BAB 30

Romance Completed 43245

Anis Raihanna mengangkat barang barang yang dibelinya ke dalam rumah. Afiq Raihan pula telah masuk terlebih dahulu. 

Bukan nak tolong ke apa. Tolong tinggalkan aku sorang sorang adalah! bentak Anis Raihanna.

Sudah la dah nak masuk maghrib. Dia pula masih berada di luar rumahnya. Langkahnya dipercepatkan menuju ke dalam rumah. Orang tua tua kata tak elok duduk luar masa senja.

Langkah diatur ke bilik tidur. Paper bag yang berisi pakaian baharunya diletakkan disisi katil.
Dia memeriksa telefon pintarnya buat seketika. Punggungnya dilabuhkan di atas katil.

3 missed calls from Ibu

Anis Raihanna mengerutkan dahi apabila memeriksa log panggilannya. Kenapa dia tak perasan yang ibunya menghubungi dirinya.

Baru dia teringat, dia ada mengaktifkan mood silent dan terlupa untuk menutupnya. Anis Raihanna menepuk dahi. Kenapa aku cuai sangat.

"Nak call ke tak nak ni? Lagipun sekarang waktu maghrib. Mesti ibu tengah solat dengan abah. Mesej je lah" putus Anis Raihanna tanpa berfikir panjang.

Assalam ibu, kenapa ibu call Anis? Anis silent phone tadi. Sorry bu.

Laju tangan Anis Raihanna menaip. Tidak lama kemudian, mesej tersebut dihantar. Dia tersenyum simpul.

Dia melangkah pula ke bilik air mahu membersihkan diri. Naik melekit badannya kerana berpeluh sepanjang hari. Lenguh di kakinya masih terasa kerana penat berjalan seharian.

???

"Hello,assalamualaikum ibu" jawab Anis Raihanna sebaik talian disambungkan.

Dia mengelap rambutnya basah menggunakan tuala.  Terlebih dahulu dia telah membuka pembesar suara. Dia mendengar setiap tutur bicara Puan Aimi.

"Apa?! Betul ke ni ibu." soal Anis Raihanna tanda tak percaya. Dia bingkas berdiri.

"Betul la. Takkan ibu nak tipu pulak." balas Puan Aimi.

Dia tersenyum nipis. Rasa rindu pada anak tunggalnya tidak terhingga. Sudah lama mereka tak berjumpa.

"Kalau macam tu, Anis cakap dengan Afiq nanti. Ibu tunggu Anis ya!" pesan Anis Raihanna.

Dia sudah tersenyum sampai ke telinga. Tak lama lagi, rasa rindu pada ibu dan abahnya akan terubat. Tak sabarnya!

"Nanti kirim salam ibu abah pada Afiq Raihan ye. Ibu letak dulu. Jangan tidur lewat sangat. Assalamualaikum." kata Puan Aimi.

Dia mengeleng kepala dengan telatah Anis Raihanna. Dah kahwin pun perangai tetap sama. Kebudak-budakan.

"Waalaikumusalam ibu." balas Anis Raihanna sebelum menamatkan panggilan.

Dia menyisir rambut dihadapan cermin. Tersengih-sengih dia apabila memikirkan ibu abahnya. Tidak sabar benar gamaknya.

"Eh,kena bagitahu Afiq ni." ucap Anis Raihanna sendirian.

Dia melangkah ke bilik suaminya. Tak sabar mahu menyampaikan berita gembira tersebut. Diketuk pintu bilik suaminya bertalu-talu.

Tok! Tok! Tok!

"Afiq! Afiq! Bukak la pintu. Aku nak cakap something ni." kata Anis Raihanna.

Dia masih mengetuk pintu tersebut. Geram apabila tiada balasan daripada suaminya. Mana dia ni? Tolonglah bukak. Anis Raihanna mula tidak puas hati.

"Woi, yang kau ketuk macam nak roboh pintu aku ni dah kenapa!" marah Afiq Raihan tak puas hati.

Dia mencerlung tajam ke arah mata Anis Raihanna. Apa lagi minah ni nak malam malam buta?

Tak semena-mena, Anis Raihanna memeluk Afiq Raihan. Afiq tersentak. Pelukan tersebut makin dieratkan.

"Afiq, kau tahu tak ibu ajak kita pergi rumah Tok Nek. Jomlah pergi. Dah lama aku tak jumpa dia orang" rayu Anis Raihanna.

Kepalanya didongakkan ke atas bagi memandang wajah suaminya. Riak muka comel minta penyepak ditayang kepada lelaki itu.  Dia masih memeluk suaminya.

Afiq Raihan menundukkan kepalanya sedikit. Sepatah perkataan pun dia tak dapat tangkap daripada kata kata isterinya.

Raut wajah isterinya dipandang lama. Senyuman daripada gadis itu membuatkan dia hilang arah. Manakala, jantungnya pula akan berdegup bagai nak terkeluar.

Bibirnya mengukir senyuman nipis. Namun tiba-tiba, wajah Haiqal Iskandar muncul di fikiran. Mati terus senyumannya.

"Ehemm...Hana, lepaskan aku. Senak aku tahu tak?" kata Afiq Raihan tiba-tiba. Dia mengalihkan pandangan daripada wajah isterinya.

Seraya itu, Anis Raihanna serta merta meleraikan pelukan. Dia tersengih.

"Sorry..aku tak sengaja. Aku happy sangat tadi." kata Anis Raihanna. 

Dia menggaru kepalanya tak berapa gatal tu. Malu dengan tindakannya sebentar tadi.

"Hurmm..kalau nak peluk lain kali cakap. Bukan main peluk je. Terkejut aku tahu tak." balas Afiq Raihan selamba badak.

"Ish. Aku dah cakap kan TAK SENGAJA. Tak adanya aku tiba-tiba nak peluk kau. Aku masih waras lagi okay" bidas Anis Raihanna. Dia mencebik.

"Yerlah tu. Apa kau cakap tadi? Aku tak berapa dengar." balas Afiq Raihan. Dia berpeluk tubuh.

Anis Raihanna mencekak pinggang. Dipandang suaminya atas bawah. Dia berdecit. Punyalah dia beria bercakap siap peluk lagi. Tapi boleh pulak mamat tu tak dengar. Pekak bin badak betul. Ceh.

"Haihh...bisu pulak dah. Ha kenapa tenung aku macam tu? Nak peluk lagi eh?" usik Afiq Raihan. Dia tersenyum sinis.

Sekelip mata, Anis Raihanna menarik muka Afiq Raihan ke arahnya. Dia memicit pipi suaminya kuat-kuat. Bibirnya mengherotkan senyuman.

"Aku cakap, ibu ajak kita balik rumah Tok Nek. Dengar tak? Dasar pekak" perli Anis Raihanna.

Dia berkata tepat di muka Afiq Raihan sambil memicit pipi lelaki itu. Bibirnya tersenyum kepuasan.

Afiq Raihan membulatkan mata. Berani betul minah ni. Tadi peluk sekarang picit pipi dia pulak. Apa kes? Tiba-tiba, bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

Kini pipi isterinya pula yang menjadi sasaran. Dipicit pipi gadis itu tanpa belas kasihan. Dia tersenyum mengejek.

"Siapa yang pekak hah? Cuba ulang balik aku nak dengar" kata Afiq Raihan.

"Kau ah. Nak pergi ke tak nak, pekak" sindir Anis Raihanna.

Dia meringis kesakitan. Tak guna punya suami! Dia memicit pipi Afiq Raihan dengan lebih kuat lagi.

"Aduh,sakitlah gila!" marah Afiq Raihan. Dia melepaskan pipi isterinya.

Afiq mengusap pipinya yang sakit. Dipandang Anis Raihanna tak puas hati.

Anis Raihanna tersenyum. Dia turut memegang pipinya. Ingat Afiq sorang je sakit, dia pun sakitlah!

"Nak pergi ke tak nak? Susah sangat ke nak jawab hah." kata Anis Raihanna tak puas hati.

"Ya kita pergi. Puas dah hati kau?" balas Afiq Raihan geram.

Dijeling isterinya sekilas. Sakit dibahagian pipinya masih terasa.
Anis Raihanna melangkah pergi. Satu keluhan berat dilepaskan. Daripada dia gembira tadi hilang terus mood dia.

"Ha nak pergi mana pulak tu?" soal Afiq Raihan tertanya tanya.

"Aku nak pergi kemas baju dalam bilik aku lah. Takkan dalam bilik kau pulak." balas Anis Raihanna acuh tak acuh.

" Sebenarnya, kau memang nak kemas dalam bilik aku kan? Mengaku jelah" balas Afiq Raihan. Dia menyilangkan kaki diatas katilnya. Terpamer senyuman sinis di mukanya.

"Kau!" balas Anis Raihanna geram. Jarinya ditudingkan ke arah lelaki itu. Matanya dikecilkan.

"Ya saya. Nak apa? Nak tidur sini? Meh sini meh." ajak Afiq Raihan. Makin galak dia mengenakan isterinya.

"Annoying!" jerit Anis Raihanna.

Dia segera beredar dari bilik suaminya. Makin sakit hati dia duduk dalam bilik tu lama lama.

Afiq Raihan merebahkan diri diatas katil. Dia menghalakan pandangan ke atas siling biliknya. Ditenung kipas yang berpusing diatas kepalanya.

"Aku sukakan kau ke Hana?" ucapnya pada diri sendiri.

Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Dia cuba mentafsir perasaannya terhadap Anis Raihanna.

"Ah tak mungkin! Hana cintakan Haiqal Iskandar sorang je." sambungnya lagi.

Diraup mukanya dengan kasar. Macam mana dia boleh terfikir nak sukakan gadis itu.

Dia membetulkan pembaringan. Matanya dipejam rapat. Akhirnya, dia tertidur.

???

"Kau ingat lagi tak jalan nak balik rumah Tok Nek ni, Afiq?" soal Anis Raihanna.

Dia memandang Afiq Raihan disebelah. Kelihatan suaminya sedang memakai tali pinggang.

Afiq Raihan menoleh ke arah isterinya. Matanya dijulingkan ke atas. Apa isteri dia ingat dia pelupa sangat ke? Hello,ingatan dia masih kuat lagi eh.

"Soalan apa kau tanya ni? Mestilah aku ingat. Aku bukannya jenis pelupa macam kau." balas Afiq Raihan.

Seraya itu, dia menghidupkan enjin kereta. Radio dan suis penghawa dingin dibuka juga. Cermin keretanya dibetulkan sedikit.

"Manalah tahu. Kau kan jarang balik kampung. Asyik sibuk dengan kerja kau tu. Kesian Tok Nek tak dapat jumpa kau tau tak?" balas Anis Raihanna dengan nada memerli.

Seperti biasa, dia akan menghalakan pandangan ke luar tingkap. Tali pinggang telah dipakai terlebih dahulu. Karang tak pasal pasal suaminya yang tolong pakaikan.

"So what? Ada masalah ke aku tak balik kampung. Aku tak balik pun bukan saja saja kan." balas Afiq Raihan tak puas hati.

Tak faham dia dengan Anis Raihanna. Nak cari gaduh ke apa minah ni? Ditenung isterinya yang tak menoleh ke arahnya.

Apa yang menarik sangat dekat luar tu pun dia tak tahu. Muka dia yang kacak ni tak nak pula ditenung lama macam tu. Kejap, kau cemburu dengan tingkap tu ke Afiq Raihan?

"Hana, pandang aku. Aku tak suka bercakap dengan orang tak pandang aku. Especially, kau Hana" sambung Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna menoleh. Riak muka menyampah dipamerkan. Takkan perli sikit dah terasa mamat ni. Selalunya okay jer.

"Aku tanya je. Tak payah la serius sangat. Takkan koyak kot." balas Anis Raihanna selamba.

Dia berpeluk tubuh. Anak mata Afiq Raihan menikam tepat ke arahnya. Serius sangat mamat ni. Bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba, Afiq Raihan mendekatkan diri ke arah isterinya. Matanya dikecilkan. Dia memerhati seraut wajah milik Anis Raihanna. Deruan nafasnya menampar lembut wajah isterinya.

Anis Raihanna tersentak. Dia membelakangkan diri. Kepalanya terhantuk pada cermin kereta. Namun, dia langsung tak terkesan dengan kesakitan yang dirasakan.

Anis Raihanna terlalu terkejut dengan tindakan suaminya. Wangian yang dipakai Afiq Raihan menusuk ke dalam rongga hidung. Anis makin tak keruan. Dia bagai terbuai dengan bau tersebut.

"Are you sure Tok Nek yang rindukan aku? Bukan kau ke hurm?" soal Afiq Raihan lembut.

Kedua dua tangannya mengepung Anis Raihanna. Dia makin mendekatkan jarak antara mereka berdua. Ditatap muka isterinya penuh minat.

"Jangan perasan!" kata Anis Raihanna dengan nada yang tinggi.

Dia menolak kuat dada suaminya dengan sepenuh tenaga. Terdorong Afiq Raihan ke belakang. Afiq tersenyum senget.

"Mana ada aku perasan. Tapi kenyataan." balas Afiq Raihan selamba.

"Eiii tak kuasa aku!" marah Anis Raihanna.

Dia mencebik. Matanya menjeling tajam Afiq Raihan. Mukanya merah menahan malu.

"Eh. Dah memang kenyataan kau rindukan aku kan. Kalau tak kenapa marah? Muka merah merah." balas Afiq Raihan lagi. Dia tersenyum mengejek.

"Diamlah! Cepatlah drive. Aku dah tak sabar nak jumpa Tok Nek dengan ibu. Boleh aku report dekat dia orang yang kau suka kacau hidup aku. Padan muka kau kena marah nanti" balas Anis Raihanna senang hati. Dia mengukir senyuman sinis.

"Okay, kita tengok siapa yang kena marah nanti." kata Afiq Raihan.

Keretanya dipandu keluar dari pekarangan rumah. Anis Raihanna hanya mendiamkan diri.

???

Sejam kemudian...

"Huarghh.." Afiq Raihan menguap sesekali. Dia memandu menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi diletakkan di atas riba. Keadaan jalan raya tak begitu sesak.

Lagi tiga jam, mungkin dia akan sampai di rumah Tok Neknya. Kampung Tok Nek tak terlalu jauh dari rumahnya. Hanya memerlukan masa lebih kurang tiga jam dia akan sampai.

Dia menguatkan sedikit kelantangan radio. Mahu menghilangkan kantuk yang dirasakan.

Anis Raihanna dijeling sekilas. Dia masih lena dibuai mimpi. Afiq mengeleng kepala. Kalau isterinya tidak tidur pasti dia tak mengantuk. Menyesal suruh minah tu tidur tadi.

Kalau tidak, ada saja benda nak digaduhkan. Tak kisah la benda kecil atau besar. Memang menjadi kebiasaan mereka berdua bergaduh.

Sekurangnya mereka masih berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada masing masing mendiamkan diri. Haihh itu lagi parah.

Anis Raihanna yang tersengguk-tersengguk menongkat dagu menggunakan tangannya. Afiq Raihan tersenyum nipis. Nyaris saja kepala Anis Raihanna terlentok ke tepi.

Afiq Raihan segera menarik kepala isterinya lalu diletakkan di atas bahu miliknya. Anis Raihanna menyelesakan diri dibahu lelaki itu. Afiq Raihan mengukir senyuman.

Dia menghela nafas lega. Matanya juga kembali segar. Afiq Raihan menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.

???

Anis Raihanna baru tersedar daripada lenanya. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling.

Hidungnya menangkap bau yang seakan akan dikenali oleh dirinya. Kepalanya juga terasa berat.

Entah kenapa, dia berasa selesa dengan kusyen kereta suaminya. Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Anis terlopong.

Kelihatan Afiq Raihan sedang lena diulit mimpi sambil memangku kepalanya di bahu kanan. Anis segera mengangkat kepalanya dari bahu suaminya.

Dia meliarkan pandangan keluar kereta. Rupanya mereka berhenti dia sebuah R&R.

"Ah dah bangun pun kau. Puas tidur?" tegur Afiq Raihan yang baru sedar lenanya.

Dia menggerakan sedikit bahunya. Lenguh. Sebenarnya, dia dah bangun tapi dia tak mahu Anis Raihanna terjaga nanti.

"Erk..sorry aku tertidur dekat bahu kau. Mesti lenguh kan? Nak aku urut?" soal Anis Raihanna kekok.

"Tahu pun. Berat tahu tak kepala kau tu. Dasar kepala batu!" perli Afiq Raihan.

"Cakap kau dengan kau ni buat sakit hati je. Dah lah, aku nak pergi beli makanan. Lapar tahu tak? Aku makan kau kang baru tahu!" bidas Anis Raihanna. Dia segera keluar dari kereta.

"Woi, tunggulah aku!" panggil Afiq Raihan.

Dia segera keluar dari kereta. Kereta dikunci terlebih dahulu. Dia mengejar Anis Raihanna yang sudah jauh dihadapan.

"Eiii geramnya hati ni dapat suami macam tu. Apa dosa aku? Huhuhu" omel Anis Raihanna sendirian.

Langkahnya makin dipercepatkan. Afiq Raihan di belakang tidak diendahkan. Lantak la mamat tu nak buat apa.

"Hana!" panggil Afiq Raihan dari belakang.

"Apa lagi kau nak!" kata Anis Raihanna. Dia menoleh ke belakang.

Bukk!

Anis Raihanna jatuh terduduk. Entah macam mana dia boleh terpijak batu di jalan tersebut. Dia mengaduh kesakitan.

"Aduhh! Sakitnya" adu Anis Raihanna.

Dia cuba untuk berdiri namun tak berjaya. Kakinya terlampau sakit untuk berdiri. Terkehel agaknya.

"Hahaahaha...padan muka kau! Tak tunggu aku lagikan!" ejek Afiq Raihan. Dia menyambung tawanya semula.

Anis Raihanna sudah menahan  air matanya daripada terjatuh. Sungguh sakit kakinya saat ini. Dia mengetap bibir bawahnya.

Anis Raihanna memerhati Afiq Raihan yang berjalan ke arahnya. Tanpa kata-kata, lelaki itu mencempung tubuh isterinya. Anis melingkarkan tangan pada batang leher suaminya.

Beberapa mata memandang ke arah mereka. Seraya itu, Anis Raihanna menyembamkan mukanya ke dada bidang Afiq Raihan. Dia malu.

Afiq Raihan mengatakan sesuatu kepada Anis Raihanna. Anis terkesima dengan kata kata tersebut. Dia merenung wajah suaminya.

"Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience