Bab 10

Romance Completed 53836

5 bulan sudah pun berlalu dengan pantasnya. Munirah semakin pulih dan banyak menghabiskan masanya dengan beristiqomah diri serta cuba mengawal emosinya sebaik mungkin. Dia sudah mula bercakap dan cuba menerima semua ini dengan hati yg terbuka. Cukuplah dirinya sudah tersiksa disebabkan oleh kisah silam itu. Kini Munirah mahu memulakan hidup baharu tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana. Fikirannya masih buntu untuk berdiri sendiri dengan kedua belah kakinya. Perasaan takut masih mengelebungi diri Munirah. Munirah menutup al-quran dan di letakkan di atas rak buku di dalam biliknya itu. Hatinya terasa tenang sekali apabila membaca kalimat Allah swt selalu. Dengan cara inilah dirinya kembali mengingati Allah swt.

Tok..tok..tok..kedengaran pintu bilik Munirah diketuk dari arah luar. Boleh saya masuk..Pinta Azhar setelah meminta kebenaran dahulu daripada Munirah. Ini adalah kali pertama Azhar mahu perkenalkan Munirah kepada ahli keluarganya yg lain. Sebelum ini dia hanya mampu menunggu dahulu supaya Munirah akan bersedia barulah dia akan ambil langkah yg seterusnya. Azhar tidak suka memaksa Munirah melakukan sesuatu yg akan membuatkan dirinya rasa tidak selesa. Biarlah Munirah sendiri yg pinta.

Masuklah..Jawab Munirah lembutnya kerana dirinya masih memakai kain telekung lengkapnya. Dibatalkan niatnya mahu membuka kain telekung itu kerana masih malu dengan Azhar. Walaupun sebelum ini Azhar sudah biasa melihat dirinya tanpa bertudung mahupun seutas benang di atas badannya perasaan malu masih lagi menjalar di dalam dirinya. Sebelum ini Munirah tidak mempunyai perasaan itu tetapi kali ini perasaan malu mula membelegu dirinya.

Baru habis solat ke?? Jum..turun makan sekali..Walid dan bonda sudah ada di bawah. Abang dan adik saya juga ada sekali. Beritahu Azhar mula melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah. Dia melihat wajah Munirah sedikit mengerut dan gusar selepas Azhar berkata begitu. Azhar tidak bermaksud hendak menakutkan Munirah untuk berjumpa dengan ahli keluarganya yg lain. Sudah 5 bulan lebih Azhar menikahi Munirah tanpa pengetahuan Bondanya dan juga abangnya yg baru sahaja pulang dari luar negara. Sudah tiba masanya mereka mengetahui yg dirinya sudah mempunyai isteri. Tidak elok perkara yg baik disimpan lama.

Ermm...saya.. Munirah terus mati kata di situ. Tidak tahu apa yg ingin dia katakan kepada Azhar. Dia tidak bermaksud untuk menolak daripada berjumpa dengan ahli keluarga Azhar cuma dirinya sangat takut untuk berdepan dengan keluarga Azhar. Hubungan mereka berdua sudah tidak mendapat restu dari keluarga Munirah lagi. Ini malahkan pula dengan ahli keluarga Azhar. Badan Munirah kembali mengigil. Dia sangat takut kalau perkara yg sama berlaku lagi. Sampai bila dia mahu bertahan dengan hubungan sebegini. Hatinya mula terasa sakit apabila memikirkan tentang kedua ibu bapanya.

Munirah...jangan risau. saya ada. Tak perlu nak rasa takut dan fikir bukan-bukan lagi. Mereka semua pasti faham. Awak sudah kenali walid dan Azman. Mereka menerima awak sebahagian daripada keluarga saya dengan ikhlaskan? Sekarang..awak selamat dengan saya. Perkara yg lepas biarlah berlalu. Kita teruskan hidup demi masa depan pula. Ok?? Kata Azhar cuba memberikatan kata-kata semangat kepada Munirah. Dia membuka spek matanya dan memandang wajah Munirah untuk memberikan sedikit keyakinan di dalam dirinya. Dia berharap sangat Munirah tidak memikirkan perkara yg lepas lagi. Dia mahu teruskan hidup untuk memenuhi impian Munirah kembali. Sayang jika disiakan akal panjang perempuan seperti Munirah ini.

Bbaiklah..tunggu di sini..saya mahu pakai tudung dahulu. Jawab Munirah lemahnya selepas menghembus nafas banyak kali. Munirah rasa sedikit yakin selepas Azhar berkata begitu kepadanya. Azhar selalu sahaja memberi kata-kata semangat kepada Munirah. Jika tiada Azhar, entah siapa yg sanggup mengambil berat tentang dirinya. Sudah tiba masanya dia melihat ke jalan depan dan tidak perlu menoleh di belakang lagi.Munirah berdiri sambil berjalan menuju ke rak tudung yg sudah digantungnya itu. Mujur sahaja dia sudah memakai jubah berwarna merah jambu terlebih dahulu. Tidaklah perlu dia mengantikan pakaian di depan Azhar yg sedang memerhati gelagatnya sahaja.

Nak pergi mana tu?? Kata nak pakai tudung saja?? Tanya Azhar hairannya selepas melihat Munirah membawa tudungnya sambil berjalan menuju ke arah tandas. Pada mulanya ini adalah bilik milik Azhar tetapi selepas Munirah melangkah masuk ke dalam rumahnya ini Azhar sendiri mengundur diri dan hanya menggunakan bilik kecil sahaja tanpa ada tandas di dalam bilik. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Munirah selesa berada di dalam rumah ini.

Pergi pakai tudunglah..nak pegi mana lagi?? kata Munirah hairannya selepas Azhar berkata begitu kepadanya. Dia memandang hairan wajah Azhar yg sedang ketawa ke arahnya itu.

Munirah..awak masih malu dengan saya?? Pendek sahaja soalan itu dituju kepada Munirah. Ketawanya terus redha dan melihat ke arah Munirah yg sudah tidak duduk senang itu.

Entahlah..apa-apa jelah Cikgu..Ujar Munirah terus masuk ke dalam tandas dan menutup pintu tandas itu. Mukanya merah padat apabila Azhar selalu bertanya begitu kepadanya.

Ligat sahaja tangan Azhar menyusun kembali buku-buku bacaan Munirah di tempat rak buku. Dia tersenyum sendiri apabila melihat Munirah masih lagi menyimpan segala sijil penghargaan sekolah dan terlihat Slip peperiksaan SPM masih lagi terjelas di dalam failnya. Dia berhasrat mahu berbincang semula semua ini dengan Munirah. Dia mahu sangat Munirah sambung belajar seperti orang lain walaupun sedikit lambat tetapi masih ada peluang untuknya berjaya di masa hadapan. Keputusan SPM Munirah sangat cemerlang sekali pasti akan mudah dapat masuk ke mana-mana universiti yg Munirah minati.

Marilah turun..saya dah siap. Bersuara Munirah setelah keluar dari tandas. Dia meletakan kembali kain telekung di atas katil. Munirah perasan akan Azhar melihat semua failnya itu. Dia baru sahaja mahu menyimpan semua fail itu di dalam kotak tetapi Azhar sudah melihatnya dahulu. Tidak berguna lagi melihat semua itu kerana semuanya telah pun berakhir. Azhar meletakan semula fail milik Munirah itu di atas rak buku. Dia kembali melihat diri Munirah yg sudah siap memakai tudung bawal litup sahaja menutupi paras dadanya. Walaupun umurnya masih muda tetapi Munirah sudah biasa berpakaian tertutup begitu. Azhar senang sekali melihat penampilan Munirah begitu. Sesungguhnya Munirah adalah anak yg baik dan tidak berdosa.

Semasa mereka berdua berjalan menuruni anak tangga ke bawah, Munirah sangat takut sekali. Dia memegang kuat baju melayu milik Azhar dari arah belakang. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Mahu sahaja dia berlari dari situ tapi alangkah bahagia dia cuba mengenali keluarga Azhar pula. Cukuplah selama ini Azhar sudah banyak menolong dirinya. Dia perlu membalas kebaikan Azhar itu semula. Terbutang mata Hajah Fazilah apabila melihat diri Munirah yg sedang berjalan di belakang Azhar sedikit. Dia tidak menyangka sudah mendapat menantu dalam diam. Ketinggian Munirah hanyalah paras pinggang Azhar sahaja. Tubuhnya yg sangat kecil sudah nampak seperti anak Azhar mahupun seperti adik Azhar sahaja bukannya seperti seorang isteri. Azfar iaitu abang kepada Azhar juga terkejut melihat rupa paras milik Munirah yg ayu dan sedap saja mata memandang. Matanya ditatap lama sekali memandang ke arah Munirah. Wirda menarik kasar tangan Azfar supaya tidak melebih semasa memandang ke arah Munirah. Wirda ialah isteri kepada Azfar. Walid dan juga Azman hanya memberikan senyuman kepada Munirah sahaja. Mereka sudah kenal dengan Munirah sejak Azhar bernikah dengannya lagi.

Maaflah buat semua orang menunggu. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah Azhar untuk makan malam bersama. Tujuan Azhar menjemput semua ahli keluarga Azhar yg tersayang adalah untuk memperkenalkan isteri pilihan Azhar, "Munirah Safiyah". Azhar minta maaf sangat-sangat terpaksa merahsiakan semua ini daripada Bonda dan juga abang. Bukan niat Azhar untuk merahsiakan semua ini tetapi masa tidak mengizinkan. Azhar tidak berkahwin secara haram..Walid sudah menjadi walid kepada Azhar. Kami mengikat tali perkahwinan dalam masa yg tidak mengizinkan. Azhar harap semua orang faham dan menghormati keputusan Azhar ini. Beritahu Azhar ikhlasnya di hadapan semua ahli keluarganya itu. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang sama sekali apabila memandang tepat ke arah wajah milik bondanya dan juga walid. Dia tidak meminta restu daripada mereka tetapi dia berharap sangat mereka menerima semua ini ikhlas seperti dirinya. Munirah juga memandang ke arah wajah Hajah Fazilah sambil memberikan senyuman kelat. Tetiba sahaja wajah Puan Fazilah bertukar kepada wajah uminya. Sesungguhnya dia sangat merindui Puan Ruziah. Dia menggenggam erat pergelangan tangan Azhar. Meminta sedikit kekuatan untuk dirinya menempuh semua ini dengan hati yg terbuka. Azhar faham apa yg dirasai oleh Munirah ketika itu. Dia menepuk lembut balakang Munirah supaya sentiasa tenang dan sabar kerana Azhar akan sentiasa berada di sampingnya.

Semasa menjamu selera di meja makan..hanya Azhar sahaja yg petah bercakap dengan ahli keluarganya yg lain. Mereka banyak bertanya tentang diri Azhar yg akan meminta untuk bertugas semula dekat sekolah baru memandangkan khidmatnya sebagai guru ganti di sekolah lama sudah habis tempoh. Azhar bukan sahaja guru pendidikan Seni, dia juga boleh mengajar dalam subjek bahasa melayu dan juga sejarah. Sedikit mudah untuknya diminta bertugas semula dalam tempoh terdekat ini. Munirah hanya memberikan senyuman terpaksa apabila Bonda mula menyoal dirinya itu selepas mendapat tahu yg umur Munirah baru 18 tahun. Baru sahaja habis sekolah tetapi sudah berkahwin dengan anak lelakinya ini. Hajah Fazilah hanya mensyaki yg Azhar mudah jatuh cinta dengan pelajar sekolah seperti Munirah. Mungkin kerana Azhar terkesan apabila terpaksa putus tali pertunangannya dengan kekasih lama. Disebabkan oleh itu, Azhar tidak mahu dibohongi lagi. Dia memilih jalan mudah ini untuk berumah tangga terlalu awal. Azfar dan Wirda juga terkejut apabila melihat diri Munirah baru sahaja berumur 18 tahun. Mereka hanya menyangka umur Munirah dalam angka 20 an. Jauh beza sekali dengan umur Azhar yg sudah mencecah 32 tahun. Ini adalah pertemuan yg di luar jangka betul bagi Hajah Fazilah sendiri. Munirah meminta diri untuk naik ke atas selepas bersalaman dengan Hajah Fazilah dan juga Wirda, kakak iparnya itu. Munirah menghembus nafas lega seketika kerana Hajah Fazilah sangat baik dan peramah orangnya. Sedikit pun dia tidak merendahkan diri Munirah selepas Azhar menceritakan tentang pendidikan Munirah kepada mereka semua. Pandai sahaja Azhar bertutur kata kepada ahli keluarganya tentang Munirah. Munirah juga tidak menyangka Azhar sudah banyak mengenali dirinya ini dalam masa yg terdekat.

Azhar..kalau ye pun kamu nak berkahwin dengan isteri muda kenapa tak beritahu Bonda dahulu. Agak-agaklah nak pilih calon isteri semuda ini. Kamu tak rasa ke Munirah itu seperti adik dan anak kamu sahaja umurnya. Kamu tu dah pertengahan abad umur. ishh tak sesuailah.. Kata Hajah Fazilah sebelum memasuki pintu kereta Azfar. Kali ini dia sangat tidak bersetuju dengan keputusan anaknya ini. Ada sahaja perkara yg pelik Azhar lakukan di belakangnya dalam diam.

Bonda..Azhar dah menikah dah pun..apa yg tak sesuainya..Munirah dah jadi isteri Azhar yg sah. Eloklah Azhar dah separuh usia tetapi isteri Azhar masih lagi muda..Kalau Azhar pilih menantu yg sebaya Azhar kang bonda kata tua pulakan. Bukan ke bonda pun muda 8 tahun dari walid? Azhar ikut cita rasa bondalah ni.. Lagi pun Munirah sangat sesuai dengan cita rasa Azhar. Ujar Azhar cuba membalas segala penilaian salah bondanya itu terhadap Munirah. Dia akan mempertahankan Munirah walau apa jua sekali pun di mata semua orang.

Ermm ikut kamulah..apa-apa pun..semoga kamu bahagialah dengan pilihan kamu..jangan menyesal pula nanti. Ingat tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri perlu dilaksanakan walaupun umur Munirah masih lagi muda. Bonda tak nak tunggu cucu terlalu lama. Umur walid dan Bonda bukannya muda lagi. okeylah bonda pergi dulu..Assalamualaikum. Pesan Hajah Fazilah buat kali terakhir kepada Azhar sebelum menutup pintu kereta itu. Dia bukan tidak suka kepada Munirah tetapi baginya Munirah itu terlalu muda untuk menjadi isteri Azhar. Silap hari bulan Azhar pula yg perlu mengawal hidup Munirah yg masih mempunyai jiwa anak muda. Bukan itu yg dia mahukan daripada kebahagiaan anaknya itu.

Bahagia?? Pilihan?? Tanggungjawab suami isteri?? Cucu?? apa sajalah..yg sure ini bukan perkahwinan yg aku idamkan selama ini. Bukakanlah hati aku Ya Allah untuk terima takdir Qadha dan qadar ini. Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa pun..aku masih buntu..betulkah pilihan aku ini. Bersuara Azhar sendiri di luar rumahnya. Dia melihat kereta Bmw milik abangnya itu meluncur laju keluar dari perkalangan rumahnya. Azhar membuka spek matanya dan mengurut lembut kepalanya yg terasa sedikit berdenyut ini. Azhar redha untuk meneruskan hidupnya bersama Munirah di hari yg akan datang. Munirah yg mendengar semua percakapan itu tadi mengetap kuat bibirnya. Dia hanyalah manusia yg tiada tempat untuk menagih sempati dan berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Di buang keluarga sendiri. Diambil dan dijaga oleh Cikgu Azhar kerana merasai simpati terhadap dirinya. Di mana lagi tempat Munirah ingin mencari kebahagian?? Munirah menutup mulutnya rapat sekali selepas melihat ada titisan darah mula mengalir di dalam mulutnya. Cepat-cepat dia berlari naik anak tangga dan menuju ke arah biliknya. Munirah tidak mahu menangis lagi tetapi hatinya sangat sakit kerana sudah tiada kasih sayang di dalam lubuk hatinya. Dia menutupi telinga dan menangis semahunya di dalam tandas. Dia sudah pasrah untuk meneruskan hidup dalam keadaan begini. Mahu sahaja Munirah bunuh diri. Biar semua orang tidak melihat dan mengenali siapakah Munirah Safiyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience