bab 2

Crime Completed 37520

PERLAHAN-LAHAN dia menarik daun pintu.  Mendesah kesakitan, tiap kali mahu menyusun jejak demi jejak. Sudahlah langkah seperti ular kena palu!

Perut juga sakit penangan buku lima sang durjana, sudahlah jasad lesunya  'ditunggang' tanpa kerelaan.  Menerima seksaan pula.  Inikah suami?

Leher nan jenjang di panggungkan tinggi bak si tedung,  untuk dia mencampakkan pandangan ke bawah.  Kerana dia kepingin tahu sama ada, di sebelah bawah   berpenunggu atau tidak?

Sepasang kaki berbelenggu dandan besi, terpaksa diangkat seperlahan yang mungkin kerana beratnya kalungan rantai tersebut.  Tangga berputar beranak sepuluh, ingin dia jejaki untuk turun ke bawah.

Setelah menyakini di sebelah bawah, tiada mata-mata sang durjana.  Dia bukan sahaja mahu ke dapur tetapi cuba mencari, lorong keluar dan pintas. 

Langkah gontainya kelihatan seakan mahu junam ke bawah sahaja.  Dengan pelupuk mata nan redupnya masih lagi terasa perihnya.

Sementara itu...

Atas ranjang,

Pelabuhan mata diangkat sauhnya, setelah lama tenggelam di lautan syahdu semalaman.  Parasnya penuh kepuasan.  Walau dipagut lelah,  ke sebelah dalam ranjang. 

Lopong kerana di sisi tiada berpenghuni.  Segera dia bangkit dan melilaukan gerakan iris mata tajamnya.  Bingkas bangun.  Mengayunkan langkah ke arah bilik mandi namun pabila mulut pintu ternganga, tetap kosong.  Hanya ada wajah sendiri bagaikan arca di permukaan cermin.

“Sayang!”  Nada tegasnya berlagu dalam ruang yang sepi.  Panahan tajamnya melayang semula setelah leher polos  berpusing ke belakang semula. 

“Sayang!” Lontaran kata-katanya bagaikan bom meledakkan angkasa.  Pecah keheningan.

Dadanya berombak-ombak.  Nada syaitannya bersuara lagi menyebabkan bunga-bunga kemarahan yang ingin membenih di wajahnya sudah jelas kelihatan.  Laju gerakan bola mata menjangkau keadaan sekeliling.

Panahan mata makin tajam menikam dan kini tercampak pandangan ke arah bibir jendela yang ternganga.  Dan dengan sepantas sang belang dia berlari.  Mengulum senyum.  Genggaman buku lima menghentam jenang tingkap. 

Pada detik sama...

Manik-manik keringat sudah bercambah sana dan sini, walau dicumbui sang nafas malam. Sekarang dia sudah mematung diri di kawasan luar  vila tersergam indah atas bukit. 

Biar pun,  dia berjaya keluar melalui pintu dapur yang tanpa ada sesiapa sedari tidak berkunci dengan betul. Tetapi tatkala sepasang kaki polosnya tegak terpacak di kawasan garaj yang menempatkan barisan kereta mewah menjalar, dia kematian langkah.

Perdu hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran.  Kata-kata kaca menikam sukma yang memalu masih lagi terngiang-ngiang.

Hampir beberapa bulan tak menghirup udara luar.  Apatah lagi, berada di kawasan luar.  Raga serta sukmanya terpasung dalam perut teratak nan agam atas puncak itu.

Menggeletar tangan walau dikibas berkali.  Sang bayu pula asyik menghela nafasnya yang panjang, saat dia mahu cepat dalam  buka mulut pintu pagar  belakang  teratak agam tersebut.

Tatkala jasad sudah berada di batas nafas bergeloranya.  Helaan nafas panjang kedengaran, kerana masih lagi gagal. 

Wanita ini, tiada cara lain lagi melainkan memanjat jalinan pagar elektrik itu.  Dia pasrah seandainya, nyawanya tak lama. 

Wanita ini, tetap mahu lari dari teratak neraka di sebelah belakangnya itu.  Kebimbangannya masih membakar. Resah dan gusar silih berganti.

Panas relung dada bagaikan terbakar.  Ditemani pula nada syaitan yang berlagu lagi.  Lelaki itu terus mengayunkan langkah mantap dan penuh keyakinan.

Balingan puntung rokok atas lantai simen, menerima penangan dari sepasang kaki berkasut kulit itu, saat sedang membilang jejak. 

Jasad lesu yang membagi belakang itu pula, masih lagi tidak perasan bahawa dirinya makin di hampiri lelaki yang sedang menahan, bahang nyalaan tak berkilaunya dari meledakan api amarah.

Setelah beberapa detik,  diri umpama gunung berapi pendam akan meletuskan percik-percik api kemarahan serta mengalirkan pula lava-lava amukan.

Sepantas kilat jari beruratnya menekan punat kuning pada benda pipih nan gelita dan mulut  pintu pun ternganga dengan luas.  Lima ekor anjing dari jenis kumpulan serigala berlari ke arah pagar.

Melayangkan panahan tajam mereka tatkala bola mata menangkap pandangan.  Ada seseorang cuba memanjat pagar berelektrik belakang  teratak agam tuan mereka.

“Ya Allah!” 

Jasad lesunya masih lagi duduk tercantuk, tidak sempat memanjat naik semula setelah merudum ke tanah berlalang.  Dia yang baru bangun dan mahu memanjat semula, terus-menerus menerima  sergahan kumpulan haiwan bergigi nan runcing.

Dia dihambat kegamangan sehingga jasad mematung.  Pelupuk mata yang sentiasa bergayutan dengan pawana kelabu, terkelip-kelip kini tak ubah si kodok kena simbahan.

Dia kini berada dalam keadaan genting dan mengerikan dengan apa yang kumpulan haiwan bergigi nan runcing itu persembahkan.  Kerdipan mata mereka sahaja bagaikan membayangkan suatu ketidaksenangan.

Dan derus sang nafas malam terus meniupkan debu-debu gersang...

Nafas dirundung kesesakan.  Tercungap-cungap keletihan.  Paras itu sudah tersandar lesu tanpa gerak.  Pasrah!

Apabila salah-seekor dari kawanan anjing berwajah seakan serigala tersebut, melompat lalu menerpa  ke tubuh mematungnya.

“Allah!”  pekiknya menyilang tangan menutup muka.  Terdongak apabila leher jenjang di sauk lalu menerima pula lingkaran dari satu lengan berkeringat, dari arah belakang.

Dalam masa sama, padang belakang jasad lesunya terasa ada benda tajam sedang menusuk.  Sakit. 

Dia cuba meronta sambil mengundur namun tidak terkesan pada si penyerang. Malahan makin dalam hirisan dari bibir belati ke belakang lehernya, nan seputih pawana di lazuardi firus sehingga menumpahkan cat merah nan likat.

“Kau nak ke mana sayang? Kau nak lari dari aku? Kau fikir kau boleh terlepas dari aku,hah sayang?”  Suara garau berbau nikotin, menikam gendang telinga.

Irama salakan anjing telah mencerahkan laman hadapan tatkala bercahayanya neon-neon dari padang siling.  Kelihatan beberapa pemuda berkot hitam, keluar dengan pistol di tangan.

“Sakit, lepaskan aku.  Tolonglah lepaskan aku jika kau tak cintakan aku tak guna kau simpan aku."  Nada Lara lirih.  

Dia tetap cuba meleraikan jalinan erat lengan lelaki tersebut, dari menyesakkan  nafasnya yang sememangnya sudah tersandung kewalangan. 

“Siapa kata kau tiada kegunaan,hah sayang?  Kau te...tap ada kegunaan untuk aku sayang... tetap ada...”

Lontaran kata-kata kaca ke kalbu itu, diiringi pula dengan cecahan  lidah nan memanjang kebasahan ke cuping   telinga milik Larasati. 

Memang lelaki ini tidak mahu perempuan dalam jalinan dakapan dia ini, namun gelora batin mahu!

Thum!

Tangkas tendangannya laksana kaki kuda.  Hanya dengan sekali tujahan dari kaki kanan, mulut pintu dapur terlopong luas.

“Masuk aku kata!”  Kata-katanya meluncur sekali dengan pandangan sinis dan dinginnya.

Ghazali menendang pula jasad umpama patung itu, lantas bergolekan laju seperti mana sebiji bola menuju  ke tiang gol. 

Tiada langsung rasa belas kasihan dalam relung dada, lelaki durja tersebut.

“Kau memang sengaja nak cari kemarahan aku?”  Nada tertanya dengan panas hatinya menggoncang,  terus dia hamburkan. Setelah menutup mulut pintu dengan menerjang.

Leraian-leraian rambut ikal mayang terus di cekak dan digenggam, sekuat hati untuk menegakkan batang leher kanvas wajah yang di penuhi lukisan airmata bertintakan darah. 

Dalam keadaan terpanggung leher bak si tedung selar.  Ghazali melayangkan busur mata lalu menjunam pula ke cerun sempit milik Lara, dikala berada dalam keadaan sedemikian.

Panahan matanya terasa amat tajam menggentarkan kalbu.  Dengan sukmanya, sudah kian berkelana jauh di perbatasan batas nafas geloranya.  Makin laju gerakan buah rengkungnya bila muncul pula manik bening memagari.

“Lepaskan aku!!!” 

“Ceraikan aku, Ghaz.  Ceraikan aku!  Tak guna kau simpan aku. Aku bukan boneka kau.  Aku juga bukan punching bag engkau.  Ceraikan aku!!!” 

Puih!

“Kau nak aku lepaskan ya?  Lepaskan ya!  Ni dia!” 

“Argh!!!”   Pekikan bergema.

Akibat kepetahan belahan bibir merahnya berbicara, jasad lesunya sekali lagi menjadi papan libasan tali pinggang. Dan setelah puas,  tubuh yang sama juga menjadi ‘kuda’  Ghazali yang sememangnya kian kemaruk.

Larasati Aisya di perlakukan dengan kejam sekejamnya.  Hati tadinya pejal menjadi cair umpama  ais yang di letakkan bawah terik mentari.

Sungai airmata Larasati tidak pernah mengering. Hanya jiwanya sahaja yang ketandusan.

Membaham bibir berulas limau biru keunguan bukan saja pada Lara, malah pada si penghendap. 

Sungguh dia kasihankan nasib wanita yang dia panggil kakak itu, menjadi tawanan kepada Ghazali yang bertopengkan dusta.

Kilas belakang dan dalam masa sama, jasad yang dah terdiam itu, masih lagi dalam 'tunggangan' sambil belahan bibir dipagari rerumput kumis sederhana tebal itu, mengulum senyuman penuh kesinisan.

Bukannya dia tidak tahu. Ada mata sedang melayang dan mengintai perbuatannya itu.  Memang dia mahu yang memerhati itu lihat sendiri, apa yang dia mampu lakukan jika segala arahannya di ingkari.

Terduduk. Wajah garangnya diminyaki keringat penangan usaha 'beratnya' tadi. Dan jasad lesu itu, ditendang begitu saja sehingga tergolek lalu kaku. 

Lara pengsan, akibat tidak mampu bertahan lagi.  Memasang api rokok sebelum menghisapnya dan terus menghembuskan.  Mekar lagi bunga senyumannya dengan pelupuk mata kian labuh dalam keasyikan dengan hisapan nikotin.

Bola mata meluncur laju serta menjangkau semula belakang. Jari telunjuk menekan punat pada benda pipih empat segi hitam.

Dan sekejap itu juga, ada dua orang wanita berpakaian gaun beropol corak sama di arahkan untuk membawa naik Lara ke kamar semula. 

Tanpa sebarang bantahan, mereka mengangkatnya, walau dihujani rasa segan tatkala melihat jasad yang separa terdedah itu.

Telefon bimbit menari-nari di dalam poket seluar yang melorot ke bawah itu.  Segera tangan dijunamkan ke dalam poket lalu mengeluarkan telefon bimbit dari jenama mewahnya itu. 

“Hello... herm, baik aku datang.  Pastikan semua ada. Perempuan berapa ramai?”

MEMERHATI dengan penuh teliti setiap lekuk, ceruk yang ada di permukaan pistol bermuncung berapi dalam pegangannya itu. 

Hadapan dia pula, di penuhi pelbagai jenis lagi dan kesemuanya, buatan Amerika bukan tempatan.  Lepas satu, satu benda besi bermuncung berapi tersebut, di angkat lalu diperiksa dengan panahan tajamnya.

Kuluman senyum penuh makna. Sebelum bola matanya beralih pula ke sebuah van warna putih. Makin lebar senyuman.

Di mana dalam perutnya, penuh dengan paket-paket putih yang bakal disumbatkan ke dalam tubuh para ‘keldai’ mereka. 

Dikoyak sedikit, lalu dikuis sedikit sebelum lidah menjalar dan menjilatnya.  Kulum senyuman lagi, lalu menghamburkan kembali serbuk putih itu ke atas lantai bumi.

“Shit!” jerit seseorang.  Keadaan setenang air di kali, kini menjadi gegak-gempita laksana bumi mahu terbelah!

Terowong telinga masing-masing dihidangkan dengan irama lagu berapi-api muntahan peluru serta senandung lagu kereta polis.

“Tak guna. Siapa anjing polis!”  Busur-busur mata dan tikaman lidah keris Ghazali mendera mereka-mereka yang juga termangu-mangu di situ, bagaikan tidak mengerti dengan apa yang sudah berlaku.

Ghazali turut memuntahkan mata peluru berapi miliknya ke udara, sebelum dia halakan pula muncung berapi ke arah pemuda-pemuda berbangsa cina yang terdahulu sudah menggeleng.

Hanya ada seorang daripada mereka yang berparas riak kosong.

“Kau?”  Nada tertanya Ghazali menemani muncung pistolnya yang sudah beralih arah. Sepasang mata sinis dan dingin dia tujukan.

Pemuda berparas putih merah, bermata sepet terus menarik picu muncung berapinya, cahaya merah bersinar. Ghazali pula terpaksa menunduk, sebelum berlakunya acara kejar-mengejar.

Lagu tembakan sana-sini, di antara kumpulan Ghazali dengan kumpulan pemuda dari tanah sutera itu.

Kereta peronda polis, semakin menghampiri tempat kejadian dengan iramanya. Perdebatan makin panas!

Nada syaitannya bersuara lagi. Segala bahasa kesat diluahkannya. Carut-mencarut terlalu indah baginya.

Nasibnya agak baik, apabila dapat melindungkan jasad berkot hitamnya itu, di balik timbunan papan bertingkat yang di susun secara berteres.

Dadanya berombak-ombak dengan pistol berapinya masih lagi dalam genggaman.  Kanvas wajah merah padam itu, sedang menahan ledakan api amarah.

Jerit-pekik memeriahkan suasana setenang air di kali tadi. Habis kesemua kembang-kembang desa yang bakal diterbangkan ke serata negara untuk menyeludup dadah dalam tubuh mereka, dibelenggu gari serta rantaian besi oleh polis.

Begitu juga dengan van-van berisi senjata api serta paket dadah.

“Tak mengapa. Aku yakin... satu hari nanti, dia pasti akan jatuh ke perangkap kita,” sahut si rakan pada salah-seorang pemuda yang kini sudah menanggalkan rambut palsunya. 

Dialah ‘mata-mata’ polis bukannya lelaki yang Ghazali muntahkan peluru berapinya sekejapan tadi. Kesemua mereka mulai mengorak langkah membilang jejak.

Manakala Ghazali pula, masih lagi tersandar. Dia cuba menelefon yang lain namun tak berangkat. 

“Tuan, nasib jumpa di sini,” Lontaran kata-kata tersebut sudah memasuki ke dalam terowong telinga, Ghazali.

Ghazali masih lagi berjaga-jaga. Layangan busur mata menjangkau kawasan sekitar. Dengan pantas pistol muncung berapi, terhala ke arah lelaki tersebut. 

Lelaki itu pula terlepas pistol dari tangan dengan paras bertoreh tak berdarahnya.  

Dia orang suruhan Ghazali juga bukannya orang lain.  Setelah bola mata yang mencari-cari jatuh ke paras tersebut, barulah Ghazali menurunkan muncung pistol ke bawah. 

“Sekarang bagaimana?” Ghazali mengalunkan kata-kata beriringan pandangan sinis dan dingin. Bola mata tetap membelingaskan pandangan ke sekitar.

“Habis semuanya...”  sahut orang suruhannya itu, debar jantung memukul dada, resah apabila jemari berurat milik Ghazali masih lagi berlegar-legar di picu.

Ada sesuatu yang mahu dia bicarakan namun tatkala anak mata hitamnya dan Ghazali bertukar renungan, kesat lorong rengkungan bagaikan menelan batu-batu kerikil.

“Shit! Bangsat!”  Itu sahaja yang terluah dari belahan bibir sedikit kehitaman serta di pagari kumis sederhana tebal milik Ghazali.

Jejaka kacak berdarah EuroAsia.  Eropah dan Korea.  Lelaki yang melemahkan jantung setiap wanita serta gadis sehingga terkulai di pangkuannya lalu dia...

 

Jejaka kacak berdarah EuroAsia.  Eropah dan Korea.  Lelaki yang melemahkan jantung setiap wanita serta gadis sehingga terkulai di pangkuannya lalu dia...  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience