Bab 47
Tak pernah aku lupa pasal tarikh tu. Lusa… hari lahir Along yang ke-19 sepatutnya but Allah loves him more. Allah takes him from us for good.
“Mama ingat nak buat kencuri baca Yasin.”
Senyap.
Baguslah. Baca Yasin untuk Along. Doakan Along.
“Jiya setuju tak?”
Angguk.
Mama senyum. “Dah setahun lebih Along tak ada.”
Dah setahun lebih Along tak ada di sisi kami. Tak dah orang nak mengusik aku dan bagi nasihat kat aku tapi tak apa. Aku ada DIA. Insya-Allah aku takkan lupa DIA.
“Lumrah hidup. Nak buat macam mana. Allah pinjamkan Along untuk mama dan masa untuk Allah ambil Along balik dah tiba.”
Ya Allah, berikan kami kekuatan. Sesungguhnya kami hanya hamba-Mu yang lemah.
“ANTARA perkara yang Allah boleh campakkan ke dalam hidup insan yang insan itu kadangkala tak boleh buat apa ialah dukacita.”
Suara Ustaz Asri terjah gegendang telingaku. Dan aku buka video Hakikat Dukacita sebab aku tengah bersedih. Sedih sebab mama sebut pasal Along tadi.
“Allah boleh mencampakkan kesedihan dalam diri insan tanpa mengira siapa insan itu.”
Betul.
“Kadang-kadang dia orang besar. Kadang-kadang dia orang kecil. Kadang-kadang dia rakyat jelata. Kadang-kadang dia raja. Kadang-kadang kesedihan boleh datang kepada insan dan dia pun tidak tahu kenapa dia bersedih. Kadang-kadang Allah jadikan satu masalah kepada insan yang pada orang lain tidak menimbulkan kesedihan tapi pada dia mengundang kesedihan.
Bila sedih datang, manusia mula runsing. Manusia mula mencari macam mana dia nak keluar daripada sedih.”
Benar.
Kalau aku sedih, aku runsing. Aku mula cari cara untuk hilangkan kesedihan.
“Ramai orang menemui Allah dan mencari Allah ketika mereka sedih dan tak ramai yang mencari Allah ketika mereka gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih tapi sedih berjaya membawa kita berjumpa Allah.”
Aku berfikir sejenak.
Memang. Sedih selalu buat kita ingat Allah dan kegembiraan buat kita lupa Allah. Ni kenyataan. Time sedih, sebut Allah berjuta-juta kali. Time gembira, tak ada dah nak sebut nama Allah. Tenggelam dalam kegembiraan. Haih…
“Ramai orang yang tak kaki masjid datang ke masjid kerana ada peristiwa yang mendukacitakan mereka. Ramai orang sombong tunduk menjadi tawaduk kepada Allah kerana peristiwa yang mendukacitakan mereka. Jika Allah tak mencampakkan dukacita itu, mungkin mereka mati sebagai ahli neraka.”
“Yang pertama jika dia berdukacita, dia kena beramal dengan amalan yang soleh.”
“Apabila kita solat, keadaan kita tak sama. Ada hari kita solat, kita rasa dekat dengan Allah. Ada hari kita solat, kita pun tak ingat kita baca apa. Ada hari kita baca al-Quran, kita rasa kita dekat dengan Allah. Ada hari kita bangun tengah malam, kita rasa khusyuk sangat.”
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah hati Najya semakin pulih bila mendekatkan diri dengan Tuhan?
Share this novel