Rate

BAB 1

Detective Series 3158

Pagi Isnin di Sekolah Menengah Cyberjaya.

Aku menutup buku latihan matematik nya.Dah siap pun latihan yang Cikgu Jasni bagi.Dia mengerling rakan disebelah.Nampaknya Fatihah pun dah siap.

Tidak lama kemudian,loceng yang menandakan sudah tiba waktu rehat berbunyi nyaring.Cikgu Jasni yang tadinya duduk sambil bermain telefon lekas berdiri.

"Baiklah murid murid..Sekarang dah rehat.Siapa yang belum siap latihan yang saya berikan,saya nak kamu hantar sebelum balik nanti diatas meja saya.Siapa yang tidak hantar,saya akan berikan denda." Kata Cikgu Jasni dengan tegas.

Semua murid termasuk aku mengangguk faham.Aku menoleh kearah Fatihah lalu menepuk bahunya.

"Fat..jom rehat?Lapar lah.." Ajakku sambil menggosok perut.Fatihah senyum sambil mengangguk.

Dalam perjalanan ke kantin,kami bercakap tentang pelajaran tadi.Tiba tiba ada seorang pelajar lelaki datang kearah kami lalu berhenti di tepi aku.Terkejut beruk aku jadinya.

"Awak ni,Kak Ain Arisya kan?" Tanya budak lelaki tu.Aku memandang Fatihah dengan pandangan keliru.Aik!Apasal pulak dia tahu nama aku?Bisik aku dalam hati.

"Ya,saya Arisya." Jawab aku.Budak lelaki tu nampak macam mengeluh.

"Penat saya cari kak dalam kelas tau.." Kata budak lelaki itu.Naik hairan pulak aku jadinya.Apasal pulak cari aku?

"Kenapa awak cari saya?" Tanya aku.Budak lelaki disebelah menepuk dahi.

"Ouh..lupa pulak nak bagi tahu..Cikgu Santesh panggil kak Arisya." Jawab lelaki itu.

"Hah?" Hanya itu yang keluar.

"Tutup sikit mulut tu.." Kata budak lelaki itu.Segera aku merapatkan bibir atas dan bawah.

"Nak buat apa?" Tanya aku tak puas hati.

"Ikut pandailah nak buat apa pun..sekarang jom ikut saya." Ajak budak lelaki itu.

"Tak nak lah saya!" Jawab aku dengan suara sedikit tinggi.Aku mana kenal budak ni.Takut budak ni orang jahat ke..Pencuri ke?err..ada ke budak sekolah macam tu?

"Akak tak nak takpe..saya boleh heret akak nanti." Budak lelaki tu seakan menggugut aku.Ain Arisya mengerling Fatihah di tepi.Haraplah Fatihah boleh dengar apa yang akan akan buat nanti.

"Sya..kau pergi lah ikut dia.Kan dia cakap Cikgu Santesh nak jumpa kau?" Fatihah macam dah tahu.Aku hanya mampu mengangguk perlahan.Aku dan budak lelaki itu bergerak ke bilik Cikgu Santesh,selaku guru disiplin.

Aku berjalan di belakang budak itu.Dalam hati aku tertanya tanya jugak,siapa sebenarnya budak ni?

"Awak ni siapa?" Tanya aku sedikit kuat.Jarak dia dengan budak tu jauh,jadi budak tu tak akan dengar kalau aku bercakap perlahan nanti.

"Saya Haikal..berada di dalam tingkatan empat." Jawab budak yang bernama Haikal tu.Oo..Haikal rupanya budak ni.

"Buat apa jumpa Cikgu Santesh?"Aku bertindak bertanya soalan lagi.

"Akak akan tahu nanti.." Jawab Haikal selamba.Nasib baik Haikal di berjalan di depan aku.Kalau tak mesti dia dah nampak bahawa aku sedang mengajuknya.

___

Sampai di bilik Cikgu Santesh,aku nampak ada seorang pelajar perempuan yang aku tak kenal sangat.Aku mengambil keputusan untuk duduk ditepi pelajar perempuan itu.

"Hai,kak Arisya!" Tegur pelajar perempuan itu.Aku senyum sambil membalas hai.

"Awak ni nama apa?" Tanya aku sambil senyum manis.

"Nama saya Nur Iman..Panggil Iman aje." Jawab Iman.Mulut aku membentuk huruf 'o'.Tiba tiba ada seorang lelaki masuk kedalam bilik itu selepas memberi salam.Aku tengok budak itu.Aku kenal budak ni.

Eh,kenapa Nick boleh boleh ada kat sini pulak?Aku tengok Nick tengah bercakap dengan Cikgu Santesh di depan.Masa Nick nak duduk kat kerusi,mata dia dan aku bersabung.

Tindakan spotan,aku terus melarikan anak mata.Tak mahu lah bertentang mata dengan Nick ni..dah lah kacak.Boleh cair kut!

Melalui ekor mata,dapat aku rasakan bahawa Nick sedang menuju ke arah aku.

"Awak pun ada kat sini?"Aku dengar suara Nick bertanya.Aku menoleh kekiri..Macam yang aku jangka,mesti Nick duduk di sebelah.Nasib baik ada jarak yang memisahkan kami.Kalau tak dah masuk icu Nick kena terajang.

" Ha'ah..awak pun kat sini?"Aku tanya balik.Tak adalah nampak sangat kecanggungan antara kami.

Nick merupakan rakan sekelas aku.Kami tak adalah nak rapat sangat.Tapi Kami boleh dianggap kawan borak jugaklah..

Tidak lama kemudian,ada seorang budak perempuan masuk.Bila matanya bertembung dengan aku,dia menghadiahkan sebuah senyuman.Aku balas senyum balik.

Nampaknya semua dah tiba sebab kelima lima kerusi yang disediakan sudah penuh.Cikgu Santesh yang tadinya bermain komputer riba tiba tiba bangun lalu berdiri di hadapan.

Err..sebenarnya,apa tujuan perjumpaan ini ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience