Prolog Dia KuMiliki

Action Series 21357

Awan mendung terlihat jelas di dada langit.Hujan bakal turun.Luth Hanief masih berada di pejabat SPRM lagi.Telefonnya berdering dari tadi lansung tidak dia hiraukan.Sesekali skrin telefon pintarnya dikerling.Mikayla !.

"Apa lagilah dia ni." ujarnya sendirian.Dia menyambung menulis laporan yang akan dihantar pada pagi esok.Dia akan melapor diri untuk jawatan barunya.Dia mendapat tawaran kenaikan pangkat dan sudah pun menerimanya.Dia mendapat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya.

Tok ! Tok !.

"Luth , banyak lagi ke kau perlu menulis tu ? Lama dah aku tunggu ni.Kau tulis wasiat sekali ke ?." soal Hakim selamba mengusik rakan sekerjanya Luth Hanief.Tetapi suasana sepi tidak berjawab pertanyaan daripada Hakim tadi.

"Kalau betul kau tulis wasiat , selitkan nama aku dengan Adam sekali.Banyak dah kitaorang berjasa pada kau." ujar Hakim selamba lagi.Luth Hanief memandang wajah Hakim dengan sebelah keningnya terangkat.

"Lagi 10 minit aku datang." ujar Luth Hanief kepada sahabatnya Hakim.Lelaki itu mengeluh panjang dengan jawapan yang 'sama' oleh Luth Hanief itu.Dia menutup pintu bilik pejabat itu semula dan berlalu pergi.

Selepas setengah jam dia berjanji untuk datang kepada dua jejaka itu , akhirnya dia mengakhiri membuat laporannya.Luth Hanief menyimpan barangannya dan menyusun semula fail yang berselerak di atas meja kerjanya.Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke muka pintu.

"Ya allah !." ucap Luth Hanief apabila dia terkejut melihat dua sahabatnya Hakim dan Adam yang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan bilik pejabatnya.Dia mengurut dadanya lembut.

"Apa korang ni ? Terkejut aku.Sabarlah , aku impikan benda ni dah lama.Aku tak paksa ya korang untuk tunggu aku.Tapi korang yang nak stay." jelas Luth Hanief kepada dua sahabatnya Adam dan Hakim.

"Takpalah Luth , janji kau dah capai impian kau." ujar Adam tenang kepada sahabatnya Luth Hanief.Dia menepuk-nepuk bahu Luth Hanief.Mereka jalan beriringan.Setibanya di parkir kenderaan , satu suara memanggil Luth Hanief.

"Luth !." tiga kepala itu berpusing ke arah suara yang memanggil nama Luth Hanief.Raut wajah yang menyampah sudah terpamer pada air muka Hakim dan Adam.

"Korang balik dulu , nanti kita jumpa malam." ujar Luth Hanief kepada dua sahabatnya itu.Mereka akur dan bersalaman dengan Luth Hanief.Gadis yang memanggilnya itu semakin mendekatinya.Luth Hanief memandang ke arah kenderaan rakan-rakannya itu meninggalkan perkarangan pejabat SPRM.

"Kenapa ni ?." soal Luth Hanief dingin.

"I miss you sayang." ucap Mikayla mengada.Dia cuba menarik perhatian Luth Hanief dengan membuat riak wajah kasihan.Luth Hanief sudah masak dengan perangai gadis di hadapannya ini.

"Im sick of all this." ucap Luth Hanief dengan riak wajah menyampah.Dia sudah penat dengan lakonan daripada Mikayla itu.Untuk kali ini , kali ke 10 dia kantoi curang dengan Luth Hanief.Entah apa yang tidak cukupnya dengan penampilan Luth Hanief yang segak lagi bergaya.

"Kenapa awak tipu saya ? Curang dengan saya ? Berapa kali awak nak saya beri awak peluang ?." soal Luth Hanief kepada Mikayla.Gadis itu menekur jalan tar.Dia tidak terkata.Kesalahan bermula darinya sendiri.

"Im sorry sayang.I promise , I will really change." ujar Mikayla masih menuntut peluang daripada Luth Hanief.Lelaki itu mengelengkan kepala perlahan.

"Enough , I don't want hear any more , explanations." jelas Luth Hanief.Gadis itu cuba meraih tangannya tetapi direntap pantas.

"Don't touch me !." ujar Luth Hanief tegas.Dia membawa langkahnya menuju ke arah kenderaannya.BMW M4 miliknya dipandu dihadapan Mikayla tanpa rasa belas kasihan.Sebaik sahaja kenderaan Luth Hanief hilang dari pandangan.Dia bercekak pinggang.

"Kurang ajar , kau jual mahal dengan aku ya.Tunggu kau !." ujar Mikayla sendirian.Dia merengus kasar dan membawa langkahnya ke kenderaan.

Hana Dahlia , gadis yang memilih untuk bersama dengan TUDM iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia.Meskipun di dalam keluarga dia satu-satunya anak gadis.Tetapi minatnya tidak terhalang.Bebas memilih apa sahaja dia suka dan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai hamba yang maha esa.

"Dahlia , tunggu aku !." jerit Hafiya dari jauh.Dia mengejar Hana Dahlia yang sudah jauh kehadapan.Gadis itu memang laju berjalan.Sukar untuk mengejarnya walaupun sekadar berjalan.

"Yang kau berlari dah kenapa ?." soal Hana Dahlia selamba.Terbutang dan ternganga mulut Hafiya.

"Hey ! Kau yang laju sangat berjalan , penat aku kejar tau." jelas Hafiya kepada sahabatnya Hana Dahlia.Mereka jalan beriringan.

"Kau balik ke ? Baru nak ajak keluar." jelas Hafiya kepada sahabatnya itu.Mereka sudah di bilik persalinan khas bagi juruterbang wanita.

"Ya , kau tu jangan lupa diri sangat.Ada suami.Kesian suami kau tunggu dekat rumah nanti." ujar Hana Dahlia selamba.Hafiya menayangkan sebaris gigi putihnya kepada Hana Dahlia.

"Aku bukan lupa diri.Cuma nak me time." ujar Hafiya mempertahankan pendiriannya.

"Tak payah nak beria sangat , yang boleh me time tu , aku saja.Aku bujang.No problem.Kau pergi balik rumah , pergi masak untuk laki yer , Puan Hafiya." ejek Hana Dahlia kepada sahabatnya Hafiya itu.Wanita itu mencebik kepadanya.

"Eleh , kau berlagak eh sebab kau bujang ? Kau tunggu nasib kau nanti.Kawan-kawan Adam ramai saja bujang terlajak.Mana tahu ada jodoh.Kau tinggal pilih saja nak macam mana." jelas Hafiya menyakat Hana Dahlia.

"Mimpilah aku nak kahwin." lagak Hana Dahlia kepada Hafiya.

"Kalau betul-betul kau kahwin , jangan menyesal ya." ejek Hafiya kepada sahabatnya Hana Dahlia.

"Mana si Hazira ? Ghaib dah ? Jakun betul ada laki." ejek Hafiya.Mereka bertiga sentiasa bersama.Semenjak Hazira dan Hafiya sudah dimiliki orang , masa mereka semakin terhad.

"Dialah betul , ada suami buat cara ada suami.Bukan macam kau , ada suami tapi macam bujang." kutuk Hana Dahlia terhadap Hafiya.

"Sweetheart." panggil Jeneral Mohammad Hassan iaitu bapa kepada Hana Dahlia dari arah belakang mereka.Hafiya segera memberi tabik hormat kepada ketuanya.

"Ayah ? Ingatkan ayah dah balik ?." soal Hana Dahlia kepada bapanya.

"Belum lagi sayang.Hafiya , kita dah habis waktu bertugas.Tak perlulah macam tu.Just call me Uncle , okay." jelas Jeneral Mohammad Hassan.Dia berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Aku penatlah dengan bapak kau ni ? Kau tak penat eh dengan bapak kau ?." soal Hafiya kepada Hana Dahlia.

"Dah kenapa pulak aku nak kena penat dengan bapak aku ?." soal Hana Dahlia pelik.Dahinya berkerut.

"Yalah , penat aku tengok dia nak jadi suami , nak jadi bapak , nak jadi Jeneral.Susah-susahkan diri dia buat apa ? Suruh lah dia berehat.Dah tua.Rumah dah kata pergi , kubur dah kata mari." ujar Hafiya selamba sambil mengurut dadanya yang kononnya penat.

Tuk !.

"Aduh !." aduh Hafiya apabila buku lima Hana Dahlia hinggap di kepalanya.

"Kalau balik ni , laki aku kata aku biol.Aku cakap ngan laki aku , kau yang ketuk kepala aku." rajuk Hafiya sambil mengosok kepalanya yang masih terasa sakit.

"Eh , yang kau cakap tu bapak aku tau.Mulut kau memang macam longkang eh ? Cili baru tahu." ujar Hana Dahlia geram.Rasa mahu ketuk saja lagi kepala wanita itu.

Happy reading yallsss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience