Chapter 27 Pengakhiran?

Drama Completed 32729

Adam membelek bungkusan misteri yang diterimanya pagi tadi. Sebelah keningnya terangkat. Pelik. Kenapa takde nama pengirim? Raihana ke yang kasi? Takkanlah kot.. sebab pagi tadi isteri dia tu jeling dia pun tak nak. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Bungkusan tu dibuka. "Allah!" dada Adam berombak, tanda dia terkejut. Bungkusan itu dicampak jauh darinya. +

Gila. Siapa hantar tikus mati dekat dia? 5

"Astaghfirullahalazim.." Adam mengurut dadanya, cuba menstabilkan kembali degupan jantungnya. Baru sahaja dia hendak mendekati bangkai tikus itu, telefonnya berdering. Jelas kedengaran seseorang ketawa sinis saat dia mengangkat panggilan itu.

"Suka dengan hadiah aku?" soal si pemanggil. Adam mengetap bibirnya, cuba menghalang dirinya daripada mencarut. 1

"Kau siapa? Jangan main- main dengan aku!" Adam memberi ugutan. Tali lehernya dilonggarkan. Si pemanggil kembali ketawa.

"Taklama lagi, kau akan jadi macam tikus tu. Kau akan mati dalam keadaan yang kau tak akan sangka."

"Jangan ugut aku! Kau fikir aku takut ke?"

"Aku tak ugut. Aku cuma bagi amaran. Sebab kalau kau takmati, aku akan bunuh Raihana sekarang juga. Well, bro.. your wife looks pretty today. Tengah tengok balkoni pun lawa kan? Hahahaha!!"

Si pemanggil terus mematikan talian. "Jangan kacau wife aku! Hoi?! Kau dengar tak? Takguna. Pengecut! Kalau kau berani jangan end call lah!" Adam menyerabaikan rambutnya. Wajahnya merah menahan marah. Nanti.. Raihana.. macam mana kalau lelaki misteri tadi kacau isteri dia? Eh, sekajap, kenapa dia rasa macam kenal dengan pemanggil tadi?

Otak Adam giat bekerja bagi meneka siapa gerangan si pemanggil tadi. "Taufiq!" Adam menghentak mejanya kuat. Langkahnya diatur keluar daripada bilik pejabatnya. Dia menyuruh pekerjanya membersihkan biliknya sebelum dia menuju ke tempat parking kereta.

Adam membawa keretanya selaju mungkin. Dia perlu pastikan keadaan Raihana sekarang juga. "Adam!" jerkah satu suara dari bahagian tempat duduk belakang kereta. Adam terkejut. Nasib baik tak accident dia dibuatnya. "Taufiq! Jahanam! Apa kau buat dekat sini?!" soalnya tegas. Taufiq ketawa sinis. Dia melingkarkan tangannya pada leher Adam dan leher lelaki itu ditekan dengan pisau.

"Aku? Aku nak bunuh kaulah. Aku dah agak dah.. mesti akan cari wife kau bila dengar aku nak bunuh dia. Jadi, aku pecah masuklah kereta kau. Bijakkan aku?"

"Nanti lepas kau mati, aku bolehlah kahwin dengan Raihana kan?" sambungnya lagi sebelum ketawa.

Adam masih cuba fokus pada pemanduannya. Sakit pada bahagian lehernya diabaikan. "Taufiq.. mengucap.. jangan buat kerja gila macamni.." pinta Adam. Taufiq ketawa sinis. "Kau.. tak layak nak nasihatkan akulah bodoh! Pergi mati!" teriaknya.

Dia cuba menikam leher Adam namun Adam sempat menghalang. "Taufiq, stop!" arah Adam. Dia terpaksa melepaskan kedua- dua tangannya pada stereng demi menghalang Taufiq daripada menikamnya. Keadaan yang kelam- kabut itu menyebabkan kereta Adam hilang kawalan. "Allah!" jerit Adam sebelum kereta itu merempuh sebatang pokok.

"Jadi.. kamu Raihana? Isteri Adam?" soal Tan Sri Idham. Raihana mengangguk. "Tan Sri.," "Panggil daddy jer." sampuk Tan Sri Idham. "Er.. ya.. daddy.. erm.. daddy dengan Irfan datang ni ada apa?" soal Raihana gugup. Gelabah habis dia dibuatnya bila pertama kali dijenguk oleh bapa mertuanya itu. Iyalah.. kahwin dah dua tahun tapi sebelum ni, sekalipun dia takpernah jumpa bapa mertua dia tau? Kenal pun tidak! +

"Saya dengan daddy awak nak bagitahu awak sesuatu. Tentang Adam." terang Irfan. Dia tahu, kalau dia datang sorang, Raihana takkan nak dengar penjelasan dia. Sebab tu lah dia terpaksa 'angkut' sekali Tan Sri Idham tu. Senyuman Irfan melebar saat Raihana mengangguk, tanda dia setuju untuk mendengar penjelasan mereka.

"Hari tu, sebenarnya, perempuan tu sendiri yang masuk rumah ni. Adam tak kunci pintu. Ya. Part tu memang salah dia. Tapi, bahagian yang awak nampak dia dengan perempuan tu dekat bilik, bukan salah Adam. Waktu Adam tengah nak halau perempuan tu, awak tiba- tiba muncul dan salah faham. Semua ni, Adam yang bagitahu saya. Percayalah, Adam tak menipu." terang Irfan panjang lebar.

"Saya tahu awak marah dia sebab awak keguguran. Tapi awak jangan lupa, lelaki- lelaki jahanam tu yang buat awak keguguran. Saya pun.. termasuk dalam golongan jahanam tu. Dan, kalau bukan sebab awak takcuba lari dari Adam, anak kedua awak pun takkan gugur. Kalau awak cuba dengar penjelasan dia waktu tu, mungkin baby tu masih ada." sambung Irfan lagi.

Air mata Raihana mula bertakung di matanya. Cadar sofa digenggamnya erat. "Irfan.. jangan buat menantu uncle stres." ujar Tan Sri Idham. Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Satu keluhan berat dilepaskan. "Maaf.. bukan niat saya nak buat awak terasa. Tapi saya dah tak boleh tengok hubungan korang terus macam ni. Saya dah taksanggup tengok Adam jadi lemah. Maafkan saya." pinta Irfan.

"Takpe." balas Raihana sepatah.

"Dan.. Adam jadi macam ni bersebab.. semua ni berpunca dari daddy. Kalau daddy tak tunjuk contoh yang buruk waktu dia masih kecil, mesti Adam takkan teruk macamni. Daddy salah. Daddy pernah abaikan keluarga daddy. Sebab daddy, Adam takdapat rasa kasih sayang dari parents dia. Jadi daddy harap, Raihana dapat sayang dia. Boleh ya?" pinta Tan Sri Idham pula.

"Tolong Raihana.. Adam betul- betul dah berubah.. jangan seksa dia macam ni.." pintanya lagi.

Empangan air mata Raihana akhirnya pecah juga. Tiba- tiba dia diselubungi rasa berdosa yang teramat sangat. Ya Allah.. kenapa selama ni dia sakiti perasaan suami dia sendiri? "Saya.. minta maaf.. saya betul- betul.. minta maaf.." ucapnya dalam tangisan. "Jangan minta maaf pada kami, Raihana.. minta pada suami awak.. dia lebih layak." jawab Irfan. Dia menundukkan wajahnya, taksanggup melihat Raihana menangis.

Raihana mengelap air matanya. Dia mengangguk. "Saya janji.. saya takkan layan Adam macam ni lagi."

Saat itu juga telefon bimbitnya berdering. Dahinya berkerut melihat nombor yang tidak dikenali itu. "Maaf daddy, Irfan, saya nak jawab fon." dia meminta izin sebelum menjawab panggilan itu.

"Ya.. saya isteri dia.. kenapa? Hah?! Allah.." telefon bimbitnya terlepas daripada genggaman. Dia menekup mulutnya, takpercaya dengan apa yang didengarinya tadi. "Raihana.. kenapa ni?" soal Tan Sri Idham, takut melihat reaksi Raihana. 2

"Adam.. Adam.." hanya itu yang mampu dia ucap sebelum pandangannya bertukar gelap. Raihana pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience