Bab 2

Horror & Thriller Completed 790

Mereka berhenti di sebuah gerai makan kegemaran mereka.

"Jom Rania. Saya tolong bukakan pintu untuk awak..."

"Danial! Stop it!" jerkah Rania tiba-tiba.

"Stop what?"

"Stop dari panggil awak...Aku gelilah!" balas Rania.

"Okey, fine. Dah jom kita pergi makan." ajak Danial.

Rania menggelengkan kepalanya.

"Apa yang kau nak sebenarnya?" soal Danial yang tidak faham dengan kelakuan Rania.

Rania diam seribu bahasa.

"Aku hantar kau baliklah."

Sunyi.

"Jom" Danial terus masuk kedalam kereta.

Dua minit yang lepas, Rania menjerkahnya tetapi sekarang dia tidak bersuara. Danial membukakan pintu untuk Rania.

Di dalam kereta Rania tidak bercakap dan masih dalam keadaan yang sama seperti tadi. Kebiasaannya Rania akan bercakap tanpa henti dan akan dicop sebagai Rania Mulut Murai.

Danial mula merasakan ada yang tidak kena dengan Rania ketika itu. Danial semakin berfikir bahawa Rania dirasuk atau apa-apa yang berkenaan.

Danial singgah di kedai Seven Eleven sebentar baru sahaja hendak keluar daripada kereta dia terdengar yang Rania membuka mulut mengatakan sesuatu.

Danial cuba bertanya kepada Rania untuk kepastian.

"Kau kata kau nak ikut?", soal Danial.

Rania mengangguk lalu berkata," Aku takut duduk sini sorang-sorang."

Danial keluar lalu membuka pintu sebelah tempat Rania. Rania keluar. Tiba-tiba....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience