"PAPA ! Papa !". Bersungguh-sungguh Megat Haider mengoncangkan bahu Megat Rusydi dan menampar-nampar muka ayahnya untuk memberi kesadaran di saat itu. Panik melanda bila tangannya di cemari oleh darah yang mengalir keluar dari kepala Megat Rusydi itu.
"Apa yang you dah buat ni Qisya ?!". Herdik Megat Haider ke arah Puteri Qisya yang mendekatinya dalam keadaan yang menggeletar seluruh tubuhnya.
"I...i tak sengaja tertolak papa..Haider... i takut."
"You buat apa lagi tu ? call ambulance la. Now !!". Marah Megat Haider.
Dengan pantas Puteri Qisya berlari mencari telefon bimbitnya. Semakin berdebar dadanya terkejut dengan tengkingan dari adiknya itu. Tidak pernah lelaki itu meninggikan suara padanya tetapi hari ini adalah yang pertama kali.
"Papa...Ya Allah... bangun papa..." Megat Haider tidak putus-putus berdoa agar ayahnya masih boleh di selamatkan.
***
TELEFON pintar di atas mejanya itu di pusingkan beberapa kali bermain-main dengan jari telunjuknya, Tuan Syed Iqwal tersenyum puas.
"Itu baru mukadimah yang aku bagi dekat kau Megat Rusydi."
***
Katil sorong yang di turunkan dari ambulans setibanya di hadapan gerbang unit kecemasan itu terus di dorong laju menuju ke zon kecemasan. Berlarinya Megat Haider bersama Puteri Qisya menemani Megat Rusydi yang terkulai layu di atas katil sorong itu.
"Maaf encik tak boleh masuk, biar pihak kami yang uruskan. Tolong bagi kerjasama." Arah seorang pembantu perubatan lelaki yang sedang menahan badan Megat Haider yang juga ingin masuk ke dalam ruangan zon kecemasan itu.
"Tolong, tolong selamatkan ayah saya." Pinta Megat Haider.
"Inshallah, kami akan buat cuba sebaik mungkin. Di harapan encik bersabar dan banyakkan berdoa agar pesakit stabil."
"Haider ! what's happens ?". Tegur Datin Halida yang bergegas datang bersama Megat Hanif.
"Mama, papa jatuh tangga." Jawab Megat Haider.
"Macam mana boleh jatuh tu ?".
Megat Haider diam. Tidak dapat untuk dia menjawab persoalan itu. Hanya matanya yang terarah kepada Puteri Qisya yang sedang duduk di atas kerusi menunggu sambil menggigil menggigit kuku jarinya.
"i tak se...sengaja...bukan salah i...papa yang mulakan dulu...bukan salah i." berkata Puteri Qisya dengan suara yang perlahan.
"You gaduh dengan papa ke?". Tanya Megat Hanif ke arah Puteri Qisya.
"bukan salah i la ! i cakap bukan !". Jerit Puteri Qisya memarahi adiknya Megat Hanif.
Datin Halida hanya menggeleng kepalanya melihat keadaan Puteri Qisya itu. Ini semua perlukan masa untuk sebuah penjelasan. Dia mendekati Megat Haider dan menggosok bahu anak terunanya itu untuk menenangkannya dari kekusutan yang jelas terpampang pada keadaan luaran lelaki itu. Genggaman tangan dan hatinya berdoa akan keselamatan suaminya itu.
MATANYA bagai tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Nurjihan sedang menyuapkan Bellinda makan. Apa ini ? kecelaruan apa yang sedang di tayangkan padanya ini ?
"Sayang ? kenapa sayang ada dalam bilik ni ?"
Habis ! jantungnya seakan berhenti berdegup. Itu suara yang mereka sangat kenali.
"Hubby....err..."
"Ikut !". Tangannya Nurjihan di rentap oleh Tuan Syed Iqwal mengekorinya keluar dari bilik penempatan persendirian pesakit itu.
"Apa ni ? explain sekarang." Dadanya berombak menahan sabar. Apa lagi yang gadis ini lakukan tanpa pengetahuannya.
Sungguh Nurjihan tidak kuat menatap mata garang itu. Dia ibarat kucing yang sedang di marahi oleh Tuannya.
"Sayang, berkawan dengan Bellinda . Sayang minta maaf. Bukan tak nak cakap tapi sayang takut hubby marah."
"Memang hubby marah. Sayang ni sebenarnya tahu ke tak siapa Bellinda tu ? ke dah lupa apa yang hubby pernah ceritakan dulu ? sampai hati sayang belakangkan hubby. huh ?".
Dengan laju Nurjihan menggeleng menafikan perkara itu.
"Semuanya tak di rancang hubby. Kami kenal sebelum sayang tahu dia tu Bellinda. Kami kenal melalui dunia maya."
Tuan Syed Iqwal terdiam. Adakah Bellinda itu peminatnya Nurjihan di dalam dunia blogging dahulu ? pernah dia terlihat sekali waktu dulu tetapi ingatannya tidak terpanggil untuk mengingati kesemuanya.
"Tak kisah la. Bila dah tahu dulu siapa dia ada ke sayang bagitahu hubby ? tak ada kan ? i guess kalau tak kantoi sampai bila-bila sayang akan belakangkan hubby. Hubby ni tak penting ke sayang ?!."
"Penting sih, demi menjaga hubungan rumah tangga kalian justuru itu yang di lakukan oleh Jihan. Dengan berahsia itu ada kebaikan yang bisa di manfaatkan."
Nurjihan terkedu. Melihat ke arah belakang mereka, Bellinda berdiri bersama besi yang menggantungkan beg water drip yang di bawa keluar. Pandangannya kini teralih pula pada Tuan Syed Iqwal yang hanya meneku lantai. Tidak beriak sedikit pun dengan jawapan dari Bellinda itu.
Seketika, Nurjihan meraih tangan suaminya agar lelaki itu memandang matanya.
"Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak ada manusia dalam hidup ni yang tak pernah buat silap. Maafkan la Bellinda ye hubby ?. Dari jauh dia datang untuk meminta kemaafan dari hubby. Lapangkan dada kita dengan memberi sebuah kemaafan".
Jeda, tiada riaksi daripada Tuan Syed Iqwal. Dia hanya membalas gengaman tangan Nurjihan. Terasa ibu jari lelaki itu yang mengusap tangan si isteri mencari sebuah kekuatan. Tragedi lalu adalah sangat hitam. Sukar untuk di lupakan hatta melupakan. Tanpa jawapan, dia bergerak pergi dari kaki lima itu meninggalkan Nurjihan dan Bellinda tanpa menoleh sedikit pun.
Nurjihan tersenyum, dia tahu hati lelaki itu seperti apa. Kemudian dia membalas pandangan redup dari Bellinda yang di hampar kekecewaan.
"Don't worry. Dia maafkan awak."
Kata Nurjihan membuatkan Bellinda terharu. Sungguh dia percaya akan kata-kata Nurjihan. Isteri lebih mengetahui sifat seorang suami.
"Thank you, thank you so much Jihan." Lantas Bellinda memeluk Nurjihan. Kemaafan yang di tagih akhirnya berjaya di raih. Syukur...
***
Taman reakreasi di hospital itu di penuhi oleh para pesakit terutamanya yang sedang cuba bermanjakan kaki dengan berjalan di atas marmar refleksologi di sudut kanan sana. Tuan Syed Iqwal kembali mengingati saat di mana dia lumpuh dahulu. Dia pernah berada di tempat mereka.
Tersentak bila terasa ada sentuhan di bahunya. Dia memandang ke belakang. Terlihat wajah ayu yang tersenyum memandangnya dan bergerak duduk di sebelahnya.
"Hubby sayang ni kuat. Hatinya baik..sayang bangga sangat dapat hubby." Puji Nurjihan sambil menyentuh dada Tuan Syed Iqwal.
Tuan Syed Iqwal tersenyum. Tangannya itu di pegang kejap tetap utuh di situ.
"I forgive her because of you."
"Masa lalu hubby, Bellinda tu adalah yang terpahit. Untuk sekarang ni dia datang bawa hati dan niat yang ikhlas untuk jadikan dirinya dan hidupnya ke arah yang lebih baik. Kita sebagai manusia yang ada hati nurani..kita kena support dia hubby."
"Hati apa yang ada dalam ni ? (dada Nurjihan di ketuk oleh jari Tuan Syed Iqwal) hati di buat daripada permata ke? you such a good girl sayang."
Kepala Nurjihan di gosok lembut. rambut ikal itu di belai dengan penuh kasih.
"Of course ! limited edition hanya untuk Tuan Syed Iqwal." Jawab Nurjihan lalu menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu.
"Haip ! sayang ni suka buat hubby geram dengan dia." ubun kepala Nurjihan di kucup laju-laju.
Terdengar keluhan yang di lepaskan. Benarlah, kisah silam perlu di lupakan kerana yang ada di masa kini dan saat ini adalah yang jauh lebih baik. Jikalau bukan kerana Nurjihan yang memujuknya tadi, mungkin hospital itu bakal di huni oleh kekecohan yang dia akan lakukan. Saat hadirnya Nurjihan di sisi, dirinya lama kelamaan mengenal apa itu yang di panggil kesabaran.
KAKINYA tidak berhenti menghentak perlahan lantai pejabat itu yang sedari tadi dia menunggu kehadiran tunangnya.
"Ada apa you nak jumpa i ?. Five minutes, i busy." Soal Tuan Syed Iqwal saat dia berjalan masuk terus menuju ke arah tempat duduknya.
"I ada benda penting nak cakap. penting sangat. You kena dengar." Jawab Puteri Qisya.
"okay, what?".
"I rasa kita kena teruskan jugak perkahwinan kita. Papa tak sihat. I tak nak dia terkilan kalau dia tak dapat tengok i kahwin." usul Puteri Qisya. Dari keadaan apa pun dia tidak peduli asalkan Syed Iqwal menjadi miliknya.
"What do you mean ?". Tuan Syed Iqwal memandang ke arah wajah serba tidak kena wanita di hadapannya itu.
"Papa jatuh tangga kelmarin. we had a fight, but i tak sengaja tertolak dia. Papa tengah sakit stroke sekarang ni. i nak kita teruskan plan kita dengan wedding pula."
Huh ? Megat Rusydi nampaknya masih belum mati. Baguslah. Masih ada yang belum selesai di antara mereka. Tetapi wanita ini ? apa pula mahunya ?
"Are you crazy ? kontrak kita hanya setakat bertunang dan bukan berkahwin. You lupa ke persetujuan antara kita ? ke you nak i buka contract tu depan you sekarang ni ?".
"No, it's okay i ingat tu. You tak payah nak perli i. Just setuju apa yang i cakapkan tadi." Desak Puteri Qisya.
"No ! it's too far Qisya. I tak nak ambil apa-apa risiko."
"Risiko apa ? you bukannya suami orang or hak sesiapa pun. Apa yang susah sangat you nak setuju ni ?." Sebal yang di rasakan saat jawapan penolakkan yang di terimanya.
Diam. Tiada jawapan dari Tuan Syed Iqwal. Hanya genggaman buku lima terbentuk erat. kenapa kau tak mati je Megat Rusydi ? sekarang ni anak kau pula yang bermasalah. hiss !
"Or.....you dah ada someone special dalam hati you tu ?".
Tuan Syed Iqwal masih terdiam. Hanya matanya yang melirik janggal.
"Betul kan apa yang i cakap tu ? siapa orangnya ?". Puteri Qisya terus mendesak.
"It's my private matter. Tak penting untuk you tahu." Jawab Tuan Syed Iqwal dingin. Semestinya seseorang yang bernama isteri. Nurjihan lah permata dalam hatinya.
Tak penting ? hello ! sesiapa yang cuba merebut kau dari aku,.aku akan pastikan yang dia akan malu untuk mengahadap hari esok. Jangan sesiapa cuba untuk bermain api dengan Puteri Qisya. I will make you mine no matter what Syed Iqwal !
"YOU pulak tengok-tengokkan papa. I nak balik mandi." Kata Megat Haider sebaik saja dia melihat kelibat Puteri Qisya yang datang.
"Yelah. i akan jaga papa malam ni." Jawab Puteri Qisya seraya meletakkan bakul buah-buahan di atas meja yang berdekatan.
"Apa yang you gaduhkan dengan papa kelmarin ?."
Persoalan dari Megat Haider itu kembali membuat kekacauan di mindanya.
"hmmm..pasal papa suruh i putus dengan Syed Iqwal."
Terkejut Megat Haider mendengarkan itu. Kenapa tiba-tiba ? bukankah lelaki itu menjadi kesayangan papa ?
"Why ?". soal Megat Haider.
"I don't know. papa tu macam benci sangat dengan Syed Iqwal. I tak nak, then papa koyakkan gambar pertunangan i."
Benci ? detakkan hebat memalu jantung agar berkencang deras.
"Ikut jela cakap papa, kenapa sampai nak bergaduh bagai ?".
"I don't want ! i nak kahwin jugak dengan Syed Iqwal. I love him. so much. i tak nak putus !." Jawab Puteri Qisya seraya cuba menahan tangisan.
Rambutnya yang kusut itu di raup kasar.
"Hey listen here, You sepatutnya bersyukur yang papa masih hidup walaupun keadaan dia macam ni sekarang. Di sebabkan you tau papa jadi macam ni. stroke, lumpuh separuh badan..You putus jela dengan mamat tu ! you tak rasa berdosa ke buat papa macam tu ?"
"Haider, please...tak payah lagi cakap soal tu. I tak berminat nak layan permintaan mengarut you all suruhkan i putus tunang. I can't. Pasal papa biar i yang bertanggungjawab. I tahu salah i, tapi tak ada kaitan dengan Syed Iqwal."
"Dia tak cintakan you pun ! dia nak gunakan you ! wake up Qisya.."
"No..you all cakap la apa pun pasal dia. i tak percaya. it's doesn't bother me at all."
Berang dengan sikap kedegilan kakaknya itu, Megat Haider terus keluar dari bilik tersebut untuk pulang setelah seharian dia menjaga Megat Rusydi yang masih tidak sedarkan diri terlantar di atas katil.
"Stubborn !" Gumam Megat Haider sendiri.
"Papa...i minta maaf. I tak sengaja tertolak papa. Papa i sayang you...and i sayangkan Syed Iqwal. Kenapa you tiba-tiba bertindak macam tu semalam ? apa yang menyebabkan you benci dekat dia ?" Tangan Megat Rusydi di usap perlahan dari seorang anak yang kesal dengan tindakannya semalam.
mungkin dia perlu percepatkan proses memaksa Syed Iqwal untuk berkahwin. Bila mereka sudah berkahwin, tiada siapa yang dapat menghalang dan papa terpaksa bersetuju serta menerima Syed Iqwal dengan sedaanya bila semua telah selesai nanti.
***
Pintu bilik bacaan itu di buka, lampu di nyalakan. Kelihatan bilik bacaan ini seperti tiada apa yang aneh. Mungkin Puteri Qisya dan Megat Rusydi tidak memulakan pergaduhan di dalam bilik ini. Lampu kembali di tutup.
Eh ? sekejap . Seperti ada sesuatu yang menggamit pandangannya sebentar tadi. Lampu bilik bacaan itu kembali di buka. Matanya kembali meneroka bilik bacaan tersebut. Di sudut hujung sana dia terlihat ada sesuatu di atas lantai dan dia bergerak mendekat. Itu dia, sebuah bingkai gambar yang telah retak dan bertaburan serpihan kacanya di atas lantai. Dengan berhati-hati Megat Haider mengambil bingkai gambar itu lalu di terbalikkan.
Bagai tidak percaya dengan apa yang di lihat. Potret Tuan Syed Iqwal bersama dengan seseorang yang dia kenal iaitu Tuan Syed Ibrahim. Bagaimana bingkai gambar ini wujud di dalam rumah ini ? adakah ini punca pergaduhan antara ayah dan kakaknya ? Jadi kebenaran tentang lelaki itu sudah di ketahui oleh Megat Rusydi ?
"Kau main kasar Syed Iqwal."
Dadanya berombak menahan amarah.. Lelaki itu makin berani.
PINTU kereta di tutup sambil matanya tidak lepas memandang ke rumah agam di hadapannya itu. Kaca mata hitam di tanggalkan dan teruskan melangkah ke dalam kawasan rumah agam itu kebetulan sementara pintu pagar itu kelihatan terbuka.
"Kak Syifa !! pokok bunga matahari ni macam dah layu sikit la..mana penyiram ?. Jihan cari tak jumpa lah".
Kepalanya terarah mencari suara tersebut. Kakinya bergerak melangkah ke arah belakang.
Nurjihan membelek pokok bunga matahari kesayangannya itu, sudah 3 hari tiada yang menjaga pokok ini di kala semuanya sibuk dengan urusan masing-masing dan Syifa pula pulang ke kampung pada tempoh tersebut.
"Kesian kau...tak ada orang jaga. Aku busy.. sorry tau, hari ini aku siram kau. Senyum sikit." Kata Nurjihan sendirian berbual dengan pokok matahari itu.
"Excuse me."
Nurjihan terpanggil memandang ke arah suara tersebut. Apa yang dia lakukan di sini ? Jantungnya seakan berhenti saat mereka saling bertatapan.
"Ye..ye cik ?". Jawab Nurjihan memberanikan diri menatap gerangan yang menegur itu.
"I think I kenal you. I pernah nampak you." Teka Puteri Qisya memandang ke arah gadis polos berbaju kurung tersebut.
Nurjihan terdiam. Dia memandang Puteri Qisya tanpa berkedip. Nafasnya cuba di atur perlahan.
"You buat apa dekat sini ? ini rumah tunang i."
Gadis itu di perhatikan dari atas hingga ke bawah berulang-ulang kali.
"Er..saya..."
"Wait ? you ni siapa sebenarnya ye ? haritu i nampak you dengan Haider which is mean adik i then after that i nampak you flirt dengan tunang i dan sekarang ni you pulak tak tahu macam mana boleh ada dekat rumah ni. Who are you ?!" suara Puteri Qisya semakin meninggi terasa geram dengan mengingati kembali kemesraan gadis ini bersama Syed Iqwal tempoh hari semasa di parking kereta hospital. Dia yakin perempuan ini mencurigakan.
"Yuhuu.... saya dah jumpa penyiram ni cik Ji..........alamak."
Terhenti kata-kata Syifa bila melihat seorang wanita yang sedang berada di dalam keadaan bagai singa ingin menerkam mangsa. Inikan tunang Tuan Syed ? persis sama yang di lihat di dalam kaca tv tempoh hari.
Share this novel