Setelah sekian lama kejadian Rania bergambar dengan jejaka tampan yang dipujanya itu, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dimana dia merasakan ramai pelajar perempuan di sekolah tersebut mula menyebut tentang rumor bahawa Rania adalah salah seorang perempuan yang tidak tahu malu. Tiba-tiba "eh Ran, kau ada dengar ke senior sekolah kita gossip pasal kau dengan si Zulakmal?" tanya rakan sekelas Rania yang bernama Moses. "Tak, aku tak tahu tapi aku ada merasakan aura kebencian tu tau hahahaha." ujar Rania pura-pura ketawa namun dalam hatinya sudah bertanyakan banyak soalan 'asal pulak senior perempuan nak mengata aku, haaa aku tau lah aku ni budak biasa je nak dibandingkan si Zulakmal tu kan.' kata Rania bermonolog dalam hatinya. "eh kau mengelamun apa?" tanya Ilya hairan. "Tak, aku tak mengelamun pun. Aku cuma tertanya tau asal senior perempuan tak suka aku, bukan aku yang beria nak bergambar hari tu". ujar Rania polos. "kau tak payah fikir sangat senior tu, dorang cemburu lah tu." ujar Ilya kepada Rania. "ye tahu, aku tak fikir pun selagi dorang tak serang aku." kata Rania lagi. Kring...kring...kring... "baiklah semua, setakat itu sahaja kelas hari ini awak semua boleh pergi rehat ya." ujar guru yang mengajar kelas Rania. "baik cikgu." sahut seluruh kelas itu dengan bersemangat. "Rania ada?" tanya seorang pelajar lelaki daripada tingkatan 5, "ya saya, ada apa ya?" tanya Rania kehairanan. " Ni untuk awak, kawan saya suruh bagi awak. kalau awak tak keberatan nanti balik sekolah kawan saya nak jumpa awak." ujar pelajar tersebut. Rania dengan was-was menerima pemberian pelajar tersebut lalu " kawan awak nak jumpa? siapa ya? kalau saya tak jumpa dia boleh ke?" tanya Rania bertalu-talu. Pelajar lelaki tersebut hanya mengangkat bahu lalu pergi. "weh Ran sejak bila ada pelajar lelaki berani berhadapan dengan kau ni?" Tanya rakan sekelas Rania, "entahlah, setahu aku semua pelajar lelaki tak pandang aku sebab dorang semua gelar aku 'akak pengawas garang', lagipun aku pun lama juga tak marah orang ni". usik Rania yang disambut tawa oleh rakan sekelas dan sahabatnya. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dengan perasaan yang bercampur baur. " agaknya siapa nak jumpa Rania eh?" soal Zulakmal kepada dirinya sendiri. "hoi Zul, kau buat apa intai-intai tu?" tanya Faiz. "eh kau, shhh jangan bising." kata Zulakmal terus menekup mulut sahabatnya itu. Rania pergi ke kantin dengan sahabatnya namun setelah sampai di kantin dia terdengar ada pelajar yang memburukkan dia "eh, kau tahu tak ada budak tingkatan 4 tu dia acah-acah macam si Zul tu suka dia tau." ujar pelajar perempuan tersebut kepada rakannya "ye, aku pun dengar benda sama. Jangan-jangan Rania tu yang perasan eh?" kata pelajar lain manakala Rania hanya menahan marahnya dengan mengenggam jarinya, "jangan Ran, kau pengawas ingat tu." ujar Ilya menenangkan sahabatnya itu sambil memegang tangan sahabatnya. "dahla Lya, aku nak balik kelas. Aku takda selera dah." ujar Rania sakit hati. "bukan aku yang beria nak bergambar dengan dia tau, eeee bencinya aku." kata Rania dengan nada geram. Ilya disebelahnya hanya mampu berdiam. setelah tiba dikelas tiba-tiba "Ran, untuk awak. Makan tau, jangan tak makan. Ni untuk awak Ilya." ujar Zulakmal yang entah tidak tahu datang dari mana. "terima kasih Zul." ucap Ilya manakala sahabatnya Rania masih berdiam. "Ran, cakaplah something. Dia tunggu tu." bisik Ilya. "hm terima kasih, lain kali tak perlu nak susahkan diri awak. Saya tahu lah nak makan bila balik rumah nanti."ujar Rania dengan nada marah. "awak marah saya ke? sebab budak-budak tu tuduh awak bukan-bukan kan?" tanya Zulakmal "tak, saya tak marah saya cuma geram, maafkan saya."ujar Rania dengan rasa bersalah kerana telah melepaskan amarahnya kepada orang yang salah. "baiklah, tak apa. Jangan lupa makan tau, jumpa nanti." kata Zulakmal sambil senyum ke arah Rania. Rania hanya mengangguk dan bertanya dalam hatinya 'jumpa nanti?, dia ke yang dimaksudkan pelajar lelaki awal pagi tadi?' soal Rania kepada dirinya bertalu-talu. "sudah-sudahlah mengelamun tu Ran, makan. Tak lama lagi cikgu masuk kelas ke kau nak simpan makanan tu sebab tu daripada jejaka kesukaan kau?" usik Ilya. "eh kau, aku lempang japgi haaa" ujar Rania geram dengan usikkan sahabatnya itu. 'siapa eh nak jumpa aku nanti?' tanya Rania kepada dirinya sendiri. "Rania...Rania..Rania." panggil guru nya "eh ye cikgu?" jawab Rania laju kerana dia tahu bahawa dia telah melakukan kesalahan saat itu. "ingat siapa tu? ingat si Zulakmal ke?" ujar cikgu Nina bergurau dan gurauan itu disambut oleh tawa rakan sekelasnya. "eh mana ada cikgu hehehehe." ujar Rania malu. "alah awak, semua orang tahu yang awak dengan Zulakmal tu bercinta tau, hati-hati jangan sampai guru displin tahu ye." ujar cikgu Nina. "eerr baik cikgu." ujar Rania sambil berfikir dari mana cikgu Nina mendapat rumor tersebut. 'eh takpelah, nanti Zul habis sekolah habislah rumor tu' ujar Rania dalam hati. Kringg....kringgg...kringg... "baiklah semua, hati-hati balik ke rumah ye." ujar cikgu Nina " Baik cikgu" sahut para pelajar kelas Rania. "eh Ran, kau jumpa budak lelaki tu ke?" tanya Ilya ingin kepastian. "tak nak aku, baik aku balik. hari ni aku rasa penat sangat tau." ujar Rania namun belum sempat Rania keluar dari kelas ada seseorang memanggil nya "Rania, ni ha kawan saya yang nak jumpa awak tu." ujar pelajar lelaki yang berjumpa Rania awal pagi tadi. "eh, oh okay. Tu je kan?" tanya Rania kepada pelajar tersebut. "eh belum, ni ha dia nak berkenal dengan awak." ujar pelajar tersebut lagi. " hm okay." sahut Rania. " Hai Rania, saya Andrew" ujar pelajar tersebut sambil memperkenalkan dirinya. "hi, okay. tu je kan?" tanya Rania lagi. "eh ada lagi" ujar Andrew, "sebenarnya saya su..."belum sempat Andrew menghabiskan kata-katanya "hai sayang, dah? jom kita balik sama. petang ni kita nak jumpa kan?" ujar Zulakmal lantang sambil memegang bahu Rania dan pada masa tersebut semua mata pelajar yang lalu memandang ke arah Rania dan Zulakmal. 'ah sudah, satu lagi masalah' rugut Rania dalam hati. "ehh hm ye, saya balik dulu ye andrew. maaf." ujar Rania tanpa menunggu terus meloloskan dirinya daripada situasi yang hangat tersebut. "eh Ran tunggu!!" teriak Ilya, "Ran kau asal terus pergi macam tu, kau tinggalkan Zul macam tu je" kata Ilya separuh marah "weh kau tak nampak ke laki gila tu buat?!" tanya Rania marah. "awak cakap saya gila ke?" tanya Zulakmal kepada Rania. " ye awak gila, gila sangat-sangat tahu tak?!" ujar Rania marah sambil menahan air matanya. "eh Ran, kau okay ke?" tanya sahabatnya sambil memegang tangan Rania. "tak Lya, aku marah!" ujar Rania dengan nada yang dingin. "awak sini, saya hantar awak balik rumah" ujar Zulakmal yang mula dingin. "eh, tapi Rania balik dengan saya" kata Ilya. "maaf Ilya, boleh tak kali ni saya hantar Rania balik?" tanya Zul dengan separuh meminta izin kepada sahabat Rania agar memahami situasi yang sedang berlaku. "baiklah, Ran kalau kau dah sampai rumah kau call aku tau. Awak Zul kalau awak buat bukan-bukan dekat sahabat saya, saya cekik awak." ujar Ilya dengan separuh mengugut. Zulakmal hanya mengangguk dan senyum. "masuk!" ujar Zulakmal dengan nada serius. Rania hanya menurut kata-kata Zulakmal sambil menahan air matanya. "awak, awak okay ke?, saya minta maaf kalau tindakkan saya berlebih." ucap Zulakmal dengan nada separuh kesal. Rania masih berdiam, oleh itu Zulakmal memutuskan untuk membawa Rania ke tempat kesukaannya iaitu 'icecream&bread'. Rania terkedu seketika bila Zulakmal mengetahui tempat kesukaannya. "jom awak, saya belanja awak." ujar Zulakmal dengan nada ceria. " takpelah awak, saya takda selera nak makan aiskrim harini." ujar Rania dengan separuh menolak permintaan Zulakmal. "baiklah kalau macam tu, awak tunggu kejap boleh?" tanya Zulakamal dan Rania hanya mengangguk. 'hm asal laki ni baik betul dengan aku harini?' tanya Rania dalam hati, 'hm dia rasa bersalah lah tu Ran, itulah dia baik dengan kau' monolog Rania lagi. " nah, ini untuk awak." kata Zulakmal sambil memberikan aiskrim coklat mint kesukaanya, Rania tidak dapat menahan senyumnya lalu "wahh, terima kasih!" ujar Rania dengan nada ceria. manakala Zulakmal hanya mampu tersenyum melihat gelagat Rania. "jadi awak tak marah lagi kan?"tanya Zulakmal. "tak ehehehehe" ujar Rania dan jawapan nya itu membuatkan hati Zulakmal berasa lega. "boleh saya tanya?, kenapa awak panggil saya sayang depan Andrew?" tanya Rania yang berdiam dari tadi akhirnya membuka mulut. "Saya bukan apa tau, saya tak nak awak jadi mangsa lelaki macam Andrew tu, dia tu classmate saya jadi saya tahu perangai dia macam mana, sebab itulah saya datang tolong awak tapi awak marah saya pula bila saya dah tolong, bukan pandai minta maaf tau." ujar Zulakmal panjang lebar disambung lagi dengan nada merajuknya yang membuatkan Rania tertawa. "kenapa ketawa, saya suruh awak minta maaf tau." ujar Zulakmal lagi. "ye saya minta maaf abang senior" usik Rania yang disambut oleh tawa Zulakmal. "dah sudah, saya hantar awak balik. nanti ibu awak marah pula awak balik lambat. Tu satu hal tau, satu hal lagi kalau saya tak hantar awak balik awal saya kena cekik dengan bestfriend awak tu ha" kata Zulakmal yang mengundang ketawa Rania. Setelah sampai dirumah Rania menelfon sahabatnya "Lya, aku dah sampai rumah". " ha Ran, nasib mamat tu hantar kau balik awal kalau tak aku cekik dia". ujar Ilya yang membuatkan Rania ketawa. "ye aku dah sampai, ha aku nak mandi nak rehat apa semua, esok aku jumpa kau." ujar Rania, "ha yela" ujar Sahabatnya itu. 'aku tak tahu lah nak bahagia ke sedih sekarang' monolog Rania dalam hari sambil tersenyum. Manakala Zulakmal dirumahnya 'yes, finally aku dapat hantar dia balik rumah'. monolog Zulakmal sambil tersenyum. "hah, anak mama senyum sorang-sorang tu kenapa?" tanya mama Zulakmal. "eh takdela ma, Zul masuk bilik ye" kata Zulakmal terus meloloskan diri ke bilik tidurnya. "hm yelah tu, anak mama bahagia eh sekarang? ajaklah dia jumpa mama ya" ujar mama Zulakamal separuh bergurau. "eee dahla ma, orang nak masuk bilik,bai" kata Zulakmal terus belari ke biliknya sambil senyum-senyum. ' ishh tak sabarnya nak sekolah esok' kata Zulakmal dalam hatinya. 'jumpa esok Ran' monolog Zulakmal lagi.
selamat membaca yaa!! semoga hari korang indah ^ω^
Share this novel