Fauzi berjaya mengheret Danish masuk ke dalam pejabat Danish. Dia mati akal. Hendak buat apa dengan Danish sekarang. Danish meracau-racau, membebel-bebel dan kadang-kadang kasar dengan dia. Apa yang dia cakap seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Danish yang asalnya dibaringkan atas sofa jatuh perlahan dari sofa. Mula-mula kepalanya dulu, kemudian tangan dan kaki kirinya, akhirnya dia pusing, BUK!, satu jasad menyembah lantai. Dia mengerang sakit.
“Aaaaa….. “ jerit Danish. Fauzi terkejut. Pantas dia dapatkan Danish ditepi sofa setelah mengunci pintu pejabat.
Dia nak tahu sangat kemana sebenarnya Danish pergi sampai jadi begini. Tapi buat masa ini, dia perlu pastikan Danish tidak buat kecoh. Habis imej Danish sebagai majikan sekiranya kawan-kawan kerja lain melihat keadaannya sekarang. Dari dalam kedengaran kawan-kawannya mula masuk untuk menyambung kerja mereka. Makan tengahari sudah tamat. Fauzi menahan kelaparan. Mereka berdua terperangkap. Kalau ikut logik, semua staff akan pulang pukul 5 petang, maka dalam 4 atau 5 jam Fauzi perlu diamkan diri.
Fauzi menyeluk kocek seluar Danish mencari phone. Niatnya hendak mendail Matahari. Tiada. Dia bingung. Hah.. phone office. Dia dekati meja kerja Danish lalu mendail nombor Matahari.
“Woi… pejabat kita kena rompak ke?” kedengaran seseorang menjerit dari luar.
-------------------------------
Matahari duduk kaku dihadapan Zett. dari jauh dia perasan ada seseorang mengekor Zett dari belakang. Walaupun dia lurus, tapi dia masih dapat mengagak situasi yang dia hadapi sekarang. Zett mendesak dia.
“Matahari… Danish… please tell me… is Fauzi something to him?” soal Zett untuk lapan kali.
Matahari menjeling pada lelaki yang berdiri membaca surat khabar diluar pintu cafe.
“Cik Muda… maaf saya ni pembantu sahaja. Saya masih baru… “ Matahari cuba berdalih.
“Better you tell me… Matahari… I dah tak ada banyak masa. Tolong Matahari… “ jujur Zett dalam mendesak dan seperti tidak boleh menahan rasa ingin tahunya.
“Cik Muda… saya memang tak boleh nak bagi jawapan apa-apa dengan Cik Muda… “ jujur Zett.
“Matahari.. I pay you. You jadi spy I… “ Zett memberi idea gila.
Terbeliak mata Matahari. Dia terkejut dengan idea Zett. Matahari terdiam seperti memikirkan sesuatu. Dalam memikir handphone ditangan bergegar. Tertera nombor pejabat Tuan Muda Danish. Dia teragak hendak mengangkat sambil memandang Zett dihadapannya.
“Angkat… “ beritahu Zett. Dia seperti boleh mengagak siapa yang mendail.
“Maaf Cik Muda… saya perlu pergi sekarang… “ walaupun Matahari merasakan kelakuannya kurang ajar dia tetap berjalan keluar dari kafe tanpa memandang Zett yang terpinga-pinga.
Zett menguis jari jemarinya. Rasa takut mula menguasai dirinya. Bayangan wajah Ayah Z terlintas dalam fikiran Zett.
-----------------------------
Matahari berlari menuju pejabat Danish. Diana pun tak sempat menghalang Matahari dari serbu masuk, tapi tetap mengekor Matahari dari belakang. Sebaik sahaja pintu ditolak mereka berdua tercengang.
"UWEEKKKK!" Danish muntah diatas Fauzi. Bau tengik menusuk hidung mereka bertiga.
"Korang~ tolong Fauzi~.." Fauzi seakan merengek. Habis baju dan seluarnya terkena muntah. Diana pantas berlari mencari bekas dan tisu. Manakala badan Danish dipangkul oleh Matahari. Fauzi tidak bergerak membiarkan Diana mengelap muntah.
"Eiii… apa ni bola-bola putih ni Fauzi?... Jeli ke?... Dah kau pergi tandas… nanti aku bagi baju spare bos.." geli Diana membersihkan muntah pada baju Fauzi.
"Kenapa dengan Tuan Muda, Abang Fauzi?"
"Tak tahu… Matahari tolong tukar baju Tuan Muda… nanti kita sama-sama balik Vila. Nak angkat seorang tak larat" Fauzi beritahu rancangannya.
-------------
Diandra masih didalam kelab. Dia berjaya meloloskan diri dari dua orang lelaki itu. Matanya melilau mencari kakaknya, Emily. Kelab malam mula dipenuhi oleh pengunjung. Hah!..jumpa Emily.
Diandra masih di tempat persembunyiannya. Kakaknya bersama sekumpulan lelaki. Tapi riak wajah Emily kelihatan gusar dan takut. Diteliti lelaki yang merangkul pinggang Emily. Mereka sekelompok diiringi oleh seorang pelayan lelaki yang sedang membawa satu hidangan ringan bersama berapa botol kaca minuman soda.
'Oh No… no no no… no no no… not him… ' Mata Diandra terbeliak besar. Dia mengenali lelaki itu… Elias… ELIAS!
Tanpa memikirkan akibatnya. Diandra berlari menolak lelaki itu kasar. Jatuh. Pelayan yang membawa hidangan ringan turut jatuh. Pecah habis semua botol-botol soda.
Tapi tidak dipeduli oleh Diandra sebaliknya menarik kakaknya bersembunyi balik badanya yang kecil itu. Dia seperti seorang panglima melindungi seseorang yang disayangi. Serpihan kaca dari botol diambil, lalu diacu kearah lelaki bernama Elias itu.
"Kak… kak… Diandra akan lindungi akak dari lelaki neraka ni!"
"DIAN… DIANDRA!!" Terkejut Emily.
"Yargh!!.." jerkah lelaki yang dikenali sebagai Elias.
"Oh… Diandra pun ada disini?" Elias memandang Diandra dari atas ke bawah. Seperti scan sesuatu.
“Bodoh!...”
------------------
Emily dan Diandra keluar dari bilik chairwoman. Emily diberi amaran kerana membawa budak bawah umur dan apatah lagi bergaduh dengan Elias.
"Kak…" belum sempat Diandra berkata. Emily memotong.
"Kita balik… bincang nanti… tempat ni kenapa kamu datang… chairwoman dah gantung akak seminggu… balik… kita balik!… " geram Emily. Tangan adiknya ditarik kuat keluar dari kelab malam.
-----------------------
Kepala Danish sakit. Berdenyut kuat. Dia membuka mata. Aish!. Cahaya matahari masuk melalui tingkap.
"Bilik?..." Pelik Danish. Dia cuba mengingat apa yang berlaku semalaman. Tapai Masih tidak ingat.
Danish bangun dari pembaringan. Keluar dari bilik. Turun ke ruang tamu. Sambil mengurut-urut dahinya. Terus ke dapur. Kelihatan Tuan Danish dan Puan Demi sedang makan bersama. Danish mengambil tempat dihadapan Puan Demi.
"Siapa hantar Danish semalam?"
"Amboi… itu yang ditanya… Fauzi… Fauzi …Matahari...dengan Apek sekali sakit pinggang tau angkat kamu ..kamu dengan Fauzi. Kamu tak ingat ke seharian pergi outstation. Balik tak sedarkan diri. Mabuk jalan jauh katanya. Sampai rumah macam orang pengsan… dah makan… "
Outstation… bila?... Fauzi bawa aku balik… FAUZI!!
"FAUZI MANA?"
"MANA lagi… kerja lah… " jawab Puan Demi.
"Kamu off harini… papa dah pesan dengan Fauzi. Kalau nak apa-apa Matahari ada teman kamu kat Vila… jangan nak keluar mana-mana… rehat… tak tahu pula dia ni mabuk jalan jauh… haii.." beritahu Tuan Danish.
---------------
Fauzi menunggu Razak di hadapan jabatan kecemasan. Dia perlu bertanyakan sesuatu dengan Razak.
"Weh… biji jeli-jeli yang kau bawak ni… pemutih… bola-bola putih?... Mana kau dapat… banyak ni… nak ambil pemutih ni kena ada surat doktor dengan polis tau… "
"Pemutih… apa tu?... Danish muntahkan jeli ni semalam"
"Errrrr… babe… aku tahulah Danish tu liar… tapi pemutih ni lebih ambil boleh bawa maut tau…tanya Danish mana dia dapat benda ni secara haram?..."
"Haram…?"
"Dulu… pemutih ni haram… ala zaman-zaman Dokto Arif...ayah kembar… pemutih ni haram memabukkan pastu mati… tapi bila kes Ayah Z… tak ingatlah… tapi ada kaitan dengan Ayah Z… aku dengar dia test benda ni kat diri dia sendiri… gila kan… rupanya pemutih boleh buat sedatif…painkiller pun boleh… tapi ikut amount lah...Kau bagi aku tiga biji jeli… gila… dose nak mampus ke apa?..." Bebel Razak panjang.
"Berapa biji boleh?" Tanya Fauzi.
"Bodoh… pemutih bentuk bola-bola haram… kalau pil, capsule, liquid, gas yang farmasi iktiraf kira boleh… so bola-bola ni kerja gelap Fauzi… nasib kau tanya aku… kalau kau tanya orang lain… masuk penjara kau " Tambah Razak
"Er?... "
"Dah… pandailah kau jaga Tuan Muda kau tu… jangan sampai tertangkap sudah… jom lunch" ajak Razak.
"Tak kot Razak… aku singgah 7E depan office… aku balik dulu… " sebenarnnya bukan sengaja Fauzi mengelak ajakkan Razak.
Sebaliknya dia berasa gundah. Bola-bola putih?.. haram?... Ini kerja gila.
-----------------
Zett terus keluar dari Taman Duri setelah mendapat berita dari Puan Demi bahawa Danish sudah pulang ke Vila malam tadi. Hatinya gembira tapi masih tersisa rasa risau. Dia risau Danish berubah hati. Walaupun dia tahu, mustahil Danish untuk menjalin hubungan dengan lelaki. Danish, lelaki suka perempuan.
Sampai sahaja di Vila Besar. Kehadirannya disambut oleh Amoi dan terus diiring ke ruang makan. Kelihatan mereka sekeluarga di meja makan menjamu makan tengah hati.
"Terima kasih Amoi… Zett makan dahulu… " bangun Puan Demi dari tempat duduknya. Sambil mengarah Amoi sediakan lagi satu set pinggan.
"Er… baik… terima kasih…" Zett balas ajakkan Puan Demi. Diambil tempat sebelah Puan Demi. Di hadapannya Danish.
Danish. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia dalam situasi keliru. Danish seperti tidak menghiraukan kehadirannya.
"Pa… Danish perlu jumpa Fauzi… "
"Danish… Zett sini… teman dia… kamu berdua belum habis bincang lagi…"
"Oh… hmmm… Danish lapar… "
-----------------
Diandra mendapatkan Fauzi yang sedang makan roti.
"Abang… Lama tak datang kedai Diandra?... Pergi mana" soal Diandra.
"Hmmm… abang… keluar… er… keluar outstation… " bohong Fauzi.
"Abang semalam Diandra jumpa orang gila…"
"Orang gila?... HAH!!… diorang serang kedai ke?" Tanya Fauzi terkejut.
"Tak jumpa kat kelab malam… ish… kalau jumpa lagi… perut dia… Diandra cincang-cincang…" marah Diandra sambil membayang kerja jahat dalam otaknya.
"Macam kenal je orang gila tu…"
"Elias… Elias… dia yang buat kakak Diandra buang sekolah. Masuk pusat pemulihan. Pastu Diandra dipaksa duduk kat rumah anak yatim untuk tutup mulut kami berdua." Diandra tanpa sedar membuka derita hidupnya.
"Ooh...ohh…sorry… abang tak tahu… macam susah saja hidup kamu ni?..." Fauzi sedikit terkilan dengan latar belakang kehidupan Diandra.
"E… Elias tu siapa?..."
"Semalam… Diandra jumpa dia kat kelab malam. Selamba ja dia raba-raba kakak Diandra. Dari dulu dia tu lelaki jahanam. Sekarang buat kerja tak senonoh… dengar kata jual pemutih"
"Emely JUAL PEMUTIH?... Diandra kelab malam mana kakak kamu kerja?" Fauzi seperti dapat mengagak dari mana datangnya pemutih dalam hidup Danish.
Mesti dari kelab malam Emely.
-----------------------
Danish dan Zett beriringan menuju ke kedai emas, ditemani dengan Matahari sebagai pembantu. Mencari cincin untuk hari perkahwinan nanti. Seingat Danish dia sudah membeli cincin untuk Zett dengan Fauzi hari tu.
"Kenapa beli cincin lagi?" Soal Danish.
"You dah beli ke untuk I?" Soal Zett keliru.
Belum sempat Danish membalas Matahari menyampuk.
"Tuan… itu cincin lelaki… harini cincin untuk Cik Muda Zett" beritahu Matahari.
"Tapi… kan ukur guna jari…" Danish sedikit berkerut. Kenapa Matahari menipu?.
"Jari Tuan Muda… ini kedai yang sama Tuan beli haritu… Tuan boleh minta nasihat dari manager yang sama" pantas Matahari memotong ayat Danish. Danish berkerut untuk kali kedua. Zett seperti dapat menangkap sesuatu yang janggal dalam perbualan ini. Dia Masih diamkan diri.
"Oh… Cik Muda Zett dah sampai… " Tuan kedai menegur mereka bertiga.
"Hai… Manager Loi right?… I nak beli cincin… untuk ikat bakal suami I ni… you ada suggestions?" Zett cuba matikan segala andaiannya.
Dia memberi fokus sepenuhnya untuk tujuan hari ini. Dia tak boleh biarkan perkahwinan ini batal. No and never. Dia takut dengan Ayah Z.
"ooooo…mengikat ikatan perkahwinan…amboi Zett… macam dah bersedia…" Danish mengusik Zett. Dia cuba mengalihkan fikirannya dari memikirkan kelakuan aneh dari Matahari.
"You yang selalu tak ada masa… design kad jemputan I buat… ni tak tengok lagi pre-wedding hall …"
"Sorry I busy lately ~~~"
------------------
Driandra terkejut apabila mendengar permintaan Fauzi itu. Dia tak sangka bahawa usikkan dia selama ini akan menjadi kenyataan.
"Diandra… abang nak berkenalan dengan kakak awak…"
"HUH...HMM… ERRR" mati kata Diandra. Habis cerita mengenai Elias hilang begitu sahaja.
"Abang nak jumpa kakak Diandra… Emely "
"Tapi… girlfriend bos abang?"
"Danish dah bertunang… so diorang dah putus… abang boleh masuk daun…acane?" beritahu Fauzi. Sambil mengangkat kening belah kanan.
Diandra berkerut. Mati akal juga dengan permintaan drastik dari Fauzi.
------------------
Zett dan Danish berdua mendengar penjelasan pengurus kedai itu, Manager Loi. Banyak pilihan yang dikeluarkan oleh Loi.
"Cik Muda nak citarasa macamana?"
"Hmm… I tak tahu… Danish you ada idea?"
"Hmmm… ada design ini sahaja ke?"
"Err?..." gagap LoI sekejap.
"Boleh I tengok semula design cincin I yang haritu?… I nak padankan dengan cincin Zett"
"Owh design cincin jari Tuan… ada…ada…"
Loi ke bilik belakang. Kemudian kembali semula dengan sebuah bekas.
"Ini Tuan Muda. Set The Eternal… " Loi menunjukkan dua bentuk cincin, sepasang, satu untuk lelaki dan satu untuk pasangannya, perempuan.
"Oh…ini design yang you pilih haritu ke Danish?" Tanya Zett.
"Errrrr… maybe… but… " Danish keliru. Setahu dia cincin perempuan yang dipilih haritu. Bukan satu set. Dibelek-belek cincin perempuan itu. Dalam tak sedar dia mencapai tangan Zett dan menyarung cincin tersebut.
"Oh… tak muat lah… too small… tak boleh ke ukur lain?" kecewa Zett sambil meminta bantuan dari Loi.
"Errr… sebenarnnya cincin ni memang khas buat untuk Tuan Muda Danish dan pasangan. Tapi dengan pasangan yang datang haritu. Kalau nak buat set lain kena set lain lah. Ini set The Eternal. Satu sahaja. Tuan Muda dah bayar untuk set ni…nak buat lagi satu… harga lain lah"
Penjelasan dari Manager Loi membuat Zett malu, kecewa dan tertanya-tanya. Siapa pemilik cincin ini. Saiz jarinya halus dan kecil.
"Danish baik you beritahu. You datang ukur saiz dengan siapa haritu?. Bukan you kata nak ukur jari you sahaja ke?... Ni jari siapa pula?"
"Errr… Cik Muda… Salah saya… sebab saya tak tahu bakal isteri Tuan Muda Danish adalah Cik Muda Zett…" Manager Loi cuba menerangkan situasi sebenar.
"Shut!... You datang dengan siapa?..." Tinggi sikit suara Zett.
"Haih… I datang dengan...Fauzi… Matahari… "
"Jari siapa?"
"jari Fauzi…"
"Danish!... Fauzi lelaki… kenapa ukur jari dia?... You nak ikat hidup dengan I… bukan dengan Fauzi… I perempuan… Fauzi lelaki" Zett cuba bersabar sambil berhujah.
"Sorry… time tu I…I…I serabut! " Danish cuba memberi alasan. Tapi bagi Zett itu tidak masuk akal. Tapi dia cuba sabarkan diri. Perhatian dialaih semula kepada LoI.
"So… macamana Loi… boleh tukar saiz tak?,,.ini juga salah awak Loi" Zett turut menyalahkan Loi.
"Harga lain Cik Muda…saya perlu diskus semula dengan designer cincin ni…suppose The Eternal hanya satu set sahaja akan dikeluarkan"
"Set lain ada?..." Tanya Zett walaupun hatinya tidak puas. Dia terpaksa mengalah.
Mestilah dia tak puas hati. Malu dia kalau orang tahu bahawa dia keluar dari kedai emas , tujuan untuk beli cincin perkahwinan. Tapi dia keluar dari kedai sambil membawa set cincin untuk DUA ORANG LELAKI. Bukan untuk lelaki dan perempuan. Lagi sakit hati apabila Danish sudi membawa pulang cincin The Eternal itu. Habis mood dia harini.
"You lapar tak?" Danish cuba memujuk.
"Kita balik… I malu…" punuk Danish tidak dilayan. Perasaan malu lagi Besar menguasai diri Zett.
"Malu?????... Tapi kereta you masih di Vila. "
"I suruh orang I ambil nanti… hantar I balik" arah Zett kepada Matahari yang dari tadi mengekor mereka dari belakang
Gila. Takkan aku nak pergi Vila dengan cincin yang tak muat jari aku. Aku nak cakap apa dengan Puan Demi. Cincin siapa?..bukan cincin aku!... cincin FAUZI???
-------------------------
Matahari menggaru kepala apabila Danish minta berhenti untuk singgah pet shop. Dia kalah dalam membaca fikiran Tuan Mudanya sendiri. Bagaimanalah Fauzi boleh layan perangai pelik tuannya itu.
"Tuan Muda nak beli apa?"
"Pengikat…hmmm maybe chocker… "
"Tuan Muda nak ikat apa?... ada bela pet ke?"
"Matahari… kalau manusia diikat dengan ikatan perkahwinan…kalau sebentuk cincin itu adalah simbol… kalau bincang ikat dengan apa?" Soal Danish kepada Matahari.
"Ta…tali kot???" Teragak-agak Matahari menjawab.
"Bijak...so Matahari… mana menyerlah… biru?...merah?...kuning?...hijau?... Ke hitam saja?... Nak style apa?... Chain? Leather? Choker? Reben pun bagus… " Danish meminta pendapat daripada Matahari.
"Ehhh…errr???...untuk kucing ke anjing Tuan Muda?"
"Matahari.. nanti pesan ke Fauzi. Malam ni tidur dengan aku."
----------------------------
MALAM
Fauzi memasuki Vila kecil. Dia tidak melihat jalan dihadapan sebaliknya sibuk dengan menaip mesej pada handphonenya. Tapi belum sempat dia jejak ke dalam Vila, Matahari menegur.
"Abang Fauzi… jangan masuk Vila ni…" tegur Matahari.
"Eh?... Kenapa?... Ada orang sihir ke?..."
"Tak… Tuan Muda suruh abang tidur sana… Vila Besar…" terang Matahari sambil melirik katanya kearah Vila Besar.
"LAGI?????... kenapa?... Kau ada wat hal pelik-pelik ke dekat Tuan Muda?"
"Tak…tapi harini pelik sangat… cincinlah… choker lah… talilah… nak ikat mengikatlah" bebel Matahari.
"Apa kau cakap ni?... Dah malas aku… penat… dah balik naik bas… pastu jalan kaki… adui… " Bebel Fauzi pula kepenatan.
"Tak… abang betul-betul kena pergi tidur dengan Tuan Muda…"
"HAISH!!!....yela… yela .. aku pergi Vila Besar.." akhirnya Fauzi mengalah dengan Matahari.
Sebenarnnya. Dia tak mahu bertemu dengan Danish buat masa ini. Dia perlu mencari jalan untuk selesaikan masalah pemutih, bola-bola putih. Apa dia perlu buat kalau satu hari Tuan Muda Danish masuk penjara kerana memiliki pemutih. Dia perlu cari punca dahulu.
---------------------------------
Danish membelek-belek choker yang baru dibeli tadi. Bukan satu tapi LIMA.
'Fauzi… kau nak yang mana satu…kau nak aku ikat kau dengan tali mana?' suara jahat Danish berbisik dalam otaknya.
Stainless steel?
Zinc?
Gold?
Velvet?
Leather?
pertama minta maaf sebab ambil masa lama sangat kedua Terima kasih sebab baca walau hamao tak berapa pandai sangat bolehlah komen yg membina untuk hamao
Share this novel