8

Romance Series 4954

"Macam mana? Boleh tolong tak?" tanya aku. Aku tak ada pilihan lain selain meminta tolong Harriz Henderson, abang kepada Miqael Henderson.

Walaupun aku kenal benar dengan Miqael tapi aku pasti Harriz lebih mengenalinya. Abang mana tak kenal adik dia.

"Aku akan tolong kau tapi ingat, aku tolong sebab kau sepupu aku. Kau tetap darah daging aku walaupun apa," kata Harriz.

Aku tersenyum kecil. Harriz seorang sahaja yang tahu apa yang berlaku pada hari 'itu'. Sebab itu aku percaya pada dirinya.

"Aku tahu kau tak bersalah tapi kau masih perlu hormat Miqael sebagai sepupu kau. Jangan pernah sesekali terfikir nak bunuh dia. Dia darah daging kau. Korang mempunyai darah yang sama. Jadi walau apa yang berlaku, sentiasa hormat dia," terang Harriz. Dia kemudian memegang bahu aku.

"Aku tak pernah terfikir nak bunuh orang. Dan jangan risau sebab aku hormat Miqael sebagai sepupu aku. Dia masih dan selalu akan jadi sepupu aku," balas aku.

Kami sama-sama tersenyum. Namun, aku tetap mengeluh. Harriz hairan.

"Kenapa mengeluh?" tanya Harriz.

"Sebab Nabilla. Dia terpaksa jadi kambing hitam disebabkan masalah aku dengan Miqael. Aku kasihankan dia. Dia tak bersalah tapi terpaksa masuk dalam masalah kami," kata aku.

"Aku pasti, Miqael tak akan sentuh dia. Aku kenal dia. Dia bukan orang yang mengambil kesempatan. Jangan risau," kata Harriz. Aku hanya diam memikirkan si dia. Satu-satunya.

__________________________

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Aku kat mana? Bukan ke aku kat shopping complex tadi? Oh ye! Aku kena culik!

Aku memandang sekitar aku. Mana tau ada tempat yang boleh aku larikan diri. Terpandang tingkap di hujung bilik.

Aku melangkah ke arah tingkap itu dan mencuba untuk membukanya. Alah! Kunci!

"Lupakan niat kau untuk larikan diri. Tempat ini dikawal dengan ketat. So you don't have any chance to run away," kata seorang lelaki.

Aku terkejut lantas mengurut dada. Dia ini datang tak bagitahu. Tak ada lah aku terkejut tadi.

"Awak siapa? Kenapa awak culik saya? Saya tak kenal awak pun! Apa kaitan saya dengan awak?" aku menyoalnya. Macam-macam soalan aku tanya.

"Apa kaitan aku dengan kau? Kita tak ada kaitan pun. Tapi, orang yang kau cinta sangat itu berkaitan dalam kes ini. Orang yang paling penting dalam kes ini! Rayy Alexandr Muhammad!" kata lelaki itu.

Aku terkejut. Alexandr? Bukan ke keturunan Alexandr itu keturunan mafia. Mafia paling kejam. Tapi tak silap aku, Alexandr dah lama pupus sebab perbalahan keluarga.

"Kenapa? Terkejut ke sebab baru tahu Rayy tu keturunan Alexandr? Aku tahu dia tak bagitahu kau. Sebab itu aku bagitahu," ujar lelaki itu.

"Apa kaitan awak dengan Rayy?!" tanya aku. Kena lah tahu kaitan mereka. Baru boleh bincang.

"Rayy ialah sepupu aku. Aku, Miqael Henderson, merupakan cucu ketiga Ferredo Filnasyal. Anak kedua kepada Filnasyal Henderson. Kenal aku tak?" tanya Miqael merangkap lelaki itu.

Henderson! Henderson merupakan rakan kongsi Alexandr. Tapi pada suatu hari, Henderson diumumkan pupus juga tanpa sebab. Sampai sekarang tak ada siapa tahu sebab apa Henderson pupus.

Tak sangka aku, dua keturunan mafia yang dikatakan pupus masih ada. Aku meraup wajah. Aku menggeleng kepala. Tidak! Aku yakin yang mereka dah pupus!

"Jangan risau dear. Aku tak akan buat apa-apa dekat kau. Bila aku ada masa, baru aku 'rasa'. So bye dear," kata Miqael sambil mengenyit mata.

Miqael keluar dari bilik tersebut dan menutup pintu. Aku terpandang meja di sebelah aku. Makanan. Aku memandang kosong makanan itu. Aku tak ada mood sekarang. Dah lah kena culik.

Eh jap! Bukan ke ada pisau tadi? Aku memandang makanan itu dan terjumpa sebilah pisau. Aku mengambil pisau tersebut dan menuju ke arah tingkap.

Aku mengkikis tingkap itu menggunakan pisau tadi. Haraplah berjaya.

KLAK!

Yes! Berjaya! Aku membuka tingkap tersebut seluas-luas untuk memuatkan badan aku. Nasib badan aku ni kecil. Senang nak masuk.

Aku memandang ke luar. Terlopong aku. Hutan! Aku kat mana sekarang ni?! Aku tak nak mati awal! Aku tak puas hidup lagi!

Kedengaran tapak kaki menapak ke arah bilik aku. Aku segera menutup tingkap dan menuju ke katil.

"Cik. Adakah cik sudah makan? Tuan mengarahkan saya untuk memerhati cik. Nama saya Amelya," kata gadis yang bernama Amelya.

"Hai Amelya. Saya belum makan lagi. Saya nak makan sekarang. Tak perlulah ber'cik' dengan saya. Panggil Illa je," balas aku.

Janggal rasanya apabila dia memanggil aku 'cik'. Amelya memberikan aku sebuah senyuman dan aku membalasnya dengan senyuman.

Aku mengambil makanan tersebut. Western food. Nampak sangat orang kaya. Ouh ye! Mestilah orang kaya! Henderson kan!

Aku makan makanan tersebut sehingga habis dan meletakkan pinggang tersebut di atas meja.

"Erh... Amelya. Benarkah tuan awak itu keturunan Henderson?" tanya aku. Mana tahu dia sengaja nak ugut aku ke...

Amelya senyum memandang aku. Senyumannya membuat aku tertanya. Alahai cepatlah bagi jawapan.

"Ya, cik. Tuan memang keturunan Henderson. Ramai yang ingat keturunan Henderson dah pupus tapi mereka tak pupus. Mereka hanya mahu ketenangan. Sebab itu mereka memalsukan kematian. Cik jangan takut. Setakat ini, tuan belum bunuh orang lagi di rumah ini," balas Amelya tenang.

Aku membuntangkan mata. 'Belum pernah bunuh orang dalam rumah ini'! Maksudnya dia pernah bunuh orang kat luar lah! Pembunuh!!

"Ok lah Amelya. Awak boleh pergi," kataku. Bibir aku bergetar sedikit.

Amelya senyum dan berjalan keluar dari bilik itu. Aku baring di atas katil dan memanding siling. Tanpa aku sedar, air mata aku mula bergenang dan mulai turun.

Awak kat mana Rayy? Saya tak kuat tanpa awak. Tolong selamatkan saya Rayy. Tolong saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience