BAB 11

Romance Completed 18280

Riuh suasana di ruang tamu rumah Encik Azhar dan Puan Faizah. Masing2 riuh bercerita tentang hal masing2 tambah2 Mariam Zulaikha. Sejak petang semalam Mariam Syuhada dan Hafiy pulang ke rumah, tak henti2 mereka bergelak tawa. Ada sahaja yang nak diusik dan digelakkan.

Tujuan utama mereka pulang ke rumah keluarga adalah disebabkan adik Mariam Syuhada yang bakal dirisik oleh seseorang. Sampai sahaja semalam, Mariam Syuhada terus meluru mencari adiknya ingin mengorek rahsia. Namun, sehingga saat ini Mariam Zulaikha masih tak mahu bercerita. Katanya, biarlah rahsia. Cet!

"Ni, bila orang jauh nak datang? Akak dah tak sabar ni!". Soal Mariam Syuhada ketika mereka sedang duduk minum petang di halaman rumah. Wajah adiknya sudah merona merah.

"Esok".

Puan Faizah dan Encik Azhar tersenyum gembira. Sejak mereka diberitahu hasrat seseorang lelaki yang ingin datang merisik anak bongsunya, bibir mereka tak henti menguntum senyuman.

"Adik langsung taknak cerita kat akak! Secret sangat!". Dia meneguk air kopi panas. Wajah Hafiy dipandang sekilas.

"Dia nak secret2 la tu. Malu2 kucing!". Sahut Hafiy. Terhambur gelak mereka berdua.

"Eei.. mana ada!". Mariam Zulaikha menyembunyikan wajahnya di sebalik tubuh Encik Azhar. Tak sudah lagi mengusiknya.

"Dia malu la tu. Tak sangka ada yang berkenan pulak". Jawab Encik Azhar.

"Tulah, macamana la dia boleh tersuka adik, kan?". Mariam Syuhada mengusik lagi. Hafiy disebelah mencuit.

"Siapa orangnya, umi?". Soal Hafiy.

"Lecturer dia sendiri". Selamba Puan Faizah membuka cerita. Ternganga Mariam Zulaikha sebentar.

"Umi!".

"Apa? Betul kan?".

Mariam Zulaikha mengetap bibir. Malu oi!

"Lecturer dia? Seriously?".

Puan Faizah mengangguk laju seraya memandang sekilas anak bongsunya.

"Ha'ah! Lecturer dia. Duda".

"Oh, duda! Ada anak la? Umi dengan ayah macamana?".

"Duda takde anak. Erm.. kami tak kisah, Syu. Kalau dah budak nya baik, nak tolak kenapa pulak kan?". Encik Azhar menjawab. Kelihatan dia juga berlapang dada menerima.

"Amboi! Pandai eh, adik! Ni mesti kat class main kenyit2 mata ni!". Seloroh Mariam Syuhada. Terbuntang mata adiknya memandang.

"Tak, eh! Adik baik kat class".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Kiranya Mariam Zulaikha bahagia, tentu dia juga turut merasa bahagia.

"Ok la tu. So, umi nak masak apa esok? Mesti diorang datang ramai kan?".

"Tulah.. umi ni tak fikir pun lagi. Syu ada idea ke?".

Mariam Syuhada terdiam seketika. Berkerut wajahnya cuba mencari idea menarik.

"Bihun sup?".

Hafiy bersuara. Dia memandang wajah ibu mertuanya. Sebenarnya, dia sendiri yang mengidam nak makan bihun sup.

"Haa.. boleh jugak! Pandai la abang ni!". Mariam Syuhada mencuit lengan suaminya. Hafiy tersenyum bangga.

"Boleh jugak. Sedap tu! Bihun ada lagi lebih nya. Tinggal nak beli yang kering2 tu je. Kejap lagi kita pergi beli ye, bang?".

Encik Azhar mengangguk bersetuju dengan rancangan Puan Faizah.

"Berapa umur dia?". Mariam Syuhada menyoal kembali. Teruja nak mengetahui lebih lanjut tentang bakal adik ipar.

"32". Jawab Mariam Zulaikha malu2.

"Eh? Muda nya. Dia cerai ke?".

"Isteri dia meninggal. Kanser".

Mariam Syuhada mengangguk. Simpati dengan lelaki itu. Hatinya kuat mengatakan adiknya pasti akan bahagia dengan pilihan itu.

Air kopi diteguk lagi. Puan Faizah dan Encik Azhar sudah lama masuk ke dalam. Tinggal hanya mereka bertiga sahaja. Sesi soal jawab masih tak berakhir. Makin galak Mariam Syuhada mengorek rahsia dari adiknya. Dari nama, umur, tempat tinggal hinggalah peribadi lelaki tersebut. Mariam Zulaikha pula tak habis2 menjawab soalan kakaknya. Segala yang dia tahu, diceritakan. Sesekali, dia tersengih malu. Patutlah mamat tu selalu mengenakan dia di dalam kelas.

"Aih, senyum2 pulak! Tak sabar ke?".

"Eii.. mana ada!".

Mariam Syuhada mencebik. Macam la aku tak nampak!

Hafiy di sisi pula hanya termenung. Jauh dia menerewang mengingatkan hal lain. Dia langsung tak melayan isterinya berborak. Anak matanya dihala ke halaman rumah. Jasadnya di sisi Mariam Syuhada tapi otaknya jauh mengingatkan seseorang.

"Abang?".

Hafiy terkejut. Lamunannya terus mati. Wajah isterinya kembali menghiasi anak matanya.

"Ok tak ni? Syu tengok diam aje dari tadi".

Hafiy tersenyum kelat. Bimbang pula isterinya mengesyaki yang bukan2.

'Sudah Hafiy! Jangan fikir benda lain!'.

"Abang ok. Penat sikit kot".

Mariam Syuhada mula beriak risau. Wajah suaminya dipandang lama. Laju tangan Mariam Syuhada menekap di dahi suaminya. Bimbang kalau2 Hafiy demam.

"Abang penat je, Syu". Lucu melihat isterinya yang begitu risau.

"Kalau tak sihat, cakap tau! Syu risau nanti".

Hafiy mengangguk. Jemari isterinya digenggam erat. Hafiy cuba melupakan apa yang bersarang di fikirannya.

"Er.. adik masuk dulu, eh! Nak buat kerja sikit".

Mariam Syuhada dan Hafiy mengangguk. Bayangan adiknya hilang dari pandangan. Mariam Syuhada kembali memandang suaminya.

"Dua tiga harini Syu tengok abang macam serabut aje. Abang fikir pasal apa sebenarnya?".

Hafiy terkedu. Tak mungkin isterinya perasan.

"Er.. takde la. Pasal kerja". Hafiy berdalih. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan resahnya.

"Abang jangan la simpan2 pulak. Syu ada untuk abang. Kalau abang ada problem, cerita. Kalau macamni aje, Syu risau tau".

Hafiy mengangguk laju. Dia tersenyum manis. Jemari isterinya dikucup.

"Abang janji akan cerita kalau ada masalah. Syu jangan risau, ye?".

Mariam Syuhada tersenyum. Lega hatinya melihat Hafiy yang tersenyum. Dia mengeluh seketika.

"Apa la yang Zahara buat sekarang ni, kan?".

Hafiy terkedu. Nama itu kembali menjengah ingatannya. Hafiy mengeluh berat. Baru sahaja dia cuba melupakan. Entah kenapa dia tak mampu nak mengusir wajah itu. Hatinya sedikit terusik. Tak mungkin dia jatuh cinta pada wanita itu. Jadi, kenapa sebenarnya?

"Risau betul Syu kat dia". Mendatar suara Hafiy. Pandangannya dihala kearah halaman rumah.

"Abang! Mestilah Syu ni risau. Dia tu dah dianaya tau! Wanita yang dizalimi. Mestilah Syu faham perasaan dia".

Hafiy terdiam. Kata2 Mariam Syuhada langsung tak menyinggah ke dalam fikirannya. Sesak nafasnya.

"Sekarang ni dah hidup sorang. Macamana dia nak survive, kan?".

Hafiy makin tak selesa. Dia mengurut dahi nya. Berpinar pulak!

"Dia boleh survive. Syu tak payah risau la". Jawab Hafiy acuh tak acuh. Dia sudah tak mampu nak mendengar nama itu lagi. Hatinya pasti tak selesa.

"Kan? Syu yakin dia boleh hidup sendiri".

Hafiy mengetap hujung bibir. Mariam Syuhada masih tak lepas menyebut nama Zahara. Hafiy lemas. Dia serabut dengan hati sendiri.

Kau kenapa, Hafiy?! Jangan kata yang kau ambil berat dan tak boleh nak biarkan Zahara sendiri. Tak mungkin, Hafiy! Dia tu cuma klien kau! Kau dah ada isteri!

Tapi, aku tak boleh lupakan dia!

"Abang! Termenung lagi!". Mariam Syuhada mencubit lengan suaminya. Kenapa Hafiy?

"Er.. abang masuk bilik kejap. Nak rest. Kepala abang pening la".

"Pening? Jom, Syu picitkan".

Mariam Syuhada memimpin suaminya ke bilik. Hafiy hanya membiarkan sahaja. Dia tak mampu nak bersuara apa2. Sampai sahaja di bilik, Mariam Syuhada menyuruh suaminya baring di riba. Dengan penuh kelembutan, Mariam Syuhada mengurut lembut dahi Hafiy. Suaminya kelihatan tenang.

'Maafkan abang, Syu. Entah kenapa abang teringat Zahara'.

"Abang mesti kurang rest ni. Harini rest puas2, ok? Syu picit kepala abang. Abang tidur la".

Hafiy masih diam. Matanya terpejam rapat. Hafiy tak henti beristighfar agar dijauhkan dari perkara yang bukan2.

"Kesian suami Syu".

Hafiy masih terdengar suara Mariam Syuhada. Perasaan bersalah menerjah ruang hatinya. Dia tak mungkin menyakiti hati Mariam Syuhada. Dia begitu mencintai isterinya.

"Syu, maafkan abang". Tiba2 Hafiy bersuara. Perlahan hampir tak kedengaran.

"Abang cakap apa?". Soal Mariam Syuhada kembali. Dia terkhayal seketika. Kata2 suaminya tak didengari.

Tangan Mariam Syuhada dipegang. Terhenti sebentar urutan Mariam Syuhada. Hafiy kembali duduk menghadap Mariam Syuhada. Lama dia memandang wajah itu. Pipi isterinya dielus lembut. Tiada sebutir suara yang keluar. Mereka hanya diam seribu bahasa.

"Abang? Er.. Kenapa ni?".

Hafiy mengeluh. Dia tertunduk sayu. Hatinya tak tenang selagi dia tak berterus terang. Tapi, mampukah dia menjelaskan kepada Mariam Syuhada? Pasti isterinya akan berfikir yang bukan2. Hafiy buntu.

"Abang sayangkan Syu sangat2". Dia mengucup dahi isterinya lama.

Waktu seakan terhenti untuk mereka berdua sahaja. Mariam Syuhada bingung. Hatinya runsing melihat Hafiy yang tak tenang. Apa sebenarnya yang dah berlaku pada suaminya.

"Abang.. cuba cerita dekat Syu". Dia memujuk lagi. Mariam Syuhada memegang kedua2 belah pipi Hafiy. Anak mata mereka kembali bertaut.

"Abang mintak maaf, sayang".

"Abang! Jangan macamni. Kenapa sebenarnya?".

Hafiy cuba tersenyum. Pegangan tangan isterinya dilepaskan. Dia belum bersedia.

"Abang nak keluar jumpa Aizat kejap. Syu jangan risau, abang ok". Hafiy tersenyum. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Abang tipu".

"Tak! Abang tak tipu. Kejap je. Abang nak ambil angin".

Mariam Syuhada diam. Hati isteri mana yang tak runsing melihat. Hafiy seperti menyembunyikan sesuatu. Jemari Mariam Syuhada dikucup lama seakan tak mahu dilepaskan. Sesudah itu, dia memeluk erat Mariam Syuhada. Bertambah bingung dibuatnya. Jauh disudut hati, Mariam Syuhada berdoa agar dijauhkan yang buruk dari suaminya.

"Abang keluar kejap. Jangan nakal2!". Sempat dia bergurau.

Hafiy bangun dari katil dan terus keluar dari bilik. Dia ingin menenangkan fikiran. Otaknya makin serabut dengan semua yang terjadi.

Nombor Aizat dicari lalu dia menghantar pesanan ringkas. Mereka membuat temujanji untuk berjumpa di warung makan berdekatan pejabat memandangkan harini Aizat berada di pejabat atas urusan kerja.

Kereta dipandu laju. Hafiy membuka bacaan ayat suci Al quran di radio dan mula membaca perlahan. Hatinya sedikit tenang. Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, kereta diparkir jauh sedikit dari warung makan. Hafiy mula mencari kelibat Aizat.

"Bro, sini!". Jerit Aizat. Hafiy berjalan laju menuju ke meja makan di sudut kedai.

"Apehal nak jumpa ni?". Aizat menyoal laju. Mereka duduk seraya memesan minuman.

"Aku dalam masalah!". Luah Hafiy perlahan. Cermin mata hitam dibuka lalu diletak diatas meja.

"Kenapa ni? Masalah apa pulak?".

Pelik Aizat melihatnya. Setahu dia, Hafiy jarang nak melayan segala masalah yang terjadi. Walaupun Hafiy dilanda masalah, dia hanya akan meluahkan kalau betul2 masalah yang dihadapi itu berat.

"Aku.. er.. aku.."

"Aku apa?".

Hafiy mengeluh. Hatinya terasa sangat berat.

"Aku.. er.. aku.. dah buat silap".

"Apa maksud kau? Cuba cakap slow2. Aku tak faham la".

Hafiy menguak rambutnya. Serabut otaknya saat ini.

"Aku tak tahu kenapa aku asyik teringat Zahara!".

Akhirnya, terluah juga masalah yang bersarang lama di dada.

"Zahara? Klien kau dulu tu? Apa hal kau ingat dia pulak? Kan dah lama kau drop kes dia". Aizat bersuara tak puas hati. Hafiy bertambah sesak. Satu masalah timbul. Aizat masih tak tahu tentang pertolongannya pada Zahara.

"Kau jangan cakap kat aku.. kau tolong dia?!". Sedikit tinggi nada Aizat. Hafiy hanya mampu mengeluh. Salah dia! Salah iman dia yang lemah!

"Aku salah, bro!".

Hafiy meraup wajahnya berulang kali. Betapa bodohnya dia saat ini!

"Apa kau ni! Kalau Syuhada tau, mati kau. Kenapa boleh jadi macamni?". Aizat menggeleng kepala. Tak sangka yang kawannya tersangkut pada klien sendiri.

"Aku pun tak tahu kenapa! Aku cuma nak tolong aje. Niat aku ikhlas. Entahlah! Aku pun tak tahu kenapa aku jadi tak boleh lupa. Aku asyik teringat".

Hafiy berdecit. Dia tahu semua ini berpunca dari dia. Kalau dia tak tolong, pasti semua ni takkan berlaku.

"Cuba kau cerita kat aku. Macamana kau boleh tolong dia ni?".

Aizat masih tak berpuas hati. Dengan lemah, Hafiy menceritakan apa yang terjadi setelah kejadian Hafiy ditumbuk di pejabat.

Jelas riak bengang di wajah Aizat. Dia tak percaya dengan apa yang baru didengari. Hafiy memang menempah maut. Dia sendiri bingung nak memikirkan.

"Aduh, kau ni! Dah tu, kau datang ni sebab nak mintak tolong aku? Bro, aku pun tak tahu nak tolong macamana. Kau dah bagitau wife kau?".

Hafiy menggeleng. Masalah baru akan timbul kalau dia jujur pada Mariam Syuhada.

"Aku surrender kalau macamni".

"Wey, Jangan macamni! Aku nak mintak tolong kau. Tolong la aku. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi!". Luah Hafiy. Sememangnya dia sudah menemui jalan mati.

"Kau cintakan Syuhada, kan?".

Hafiy mengangguk.

"That's it! Lupakan perempuan tu!". Selamba Aizat menjawab. Baginya, itu saja jalan penyelesaian terbaik.

"Aku tak boleh!".

Aizat terlopong. "Apa maksud kau?".

Hafiy menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Aku tak boleh nak lupakan Zahara!".

"Kau nak mampos ke? Kalau bini kau tau, kau ingat dia nak buat apa? Hafiy, fikir pakai otak la! Masalah jangan dicari! Isteri kau dah cukup sempurna, apa lagi?!". Marah Aizat.

"Masalahnya, aku bukan pandang dia sebab apa. Aku.. kesian! Aku tak sanggup nak biarkan dia macamtu. Actually, bukan kesian. Aku rasa.. argh! Entahlah!".

Aizat tergelak kecil.

"Bro, kau cuma kesian aje! Lupakan aje perasaan tu sebab kau cuma kesian. Aku ulang eh, kesian! Standard la kesian kat orang. Tapi bro, jangan over! Kau yang menyesal nanti". Pesan Aizat. Wajah kawannya yang kusut dipandang lama.

"Aku tahu! Tapi, aku tak boleh nak lupakan! Kau tak faham".

"Memang aku tak faham! Dia bekas klien kau. Kau sepatutnya dah lama lupakan kes ni. Tapi, kau tolong jugak. Sebab apa? Kesian? At the end, kau yang merana sebab simpan perasaan kat dia. Bro, kesian tu hanya perasaan aje. Perasaan yang kau boleh and akan lupakan".

"Tapi, aku tak boleh! Aku rasa aku dah mula sayang dia". Mendatar suaranya. Terbuntang mata Aizat memandang Hafiy. Dia baru sahaja korek telinga dan dia mendengar jelas ayat Hafiy.

"Kau gila apa?! Bro, kau dah tak betul la!".

"Memang aku dah tak betul! Aku tak betul and aku gila sekarang ni!".

Aizat menggeleng kepala. Entah apa yang merasuk Hafiy, dia pun tak tahu. Macamana dia boleh terjatuh suka pada wanita lain sedangkan cinta pada isterinya masih utuh?

"Kau gila, bro! Aku taknak campur". Aizat mengangkat tangan tanda beralah. Hafiy mendecit.

"Apa patut aku cakap kat Syu?". Dia menggumam perlahan. Air yang dipesan hanya mampu dipandang.

"Apa yang patut kau cakap? Kau sebenarnya, patut lupakan aje perasaan kau tu. Full stop!". Jawab Aizat lancar.

Hafiy terdiam. Selama ni, bukan dia tak pernah nak lupakan. Dah macam2 cara dia lupakan, tapi dia tak boleh. Wajah Zahara tetap diingatan. Memang dia dah gila! Hafiy dah gila!

"Kau ingat aku tak cuba? Kau ingat aku dah lupa bini aku ke?".

"Fiy, aku tak cakap macamtu. Cuma, aku nak kau usaha dan cuba lupakan. Kau tak boleh macamni, bro. Syuhada tu keutamaan kau. Dia cinta hati kau. Kau minta tolong aku, aku tolong kau dengan cara macamni je. Kau kena usaha lupakan dia".

Hafiy mengeluh. Berat yang dirasakan. Ada keluhan terbit di bibirnya. Segera ingatannya terbayang wajah Mariam Syuhada. Dia sangat mencintai wanita itu. Tapi, kenapa bayangan Zahara tak mahu pergi dari kotak fikirannya?

"Kau fikirlah yang terbaik. Aku cuma boleh nasihat aje. Kau kena lupakan. Syuhada tu yang patut kau ingat. Zahara tu cuma perasaan kau je, perasaan sementara".

"Argh! Serabut otak aku".

Aizat merasa simpati. "Kau kena cuba, Fiy. Aku yakin kau boleh".

"Aku cuba.."

Hanya itu yang mampu diucapkan. Ya, dia akan tetap mencuba untuk melupakan. Mungkin benar kata Aizat, perasaan ini hanya sementara. Mariam Syuhada yang paling penting sekali dalam hidup Hafiy.

Aizat mengangguk. Bahu kawannya ditepuk kuat. Memang dia merasa simpati, tapi dalam masa yang sama dia perlu menegaskan perkara yang betul. Tak mungkin dia akan membiarkan Hafiy terus dilanda masalah.

"Thanks bro. Sorry aku dah kacau kau".

"Aduh, rilex la. Aku ok je. Kau kawan aku, mestilah aku ok".

Hafiy tersenyum kelat. Dia meneguk air yang dipesan. Sekilas dia memandang wajah Aizat disebelahnya.

Ya Allah, bantu aku.

***

"Abang, makan jom!".

Mariam Syuhada menghampiri suaminya. Lengan Hafiy disentuh lembut. Dia tersenyum manis.

"Abang tak lapar. Syu makan la dulu".

"Abang tak sihat ke? Pening lagi?".

Tangannya melekap di dahi Hafiy. Sejuk.

"Syu, abang tak demam la. Cuma, abang takde selera. Syu makan dulu, ya". Ujar Hafiy. Dia kembali merenung ke luar jendela mmebiarkan Mariam Syuhada terkulat sendiri.

"Betul ni?".

"Erm.. betul". Hafiy tersenyum.

"Ok la macamtu. Syu keluar dulu. Nanti kalau nak apa2, Syu kat dapur tau".

Mariam Syuhada meninggalkan suaminya sendiri. Pelik! Itulah perkataan yang paling sesuai buat suaminya. Entah kenapa pelik sangat perangai Hafiy sejak kebelakangan ini. Mariam Syuhada nak tanya banyak, takut pula suaminya tak selesa. Lebih baik Mariam Syuhada diamkan sahaja.

Hafiy kembali merenung keluar jendela. Hembusan nafas kedengaran. Dia mahu menenangkan hati. Kata2 Aizat di warung makan tadi bermain2 di fikirannya.

Kenapa dia boleh jadi seperti ini? Hafiy sendiri tiada jawapan. Kalau beribu soalan diajukan padanya, pasti tiada jawapan tepat yang boleh diberikan. Bukan bermaksud dia tak sayangkan perkahwinan ini. Hafiy begitu mencintai Mariam Syuhada. Dia begitu menjaga isterinya seperti dia menjaga nyawa nya sendiri. Tapi.. entahlah!

Hanya kepada Allah sahaja Hafiy mampu meluahkan. Dia sendiri tak minta untuk berada dalam dilema ini. Sedaya upaya dia cuba melupakan sahaja perasaan yang bertandang, tapi semakin dia lupa semakin dia tak selesa. Orang boleh cakap, lelaki ni takkan pernah serik dengan seorang perempuan. Tapi, dia bukan lelaki seperti itu. Hafiy bukan lelaki yang terlalu suka untuk memasang dua, tiga isteri dalam satu masa. Cuma, perasaannya yang ingin menjaga dan melindungi Zahara membuatkan dia tak mampu nak bersembunyi lagi.

"Allahu Akbar!".

Setiap kali Hafiy mengeluh, pasti bibir nya tak lekang dengan kalimah agung membesarkan Ilahi. Hafiy sendiri insan lemah. Sentiasa mengharapkan kekuatan dan petunjuk dari Tuhan Yang Esa.

Hensetnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia berjalan malas ke meja solek. Henset dibuka untuk melihat isi kandungan mesej tersebut.

Lupakn dia, Fiy! Kau jgn cari psl!
~Aizat~

Hafiy membaca dengan teliti. Dia duduk sebentar lalu menarik nafas panjang.

Aku tau!
~hafiy~

Mesej dihantar kembali. Hafiy kembali ke jendela. Udara malam sedikit sebanyak menenangkan hati Hafiy. Tak lama kemudian, henset Hafiy berbunyi. Pasti Aizat!. Dengan lemah, Hafiy kembali mencapai hensetnya.

Terima kasih ats bntuan duit tu. Nnt sy akn gnti.
~Zahara~

Hafiy bungkam. Ini yang membuatkan dirinya lemah. Setiap kali dia sedang berusaha melupakan, setiap kali itulah dia diuji dengan bayangan Zahara.

Hafiy letak kembali henset di meja solek. Kalau boleh, dia mahu putarkan kembali masa agar semua ini takkan terjadi.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10. Otaknya sudah tak mampu nak berfikir lagi. Dia perlukan katil dan tidur. Mariam Syuhada pasti sedang berborak di luar. Dia tak mahu menganggu isterinya. Hafiy membuat keputusan untuk terus tidur sahaja. Akhirnya, Hafiy lena tanpa menunggu Mariam Syuhada.

***

"Kak, abang Hafiy kenapa?".

"Kenapa? Adik tengok pelik ke?". Mariam Syuhada soal kembali ketika mereka berdua duduk di bilik Mariam Zulaikha. Majalah yang dipegang serta merta diletak ditepi.

"Er.. adik tengok semacam aje. Sejak semalam datang, asyik termenung aje. Ada masalah ke?".

Mariam Syuhada diam. Jangankan adiknya, dia sendiri bingung dengan sikap Hafiy.

"Entahlah, dik. Akak pun tak tahu. Nak kata masalah pejabat, dia kata bukan. Akak malas nak tanya banyak2 nanti dia tak selesa pulak".

Mariam Zulaikha mengangguk faham. Tangan kakaknya dipegang erat.

"Akak jangan ambil hati pulak apa yang adik cakap ni. Adik just tanya aje. Yelah, semalam tu adik tengok macam ada masalah. Akak jangan terasa, eh?".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Pipi adiknya dicubit manja.

"Apa pulak nak terasa. Akak ok je. Akak pun risau jugak. Tapi, takpe kot. Nanti kalau dia nak cerita, akak dengar ajelah".

Mereka berbalas senyuman. Mariam Syuhada masih tak sedap hati. Fikirannya tak habis2 memikirkan Hafiy sahaja. Hampir setahun lebih perkahwinan mereka, Hafiy tak pernah berkelakuan seperti itu.

"Eh, cerita la dekat akak macamana adik akak ni boleh sangkut dengan lecturer sendiri!".

Mariam Zulaikha menutup muka dengan bantal. Dia terjerit kecil apabila digeletek Mariam Syuhada.

"Bukan adik lah! Prof adik tu yang gatal!". Dia membuat helah. Wajah kakaknya dipandang sekilas.

"Yeke? Boleh percaya ke ni?".

"Eeii.. boleh lah! Adik ni baik je kat class. Mana nak bercinta2 bagai!".

Mariam Syuhada mencebik. Menyampah dengar!

"So, macamana dia proposed adik?".

"Hehe.. haritu masa habis kelas dia, dia tahan adik. Konon assignment adik ada masalah. Konon jelah! Sekali, dia cakap nak jumpa umi dengan ayah". Mariam Zulaikha membuka cerita. Tangannya tak lepas menggentel hujung bantal.

"Amboi! Hurm.. lepastu?".

"Lepastu apa? Adik marah la jugak. Yelah, ingat dia main2 ke apa. Malu la kita. Sekali, dia luahkan isi hati la konon nya! Tercengang adik. Nasib takde orang. Dia kata dia dah lama suka adik sejak first semester lagi. Tapi since dia dapat ajar kelas adik semester lepas, bertambah galak la dia".

Mariam Syuhada tersenyum suka. Lengan adiknya dielus lembut.

"Siapa nama dia?".

"Amirul Arif bin Kamaruzzaman".

"Adik suka dia?".

Soalan cepumas dari Mariam Syuhada.

"Eei.. apa akak ni!". Dia menepuk bahu kakaknya. Malu!

"Apa?".

"Eii.. tak payah la nak tanya soalan macamtu!".

Mariam Syuhada tergelak besar. Lucu melihat keletah Mariam Zulaikha yang tersipu malu.

"Malu la sekarang ni?". Sengaja dia menambah ramuan. Biar adiknya tak keruan.

Mariam Zulaikha menjeling geram. Kalau kenakan orang, memang nombor satu!

"So, bila arwah isteri dia meninggal?". Mariam Syuhada menukar topik. Teringin dia mengetahui sedikit sebanyak kisah adiknya.

"Entahlah. Adik pun tak tahu. Just adik ada dengar wife dia meninggal dua tahun lepas. Masa dia kahwin dengan wife dia pun memang dah sakit. Budak2 kolej semua cakap dia ni suami romantik la kononya sebab sanggup terima isteri dia yang sakit tu".

"Betul la tu. Mana nak dapat lelaki yang baik zaman sekarang ni? Kalau dia layan isteri dia elok, means dia memang terbaik. Akak dah jumpa lelaki yang kejam pada isteri. Memang teruk, dik!".

Serta merta ingatannya menerjah pada Zahara. Mungkin wanita itu agak kurang bernasib baik kerana mendapat pengakhiran hidup seperti itu.

"Yeke? Kira adik beruntung la ni?". Seloroh Mariam Zulaikha. Terhambur gelak Mariam Syuhada. Ada2 saja adiknya itu.

"Beruntung la. And bersyukur la masih ada yang elok!". Perli Mariam Syuhada. Pipi adiknya dicubit geram.

"Eei.. suka cubit pipi orang!". Rengek adiknya manja.

"Eeii.. mengada, eh? Ingat akak kisah ke?".

Mariam Zulaikha baling bantal dipegangannya. Nasib kakaknya sempat mengelak.

"Dah la. Akak nak pergi tengok abang Hafiy. Ni, jangan tidur lambat. Esok diorang nak datang awal. Akak pun letih dah ni. Akak masuk tidur dulu. Assalamualaikum".

Mariam Syuhada berlalu meninggalkan adiknya sendiri. Kakinya laju melangkah menuju kebili tidurnya. Hafiy pasti sudah lama tidur. Kesian suaminya terpaksa tidur sendiri.

Pintu bilik dikuak perlahan. Bilik sudah gelap. Hanya bertemankan cahaya lampu tidur. Mariam Syuhada memandang susuk tubuh Hafiy yang sudah lena di atas katil. Serta merta bibirnya menguntum senyuman.

"Mesti abang tunggu Syu". Gumamnya perlahan.

Dia mendekati Hafiy. Suaminya kelihatan penat sekali. Tubuhnya sedikit menggigil gara2 penghawa dingin yang dibuka kuat. Mariam Syuhada memperlahankan penghawa dingin lalu menyelimutkan Hafiy perlahan.

"Good night, abang". Mariam Syuhada berbisik lembut. Pipi suaminya dibelai lembut.

Hafiy bergerak sedikit. Dia terganggu dek halus tangan isterinya. Mata dibuka perlahan.

"Syu tak tidur lagi?". Serak suara Hafiy.

"Sorry, Syu dah ganggu abang. Tidurlah. Syu cuma nak selimutkan aje tadi".

Hafiy mengangguk. Dia mendekatkan kepalanya di riba Mariam Syuhada. Dia terasa ingin dimanjakan. Mariam Syuhada tersenyum. Rambut tebal suaminya dielus lembut.

"Tidur la elok2. Nanti abang tak selesa".

"Hurm.. abang nak Syu peluk malam ni". Gumam Hafiy. Tangannya memeluk erat pinggang Mariam Syuhada.

"Er.. Syu nak ke toilet kejap. Abang tidur kat bantal dulu". Mariam Syuhada bangun setelah Hafiy beralih tempat.

Dia membersihkan diri dan berwudhu dahulu sebelum tidur. Kebiasaan yang sudah diajar sejak kecil lagi. Keluar dari bilik air, Mariam Syuhada sempat mengoleskan serum di wajah dan menyapu losyen ditangan. Barulah dia menghampiri Hafiy yang sedang lena seperti bayi.

Selimut ditarik. Mariam Syuhada baring disebelah Hafiy.

"Boleh abang mintak Syu peluk?".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Tanpa jawapan, Mariam Syuhada mendepangkan lengannya agar mudah Hafiy berbaring dan berada didalam pelukan. Bau perfume Hafiy masih tak hilang. Senyuman masih tak lekang di bibir Mariam Syuhada.

Mariam Syuhada menepuk lembut bahu Hafiy. Seperti seorang ibu mendodoikan anaknya.

"Syu tau abang mesti penat dengan kerja. Syu minta maaf kalau tak dapat tolong abang".

"Hurm.. Syu tak salah". Hafiy menjawab perlahan.

"Abang rindu Syu harini".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Ada2 sahaja suaminya ini. Tak lepas tangannya melingkari pinggang Mariam Syuhada.

"Syu pun rindu abang jugak".

Mereka terdiam untuk masa yang agak lama. Hafiy menikmati momen2 indah walau hanya berpelukan mesra dan dimanja oleh isteri sendiri. Dia menyukai momen seperti ini. Cukup tenang.

"Abang, setahun lebih kita kahwin. Abang tak pernah runsing macamni. Syu risaukan abang". Mariam Syuhada mula mencari titik permulaan. Dia berharap suaminya mahu membuka mulut.

"Syu.. abang ok. Jangan risau, ye?".

Hafiy mengangkat kepala. Wajah Mariam Syuhada yang seinci dengannya dipandang lama.

"Betul?".

Hafiy mengucup lembut dahi isterinya. Lama sekali.

"Betul". Janjinya.

Mariam Syuhada cuba tersenyum walaupun masih ada keraguan. Wajah Hafiy dipandang lama.

"Jangan fikir yang bukan2. Abang takde apa2. Abang penat aje. Abang janji dengan Syu, everything's gonna be alright".

Mariam Syuhada masih membisu. Bukan dia tak percaya kata2 Hafiy, cuma hatinya yang berdegil untuk ragu2.

"Ok".

Hafiy tersenyum manis. Matanya kembali segar. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama. Perlahan2, dia mengucup setiap inci wajah isterinya. Penuh lembut dan romantik. Mariam Syuhada membiarkan sahaja.

"Abang rindu Syu".

Jemari isterinya menjadi sasaran. Lama dan sepertinya tak mahu dilepaskan. Pandangan mata Hafiy memukau. Mariam Syuhada tersenyum malu.

"Kenapa isteri abang pakai blusher malam2 ni?". Usik Hafiy. Dia pula tersengih malu.

"Mana ada!".

Hafiy ketawa kecil. Dagu isterinya dipegang lalu dikucup lembut. Hafiy semakin asyik dengan perlakuannya. Mariam Syuhada sudah lama bersedia. Hanya untuk Hafiy seorang.

"Thanks, sayang".

Hafiy tersenyum dan mereka terus melalui bahtera cinta dengan penuh keasyikan. Hanya Mariam Syuhada yang mampu membuatkan hatinya tenang. Setenang cinta mereka berdua.  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience