TERESAK-ESAK Datin Jenny menangisi apa yang telah terjadi. Air matanya tak henti-henti mengalir. Dia sungguh kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Ehsan. Anak yang begitu ditantang dengan minyak yang penuh dan anak yang sangat diharap-harap akhirnya sudah mengecewakannya dan seisi keluarga. Bagaimana harus dia berhadapan dengan masyarakat sekeliling jika perkara ini diwara-warakan? Sedangkan keluarga mereka sebelum ini sangat disegani oleh masyarakat.
Tuan Kassim duduk berhadapan dengan Ehsan, Datuk Elias dan Datin Jenny. Wajah ketiga-tiga mereka ditatap dengan penuh amarah di hati. Berbagai rasa bercampur-baur dalam hati. Kalau ikutkan hatinya, dia bunuh saja si Ehsan tersebut. Biar tak buat malu keluarga lagi.
"Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi! Dibanjiri hidup dengan kemewahan, dibelikan apa yang dimahukan, tapi hujung-hujung kita juga yang dikecewakan! Mana aku nak letak muka aku ni?!" Tuan Kassim sudah bersuara. Nadanya sangat serius dan sedang menahan amarah.
"Ayah, ini bukan salah Ehsan 100%!" Datin Jenny membela Ehsan.
"So salah siapa?! Budak Natrah tu?"
Datin Jenny terdiam.
"Kau betul-betul dah malukan aku Ehsan!" tengking Tuan Kassim lagi. Wajahnya sirna memandang tampang milik Ehsan.
"Ayah!!" Datin Jenny bersuara. Baginya, tidak seharusnya semua kesalahan diletakkan di bahu Ehsan.
"Kamu jangan nak bela budak tak berguna ni Jen!! Disebabkan kamu terlalu manjakan dia, dia jadi macam ni. Tak ada etika langsung!"
"Habis tu ayah nak kami buat apa?" Datuk Elias pula menyampuk setelah lama membatukan diri. Dia yang dari tadi berada di dalam biliknya dipaksa keluar oleh isterinya gara-gara keadaan diri Ehsan. Penyudahnya, dia terpaksa juga ikut campur dan duduk bertentang mata dengan Tuan Kassim.
"Tunaikan apa yang Eirfan nak!" sahut Tuan Kassim serta-merta dengan nada suara yang tinggi.
"Tapi takkan nak biar Ehsan meringkuk dalam penjara? Kehidupan kat dalam tu sangat mengerikan! Ayah tak kesian ke dengan Ehsan?" Datin Jenny separuh merayu. Tak bisa dia bayangkan hidup Ehsan di dalam tirai besi tersebut.
"Dah anak kesayangan you ni buat hal! Mana tak mengamuknya si Eirfan tu? I ni taklah nak sokong sangat apa yang Eirfan tu nak, tapi you nak ke kalau Eirfan menggila lagi?" sampuk Datuk Elias pula.
"Youu!!" jerit Datin Jenny. "Ehsan anak you. You sanggup ke nak biar dia kat dalam sana? I tak sanggup. Dia anak I, anak yang I kandung selama 9 bulan. Takkan semudah tu nak serahkan dia pada polis??"
Bahu Datin Jenny terhinggut-hingguk dek sebak yang tersimpan dalam hati. Dia belum siap untuk berpisah dengan Ehsan.
"Anak kamu yang buat hal, kenapa kamu nak bela dia lagi? Lagipun kamu dah berjanji dengan Eirfan . Jangan sampai Eirfan buat perkara di luar pemikiran kita!"
Datuk Elias mendengus kasar. Dia benci dengan keadaan yang menimpa diri mereka sekarang. Jika berita ini dapat dihidu oleh dunia luar, segala kehormatan dan sanjung tinggi orang terhadapnya akan lenyap begitu sahaja. Dia terlalu melalui begitu banyak jalan yang berliku untuk sampai ke tahap itu. Takkan semudahnya dia membiarkan semuanya hancur gara-gara perkara itu!
Arghhh, kacau semuanya!!
"You...takkan you diam je? Tak nak cakap apa-apa?" Datin Jenny menyiku suaminya.
"You nak I cakap apa?" Suara Datuk Elias mendatar. Riak wajahnya sudah bosan. Kali ini, dia benar-benar radangkan Ehsan!
"Cakaplah apa-apa!"
"I cakap apa-apa pun, ada anak kesayangan you ni nak dengar?" Dahi Ehsan ditunjal berkali-kali. Kalaulah Ehsan itu bukan darah dagingnya, agaknya dah lama dia kerjakan si Ehsan itu!! Tak habis satu, satu lagi masalah yang datang!
"Youu!!" Datin Jenny sedikit menjerit.
"You manjakan sangat anak you ni sampai dia pijak kepala kita! Dari kecik lagi, apa je benda yang kita tak bagi dia? You cakap dengan I? Semua kita bagi. Bahkan nyawa pun sanggup! Tapi apa yang dia buat pada kita? Junjung sangat sikap tinggi diri dia tu, sampaikan semua ihsan kita bagi pada dia, dia lupakan saja! Sekarang, dia buat malu kita pulak!" Datuk Elias sudah membebel dengan nada penuh radang. Amarah yang memuncak sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.
Ehsan menunduk wajah sambil menggenggam penumbuk. Tanpa sedar, timbul rasa kecewa dalam diri kerana kata-kata Datuk Elias. Dia mulai merasakan dirinya umpama sayap untuk menggapai keuntungan semata!
Kesakitan yang dirasai akibat pukulan Eirfan sebentar tadi tidak mampu menanggung rasa sakit di hatinya ketika ini. Apakah dia bukan anak yang diharapkan? Adakah dia anak yang tidak berguna? Adakah dia anak yang sudah memalukan keluarga? Mungkin iya, tetapi orang tuanya juga memainkan peranan di atas apa yang telah terjadi.
Walaupun dia adalah pewaris kepada Datuk Elias, namun selama ini dia tidak pernah merasakan kasih sayang yang didambakannya. Dia hanya berbinkan Datuk Elias namun pada dasarnya, dia bukanlah anak yang sentiasa menjadi kebanggaan orang tuanya.
Dan Datin Jenny pula tak ubah seperti kambing dicucuk hidung. Semua kata -kata Datuk Elias bagaikan arahan yang wajib untuk diikut. Selama ini, Datin Jenny memang sangat memanjakannya namun tidak dari segi perhatian dan kasih sayang.
Dan Tuan Kassim pula tidak pernah memberinya apa-apa peluang. Lelaki tua itu sentiasa menyalahkannya walaupun bukan atas perlakuannya sendiri. Dan dia juga selalu diabaikan oleh datuknya sendiri gara-gara ingin membela Eirfan.
Ketiga-tiga mereka tidak pernah mengambil berat akan dirinya sebaliknya hanya menggunakannya untuk kemasyuran semata-mata. Pernah ke mereka duduk semeja atau setidak-tidaknya bertentang mata dengannya dan berbicara hati ke hati? Pernah ke mereka mendengar setiap keluhannya? Dan yang paling penting, pernah ke mereka memahami setiap kehendak hatinya?
"Ni semua salah you. Manjakan sangat anak!" rungut Datuk Elias sambil mendengus kasar.
"I?? You cakap salah I? So you tak bersalah langsung ke??" lirih Datin Jenny pula dalam nada kecewa. Tergumam saat semua kesalahan dilemparkan ke atas bahunya walhal Ehsan bukan anaknya seorang. Seharusnya tanggungjawab tersebut mereka galas bersama. Bukannya malah saling menyalahkan dan membiarkan salah satunya terkapai-kapai.
"Yes, fully yours responsibility!!" tekan Datuk Elias. "Kerja I cari duit untuk kesenangan kita bersama. And kerja you, untuk jaga rumah tangga dan tengok budak tak berguna ni!!"
"Diam!! Diam!! Diam semuanyaaaa!!!" jerit Ehsan sambil menekup kedua belah telinganya.
Jeritan Ehsan ternyata menyentakkan semua mata yang sedang ralit memandangnya.
"Diammm!!! Arghhh!!!" Ehsan mula menggila. Dia bangkit dari duduknya lantas menghempas semua barangan yang ada di situ. Baik kaca mahupun bukan, semuanya habis berkecai dan bersepah di atas lantai.
"Ehsan!! Ehsan!!" Datin Jenny sudah meraung melihat keadaan Ehsan seperti kerasukan itu.
"Diammmm!!"
"ARA dah sedar ke?"
Eirfan duduk di sisi Natrah sambil menatap wajah penuh belas itu. Menurut Nabihah, Natrah ada tersedar dua jam yang lalu dan meracau-racau meminta tolong dalam tangisan.
Mendengarkan itu, hatinya mula berlagu tak enak. Sepulangnya dari 'mengerjakan' Ehsan, dia kembali ke rumahnya dan membersihkan diri. Walaupun terbit rasa kesal di dalam hati ke atas apa yang dilakukannya terhadap Ehsan, namun perasaan itu sedikit sebanyak terganti dengan rasa puas saat melihat Ehsan terkulai layu dek tumbukannya.
Tidak lama setelah membersihkan diri, dia baru tersedar ada panggilan tak terjawab daripada Nabihah. Rupa-rupanya Natrah meracau-racau minta tolong.
Tak sempat nak buat apa-apa, laju saja Eirfan memandu keretanya untuk mendapatkan si gadis pujaan.
"Tadi je dia sedar kejap. Ni dah tidur balik. Misi suntik pil tidur. Kalau tak, dia macam orang gila" ujar Nabihah lantas mengelap air matanya dengan hujung baju.
Eirfan mengeluh panjang. Nampak gayanya, Natrah betul-betul sudah berada dalam frasa trauma. Atau mungkin dalam ketakutan. Gadis yang terbaring kaku itu cukup berbeza dari gadis yang pernah dia kenali dulu.
Tercuit rasa hati melihat keadaan Natrah seperti itu. Air mata merembes perlahan. Keadaan Natrah sentiasa membuat hatinya sedih dan perit.
"Awak pergi mana tadi?" Pertanyaan Nabihah menghantar Eirfan kembali ke alam nyata.
"Ada hal sikit" jawab Eirfan ringkas.
"Yelah.."
"Abang Azrul mana?"
Dari tadi, dia tak nampak kelibat suami Nabihah itu.
"Dia balik kejap. Tengok Ayash dan Deeja"
"Akak tak nak balik ke? Kesian pulak tengok Ayash cari akak nanti. Biar Fan yang jaga Ara kat sini. Nanti ada apa-apa, Fan bagitau"
Nabihah mengangguk kepala. Dia juga kepenatan sebenarnya. Lagipula dia turut risaukan keadaan Ayash di rumah. Kata Azrul, anaknya itu sering bertanya akan dirinya.
"Betul ni?" tanya Nabihah inginkan kepastian.
"Iye. Akak baliklah. Jangan risaukan Ara kat sini"
"Okey, akak call abang Azrul dulu"
Bayang-bayang Nabihah lenyap di sebalik pintu bilik. Eirfan merenung setiap inci wajah milik Natrah. Wajah itu tampak pucat dan kepenatan. Dalam diam, dia kasihankan nasib gadis itu. Terbayang-bayang olehnya akan setiap penderitaan dan ketakutan Natrah menghadapi sifat gila Ehsan.
"Maafkan saya Ara!! Maafkan saya" rintih Eirfan dalam tangisan. Jari-jemari Natrah digenggam erat. Dapat dia rasakan Natrah sedang membalas genggamannya.
"Maafkan saya, hubby..." rintih Natrah dalam hati. Air mata laju menemaninya.
"EHSAN! Anak mummy.. sini sayang. Sini..."
Datin Jenny merayu dalam tangisan. Tangan didepakan seluas-luasnya bagi membiarkan Ehsan memeluknya.
Darah sedang mengalir dari dalam genggaman Ehsan kerana barusan saja dia memecahkan cermin antik milik Tuan Kassim. Dan tanpa sengaja kaca itu terkena tapak tangan Ehsan.
"Anak tak guna!! Ehsan kan?? Yelah, Ehsanlah! Who else?" Kaca yang tersisa tadi dicapai lalu diacah-acahkan ke arah mereka semua.
Tuan Kassim, Datuk Elias dan Datin Jenny sudah berdiri mengepung Ehsan. Mereka mula khuatir dengan tindakan gila yang akan diambil oleh Ehsan.
"Ni...ni..." Ehsan tunjuk dirinya. "Anak tak guna ni yang naikkan nama syarikat. Anak tak guna ni yang bawak nama atok, mummy dan daddy ke peringkat dunia. Anak tak guna ni yang banyak berjasa tapi bila Ehsan jadi macam ni, takde sorang pun yang sanggup di sisi"
Kata-kata Ehsan mula didengari. Wajah yang sudah lencun dek air mata itu menjadi perhatian mereka.
"Tuan Kassim!" Ehsan seru nama atoknya. Wajah lelaki tua itu ditatap. Dia harus meluahkan segala-galanya hari ini jugak! Tak kiralah apa pun yang bakal terjadi!
"Satu nama yang besar. Sebut je nama Tuan Kassim, semua orang gerun. Yelah, bekas komander kan? Banyak berjasa pada negara. Banyak musuh negara berjaya ditumpaskan. Seorang yang berani dan ada aura yang sukar untuk digambarkan"
"Dia selalu dijemput untuk buat ceramah atau kata-kata motivasi. Kat sekolah ke ,kat U ke, kat pejabat ke. Kat mana-mana jelah. Orang sanjung tinggi. Sebab apa? Sebab walaupun dah dimamah usia, tapi kudrat dia kuat. Otak dia cergas. Sampai ada yang mintak tips bagai. Ada pulak yang sanggup offer diri nak jadi cucu angkat. Sampai macam tu sekali penangan atok"
Ehsan berjeda. Termenung memikirkan sesuatu. Kemudian, dia menyambung kembali. Wajah Tuan Kassim yang serius dan tak pernah takut itu ditatap kembali.
"Tapi, satu dunia tak tahu siapa sebenarnya Tuan Kassim. Orang yang tampak gah ,tampak besar, tampak berjaya tapi sebenarnya seorang yang gagal sebab dia tak pernah berjaya pun untuk didik cucu dia sendiri jadi macam dia. Dia angkat nama dia sendiri tapi dia lupa pada cucu kandung dia. Dari kecik, dia selalu cakap untuk berlaku adil pada semua orang sebab mereka punya hak yang sama rata tapi dia lupa untuk berlaku adil pada cucu dia sendiri!!"
Mendengarkan omongan Ehsan, hati Tuan Kassim mula tercuit. Begitu ke pandangan Ehsan terhadap dirinya? Wajahnya yang serius mula berubah riak.
Dari Tuan Kassim, kini Eirfan berdiri menghadap mummynya pula. Wajah yang sudah basah itu ditatap penuh kasih sayang.
"Mummy.. Ehsan tahu mummy sayang sangat kat Ehsan. Ehsan tahu tu sebab Ehsan boleh rasa. Tapi Ehsan tak faham satu je mi.."
Ehsan mengelap linangan air mata yang mula tumpah ke pipi.
"Kenapa mummy tak pernah didik Ehsan untuk hormat pada orang lain? Terutama sekali pada perempuan? Dari Ehsan kecik sampai sekarang, mummy selalu tunjuk dan bagitau Ehsan untuk sentiasa menang dan berada di hadapan orang lain. Mummy cakap, lelaki yang hebat pada mata semua orang adalah lelaki yang selalu berjaya kalahkan orang lain"
"I did that mummy. I did that! Tengok apa yang Ehsan dah buat pada Natrah!! Ehsan dah berjaya kalahkan sifat ego yang ada pada diri dia" Saat menyeru nama Natrah, hatinya berdebar kencang. Dia tahu, dosa dan kesalahannya pada gadis itu maha hebat. Gara-gara ego dan sifat tamak, dia jadikan Natrah sebagai mangsa.
"You did that mummy! You did that to me" Ehsan tepuk tangan tanda kejayaan yang Datin Jenny ajarkan kepadanya selama ini.
"But you never taught me to be a better man, yet you blame each other for this!" Ehsan mengeluh kesal.
Suasana sepi seketika. Ehsan seakan kehilangan kata-kata untuk diluahkan. Dia sudah penat menjadi manusia yang sentiasa berlagak hebat padahal dia sebenarnya pecundang!
"And you..." Ehsan pusing badan menghadap Datuk Elias yang tak terkutik dari tadi. Berdiri sama tinggi dengan lelaki itu membuatkan dirinya terasa hebat seketika. Kerana selama ini lelaki itulah yang ditakuti dan digeruni.
"My dearest father! Orang kata kan, kalau nak tengok anak lelaki tu berjaya, tengok pada ayah kandungnya. Yes, I couldn't agree more! Kejayaan demi kejayaan yang Ehsan dapat sekarang semuanya atas jasa lelaki ini..." Ehsan tunjuk Datuk Elias dengan wajah penuh rasa bangga.
"Datuk Elias bin Eli Kassim! Seorang lelaki yang sentiasa berdiri di belakang Tuan Kassim. Tapi nama dia pun besar, segah orangnya jugak! Kalau orang tengok Ehsan, semua orang pandang tinggi dan tabik hormat pada Ehsan. Sebab apa? Sebab Ehsan ada ayah yang hebat. Dan betullah tu, Ehsan bukan siapa-siapa kalau tak kerana Datuk Elias!"
"Tapi Ehsan kecewa..." Nada suara Ehsan yang tinggi dan berirama tadi kini bertukar mendatar dan sayu sahaja.
"Dalam banyak-banyak orang yang Ehsan sayang, yang Ehsan pandang tinggi, Ehsan sangat kecewa dengan daddy. You know why? Sebab daddy lepas tangan pada Ehsan!" Suara Ehsan kembali tinggi.
"You tak pernah ajar I jadi lelaki sejati! You ajar I untuk jadi seorang budak, bukannya lelaki! Why?? Why daddy? Why?? I dah penat dengan semua ni daddy. You tahu tak?? You pernah tanya I tak? You pernah faham perasaan I tak??? You pernah tak ajak I duduk semeja dengan you as a father and son? Pernah tak??!" Suara Ehsan sudah meninggi.
Perasaan kecewa dalam hati tak mampu ditahan lagi.
"I adore you a lot! A lot more than I adore myself. Tapi you buat I kecewa. I truly am...You cakap I anak tak berguna. Tapi pernah tak you fikir atau tanya diri you sendiri kenapa I jadi macam ni? Pernah tak you duduk sekejap dan fikir kenapa I jadi macam ni? Seorang ayah yang baik sepatutnya tunjuk sifat yang baik pada anak dia. Tapi you tak buat pun! You sibuk cari duit untuk kesenangan keluarga, yes!! I adore you for that!"
"Tapi kalau you nak tahu ,I tak pernah rasa puas pun dengan apa yang you bagi. Sebab yang I nak bukannya duit, tapi masa dan kasih sayang you! So stop talking like I'm good for nothing because you never taught me one!"
Datuk Elias terkesima dengan setiap kata-kata Ehsan. Rupa-rupanya selama ini Ehsan memendam rasa dalam diam. Kenapa baru sekarang Ehsan meluahkan segala-galanya?
"Mummy dengan daddy tahu tak. Jauh di sudut hati Ehsan, I am truly envy of Eirfan" akui Ehsan dengan nada yang mula terkawal. Kelopak matanya semakin membasah.
"Dia tak dapat kasih sayang dari daddy but I'm sure that he had enough from his mother. Sebab tu dia mampu jadi lelaki yang baik. Dia dapat wanita sebaik Natrah dan orang-orang yang sanjung dia jugak sangat baik. While I'm..."
Jeda Ehsan seraya memandang dirinya sendiri. Entah kenapa dia berasa jijik dengan dirinya sendiri. Dia mula merasa kalah dengan sikap ego yang ditanam dari dulu.
"I am lost. I am such a loser. Rasa kecewa dan tawar hati ni lebih baik bawak ke mati! I am such a loser!!"
Berkali-kali Ehsan ulang ayat tersebut. Dia sudah terduduk di atas lantai dengan mengenangi nasib sendiri. Segala rasa hina dan dosa mulai menghimpit hatinya. Dia terkandas di dalam campur-baur perasaannya sendiri.
Apakah ada cara lain untuk menebus setiap dosa dan kesalahannya terhadap semua orang yang pernah disakitinya?? Terutama sekali kepada Eirfan dan Natrah..
Namun apakah cara itu???
Share this novel