BAB 6

Humor Completed 3969

“Cuai je? Biasa la kau pun pernah cuai. Ke ada apa-apa. Aku tengok kau tak berkelip tengok budak tu kenapa?”

“Oit kau gila ke? Berkelip la. Kalau tak berkelip mahu rabak mata aku. Aku terfikir dia tu dulu ada buat pembendahan plastic ke. Muka maintain macam budak sekolah. Jealous aku.” See pasal muka macam budak sekolah pun Nadhim nak jeles. Rasanya siapa yang budak sekolah sekarang. Nadhim ke Tasnif?

“So, sekarang ni macam mana?” soal Tasnif dia dah lambat ni. Dia perlu uruskan sesuatu yang penting.

“Macam mana apa lagi. Cuci la sekarang” garang Nadhim. Gaya cakap dah macam marah anak murid pulak. tahu la dia cikgu sekolah rendah. Habis semua orang dia nak latih dia jadi anak murid ke.

“Cepat la bagi baju awak tu” gesa Tasnif. Nak suruh cuci tapi tak nak bagi baju. Terbuntang mata Nadhim dah macam mata kucing Puss dah.

“Gila apa nak tanggal baju dekat tengah orang ramai ni?”

“Dah tahu gila tu kenapa nak suruh saya cuci baju tu sekarang” bidas Tasnif. Terdiam Nadhim kejap. Betul jugak tu. Aku pun satu cakap macam tak serupa bikin.

“Dah la malas aku nak layan kau”

“Hey! masalah ni belum selesai la” amuk Nadhim apabila melihat Tasnif berjalan meninggalkan dirinya.

“Masalah memang tak akan selesai bila berurusan dengan orang macam tak cukup umur ni” bidas Tasnif kuat tanpa menoleh ke arah Nadhim. Ish budak sekolah ni memang saja bagi aku hot betul la. Nadhim mengetap bibir. Geram bercampur bengang. Dari jarak 200meter. Nadhim memandang Tasnif yang sedang berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience