Bab 10 : Mimpi

Horror & Thriller Completed 71148

"Syafiq, bangun Syafiq. Dah siang dah ni. Kau tak ke makmal ke hari ni?" Kata Alif yang sedang mengejut Syafiq agar dia bangun dari tidurnya.

"Arghhhhh." Jerit Syafiq tiba-tiba.

Alif yang turut terkejut dengan reaksi Syafiq itu mengusap dadanya perlahan. Syafiq yang terkejut dari lenanya, terus duduk bersandar di penjuru katilnya melihat Alif dengan penuh ketakutan.

Dipandangnya ke atas dan ke bawah diri Alif itu. Apabila dia yakin bahawa itu memang Alif, dia sedikit lega. Dihembusnya nafas panjang dari tubuh nya itu lalu menundukkan sedikit wajah sayu nya itu.

Alif sedikit pelik melihat reaksi Syafiq saat itu. Syafiq seolah-olah melihat hantu, walhal Alif hanya mengejutnya dengan perlahan.

"Kau ok tak ni Syafiq, macam baru nampak hantu je." Tanya Alif apabila melihat Syafiq sudah sedikit tenang.

"Hmmmm, kau ke yang angkat aku ke katil aku pagi tadi?" Tanya Syafiq kembali tanpa menjawab soalan Alif.

"Angkat kau? Angkat dari mana? Aku bangun pagi tadi memang kau tengah tidur nyenyak atas katil wei." Jawab Alif sedikit pelik.

Syafiq terdiam mendengar jawapan Alif itu. Dia buntu. Namun dirinya pasti, malam tadi memang dia ada keluar dan dia diganggu makhluk itu.

"Kau ok tak ni wei? Kau tak sihat ke?" Tanya Alif yang memberhentikan lamunan Syafiq.

"Aaaa, aku ok. Aku ok. Cuma rasa tak sedap badan sikit je." Jawab Syafiq teragak-agak.

"Kau macam ada simpan rahsia je dari aku Syafiq. Kau serious lah ok ke tak ni?" Tanya Alif bimbang melihat roomatenya itu.

"Serious, aku ok. Jangan risau. And aku mana ada simpan apa-apa rahsia dari kau. Jangan risau." Kata Syafiq lalu bangkit dari katilnya.

"Kalau ada apa-apa nak share, cakap je wei. Aku ada. Kau jangan simpan sorang-sorang wei." Kata Alif lagi.

"Yee, jangan risau." Balas Syafiq ringkas lalu dia mencapai tuala di sisi almarinya.

Syafiq membuka bajunya lalu menyarungkan tualanya itu di pinggangnya. Alif yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Syafiq itu hanya duduk diam, memerhatikan gerak geri Syafiq di hadapannya.

"Wei, tak kan aku nak bukak seluar pun kau nak tengok." Kata Syafiq yang memberhentikan pergerakkannya apabila melihat Alif leka memerhatikannya.

"Alaaaa macam tak biasa pulak. Ke nak aku tolong bukak kan? Hahaha." Kata Alif sambil tergelak kecil lalu bangkit menuju ke katilnya.

Seusai Alif pergi, Syafiq terus membuka seluarnya lalu mencapai barang mandinya yang berada di bawah katilnya. Dia sempat menoleh ke arah telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang. Menyedari bahawa dia sudah lewat untuk ke makmal, dia bergegas keluar lalu berjalan laju menuju ke bilik air berhampiran.

Alif yang masih merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang terjadi kepada Syafiq, cuba untuk berkelakuan seperti biasa. Namun otak nya masih ligat memikirkan apa sebernarnya yang terjadi. Dia yang sedang mengemas katilnya, berhenti lalu duduk termenung di sisi katilnya.

"Apa yang kau rahsiakan dari aku ni Syafiq." Monolog Alif perlahan.

-0-0-0-0-

Petang itu Syafiq pulang awal ke bilik. Dia yang merasa tidak sedap badan dari pagi tadi, cuba menyiapkan uji kajinya dengan cepat agar dia boleh pulang awal untuk berehat. Dalam pukul 2.30pm, dia sudah berkemas lalu pulang ke biliknya.

Setibanya dia di bilik, Alif tidak ada di situ. Keadaan bilik mereka seperti biasa, tersusun dan tampak kemas seperti selalu. Barang-barang Syafiq penuh dari meja hingga lah ke almarinya. Namun barang-barang Alif pula sedikit.

Tanpa berfikir panjang, Syafiq terus meletakkan beg dan barang-barangnya yang lain di atas meja lalu dia merebahkan badannya di atas katil. Dia menarik nafas lega dan mula memejamkan matanya. Dia cuba untuk berehat dan melupakan kejadian yang berlaku malam tadi.

Hampir setengah jam Syafiq cuba untuk tidur. Dia yang bergerak ke kiri dan ke kanan cuba untuk melelapkan matanya itu. Mungkin kerana asyik memikirkan kejadian yang berlaku malam tadi, membuatkan dirinya sukar untuk tidur.

Dia membuka matanya perlahan, memandang ke arah syiling bilik mereka tajam. Dia membayangkan satu suasana yang aman damai lalu menarik nafas panjang. Dihempuskan perlahan lalu dipejamkan matanya itu perlahan.

Tidak lama selepas itu, dia lena dibuai mimpi. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing laju di atas lantai syiling biliknya itu. Syafiq tertidur selepas hampir sejam berperang dengan fikirannya sendiri.

-0-0-0-0-

Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pm. Syafiq masih lena dibuai mimpi. Sesekali dia ada bergerak ke kiri dan kanan katil, namun tampak jelas dia benar-benar letih kerana kekurangan tidur.

Tidak lama selepas itu, Syafiq mula mengigau. Dia seakan-akan menolak sesuatu dan cuba untuk melarikan diri. Mukanya mula dibasahi sedikit peluh, dahinya berkerut seribu lapisan.

"Pergi, pergi, jangan kacau aku. Tolong." Kata Syafiq yang sedang mengigau.

Tangannya masih bergerak seakan menolak sesuatu. Kakinya cuba untuk menendang. Dia tampak ketakutan. Ayat yang sama diulang-ulang kembali, seakan-akan lembaga hitam itu muncul lagi dalam mimpinya.

"Syafiq, Syafiq. Bangun Syafiq. Kau ok tak ni?" Tiba-tiba Alif muncul lalu cuba menyedarkan Syafiq dari lenanya.

Syafiq yang terjaga sedikit terkejut lalu memandang ke sekeliling biliknya. Dia yang melihat Alif yang berada di hadapannya terus memeluk erat roomatenya itu. Alif kaku. Buntu kenapa Syafiq berkelakuan begitu.

"Alif, aku takut wei. Serious aku tak pernah kena kacau sampai macam ni sekali. Tolong aku wei." Kata Syafiq dengan nada sayu.

Alif yang kini memahami, membalas pelukan roomatenya itu. Dia cuba untuk menenangkan Syafiq. Dia mengusap perlahan belakang badan Syafiq dan memberikan kata-kata semangat agar Syafiq terus kuat.

"Shh, jangan menangis wei aku ada. Mungkin itu semua hanya mimpi je Syafiq. Lagipun kan dah banyak kali aku pesan, jangan tidur waktu-waktu macam ni. Tak bagus. Syaitan tengah banyak berkeliaran." Kata Alif perlahan.

Syafiq terdiam. Ada betulnya kata Alif itu. Waktu-waktu begini tidak bagus untuk dia tidur. Dia yang mulai sedikit tenang melepaskan perlahan pelukannya itu. Dikesatnya air mata yang berguguran lalu duduk diam di sisi Alif.

"Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku Syafiq?" Tanya Alif tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience