Hana memelukku seerat-eratnya dan menangis semahu-mahunya di bahuku. Aku yang masih bingung hanya menggosok belakang Hana. Bukan Hana dengan Khairul ke tadi? Kenapa sampai jadi macam ni? Apa yang telah Khairul lakukan? Dia dan Hafi sendiri yang nampak bagaimana Khairul menarik tangan Hana dan mereka tersenyum melihatnya. Tapi tak sangka jadi sampai macam ni! Aku terus menggosok belakang Hana. `Hana.. Kenapa ni?? Asal kau menangis sampai macam ni? Apa yang Khairul buat sampai kau jadi macam ni? 'soalku bertalu - talu. Hana melepaskan pelukan setelah reda sedikit. Hana memandangku. `Patut ke aku terima dia, Qilla? Patut ke? Salah ke kalau aku tak terima dia? Aku tahu, Qilla.. Aku tahu.. Aku telah kecewakan dia.. Aku pun sayang dan cintakan dia.. Tapi aku masih ragu-ragu Qilla.. Aku memang sayang and cintakan dia'. Ujar Hana. Aku yang mendengar tergamam seketika. Begitu pantas Khairul mengambil tindakan? Aku melihat Hana. `Hana.. Kenapa kau tak cuba dulu Hana? Aku kenal Khairul tu macam mana. Dia tak macam yang kau fikirkan. Dia kalau dah suka orang tu, dia tetap akan kejar orang tu.. Kau kena bagi dia peluang Hana. Lagipun kau sendiri yang cakap kau pun suka kat dia kan? Bagilah dia peluang. Aku yakin yang dia takkan persiakan kau. Memang dulu kau tak suka perangai dia.. Tapi sekarang dah suka kan? Susah Hana.. Susah nak buang perasaan sayang kita pada orang tu. Kau bagilah dia peluang, Hana'.nasihatku panjang lebar. Hana yang mendengar, merebahkan kepalanya di bahuku. Aku hanya membiarkan. Aku menggosok perlahan belakangnya. `Nantilah aku fikirkan'. Balas Hana. Aku hanya diam. Tertiba aku terjerit apabila Hana mencubit pahaku. `Asal kau ni? 'soalku sambil menggosok pahaku. `Pandai korang bertiga ye.. Kenakan aku.. Inilah kawan'. Ujar Hana. Aku yang faham maksud itu pantas tersengih. `Tersengih-sengih.. Aku tampar karang. Dahlah aku nak masuk bilik air lu'. Jawab Hana. Aku mengangguk. Aku memandangnya sampai Hana masuk ke dalam bilik air. Aku gembira ke? Atau aku sedih? Ehh mestilah aku mestilah gembira kalau Hana gembira.Takde maknanya aku nak sedih-sedih. Aku Bukan ada perasaan Kat dia pun! Gumamku sendiri. Aku mula memikirkan Khairul. Khairul.. Aku harap kau akan jaga Hana baik-baik. Aku akan tolong kau dapatkannya. Gumamku lagi. Aku baring di atas katil. Aku pun tak tahu macam mana boleh terlena. Hana keluar dari bilik air. Dia melihat Qilla sudah tidur. Dia tersenyum. Dia turut merebahkan badannya sebelah Qilla. Khairul yang sedang baring di atas katil tertiba teringat kat Hana. Apa yang dia lakukan sekarang? Adakah dia akan terima aku? Sungguh aku tak boleh kehilangan dia! Khairul pantas melelapkan mata. Hafi yang ketika itu sedang membuat kerja pantas teringatkan Qilla. Apa yang dia lakukan sekarang? Ehh asal tertiba aku fikir pasal dia ni? Gumamnya. Dia merenung kertas yang ditulis oleh Qilla tadi. Dia tersenyum. Ada perasaan yang terbit di hatinya. Namun cepat-cepat dia tepis. Hafi memandang khairul yang sedang tidur itu seketika sebelum menyambung kerjanya. Dia pun letih sebenarnya. Dia ingin menyelesaikan tugasan Ini segera! Selepas itu baru dia akan tidur. Dia melihat jam loceng yang berada di atas meja. Sudah 11:30! Aku kena cepat ni! Segera Hafi menyiapkan tugasannya itu.
Share this novel