Fadil Fitri anak ketiga Dato sri Hassan kamarudin, seorang lelaki yang berkarisma , wajahnya hampir seperti Farid Husin segak dan tampan cuma perbezaan dari ketinggian, Farid Husin lebih tinggi berbanding Fadil Fitri namun dia mempunyai tarikannya sendiri iaitu hebat dalam mengambil hati wanita
Hampir sebulan bila tiba waktu rehat jam 10.00 pagi Fadil Fitri selalu duduk di kantin tidak kira jika dia bersama kekasihnya atau ketika dia bersendirian, sejak hampir sebulan juga dia mula tertarik dengan seorang wanita muda, baginya wajah wanita itu sama persis seperti seniwati sarimah dalam filam ali baba bujang lapok filem favorite ayah dan ibunya, pertama kali dia melihat wanita muda itu ketika wanita itu di ganggu oleh adik bongsunya dan ketika itu secara diam-diam dia memerhati wajah wanita muda itu duduk di hadapannya
Fadil Fitri duduk sendirian memerhati ke arah pintu kantin, selalunya jam 10.00 pagi wanita muda itu akan masuk ke dalam kantin untuk membungkus sarapan pagi, Beberapa detik kemudian kelihatan kelibat Fazura bergegas masuk ke dalam kantin berjalan laju untuk beratur membeli sarapan, bibir Fadil Fitri tersenyum nipis memerhati tingkah Fazura dari jauh, terdetik hatinya untuk pergi menyapa wanita itu namun dia bimbang jika staf-staf pejabatnya melihat
Tidak lama selepas itu Fadil Fitri bergegas bangun berjalan laju ke arah pintu kantin bila melihat fazura sudah membeli sarapan pagi, kali ini dia nekad setelah hampir sebulan dia memendam niatnya untuk menyapa wanita muda itu walaupun dia tahu wanita itu staf cleaner department adik bongsunya
"Eh macam kenal je?,"
Tegur Fadil Fitri ketika Fazura berjalan ke arah Lif
Fazura lantas mengalih pandangan melihat ke arah Fadil Fitri sedang berdiri di sebelah kirinya
"Oh encik"
Balas Fazura wajahnya sedikit terkejut
"Kenal saya ke?,"
Tanya fadil Fitri tersenyum
Fazura mengangguk
"Ah ah, encik kan abang farid Husin"
Fadil Fitri mengangguk
"Bungkus untuk siapa tu?,"
"ini ke?,"
Fazura lantas mengankat tangannya yang memegang beg plastik
"Sudah tentulah, ada yang lain ke?,"
Gurau Fadil Fitri
Fazura tersengih
"Encik farid punya"
Fadil Fitri mengeluh perlahan
"Bungkus untuk orang, yang pergi membungkus dah makan ke?,"
Fazura menganguk
"Dah, saya dah makan,"
"Lain kali sebelum fikirkan perut orang lain, awak kena fikirkan juga perut awak tu, nanti kerja tiada semangat bila lapar tau"
Ujar Fadil Fitri, bibirnya setiasa melirik senyuman
Fazura tersenyum lebar rasa selesa bila berbual dengan abang farid Husin, sifat lelaki itu jauh lebih baik dari sifat farid Husin
"Naik ataskan?,"
Tanya fadil Fitri
"Ah ah"
Fazura mengangguk
"Jomlah ikut saya, kita guna lif Vip"
pelawa Fadil Fitri
"Eh, tanpe encik saya boleh naik lif biasa je, nanti apa pulak kata orang kalau diaorang tengok saya naik lif dengan encik"
"Biarlah kalau diaorang nak tengok, kita cuma naik lif je kan, salah ke kalau saya naik lif dengan staf cleaner"
Fadil Fitri menatap wajah fazura yang serba salah
"Cleaner pun staf jugak awak, tiada beza pun, janganlah sesekali malu dengan perkerjaan kita, yang penting kita cari rezeki halalkan,"
Fazura terpaku senjenak sambil menatap wajah fadil Fitri, hatinya tertanya-tanya mengapa Farid Husin tidak seperti abangnya bila berbicara membuatkan hati orang menjadi tenang
"Jomlah"
Fazura mengangguk kemudian berjalan bersama Fadil Fitri ke arah Lif Vip sehingga tingkah mereka menjadi tatapan staf-staf yang sedang berdiri menunggu lif
"Tahu ke nama saya?,"
Tanya Fadil Fitri
Fazura mengerut kening cuba mengingat kembali ketika dia mendengar Farid Husin berbual dengan lelaki itu ketika Farid Husin memaksanya duduk sekali dengan lelaki itu
"Alangkan"
Fadil Fitri lantas tergelak
"Itu nama panggilan antara saya dengan adik beradik saya"
Fazura mengeleng kepala
"Maaf saya tak tahu"
"Nama saya fadil Fitri, lain kali kalau terserempak panggil je saya abang Fadil, awak pula,"
"Nama saya fazura"
Fadil Fitri membulat matanya
"Nama dah Kena dengan orangnya, sama-sama cantik,"
Department advertising marketing
Fazura kelihatan tergesa-gesa berjalan ke arah pintu pejabat sambil melihat jam di tangannya, berbual dengan Fadil Fitri tadi membuatkan dia hampir lupa tentang bungkusan makanan yang dia belikan untuk Farid Husin, kedua kakinya menapak laju selepas melewati pintu pejabat
"Kau gie mana?,"
Tanya Farid Husin dengan wajah berang sambil duduk di kerusinya bila fazura masuk ke dalam pejabatnya
Fazura diam tidak menjawab,
"Weii kau tau tak dah pukul berapa sekarang nie? bungkus makanan pun ambil masa 20 minit kau masak ke apa?,"
Fazura tetap tak menjawab hanya memandang Farid Husin dengan wajah gelisah
Farid Husin mengeleng kepala
"Susah betul kalau bercakap dengan orang berpura-pura pekak nie,"
"Maafkan saya encik, tadi abang fadil tiba-tiba tegur saya"
Kata Fazura
Wajah Farid Husin tergaman seakan tidak pecaya bila mendengar alasan fazura
"Amboi, abang"
"Ah ah dia yang suruh saya panggil dia abang"
Farid Husin mengeluh kecil
"Kau kena ingat, abang tercinta kau tu dah ada girlfriend, jangan sampai girlfriend abang tercinta kau tu datang sini, serang kau"
Kening Fazura bertaut
"Ha.. bila masa pulak saya bercinta dengan dia encik"
"Sekarang taklah, lama-lama tergodalah nanti, kena pulak kau tu budak lagi, stupid pulak tu, I'm sure kau akan tergodalah"
"Tak, saya bukan macam tu encik,"
"Memanglah, kaukan suka cakap tak guna otak, sekarang kau cakap macam nie, esok kau cakap lain,"
Fazura mengeleng-geleng kepalanya lagi
"Saya bukan macam tulah encik"
"Eh lantak kaulah, apa aku perduli, aku cuma ingatkan kau je, jangan sampai department nie kecoh sebab berebut cinta, kau tu kena sedar, kau tu cuma cleaner je"
Kata Farid Husin kemudian tersenyum sinis memandang Fazura
Fazura terangguk-angguk, cuba menahan sebak di dadanya
"Maafkan saya encik kerana terlewat, ini sarapan encik, saya janji saya tak akan ulangnya lagi"
Fazura segera menaruh beg plastik di atas meja
Farid Husin bangun dari kerusinya dengan wajah berang lalu mengambil beg plastik yang di taruh Fazura di atas meja kemudian di baling ke arah pintu pejabat
"Pergi mampus dengan makanan yang kau beli tu, kau ambik makanan tu, kau pergi makan dengan abang tercinta kau, dasar cleaner tak sedar diri, Keluar!!"
terjongket tubuh Fazura bila di bentak farid Husin, ke dua matanya terbeliak dengan wajah tergamam bila farid Husin membaling bungkusan makanan yang dia beli sambil menghina dirinya
"Kau tunggu apa lagi, keluarlah!!,"
Bentak farid Husin lagi membuatkan Fazura terpinga-pinga sehingga tingkahnya serba tak kena,
wajah fazura berkerut cuba menahan tangisan namun tidak mampu menahan air mata yang mengalir, tingkahnya menjadi serba tak kena untuk terus berdiri atau keluar dia menatap wajah farid Husin seketika seakan memohon simpati namun dia segera menapak ke arah pintu membongkok tubuhnya untuk mengutip beg plastik yang di baling Farid Husin tadi lalu keluar dari pejabat
"Sial punya betina, boleh pulak kau mengatal time aku suruh bungkus makanan, dasar tak sedar diri,"
Keluh Farid Husin kemudian duduk kembali atas kerusinya
Share this novel