Bab 34

Short Story Series 55082

Rina melihat Qalifh yang bermain sendirian sementara dirinya sedang membantu Mak Sofi berkebun di belakang rumah Tan Sri Mansur yang mempunyai beberapa tanah terbiar di situ. Mereka menanam sayur-sayuran yang mudah berbuah seperti pokok cili, limau, terung dan beberapa sayur-sayuran yang lain. Rina menoleh lagi apabila melihat Qalifh berlari. Di belakang rumah Tan Sri Mansur itu tidak berapa selamat untuk kanak-kanak seperti Qalifh bermain kerana ada beberapa barangan tajam yang dibiarkan begitu saja tidak dimasukkan ke dalam stor. Batu-batuan disitu juga sangat tajam dan boleh mengakibatkan luka yang dalam jika terjatuh di atasnya.

“Qalifh, jangan berlari lagi. Pergi masuk ke dalam rumah tunggu ummi dan Mak Sofi.” Rina mula bersuara apabila melihat tiada tanda-tanda Qalifh akan berhenti berlari-lari.

“Tak naklah ummi.” Qalifh menjawab singkat dan berlari lagi.

“Tak apa, biarkan saja dia bermain.” Mak Sofi memujuk Rina agar membiarkan Qalifh bermain di situ sementara mereka berkebun.

Qalifh berasa begitu teruja kerana untuk pertama kalinya dia boleh bermain di belakang rumah mereka. Qalifh yang masih tidak matang itu melihat ke arah Rina dan Mak Sofi yang ralit berkebun sebelum senyumannya tersungging di bibir. Dia melihat sebuah tangga yang disandarkan ke tembok rumah. Terdetik di fikirannya ketika itu untuk memanjat tangga itu.
Perlahan-lahan kaki kecilnya naik ke anak tangga yang pertama. Qalifh tersenyum apabila dia berasa selamat dan tidak akan jatuh. Dipanjat lagi anak tangga yang kedua dan merasakan perkara yang sama seperti tadi. Qalifh semakin teruja untuk memanjat ke atas dan dipanjat anak tangga ketiga dan keempat. Ketika itu, dia membayangkan dirinya seperti seorang lanun yang sedang meninjau lautan samudera sama seperti karakter kartun yang dilihatnya di televisyen.

Malang tidak berbau. Tangga mula bergoyang-goyang akibat terlalu banyak pergerakan daripada Qalifh. Qalifh mula berasa takut dan mahu turun daripada situ tetapi kaki kecilnya tergelincir dan tangannya terlepas daripada pegangan di tangga dan jatuh ke bawah sehingga kepalanya terhantuk ke salah satu batu yang tajam di situ.

“Ummi!!!” Qalifh mengaduh kesakitan dengan tangisan yang kuat.

Rina yang terkejut mendengar suara Qalifh yang menangis dengan sangat kuat segera mendapatkan Qalifh yang sudah terbaring di tanah. Tangan kecil anaknya yang menekan ke dahi itu dipenuhi darah yang tidak berhenti mengalir daripada dahinya.

“Allahuakhbar, Qalifh!” Rina memeluk Qalifh dan digantikan tangannya menekan dahi Qalifh yang masih merembes darah keluar.

“Mak Sofi, telefon Aqil cepat.” Rina mula panik dan mengarahkan Mak Sofi untuk menelefon Aqil untuk mendapatkan bantuan kerana dia tidak boleh berfikir dengan waras ketika itu.

“Daripada minta tolong daripada Aqil lebih baik Rina minta tolong kepada Haikal yang berada di tingkat atas.” Mak Sofi teringat kepada Haikal yang berada di tingkat atas sedang bekerja sejak daripada tadi pagi tidak keluar-keluar daripada biliknya. Itu lebih memudahkan mereka meminta pertolongan daripada harus menunggu Aqil ke situ.

Rina teringat akan lelaki itu dan meminta Mak Sofi menjaga Qalifh sebentar sebelum dia berlari dengan sangat laju masuk ke dalam rumah dan memanjat anak tangga ke tingkat kedua. Rina terus berlari ke hujung penjuru dimana terletak bilik Haikal disitu. Tanggannya yang masih kotor dengan darah Qalifh mengetuk pintu itu bertalu-talu dengan sangat kuat dan tidak sabar mengharapkan lelaki itu membuka pintu dengan segera.

Haikal yang baru mahu tertidur akibat kepenatan seharian melihat komputer ribanya terkejut dengan ketukan daripada luar biliknya. Haikal merengus geram dan terpaksa memujuk badannya untuk bangun berdiri membuka pintu. Sebaik saja Haikal membuka pintu dirinya terkejut apabila Shofwah tiba-tiba menarik tangannya.

“Tolong, tolong saya. Qalifh cedera.” Rina bersuara lirih. Ada linangan air mata di hujung bucu matanya. Tanpa sedar dia memimpin tangan sasa lelaki itu menuju ke belakang rumah.

Haikal hanya mengikut sahaja langkah Rina apabila dia ditarik dengan sangat laju ketika itu. Matanya membulat apabila melihat keadaan Qalifh yang kelihatan agak parah itu apabila terlalu banyak darah yang keluar daripada dahi Qalifh. Haikal segera mendukung kanak-kanak itu dan membawanya ke arah kenderaan miliknya. Rina juga turut berlari mengikuti jejak langkah Haikal di hadapannya.

Mereka menuju ke hospital yang berhampiran dengan rumah mereka untuk merawat luka Qalifh. Qalifh masih menangis kerana sakit yang dia rasakan. Rina juga turut sama menangis melihat keadaan Qalifh itu. Dia berdoa di dalam hatinya bersungguh-sungguh agar Qalifh baik-baik saja.

Sebaik sampai sahaja mereka di hospital swasta berdekatan, Qalifh terus dibawa masuk ke bilik doktor yang merawat. Dahi Qalifh koyak sedikit dan lukanya agak dalam sehingga kanak-kanak itu memerlukan beberapa jahitan kecil. Rina dan Haikal diminta untuk tunggu diluar sementara doktor merawatnya. Di luar bilik rawatan Rina masih menangis kerana rasa menyesal tidak dapat menjaga Qalifh dengan baik. Jika dia lebih tegas kepada Qalifh sebentar tadi pasti perkara ini tidak akan berlaku. Dia sangat takut jika terjadi sesuatu kepada Qalifh kerana hanya Qalifh sumber kekuatan dirinya untuk terus menjalani kehidupan itu.

“It’s okay, everything will be fine. Sikit saja doktor kata.” Haikal memujuk Rina yang setia berdiri di depan pintu bilik rawatan.

“Macam mana kalau sesuatu terjadi pada Qalifh? Saya tidak akan maafkan diri saya jika terjadi sesuatu kepada dia.” Rina menangis tidak mengendahkan pujukan Haikal. Ketika itu fikirannya hanya tertumpu kepada Qalifh.
Haikal mengeluh. Inilah sifat wanita. Tidak mampu tenang jika sesuatu terjadi kepada anak mereka. Perlahan-lahan tubuh Rina ditariknya ke dalam pelukannya. Dia tidak berniat apa-apa tetapi itu adalah tabiatnya yang terbiasa memeluk teman wanitanya jika mereka di dalam keadaan gusar seperti Rina ketika itu.

Rina yang masih tidak sedar membalas pelukan Haikal dan menangis di dada lelaki itu kerana rasa sebuah penyesalan yang teramat dalam. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang menimpa Qalifh ketika itu.

Aqil yang baru mendapat panggilan daripada Mak Sofi berlari dengan sangat laju mencari kelibat Rina. Dia dikhabarkan oleh Haikal bahawa mereka berada di hospital itu untuk merawat Qalifh. Kaki Aqil terhenti. Matanya membulat. Di kejauhan dia melihat Haikal dan Rina berpelukan. Hatinya berasa sakit tiba-tiba melihat aksi itu. Dia tahu tidak sepatutnya dia mempunyai perasaan seperti itu kerana Rina adalah isteri Haikal yang sah. Mereka suami isteri dan tidak berdosa jika mereka berpelukan.

Rina terlihat Aqil dikejauhan. Saat itu Aqil mahu berpatah balik daripada situ. Segera Rina melepaskan pelukan Haikal dan berlari ke arah lelaki itu.

“Aqil.” Rina memanggil apabila tiada tanda-tanda lelaki itu akan berhenti.

Mendengar namanya dipanggil oleh Rina, kaki Aqil terhenti. Dipusingkan badannya dan melihat wanita itu berlari ke arahnya. Rina berhenti didepannya. Dia melihat mata Rina yang merah dan masih di dalam tangisannya.

“Ke mana awak nak pergi?” Rina bertanya sambil mengerutkan keningnya apabila melihat Aqil yang mahu berlalu pergi tidak menyedari bahawa lelaki itu telah melihat dirinya dan Haikal berpelukan.

“Saya tidak perasan awak tadi.” Aqil memberikan alasan cuba menyembunyikan perasaannya. Aqil harus belajar menerima kenyataan bahawa Rina adalah kakak iparnya bukan wanita yang pernah dicintainya sewaktu di universiti dahulu.

“Bagaimana keadaan Qalifh?” Aqil bertanya apabila menyedari bahawa tujuan utama dia datang ke situ adalah mahu melihat keadaan Qalifh.

“Doktor kata koyak sikit saja dan perlukan jahitan. Aqil jangan risaulah, tenangkan Shofwah sebab daripada tadi dia tidak berhenti menangis.” Haikal menjawab pertanyaan Aqil sebentar tadi. Dia sudahpun berada di belakang Rina saat itu. Dia yakin Aqil pasti melihat dirinya dan Rina berpelukan sebentar tadi tetapi entah mengapa dia langsung tidak rasa bersalah terhadap adiknya itu malah ada rasa sedikit puas terbit di dalam hatinya.

“Semua salah saya, kalau saya lebih bertegas dengan Qalifh semua ini tidak akan terjadi.” Rina menyalahkan dirinya lagi.

“Jangan bicara seperti itu. Semuanya yang terjadi sudahpun ditakdirkan. Dengan kejadian ini kita harus mengambil pengajaran agar tidak terulang lagi. Aqil yakin Qalifh juga akan mendapatkan pengajaran daripada kejadian ini. Alhamdulillah, bersyukurlah tiada apa-apa yang lebih teruk terjadi pada Qalifh.” Aqil memujuk Rina yang masih menangis.

Haikal hanya memerhatikan tingkah keduanya. Seperti yang diduga tiada langsung sentuhan daripada Aqil terhadap isterinya wahal dia yang abang ipar Shofwah saja memandai mandai memeluk wanita itu. Tapi dia dapat melihat keduanya saling mengambil berat antara satu sama lain. Buktinya saja Shofwah langsung melepaskan pelukannya dan berlari saat melihat Aqil datang. Terbit perasaan cemburu dihatinya kerana merasakan dirinya hanya sebagai watak sampingan ‘drama’ petang itu.

“Encik dan puan, doktor mahu berjumpa.” Tiba-tiba seorang jururawat keluar daripada bilik rawatan Qalifh dan meminta Haikal dan Rina masuk ke dalam bilik rawatan itu untuk berjumpa dengan doktor yang merawat Qalifh.

“Bukan saya bapa Qalifh, ini bapanya.” Haikal mengundur selangkah dan menunjuk ke arah Aqil.

“Oh, saya minta maaf. Silakan puan dan encik masuk ke dalam.” Jururawat itu tersenyum malu diatas kesilapannya sebelum berlalu masuk semula ke dalam.

“Kamu berdua masuklah. Nanti beritahu abang apa yang doktor katakan.” Haikal cuba tersenyum saat itu apabila melihat Rina dan Aqil sudah masuk ke dalam bilik rawatan Qalifh.
Dua puluh minit berlalu, akhirnya Rina dan Aqil keluar daripada bilik doktor yang merawat Qalifh. Qalifh sudah tertidur di dalam dukungan Aqil kerana lelah menangis. Haikal langsung berdiri apabila melihat pasangan itu kerana tidak sabar mahu mengetahui apa yang dikatakan oleh doktor kepada mereka.

“So, macam mana?” Haikal bertanya tidak sabar.

“Dia baik-baik saja. Cuma selepas ini doktor menasihatkan agar kita lebih berhati-hati. Tiada apa-apa yang serius. Qalifh anak yang kuat dan berani.” Aqil menenangkan Haikal yang kelihatan risau itu.

“Baguslah kalau macam itu. Mari balik.” Haikal berkata sambil mahu mengambil Qalifh daripada Aqil tetapi tingkahnya terhenti apabila melihat Aqil dan Rina saling berpandangan.

“Oh, maaf. Abang lupa kamu ayah Qalifh. Tak mengapalah kalau macam itu. Abang balik dahulu.” Haikal memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya apabila dia merasakan bahawa dirinya seperti sudah melampaui batas.

“Tak mengapa, abang bawa Qalifh dan ibu Qalifh balik ke rumah sahaja. Masih ada urusan yang harus Aqil selesaikan di luar.” Aqil memberikan Qalifh kepada Haikal dan disambut dengan Haikal dengan berhati-hati agar Qalifh tidak terjaga dari tidurnya.

“Aqil nak ke mana?” Sekali lagi Rina mengerutkan keningnya apabila dia merasakan Aqil memang sengaja mahu membiarkan dirinya balik ke rumah bersama Haikal.

“Tak mengapa, Abang Haikal akan pastikan awak selamat sampai di rumah dengan Qalifh. Saya harus selesaikan urusan syarikat yang masih belum selesai.” Aqil memujuk Rina agar mahu mengikuti Haikal balik ke rumah.

“Kamu jangan risau, abang akan jaga Qalifh dan Shofwah baik-baik. Mari Shofwah kita balik ke rumah. Pasti Mak Sofi dan papa sangat risau sekarang.” Haikal bersalaman dengan Aqil sebelum berlalu pergi.

“Aqil…” Rina memanggil masih tidak dapat memahami tindakan lelaki itu.

“Semuanya akan baik-baik saja. Rina percayakan Aqil kan? Rina kena ingat orang yang lebih berhak ke atas Rina dan Qalifh bukan Aqil tetapi Abang Haikal. Walau macam manapun Abang Haikal adalah suami Rina. Dosa seorang isteri lebih memilih bersama lelaki lain berbanding dengan suaminya.” Aqil menasihati Rina yang mungkin terlupa.

Rina diam memikirkan kata-kata Aqil yang ada benarnya. Akhirnya dengan langkah yang berat Rina menuruti langkah Haikal yang sudah jauh meninggalkan dirinya. Dia sempat menoleh melihat wajah Aqil yang sedaya upaya cuba tersenyum disaat itu. Aqil melambaikan tangannya ke arah Rina berharap waktu itu segera berlalu kerana sakit dihatinya saat itu sungguh hanya Tuhan yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience