sri Farah Lee yang sedang berbual sambil minum kopi diruang rehat, menoleh ke arahnya.
"Yalah kamu jangan balik lewat sangat, esokkan kamu dah mula masuk pejabat" Balas Tan Sri Kamal sambil meletakkan cawan kopi ke atas meja.
Awalnya Faizul memang menentang habis untuk masuk ke pejabat tapi setelah dipujuk berkali-kali oleh Puan Sri Farah Lee pagi tadi akhirnya dia setuju juga menguruskan syarikat mereka. Jika bukan dia siapa lagi yang akan menguruskan HR kerana Faizul adalah satu²nya pewaris syarikat itu.
"Faizul cuba balik awal nanti Tok Yah" Jawab Faizul sebelum menyalam dan mencium tangan Tan Sri Kamal dan Puan Sri Farah Lee.
"Jangan cuba, Tok Yah nak kamu balik awal juga" Tegas Tan Sri Kamal. Dia tidak senang sebenarnya dengan sikap Faizul yang suka keluar malam dan balik di lewat malam.
"Ye Faizul balik awal, Faizul pergi dulu ye" Balas Faizul lalu kakinya laju melangkah ke pintu utama Rumah Agam.
Beberapa kereta mewah sedang elok terparking di halaman gajar Rumah Agam tersebut. Lamborghini Aventador SVJ berwarna keemasan gelap yang baru sahaja dibelinya ketika dia berada di German menjadi pilihannya malam ini.
Enjin dihidupkan dan pemanduan dimulakan, Lamborghini milik Faizul keluar meninggalkan Rumah Agam 3 Tingkat itu.
Selepas sudah memastikan kereta miliknya berkunci Faizul melangkah menuju ke pintu kelab malam VIP, dia sudah berjanji ingin berjumpa Hazmi di sini.
Beberapa pasang mata wanita yang berada di kelab malam itu mengarah kepadanya, tanpa memeduli mereka Faizul terus melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang duduk dikawasan khas VIP.
"Hoi" Sapa Faizul, Bila dia sudah mendekati Hazmi. Dia ketawa lepas setelah melihat Hazmi yang sudah separuh mabuk.
"Awal lagi lah kau nak mabuk" Sambungnya lagi.
"Hoi Bro, How are you?" Tanya Hazmi sedikit menjerit melawan kuat bunyi musik yang dimainkan DJ.
"As you can see, I still breathing" Faizul menjawab sebelum meneguk segelas arak yang baru dia tuang sebentar tadi.
"So? How UK? Are back for good?" Soal Hazmi lagi.
"Ya aku tak balik UK dah, UK? Still same more fun" Jawab Faizul.
"What you bring form UK? A bride?" Hazmi mengusik Faizul.
Dia kenal sangat dengan sikap Faizul yang suka bertukar pasangan seperti tukar baju walaupun sahabatnya imi sudah bertunang. Namun sikap itu bukanlah sikap sebenar Faizul sesuatu yang pernah terjadi membuat sahabatnya ini bertukar 360 darjah.
Dari seorang yang setia menjadi seorang yang suka petukar pasangan. Dulu jika Hazmi dan rakan² mereka yang lain ingin ke kelab malam Faizul adalah orang yang paling membantah tapi sekarang lelaki itu sudah biasa dengan suasana di sini.
"Woo..A bride? So sorry bro. Aku tak makan barang second" Usikkan Hazmi disambut.
Meletus tawa mereka berdua mendengar jawapan Faizul. Tapi Faizul teringat tujuannya untuk berjumpa Hazmi malam ini serta merta tawanya terhenti.
"Haz Yang aku suruh kau tu, kau dah buat ke belum?" Tanya Faizul dengan nada sedikit serius.
"Dahlah kau tak paya risau aku siap suruh orang hantar kat depan rumah dia lagi" Balas Hazmi menunjukkan riak bangga ke arah Faizul.
Faizul Tersenyum, lega mendengar jawapan dari Hazmi
"Thanks Bro" Ucapnya sambil menepuk bahu Hazmi.
Baru sahaja Faizul ingin meneguk segelas arak lagi terhenti tatkalah melihat seorang wanita berpakaian dress paras lutut yang berwarna hitam sedang mengatur langkah kearahnya, Ini lah yang akan berlaku jika dia datang ke tempat maksiat ini ada sahaja perempuan yang merelakan diri menjadi penemannya tanpa diundang.
"Hai Faizul lama I tak nampak you" Sapa wanita itu sambil mengambil tempat di sebelah kiri Faizul.
Faizul meneguk segelas arak tadi sebelum dia menjawab pertayaan wanita cantik disebelahnya ini.
"I baru balik dari UK" Beritahunya.
"You nampak makin hot sekarang ni" Puji wanita itu sengaja mengambil hati Faizul.
"You pun Lara makin cantik apa" Faizul membalas, Dia memerhatikan Lara dari hujung rambut ke hujung kaki 'bila lah minah ni nak pakai baju elok sikit' kutuknya dalam hati.
"You sorang? I pun datang sorang ni. Boleh tak kalau I nak join you malam ni?" Lara tanya lagi, senyuman paling menggoda diberikan kearah Faizul. Sudah lama dia mengimpikan lelaki kacak dan kaya seperti Faizul.
"Sure" balas Faizul ringkas.
Dia menuang cecair arak ke gelas yang lain lalu diberikan kepada Lara "Let's have fun tonight."
Lara menyambut gelas tersebut dengan senyuman penuh makna, dia sangat yakin yang Faizul akan menjadi miliknya malam ini.
Jika perkara itu berlaku selain dari mendapat Faizul, Lara juga dapat membalas dendam dengan musuh ketatnya, Liana. Wanita itu selalu perasan bagus sehingga semua majalah memilih dia dan lara kurang mendapat tawaran kerja sebagai model.
Dengan merampas Faizul dari Liana itu sudah cukup dari lebih untuk membuat Liana jatuh melutut dibawah kakinya.
Hazmi yang sedari tadi hanya jadi pemerhati mengeleng kepala sahaja. Wanita seperti Lara ini memang selalu jadi mangsa Faizul, Dilayan tapi akan dibuang seperti sampah bila Faizul sudah bosan.
"Uii Korang dah tak nak beli apa² lagikan kita balik lah yah?" Ajak Maisara sambil kaki melangkah keluar dari supermarket 24jam.
"Yalah kita balik lah, Aku dah ngantok lah" Balqis bersuara pula.
"Ok² kita balik. Kamu berdua tak payalah nak buat muka macam tu" Cebik Nadia sambil melihat Maisara dan Balqis bersilih ganti. Dia tahu sangat Maisara dan Balqis itu sangat malas nak keluar berjalan-jalan begini tidak sama sepertinya yang tahan keluar bershoping sakan walaupun sehari.
Maisara memerhati orang yang keluar masuk dari sebuah kelab malam, walaupun tidak tertarik dengan tempat seperti itu tapi sepertinya matanya tertarik untuk menghala ke sana. Diperhati Kesibukan Orang yang keluar dan masuk dari kelab malam itu walau tidak terlalu sibuk tapi sakit mata juga memandang orang² seperti ini tiada kerja yang lebih penting ingin dilakukkan kah? Selain dari masuk tempat bermaksiat ini.
Dia berkerut dahi setelah melihat satu pasangan berpeluk mesra yang baru sahaja keluar dari kelab malam tersebut, pandangan Maisara lama menghala ke arah lelaki pasangan itu. Sepertinya dia kenal siapa lelaki itu tapi seseorang yang berdiri dihadapan lelaki itu menghalang dia untuk melihat wajah lelaki itu.
Kepala digerakkan kekiri dan ke kanan dia ingin tahu siapa gerangan lelaki itu. Dia tersenyum lebar setelah melihat lelaki yang berdiri dihadapan figure yang sangat menarik perhatian nya itu beredar.
Namun senyuman itu hilang serta merta setelah melihat siapa gerangan itu.
"Faizul?" Nama itu laju keluar dari mulut Maisara.
"Apa? Kau cakap apa tadi?" Balqis yang berdiri disebelah menyoal Maisara. Kalau dia tidak silap Maisara seperti mengatakan sesuatu tadi tapi dia kurang jelas mendengarnya.
"Tak ada apa², jum balik" Tanpa mendengar balasan dari Balqis dan Nadia, Maisara laju melangkah ke arah suzuki swiftnya yang terparking tidak jauh dari mereka.
Melihat kelam kabut Maisara Balqis dan Nadia menunjukkan riak pelik, tapi langkah Maisara tetap diikuti juga.
Masuk sahaja dua gadis itu ke kereta Maisara terus memandu laju keretanya meninggalkan kawasan.
"Betulkah itu dia? Bukan dia dekat uk ke? Faizul tak masuk club? Tapi tu memang muka dia? Banyak soalan yang ada di fikiran Maisara sekarang ini.
Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia lihat, Faizul sudah balik malaysia kah? dan paling mengejutkan dia bila melihat Faizul keluar dari kelab malam VVIP bersama seorang wanita serta merta hatinya rasa sakit, Maisara akui yang dia masih menyimpan perasaan cintanya untuk Faizul.
"Kau ok tak ni mai , senyap semacam je kau ni" Tegur Balqis. Dia hairan melihat maisara, bermula dari mereka balik dari kedai 24 jam tadi Maisara tidak bercakap langsung seperti memikirkan sesuatu sahaja.
Lamunan Maisara terhenti "Ok, aku cuma penat sikit aku naik atas lah dulu yah" jawab Maisara , Kaki terus melangkah naik anak tangga ingin ke tingkat atas.
Balqis dan Nadia masih berdiri kaku ditempat mereka , memerhati maisara.
"Tadi sebelum jalan dia ok jak?" soal Balqis kepada Nadia.
"Mungkin betul dia penat kot, kan sebelum jalan tu dia buat kerja lagi" jawab Nadia cuba berfikiran positif.
Kereta dihentikan tepat di kawasan kodominium mewah. Faizul mengalihkan pandangan ke sebelah penumpang.
"You tak nak turun?" Soalnya setelah melihat Lara hanya memandang sekeliling kawasan sahaja.
"Bukan you cakap nak balik rumah you ke?" Lara bertanya, Setahunya Faizul ingin mengajaknya ke rumah lelaki itu tapi kenapa sekarang berada di kawasan kondominiumnya pula?
"Ya, tapi I nak hantar you dulu, takkan you nak ikut I balik rumah pulak" Jawab Faizul, Dia memang mengatakan dia ingin pulang tapi Lara yang tidak segan masuk ke dalam keretanya tanpa dipelawa jadi diterpaksa menghantar gadis ini terlebih dahulu.
"Boleh ke I nak ikut dengan you? I ok je"
Faizul senyum sinis mendengar kata² yang keluar dari mulut lara. Membawa perempuan ke rumah Tok yahnya Sama sahaja seperti menempah tiket untuk mati sahaja. Silap² Esok hari dia sudah habis dikerjakan oleh Tan Sri Kamal.
"Jangan Nak gila Lara, Just get out of my car now?"
"Ok I keluar but you tak nak naik rumah I ke dulu? Yalah you kan dah hantar I sebagai terima kasih I nak bagi something special for you." Lara mempelawa dengan makna, Dia mencuba untuk memastikan Faizul menjadi miliknya malam ini.
"No, Just Thanks. You better get out of my car now, Sebab I dah nak balik"
Hampa Lara dengan jawapan Faizul, Lengan putih lelaki itu diusap-usap.
"Faizul~ Please, atlest minum segelas wain je dengan I" Lara masih berusaha mencuba.
Faizul membalas senyuman Lara namun tangan Lara ditepis kasar. Membuat senyuman wanita itu menghilang.
"Sorry Lara. If you think, you boleh gunakan I. You silap sebab I tak berminat dengan barang terpakai macam you.. Get out!" Kini Faizul sudah bekeras, Lara seorang yang sukar memaham.
Jika dia berlembut dia tidak boleh janjikan tiada apa yang berlaku malam ini. Dia juga lelaki nafsunya adalah wanita.
Lara mendengus kasar sebelum dia membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta milik Faizul.
Kereta Faizul memecut laju keluar dari kawasan perumahan itu.
Lara hanya menghantar kereta Faizul yang sudah meninggalkan kawasan perumahannya dengan mata sahaja.
Sayang sungguhkah Faizul terhadap Liana? sehingga wanita lain sukar mendapat peluang berdamping dengan lelaki kacak itu.
Share this novel