8

Romance Completed 132660

Tidur Hana terganggu ketika dia merasakan ada sesuatu sedang merayap di atas perutnya. Lama-lama benda itu semakin naik ke bahagian atas. Setibanya di kawasan dada, rasa sejuk pula.

Setelah puas meneroka badan Hana yang tidak beralas itu, suatu kucupan dihadiahkan ke bibir merah yang dari tadi menarik minatnya. Hazim tersenyum puas apabila Hana menggeliat kecil.

"Morning sayang.." suara garau Hazim membelah suasana.

"Hmm...morning.." Hana menjawab separuh sedar.

Terasa sengal-sengal badan ketika Hana sedang cuba untuk bangun. Tubuh yang terdedah ditutup dengan selimut, bukan boleh percaya kalau dengan Hazim. Nanti diterkam lagi.

"Kenapa tak kejut i? dah pukul berapa ni?" tanya Hana ketika melihat Hazim sudah bertukar pakaian.

"Dah pukul 9. Kesian i tengok you penat, malas nak kejut. I dah beli breakfast. You pergi mandi dulu, okey?" Hazim cuba membetulkan rambut Hana yang tampak serabai. Hana mengangguk kemudiannya.

Nasib baik hati ini off day, tidak perlu dia ke pejabat. Memang dia penat. Sudah beberapa hari kebelakangan ini tidurnya tak lena memikirkan tentang Hazim. Tentang mereka.

"Hana, jom. I nak bincang something." Hazim menarik lengan Hana setelah gadis itu selesai membasuh tangan.

Hana dibawa ke balkoni rumah. Entah mengapa perasaan Hana berdebar-debar. Apa yang ingin dibincangkan Hazim?

"Kenapa ni? I ada buat salah ke?" tanya Hana.

Wajah Hazim yang mulanya tampak serius mengendur. Pipi mulus Hana dipicit lembut.

"Ya, you ada buat salah... you dah curi hati i."

Riak Hana langsung tidak terusik dengan jawapan Hazim. Tidak lawak dirasakan usikan tadi. Malah seperti ada sesuatu yang disembunyikan Hazim.

"Not funny la, Hazim. Kenapa ni?"

Serentak itu Hazim mengeluh kecil. Tangan Hana dibawa ke dalam genggaman, mencari secebis kekuatan.

"Kalau i tanya sesuatu, can you be honest with me?" pandangan Hazim tertunak dalam ke mata Hana.

"Ya, i will." Hana mengangguk tanpa ragu.

"Apa perasaan you ... kalau ditakdirkan i terpaksa kahwin dengan orang lain?" Hazim menelan liur yang pahit. Suka atau tidak, dia perlu berterus terang tentang hal ini.

Hana terdiam sejenak. Sudah diramal perkara ini akan berlaku. Dia juga buntu.

"I akan sedih. Tapi kalau itu boleh buatkan you bahagia. I redha." ucap Hana perlahan, dengan mata yang mulai berkaca.

"Sayang, listen. Janji dengan i, you akan tetap dengan i. Walaupun i terpaksa buat apa yang i sendiri tak nak." Hazim menongkat wajah Hana yang menunduk.

"Tapi you akan jadi suami orang lain. I tak nak jadi pengganggu rumah tangga orang.."

"You tahu i tak nak benda ni. I nak you sorang je, Hana. I tak suka dia. Please janji dengan i, Hana. Perkahwinan tu nanti takkan membawa apa-apa makna." Hazim bersungguh-sungguh merayu.

Hana diam membisu.Takkanlah dia mahu menjadi orang ketiga pula dalam perkahwinan Hazim. Terasa pula dia dipergunakan oleh lelaki itu.

"Sayang.." Hazim kecewa setelah tiada jawapan dari Hana.

Hana berlalu meninggalkan Hazim tanpa bicara. Berat untuknya akur dengan permintaan Hazim. Apa guna dia setia dengan Hazim sekiranya lelaki itu milik orang lain? Dia tidak mahu kelak Hazim dilabel dayus.

.

Lama Hazim menunggu Hana siap mandi. Tambahan gadis itu banyak termenung hari ini. Segala ajakannya ditolak. Makan tak mahu, keluar rumah tak mahu.

"Hana... you buat apa dalam tu. Lama sangat dah ni." Hazim mengetuk pintu bilik air. Tombol pintu dipulas namun berkunci.

"Hana, sayang.." pintu diketuk lagi.

Akhirnya Hana menapak keluar dengan bathrobe melindungi tubuh. Hazim tidak dihiraukan sehinggalah lengannya disentuh.

"Hana."

"You nak apa?" Hana cuba meleraikan pegangan Hazim namun tangan lelaki itu lebih kuat.

Pandangan Hana dipaku ke lantai, tidak mahu Hazim melihat matanya yang sembap akibat terlalu banyak menangis.

"Jangan ignore i macam ni please. Look at me." Bahu Hana dibawa menghadapnya. Hazim perasan akan mata Hana yang memerah.

Pandangan Hazim membuat Hana ingin menangis lagi. Dia mahu selamanya Hazim di dekatnya begini. Wajah dilarikan ketika mata dirasakan kembali basah.

"You marahkan i? Kan, Hana? You marah lagi pasal tadi?"

"Habis you nak i happy? You nak i senyum je bila dapat tahu you nak kahwin dengan perempuan lain?! Perasaan i ni macam mana Hazim??!!" Air mata yang tumpah Hana kesat dengan belakang tangan.

"I dah cakap i tak cintakan dia, Hana. I terpaksa-"

"Kenapa you ikut je?! kenapa tak bagitahu ayah you yang you tak nak?!!" Hana menepis tangan Hazim yang cuba menyentuhnya.

"Hana, you know my dad.." dahi Hazim berkerut seribu, payah benar untuk meyakinkan Hana.

"Then kita putus!!" jerit Hana. Laju sahaja mulutnya membuat keputusan.

Hazim bungkam. Tidak tercerna kata-kata Hana tadi. Perpisahan adalah perkara terakhir yang dia mahu.

"No way, Hana." Hazim menggeleng tanda tidak puas hati.

"Kenapa! You nak buat i macam perempuan simpanan you pulak?! Sedangkan you terikat dengan orang lain?" suara Hana yang meninggi mencerminkan kemarahan yang ditahan sekian lama.

Hazim terkesan, ada kebenaran pada kata-kata Hana. Selama ini Hana dilayan tidak ubah seperti perempuan simpanan yang dirahsiakan.

"Pilih, Hazim. I atau Mona." tegas Hana.

"Sayang jangan macam ni, please." jari Hana ingin diraih Hazim tetapi laju Hana mengelak.

Tubuh Hana yang membelakanginya cuba dipeluk pula. Rontaan Hana tidak dipedulikan.

"Let me go, Hazim!" Hana bertindak agresif.

"No. I takkan lepaskan you! I tetap pilih you, Hana!" balas Hazim.

Hazim nekad dengan keputusannya. Mungkin hanya ada satu jalan yang terbaik.

"You tipu!!!" Hana terus menangis.

"I akan kahwin dengan you, Hana..." bisik Hazim.

"If that will make you stay.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience