BAB 13

Mystery & Detective Completed 29704

Tika itu, Saiful terpaku seketika lalu memandang wajah Aina yang sudah kekeringan air mata. Badan Aina menggigil semula pabila mata Saiful tajam memandang wajahnya. Pabila Saiful mendekati Aina, bibir Aina terketar-ketar. Terkumat-kamit bibir Aina menyebut nama Allah. Hatinya tidak berhenti berdoa meminta perlindungan. Tangan Saiful masih lagi memegang pisau dengan erat. Aina memandang sahaja, mengharapkan Saiful tidak mengapaapakan dirinya. Saiful melutut sambil matanya terus terpaku memandang wajah Aina.

"Aku tahu aku dah melebih, Aina. Tapi aku buat semua ni bukan sebab dendam. Aku cuma nak selamatkan ibu aku je. Cara macam tu je akan buatkan dia berhenti tapi aku tak sangka pula dia mati. Aku tak sengaja. Tapi bagitau aku, Aina. Adakah dengan kata-kata lembut kau tu mampu menyedarkan Huda?"

Aina terdiam. Ya. Huda seorang yang agak sosial. Sudah beberapa kali dia cuba menyedarkan Huda namun gadis itu hanya memekakkan telinganya sahaja.

"Tak mampu kan? Jadi, aku buat semua ni supaya mereka sedar, semua ni sifat sementara sahaja. Kecantikan pada tubuh badan tidak akan berkekalan. Seksaan semua ni sikit je kalau dibandingkan seksaan di neraka nanti."

Hati Aina terasa sebak. Tiba-tiba Aina terkenang kenangan dia bersama-sama Saiful di rumah anak-anak yatim. Senyuman Saiful yang tersimpan seribu satu kepahitan. Saiful tidak ubah seperti abangnya sendiri. Hatinya Aina terasa begitu berat namun...

"Maafkan aku, Saiful."

Kaki Aina tiba-tiba sahaja menolak pisau di tangan Saiful ke arah perut lelaki itu sendiri. Dia cuba bangkit walaupun badannya masih terikat pada kerusi. Dirempuh badan lelaki itu hingga Saiful meraung kesakitan. Pisau yang tercampak jauh terus Aina kutip dengan sukarnya. Dia cuba berhati-hati memotong ikatan tersebut. Saiful yang cedera cuba bangkit dengan lemah. Aina yang sudah melepaskan diri terus memberi sepakan 'flap kick' ke arah wajahnya. Sekali lagi, Saiful rebah.

Nasib Aina baik kerana dahulu ayahnya pernah memaksanya untuk mengikuti latihan taekwando. Memang sungguh berbaloi. Terus Aina mengikat tangan dan kaki Saiful yang masih lemah akibat darah yang tidak berhenti mengalir. Terus dilepaskan pula Fazira yang masih lagi tidak berhenti menangis. Mereka saling berpelukan. Aina memandang wajah Saiful yang semakin pucat.

"Saiful. Dengan kekasaran jua tak mampu mengubahkan seseorang manusia. Kita sudah jalankan tanggungjawab kita untuk membawa mereka ke arah jalan yang benar. Tapi mereka sendiri yang perlu memilih jalan yang dorang nak masuk. Islam itu indah, Saiful. Jangan disebabkan kekejaman kau, mereka fikir Islam itu zalim dan akhirnya, menjauhkan diri dari kebenaran."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience