BAB 3

Short Story Series 3885

"What's wrong with you!"

Daddy membebel dalam kereta. Aku cuma senyap dan memandang ke arah luar.

Tadi aku macam orang rasuk. Aku memekik dan tuding jari pada gadis yang aku nampak dalam tandas. Aku cakap dia hantu. Orang lain kecut perutlah bila dengar macam tu.Daddy bergegas datang nak tengok keadaan aku.

Bila gadis tu pergi dekat cermin, ada je imbasan dia. Maknanya dia bukan hantu. Noah suruh daddy bawa balik aku. Mungkin aku tak sihat padahal aku sihat je.

"Belum sampai separuh hari dah buat perangai! Jangan ingat daddy tak tahu perangai kamu tu. Drama queen sangat! Malu daddy dibuatnya."

"Apa ni daddy! Sophea tak berlakon! Sumpah! Sophea tak nampak dalam cermin imbasan dia. Jadi Sophea betul-betul ingat dia hantu."

"Tulah! Suka sangat pergi tandas. Setiap kali nak larikan diri, pegi tandas. Bila nampak benda tak patut mulalah!"

"Sorry."

"Esok jangan nak buat hal! Kalau kamu buat perangai lagi, daddy takkan tunaikan apa-apa yang kamu minta Sophea!"

Aku akur sahaja.

Daddy hanya hantar aku sampai pagar lepas tu kembali ke syarikat semula. Hari ni pemandu kami tak sihat, so daddy ke drive sendiri.

Aku berjalan masuk ke perkarangan rumah sehingga sampai di hadapan pintu. Loceng ditekan. Donna membuka pintu.

"I'm home."

"Eh! Awalnya cik Sophea balik."

Aku cuma hadiahkan senyuman kelat kepadanya sebelum naik ke tingkat atas menuju bilik. Pintu ditutup dan dikunci. Tubuh dihempas atas katil.

"Serabut betul!"

Kali ni daddy memang tak nak bagi muka pada aku dah. Apa yang aku cakap daddy tak nak percaya. Kalau abang, semua daddy percaya. Aku ni macam anak tiri daddy. Dulu waktu sekolah dihantar ke asrama. Masuk kolej pun jauh dari rumah. Entah kenapa. Mungkin daddy tak suka ada anak perempuan kot.

Aku buka beg dan keluarkan telefon. Ada mesej whatsapp daripada group aku, Suzy dan Melissa. Mesti mereka borak macam-macam. Tak ada moodlah nak layan. Ada satu nombor tak dikenali whatsapp aku. Aku buka dan lihat

unknown number:
Take care princess.

Princess? Rasanya yang panggil aku princess cuma Noah seorang. Belum pernah lagi orang lain panggil aku macam tu. Noah ke? Silap nombor kot.

Aku pejamkan mata dan terus tertidur. Sedar-sedar sahaja sudah malam. Lama sangat. Tak ada siapa ke kejut aku? Dengan pakaian kerja tadi yang belum ditukar.

Teruk betul kau ni Sophea.

Selesai membersihkan diri, aku turun ke tingkat bawah kerana terasa lapar pula.

Keadaan persekitaran hanya suram.

Aku beranikan diri menuju ke arah dapur. Tiba di dapur, aku berhenti melangkah bila mendengar sesuatu.

Bunyi dengusan dan sesuatu sedang makan agak rakus di dapur itu. Aku yakin benda itu bukan manusia kerana aku langsung tidak nampak makhluk apakah yang berada di situ. Perlahan-lahan aku berjalan menuju singki dan terpaku.

Dalam keadaan samar, aku nampak satu makhluk sedang bercangkung dan makan sesuatu. Tiba-tiba dia menoleh ke arahku. Matanya merah dan giginya runcing. Aku apalagi. Menjerit sekuat hati dan rebah tidak sedarkan diri.

??????

Perlahan-lahan aku buka mataku. Aku lihat mummy berada di sebelah.

"Sophea, kamu okay?"

Bau ubat menyucuk hidung. Aku pandang sekeliling.

"Kamu dekat hospital sekarang. Malam tadi Donna terjaga bila dengar jeritan kamu."

Mata tertancap pada lengan yang sudah siap berbalut.

"Kenapa dengan tangan Sophea?" Soal aku.

Kali ini mummy diam.

Pintu dibuka seseorang. Muncul Noah bersama daddy. Wajah Noah nampak risau. Aku pula pelik. Perlu ke beritahu dia pasal aku. Dia tak ada kaitan dengan keluarga kami. Aku baru kenal dia semalam.

"Sophea, are you okay?" Soal Noah.

Kau nampak aku okay ke? Trauma semalam tak habis lagi. Sedar-sedar lengan berbalut. Huh! Lagi mahu tanya ke?

Dia senyum sahaja seakan membaca apa yan berada dalam fikiran aku.

"Boleh tak tinggal i sendirian dengan Sophea? I janji tak apa-apakan dia." Ucap Noah.

Daddy angguk dan bawa mummy keluar dari bilik wad.

"Nak bincang pasal apa? Pasal kerja? Awak tak nampak ke saya tengah sakit ni?"

Noah tak menjawab apa dan duduk di atas katil tanpa dipelawa. Dia pegang lengan aku dan buka balutan luka itu.

"Hei! Awak nak buat apa ni! Saya jerit nanti!"

Dia letak jari telunjuk pada bibir aku. Terus aku terdiam.

Aku pandang luka di lengan. Macam kesan gigitan sesuatu. Benda tu gigit? Oh God! Aku akan bertukar jadi zombie ke tak lama lagi? No way!

"Tak, you takkan bertukar jadi zombie."

Laju mata memandang Noah.

Weh! Dia baca fikiran akulah!

Noah keluarkan satu botol kecil dalam poket. Ada cecair jernih di dalamnya. Dia buka dan titiskan satu titik pada luka aku. Serta-merta luka itu sembuh tanpa meninggalkan sebarang kesan parut. Aku tercengang.

"Ubat apa tu?"

"None of your business."

"Aik. Dah letak pada luka saya, lepas tu cakap macam tu pula."

"Boleh tak jangan tanya apa-apa? I cuma nak tolong sembuhkan luka you je."

"Ala bolehla. Saya tetap nak tanya. Ubat apa tu?"

"Tak payah tanya princess. I takkan explain tentang itu. It's complicated."

"Hurm yelah. Terima kasih."

"Eh kejap. Awak ke yang whatsapp saya petang semalam?"

Dia senyum tanpa menjawab apa-apa dan terus keluar dari bilik wad itu.

Pelik betul Noah itu. Aku baru nak tanya pasal makhluk yang aku nampak semalam tak sempat pula. Nantilah aku tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience