Tidur Qasieh terganggu dek tangisan Bayi disebelahnya. Dia menggosok matanya melihat Iman yang merengek.
"Kenapa ni?" Qasieh mengangkat tubuh kecil itu membawa dalam dakapannya.
"Iman lapar ke? Nak susu?" Tanyanya lagi.
Pintu bilik terbuka luas muncul tiga adiknya dimuka pintu.
"Kenapa dengan Baby tu Kak Long?" Tanya Zaff sambil menguap.
"Mungkin nak menyusu. Tolong Kak Long jagakan kejap. Kak Long nak buat susu." Kata Qasieh.
"Ok." Serentak mereka berkata dan berlalu menuju kearah Iman.
"Shhhshhh.. Shhsshhh. Iman jangan nangis tau. Nanti Daddy Zaff beli mainan untuk Iman." Kata Zaff.
"Apalah kau ni Zaff. Mana tau budak ni nak main." Kata Ziyan.
Qasieh hanya tersenyum menggelengkan kepalanya dan berlalu turun ke ruang dapur untuk membancuh susu.
"Uwweeekkk!! Uweekk!!" Tangis Iman menjadi.
"Kejap sayang." Qasieh berlari naik ketangga membawa botol susu.
"Yeaayyy susu dah sampai." Kata Ziyyad dan mengambil botol dari tangan Qasieh.
"Bismillah." Kata Ziyan.
Mereka melihat Iman meminum susunya dengan rakus.
"Lapar sangat Iman ni Kak Long." Kata Zaff apabila botol susu itu dalam sekejap sudah kosong.
Qasieh mengambil pampers dan sepasang baju lain. Dia meletakkan diatas katil. Melihat kearah jam didinding biliknya. Pukul empat dua puluh pagi.
"Dah pergi tidur." Arah Qasieh pada adik-adiknya.
"Alaaa Kak Long kami nak kat sini teman Iman. Boleh?" Ziyan memohon pada Qasieh.
"Esok kotang ngantuk kat kelas." Kata Qasieh.
"Tak. Please." Zaff pula memohon.
"Baiklah. Tapi kalau Kak Long dipanggil kesekolah siap kamu bertiga." Qasieh memberi amaran.
Qasieh mula naik keatas katil dan membuka pakaian Iman. Dia menggantikan Pampers dan baju Iman.
"Esok Kak Long nak pergi klinik. Nak bawa Iman jumpa Doktor." Kata Qasieh pada Adiknya.
"Nak ikut." Tanya Zaff.
"Tak boleh. Biar Kak Long je." Kata Qasieh.
Qasieh membawa Iman kedalam dakapannya dan mendodoinya hingga tidur.
Tak makan masa panjang Baby Iman tidur dalam dakapannya. Melihat gelagat tiga adiknya yang terlelap sama diatas katilnya.
"Bertuah punya Budak." Bisik Qasieh.
Qasieh meletakkan Iman ditengah-tengah antara Zaff dan Ziyan.
"Awas Iman kat tengah tu." Bisik Qasieh pada Zaff.
"Ok." Balas Zaff.
Qasieh kembali turun dari biliknya menuju ke ruang dapur. Dia mengeluarkan Ayam yang sudah diperapnya. Beberapa biji karipap yang sudah difrozenkan.
Dia memasak nasi dan memotong sayur untuk makan tengah hari adiknya pulang sekolah.
Waktu berlalu. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Qasieh naik semula apabila sarapan sudah terhidang dibawah tudung saji.
Dia mengejutkan adik-adiknya agar bangun dan mandi untuk solat Subuh.
"Bangun." Qasieh menampar lembut paha adik-adiknya.
"Dah pergi mandi lepas tu solat. Selesai solat pakai baju sekolah. Kak Long hantar awal hari ni." Kata Qasieh apabila melihat mereka bangun dan keluar dari biliknya.
Qasieh melihat Iman nyenyak tidur. Dia meninggalkan Iman untuk pergi mandi. Selesai solat dan mengenakan Hoodie panjang hingga ke hujung kaki, Qasieh mula menyiapkan Iman.
"Anak Ibu. Hari ni ikut Ibu ye. Bermula rutin Iman ikut Ibu hantar Daddy Zaff, Daddy Iyan dan Daddy Iyyad pergi school." Qasieh mula menyiapkan Iman.
Selesai menyiapkan Iman, Qasieh mula memasukkan beberapa keping Pampers dan beberapa helai pakaian Iman kedalam Baby Bag.
"Kak Long dah siap. Jom sarapan." Panggil Zaff didepan pintu bilik.
"Hah dah siap. Nah bawak turun." Qasieh menghulurkan beg kepada Zaff. Dia mengangkat Iman kedalam pelukannya.
Mereka turun beriringan. Sampai dimeja makan, Iman menangis nak meminta susu.
Qasieh menyerahkan Iman pada Zaff lalu pergi membancuh susu.
Qasieh mengambil alih semula Iman dari tangan Zaff.
Selesai semua bersarapan dan membersihkan pinggan. Qasieh menghidupkan Enjin keretanya dan memulakan perjalanan seawal enam pagi.
Selesai menghantar Adiknya kesekolah, Qasieh memecut pergi ke kedai Bakery nya agar dapat menyelesaikan awal tempahan pelanggannya.
Hampir jam sebelas Qasieh baru selesai membaking dan rak kaca display dihadapan kedainya hampir penuh terisi oleh kek dan juga Bun.
"Mia jaga kedai ye. Nur nanti tolong Mia dan Cika didepan." Kata Qasieh.
"Akak nak kemana?" Tanya Nur.
"Akak nak bawak Baby Iman checkup." Kata Qasieh lagi nanti." Kata Qasieh.
"Beres kak. Jangan risau." Kata Cika pula.
Qasieh keluar dari Kedainya bersama Iman. Hangat mentari membuatkan Iman menggeliatkan badannya.
"Alololo cayang Ibu panas ye. Kejap." Kata Qasieh terus menghampiri Kereta Honda City Miliknya.
Jalan raya kelihatan sesak sedikit kerana waktu lunch bagi pekerja. Lalulintas bergerak perlahan. Qasieh melihat Iman yang tidur dikerusi penumpang.
Hampir jam dua belas tengah hari barulah Qasieh sampai di Hospital Swasta milik keluarga Anggun sahabatnya semasa sekolah menengah.
Setelah parking, Qasieh berjalan laju menuju pintu utama. Dia takut jika Iman akan demam apabila terlalu lama dibawah terik matahari.
Tanpa sedar, Qasieh terlanggar seorang perempuan yang sama ingin masuk kedalam ruangan hospital dan mengakibatkan phone ditangan perempuan itu jatuh dan pecah.
"Hei Betina!! Kau dah buta ke? Tak nampak aku jalan!!" Kata Sharmila dengan herdikan.
"Maaf sangat, aku tak sengaja." Kata Qasieh pula.
"Dengan kata maaf kau tu kau ingat boleh buat phone aku tu elok semula!!" Kata Sharmila lagi.
"Apa ni Ila. Jangan jerit macam tu. Tak elok tau tak. Awak tu anak dara." Kata Mamanya Tengku Sharmine.
"Tapi Mom, Dia pecahkan phone Ila." Rengek Sharmila pada Mamanya.
"Takpe saya ganti. bagi saya no akaun Sis. Saya akan transfer." Kata Qasieh tak ingin berdebat dengan Mak dan Anak didepannya.
"Apa? Kau cakap sekali lagi? Aku tak dengar." Kata Tengku Sharmine.
Qasieh hanya menundukkan kepalanya.
"Uuuwekkk uuweekk uwwekk!!!" Tangisan Iman kerana tidurnya terganggu akibat kebisingan disekelilingnya.
"Shhhh shhh shhh." Qasieh menggerakkan badannya kekiri dan kekanan agar Iman terlena semula.
"Ada apa ni kecoh kat depan pintu utama ni?" Sapa seorang wanita paruh baya. Ada seorang lelaki disisinya.
"Mama!!" Panggil Sharmila pada Tengku Marsha lalu memeluk wanita paruh baya didepannya.
"Sorry Mama Sharmila lambat sikit." Kata Sharmila pada Tengku Marsha.
"Takpe. Achik teman Mama tadi." Katanya pada Sharmila.
"Mama cakap tadi Ammar yang teman." Berubah terus air muka Sharmila.
"Along ada kerja sebelum mereka ke Brunei petang ni." Kata Tengku Marsha lagi.
Qasieh taknak mendengar perbualan mereka dan ingin meminta diri.
"Eh eh kau ingat senang nak bla macam tu je?" Kata Sharmila dengan nada sinis.
Jelingan kebencian dari wanita paruh baya itu membuatkan Qasieh telan liur.
"Aku nak kau melutut depan aku dan sujud dikaki aku." Kata Sharmila.
Emir yang mendengar kata-kata Sharmila menyampuk untuk membantu Qasieh.
"Kau dah gila ke Ila. Kau ingat maruah seseorang tu dihujung kaki kau ke?" Tanya Emir.
"Aku peduli apa, bukan aku yang salah tapi dia yang langgar aku dulu." Kata Sharmila.
"Aku nak ganti phone kau, kau taknak. Jadi kau jak aku melutut depan kau. Eh sis aku masih ada maruah aku." Lawan Qasieh.
Emir yang mendengar menganggukkan kepalanya. Dalam hati dia memaki kenapa Ammar dan Ghazi masih belum muncul.
"Achik. Jangan masuk campur." Herdik Tengku Marsha.
"Hmm dasar orang kaya kan menindas orang macam kami. Tak kemana kekayaan kau orang tu. Tak dibawa kemati." Kata Qasieh.
"Kau!!" Amarah Tengku Marsha naik memuncak ke ubun-ubun.
"Kenapa salah ke apa yang saya cakap? Saya dah kata berapa ganti rugi dia nak saya bayar." Kata Qasieh.
"Kau ingat kau mampu ke?" Tanya Sharmila.
"Aku akan ganti rugi phone tu." Suara dari arah belakang mencelah.
Qasieh dan yang lain turut sama menoleh kearah suara itu.
"Papa?" Panggil Tengku Marsha.
"Please Ma, Berapa kali Papa dah ajar, jangan suka hina orang. Allah akan tarik kesenangan ni bila-bila masa." Kata Tengku Zainal.
"Tapi Uncle?" Rengek Sharmila lagi.
"Diam!!" Herdik Tengku Zainal.
"Pa. Jaga kesihatan. Along taknak Papa sakit." Kata Ammar disisi Tengku Zainal.
"Nak pergilah masuk. Kesian bayi tu dah merah padam mukanya kepanasan." Kata Tengku Zainal.
Ammar hanya memerhatikan gadis di depan Papanya. Namun tiada siapa tahu degupan jantungnya semakin melaju. Matanya tertuju pada bayi mungil didalam dakapan gadis itu. Saling tak timpah seperti Mikail. Dagu terbelah, Alis tebal menguatkan hatinya itulah anak Mikail.
"Terima kasih Uncle. Maaf sebab dah menyusahkan Uncle." Qasieh tunduk hormat pada Tengku Zainal lalu berlalu pergi ke kaunter pendaftaran.
Share this novel