Chapter 45

Romance Completed 35261

“Assalamualaikkum miss. Saya Wina. Saya nak tanya Amir di bilik nombor berapa.” Wina menyoal kepada receptionist di hospital Shah Alam.

“Waalaikumsalam. Amir? Boleh saya tahu nama penuh pesakit yang cik cari?”

“Amirul Nasruddin bin Dato’Othman.” 

“Sekejap cik. Saya semak dalam sistem.” ujar receptionist kepada Wina. 

“Wina ?” 

Wina menoleh ke belakang apabila mendengar seorang lelaki yang memanggil namanya. 

“Ye, saya. Encik ni siapa?” 

“Saya kawan Amir. Dia tengah tunggu untuk jumpa awak. Dia tengah tarung nyawa sekarang.  Ikut saya.” kata kawan Amir yang bernama Hisham.

Tanpa bertanya lanjut, Wina mengikut Hisham. Otaknya tidak mampu untuk fikir apa-apa. Hanya keadaan Amir sahaja berlegar di minda Wina. Di manakah Amir? Bagaimanakah keadaan dia? Kemalangan teruk ke? Adakah Amir akan tinggalkan Wina selama-lamanya? Tiba-tiba Wina berasa salah kepada Amir. Rasa bersalah kerana tidak melayan Amir di rumah Dato’Johari. Tidak percayakan Amir bahawa dia mencintai dirinya. Tidak fahamkan perasaan Amir apabila Sofia Amelia berkahwin dengan Iskandar Faiz. Marahkan Amir tanpa mempedulikan perasaan Amir ketika itu. 

“Naik Wina.” ajak Hisham lantas buka pintu kereta.

“Naik? Kita nak pergi mana encik?” gementar Wina. Baru dia terfikir, bagaimana dia boleh ikut lelaki itu. 

“Amir sudah pindah ke KPJ. Itu yang saya nak bawa awak ke sana.” 

“Encik ni betul kawan Amir ke?” soal Wina.

“Ye lah. Kenapa tanya? Tak percaya ke?” terkejut Hisham dengan soalan Wina. Ingatkan dia ikut aku tanpa menyoal.

“Bukan macam itu. Sebenarnya… erm..” 

Hisham keluarkan telefon bimbit dan membuka galeri. Gambar dia bersama Amir tunjukkan kepada Wina sebagai bukti persahabatan Amir dan Hisham.

“Sekarang percaya tak?” duga Hisham.

“Hmm.” balas Wina bersama dengan anggukan. 

“So, shall we move?”

“Yes.” balas Wina dan masuk ke dalam kereta Porsche milik Hisham.


***************************

“Sayang, dah bersiap?” Iskandar Faiz memerhatikan Sofia Amelia yang sibuk memakai scarf hitam. 

“Done. Kejap ye.” kata Sofia Amelia dan mengeluarkan sekotak kecil dari laci.

“Ini untuk abang.”

“Untuk abang?” pelik Iskandar Faiz.

“Yes. Buka lah.”

Dengan sedikit rasa pelik Iskandar Faiz membuka kotak pemberian Sofia Amelia. 

“Necktie?” 

“Yes abang. My first gift for you. I want you to wear this tie, can?” meminta Sofia Amelia. 

“Of course can. Tapi bila sayang pergi beli?” tanya Iskandar Faiz. Setahu dia Sofia Amelia bersama dia selepas balik dari kampung. Bila masanya Sofia Amelia keluar?

Sofia Amelia mendekati suami untuk memakaikan tali leher. Bibirnya dari tadi mempamerkan senyuman manis.

“I asked Rohani dan Christina to buy. Mereka pergi mall semalam. Saya minta tolong. I just wanted you to wear my gift on your first day at your office. So, mereka snap all neckties ada di situ. I chose this and asked to buy this for you, specially for my husband.” cerita Sofia Amelia. Mata mereka bertaut. 

“Terima kasih sayang. Abang really appreciates this.” perlahan-lahan bibir Iskandar Faiz cium bibir Sofia Amelia. Mereka berdua menghayati ciuman mereka sehinggalah deringan telefon bimbit Iskandar Faiz berbunyi. 

“Hish! Siapa lah call aku ni?” rungut Iskandar Faiz.

“Dah, pergi attend call abang. Sebabkan abang lipstick dah comot. Nak pakai balik.” 

“Yelah. Get ready, go.”

Nama Tarshan dipapar di telefon bimbit Iskandar Faiz. 

“Kacau daun betullah mamat ni. Baru nak romance dengan bini aku.” rungut Iskandar Faiz dalam hati dan menjawab panggilan kawan baiknya itu.


******************************

Hisham membawa kereta dengan tenang. Wina tidak boleh berhenti memikirkan keadaan Amir. Dalam hati tidak puas berdoa untuk selamatkan Amir. 

“Encik, kita kena belok kanan untuk pergi ke KPJ. Kenapa encik pergi terus je?” Wina mula rasa takut. Adakah dia terperangkap?

“Tenang cik. Sekejap lagi sampai lah.” Hisham balas tenang.

“Encik jangan nak bawa saya ke mana-mana. Saya percaya encik. Sebab itu saya setuju untuk pergi bersama encik.” gugup Wina.

“Aduh, dia ni nangis lah pulak. Amir, sebabkan kau aku jadi jahat di mata minah ni. Kalau lah aku tak ikut rancangan gila kau, dia tak akan anggap salah diri aku.” bebel Hisham dalam hati. 

“Wina, sabar ye. Kita akan sampai ke sana dalam 15 minit je lagi.” Hisham sedar Wina berasa takut. 

“Ya Allah, selamatkan lah aku. Aku takut.” 


***************************** 

Iskandar Faiz dan Sofia Amelia tiba di pejabat baru. Bapa mentua, Dato’Johari dan juga Dato’Othman telah sampai ke pejabat awal pagi lagi. Mereka semua tunggu untuk Iskandar Faiz dan Sofia Amelia. Keluarga Iskandar Faiz tidak dapat menghadiri hari penting itu kerana Ismail agak sibuk dengan persediaan majlis nikah adiknya, Tasha.

“Selamat datang pengantin baru.” jemput Tarshan.

“Mana ada pengantin baru?” Sofia Amelia rasa malu apabila panggil sebagai pengantin baru.

“Betul kan Sofi. Baru je korang kahwin kan. Baru nak masuk 3 minggu.” kata Tarshan.

“Dah, dah. Tak perlu nak kacau bini aku, bro. Can we start our event?” memotong Iskandar Faiz.

“Cemburu ke? Sofi, suami kau tak bagi aku cakap dengan kau.” Tarshan mencebik.

“Tar, better kau masuk sekarang.” arah Iskandar Faiz. 

“Alright bro. Tak payahlah marah-marah aku. Depan isteri cantik.” balas Tarshan dan masuk ke dalam pejabat.

“Jealous ke abang?” Sofia Amelia usik. 

“Mana ada abang jealous?” nafi Iskandar Faiz. Namun hakikatnya, Iskandar Faiz berasa sedikit cemburu apabila kawannya bercakap dengan Sofia Amelia.

“Abang, I am yours. Tak payah nak cemburu abang.” bisik Sofia Amelia lembut.

“I knew that sayang.” 

“Is.” Iskandar Faiz dan Sofia Amelia terkejut tengok Wahidah Tiara di situ.   

“Tia?” 

“How are you Is? Rindu saya tak? I know you miss me so much.” kata Wahidah Tiara dan merangkul lengan Iskandar Faiz. Senyuman sinis diberi kepada Sofia Amelia. Sofia Amelia mula rasa tidak sedap hati. Malah apabila tengok rangkulan tangan di lengan Iskandar Faiz, hatinya mula rasa sakit.

“Abang, can we go in?” 

“Yes sayang.” 

“Is, marilah kita masuk.” Wahidah Tiara mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam.

“Tia, lepaskan lengan saya.” Iskandar Faiz perasan perubahan pada wajah Sofia Amelia. Iskandar Faiz turut rasa tidak selesa akan kehadiran Wahidah Tiara di situ.

“Kenapa saya kena lepaskan lengan awak? I am your love, kan. I have rights.” Wahidah Tiara balas dengan tegas.

“Who said?” Iskandar Faiz menarik tangan dengan kuat. Terlerailah pegangan Wahidah Tiara. Tanpa menunggu balasan dari Wahidah Tiara, Iskandar Faiz meraih tangan Sofia Amelia. Bibir Sofia Amelia ukir senyum. Dirinya rasa dihargai apabila Iskandar Faiz mengutamakan dirinya sebagai isteri.

“Iskandar Faiz!” jerit Wahidah Tiara kuat sehinggalah semua yang berada di pejabat Iskandar Faiz keluar. Semuanya dengar jeritan Wahidah Tiara.

“Awak nak apa Tia?” Iskandar Faiz naik geram. 

“Saya nak ajak awak kahwin dengan saya.” Wahidah Tiara memberitahu hajat dia datang ke situ. Semua yang berada di terkejut mendengar ajakan Wahidah Tiara terutamanya Sofia Amelia, Iskandar Faiz, Dato’Johari dan Dato’Othman. 

“Apa awak merepek ni Tia?”

“Mana pulak saya merepek Is? I am serious. Saya nak kita kahwin.” 

Terkedu Sofia Amelia. Risau suaminya akan beralih kepada Wahidah Tiara. Kalau suaminya setuju untuk kahwin dengan Wahidah Tiara, macam mana dengan dirinya? Mampukah hidup tanpa Iskandar Faiz?

“Stop it Tia. Better awak balik sekarang.” 

“Is, jangan suruh saya balik. Awak bersetuju untuk kahwin dengan saya. We will be happy. Saya tahu awak tak happy sekarang. Betina ni tak dapat nak membahagiakan awak. Saya tahu awak terpaksa kahwin dengan betina gatal ni. Dia sengaja terperangkap awak untuk kahwin dengan dia. Entah-entah dia memang sudah tidur dengan jantan lain pada hari itu.” Wahidah Tiara menuduh tanpa menghiraukan sesiapa. 

“Wahidah Tiara!” tangan Iskandar Faiz meninggi untuk tampar Wahidah Tiara. Rasa marah membuak saat Wahidah Tiara menuduh isterinya. Nasib baik Sofia Amelia mencelah. Kalau tidak, lima jari milik Iskandar Faiz akan singgah di pipi Wahidah Tiara.

“Sampai hati awak Is.” air mata Wahidah Tiara menitis.

“Tia! Sofi isteri aku. Isteri aku yang sah. Kau  tak ada hak nak tuduh isteri aku yang bukan-bukan. Aku tak akan berdiam kalau kau menuduh isteri aku! Faham! Kau dengan aku tak ada jodoh.” kata tegas Iskandar Faiz.

“Wait. Awak bahasakan diri awak aku and kau.” 

“Ye. Sebab kau dah lebih Tia!” 

“Is, I’m sorry. Awak kahwin dengan saya. Awak ceraikan perempuan ni.”

Naik bengang Iskandar Faiz. Terkedu Sofia Amelia. Dato’Johari menggelengkan kepala. Pening dengan situasi tersebut.

“Diam Wahidah Tiara!” Kau dengar sini eh! Aku tak sesekali ceraikan isteri aku! Aku cintakan dia sepenuh hati aku! Kisah kita sudah tamat. Aku tahu tak mudah untuk lupakan semua memori kita. Tapi, maha esa sudah tertulis jodoh saya dengan Sofi. Tolong Tia. Please move on.” berundur suara Iskandar Faiz. 

“Is. Saya tak kisah kalau awak tak nak ceraikan dia. Saya sanggup jadi isteri kedua awak.” 

“AstaghfirullahAzhim. Ingat Allah Tia. Maafkan saya Tia. Saya tak boleh. Sofi adalah satu-satunya isteri saya sampailah akhir nafas saya. I hope you understand.” balas Iskandar Faiz dan membawa Sofia Amelia dari situ. 

“We will marry one day Is. I won’t leave you Iskandar Faiz!” laung Wahidah Tiara sebagai seorang yang hilang waras.


********************** 

“Wina, kita sudah sampai. Turun lah.” Hisham memberitahu kepada Wina. 

Wina berasa pelik. Kenapa pula Hisham bawa dia ke situ? Mereka di port dickson. Bunyi ombak jelas didengari. 

“Kenapa bawa saya ke sini? Amir ada di sini ke?” 

“Yes. Get down Wina.” kata Hisham dan membuka pintu Wina.

Wina terkebil-kebil keluar dari kereta. Matanya mencari kelibat Amir. 

Muzik piano mula bermain. Seorang wanita menghampiri Wina dan memberi hamper yang mengandungi handbag jenama polo, perfume dan juga lipstick jenama Mac. Tiba-tiba terdengar seorang lelaki bernyanyi lagu ‘Cinta luar biasa, Andmesh’. 

“Terimalah lagu ini

 Dari orang biasa

 Tapi cintaku padamu luar biasa

 Aku tak punya bunga

 Aku tak punya harta

 Yang kupunya hanyalah hati yang setia

 Tulus padamu”

Amir muncul di hadapan Wina dengan sejambak bunga ros. Jambangan bunga itu diperbuat daripada 100 bunga ros. Air mata Wina gugur dari mata. Amir menghampiri Wina dengan senyuman manis. Air mata Wina diseka perlahan oleh Amir. 

“Sayang juga awak dekat saya kan.” bisik Amir.

“Kenapa awak tipu saya Amir? Saya takut tahu tak.” 

“Sebab saya nak awak datang ke sini. Saya tahu awak marahkan saya. Awak kecil hati dengan saya. Saya nak bagi surprise. That’s why I planned like this.” 

“Tapi kenapa awak bohong guna nyawa awak? Saya tak suka tahu tak.” balas Wina geram. 

“I tried to be romantic. Salah ke?”

“Saya tak harapkan semua ini Amir. Saya cuma nak awak jujur sayangi saya.” luah Wina.

“I will Wina.” balas Amir jujur. 

Kotak cincin keluarkan dari poket. Cincin berlian dikeluarkan dari kotak itu.

“Will you marry me Wina Elmira?”

“Accept him! Accept him!” jerit para pengunjung yang sedang menonton proposal mereka itu. 

Wina memandang Amir di hadapannya. Hatinya mula berasa gembira. Rama-rama terbang di perut Wina.

“Yes. I will.” akhirnya setuju Wina untuk kahwin Amir. Walaupun mulut kata tidak cinta, hatinya suruh setuju.

Sorry darlings. Lambat update harini :( Enjoy reading ! Follow my ig miz.kikki_novelplus untuk tengok teaser dan hero, heroine and teaser. Stay safe everyone ! Cases are keep on increasing ! Follow SOP :) Good night semua :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience