Bab 59

Romance Completed 78329

Sampai saja di rumah penginapan, terus Luqman menuju ke bilik mandi untuk mandi. Beberapa hari tak mandi membuatkan badannya rasa tak selesa. Selesai mandi, Luqman kembali memakai baju baru yang sempat dibelinya di stall di lapangan terbang.

Luqman memandang sekeliling bilik penginapan. Tak ada sejadah yang disediakan. Dia mengambil inisiatif dengan melipatkan selimut dalam bentuk panjang dan dihamparkan ke atas lantai untuk menunaikan solat Isyaknya. Takbir diangkat dan segera dia mendirikan solatnya.

Selepas memberi salam ke kanan dan ke kiri, dia mengangkat tangannya untuk berdoa kepada yang Maha Esa. Memohon supaya keselamatan dirinya, keluarganya yang tersayang dan ibu kepada arwah tunangnya sentiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi dengan rahmat dan rezeki yang takkan putus. Dia juga turut bermohon supaya kes yang dijalankan ini dengan kawannya, Taufiq akan berjalan dengan lancar sehinggalah kes selesai.

Selesai mengaminkan doanya, dia bangun dari duduk di atas selimut lalu selimut yang digunakannya sebagai sejadah diletakkan kembali ke atas katil. Kemudian, dia terpandangkan sehelai kertas putih yang dilipat dua di atas lantai. Dahinya berkerut sejenak.

Bila masa pulak kertas putih tu ada dekat situ? Setahu aku masa aku habis mandi tadi, kertas putih tu tak ada pun dekat situ. Dia berjalan menghampiri pintu bilik lalu menunduk sedikit. Kertas putih itu diambil lalu membaca isi yang terkandung di dalam kertas tersebut.

Don’t you think you will be safe forever! Remember that!

Pantas pintu bilik penginapannya dibuka. Dia memandang ke sekeliling. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Tak ada gerangan yang mencurigakan pada pandangan matanya. Huh! Ini mesti tak ada orang lain ni! Mesti kerja Danial suruh orang-orang dia hantar surat ugutan ni dekat aku!

“Luq! Kau buka pintu ni dah kenapa? Ada apa-apa ke?”
Taufiq yang baru sampai memandang Luqman yang duduk tercegat di depan pintu dengan surat di tangannya. Taufiq membaca isi surat itu.

“Surat ugutan lagi?”

“Hmmm…masa kau datang sini kau ada nampak sesiapa yang mencurigakan tak?”

“Tak ada pulak. Lagipun pada pandangan akulah kan…aku tak rasa diorang ni biasa-biasa je tambah-tambah lagi Danial. Dia dengan orang-orang dia tu memang licik dan buat kerja apa pun selalu ‘bersih’. Memang tak dapat
nak jejak diorang punya kerja jahat.”

“Kau rasa kes kematian Dariya ni ada kena mengena ke dengan Danial? Mungkin Danial yang hapuskan semua bukti tu?”

“Itu boleh jadi jugak. Tapi itu teori kita je dan kita tak tahu sama ada Danial yang buat ataupun Gia upah orang untuk hapuskan semua bukti tu. Sekarang ni kita ada dua teori yang kita betul-betul tak sure lagi. Tapi, kau jangan risau. Aku cuba untuk siasat latar belakang
Danial dengan bantuan polis jugak. InshaAllah…dengan izin Allah kita dapat selesaikan kes ni sama ada cepat atau lambat.”

“Ok…thanks bro.”

“Esok kau dah nak balik Malaysia kan?”

“Ha arrr. Kau macam mana pulak? Ok ke duduk sini?”

“Aku ok je. Kau jangan risau. Apa-apa kes yang aku rasa bermanfaat untuk kau, aku akan bagitahu kau on the spot.”

“Thanks.”

Taufiq melangkah masuk dan duduk di atas katil. Dia
memandang Luqman yang masih lagi berdiam diri di hadapan pintu.

“Kau fikir apa?”

Luqman menggeleng lalu pintu bilik ditutup. “Aku tak fikir apa pun. Aku cuma terfikirkan Gia.”

“Hmmm??? Lain macam je kau ni? Luqman yang aku kenal bukannya jenis yang suka fikirkan orang lain. Kau suka dekat Gia ehhh?”

“Haih kau ni. Aku terfikirkan dia tak semestinya aku sukakan dia. Boleh tak otak kau ni fikirk kembang sikit?”

“Hahahaha…alah sorrylah Luq! Aku gurau je. So, kau fikirkan apa pasal Gia?”

“Aku terfikir sebenarnya dia betul-betul baik dengan aku ataupun just buat-buat baik dengan aku.” Dah kenapa pulak kau fikir macam tu Luq?

“Kenapa kau fikir macam tu?”

“Yalah sebab Danial tu part of family dia jugak. Tak mustahil jugakkan dia suruh Danial tu padam semua bukti yang ada?”

“Isy kau ni! Kau fikir balik ehhh? Kalau betullah dia tu memang berpakat dengan Danial untuk hapuskan semua bukti, kenapa dia lindungi kau masa Danial tengah cari kau sampaikan dia sendiri yang tercedera?”

“Manalah tahu dia just berlakon untuk buat aku yakinkan dia ke?”

“Aku rasa tak Luq. Aku rasa Gia memang ikhlas nak tolong kau dari diapa-apakan Danial. Dahlah…kau jangan fikir macam-macam pasal ni.”

“Aku just terfikir je. Dahlah aku nak tidur. Penat! Kalau aku tak terjaga Subuh nanti, kau gerakkan aku ok?”

“Baik bos.” Luqman membaringkan badannya ke atas katil lalu memejamkan matanya. Badannya memang terasa letih sangat sekarang ni.

BEBERAPA jam di atas flight, akhirnya dia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2). Selepas mengambil beg bajunya di ruangan tuntut bagasi, dia segera keluar dari balai perlepasan menuju ke arah tempat parking. Beg bajunya diletakkan ke dalam bonet kereta.

Rasa laparlah pulak lepas dalam flight tadi aku just makan sikit je. Tak lalu nak makan. Tak apalah…aku balik jelah terus. Sekarang ni dah pukul dua belas tengahari. Mesti mama dah masak makan tengahari. Luqman memandu keretanya pulang ke rumah.

Tiba di kawasan rumah, dia memakirkan keretanya di garaj. Enjin kereta dimatikan dan bagasinya yang di dalam bonet dibawa keluar. Dia berjalan menuju ke pintu rumah. Berkunci. Aikkk??? Tak ada orang ke? Untung jugak aku ada kunci spare. Pintu rumah dibuka perlahan menggunakan kunci spare. Hai…sunyi semacam je rumah ni? Mana mama dengan Zahirah pergi? Kasutnya ditanggalkan di luar dan melangkah masuk. Memandang sekitar rumah. Sunyi.

Mama dengan Zahirah keluar ke? Telefonnya dibawa keluar lalu menghubungi nombor Zahirah. Panggilannya berangkat.

“Hello achik! Achik dengan mama ada dekat mana sekarang ni? Apasal angah balik rumah sunyi je?”

“Emmm…actually achik dengan mama sekarang ni ada dekat rumah along dah nak dekat lima hari dah.”

“Rumah along? Dah buat apa pulak dekat rumah along?”

“Angah…mama cakap kalau angah nak tahu sebabnya, angah kena datang rumah along.”

“Pulak? Ha oklah tapi angah take time kejap. Baru sampai je ni.”

“Ok angah.”

Luqman memandang telefonnya selepas panggilan dah
diputuskan. Hmmm…dah kenapa pulak mama tiba-tiba nak duduk dekat rumah along? Ada benda yang jadi ke? Sebab selalunya mama lebih suka duduk dekat rumah sendiri. Nak tak nak aku kena siap cepat-cepat dan pergi ke rumah along.

PINTU rumah Zarina diketuk. Pintu dibuka dari dalam selepas kunci pintu dibuka. Wajah serius Zarina mengundang rasa pelik dalam hati Luqman. Ada apa-apa yang berlaku ke selama aku duduk dekat Filipina tu? Kalau ada apa-apa, kenapa along dengan achik tak bagitahu aku? Tak pun mama. Mama langsung tak bagitahu aku apa-apa langsung.

Luqman menghampiri mamanya yang duduk di ruang berehat di balkoni rumah. “Mama…”
Ungku Maria menoleh memandang anaknya dengan pandangan sugul. Huluran salam anaknya disambut.

“Ma…kenapa mama duduk dekat sini? Angah tak faham apa yang dah jadi. Achik! Ada apa sebenarnya?”

Zahirah pula bertindak mendiamkan diri. Tak nak masuk campur selepas dikerling tajam oleh Zarina.

“Along! Ada apa sebenarnya ni? Cuba cakap? Kalau along, achik dengan mama tak cakap, macam mana angah nak tahu apa yang dah jadi? Jangan buat angah serba salah macam ni.”

“Sekarang ni ke angah baru nak rasa serba salah?” Suara
Zarina terdengar agak keras. Untung saja suami dia kerja hari ni dan anak-anak pulak pergi sekolah. Kalau tak, mesti suami dia masuk campur suruh dia bawak bertenang. Masalahnya benda ni memang dah tak boleh bawak bertenang!

“Maksud along apa? Angah tak faham.”

“Sebab mama dan achik datang duduk sini semuanya berpunca dari angah! Angah sedar tak apa yang angah tengah buat sekarang ni memudaratkan orang di sekeliling angah sendiri?! Sedar tak?!”

“Apa ni? Angah tak faham!”

“Mama dengan achik datang duduk sini sebab dapat surat ugutan dari orang suruhan Gia! Mama kena ugut kalau angah teruskan lagi siasatan angah tu, diorang akan cederakan achik! Angah rasa benda ni still main-main lagi ke hah?!”

“Orang suruhan Gia? Kejap! Angah tak rasa surat tu dari orang suruhan Gia!” Selama ni Gia baik dengan aku dan mustahil dia upah orang untuk hantar surat ugutan dekat keluarga aku.

Zarina menuju ke biliknya lalu surat ugutan yang diterima mamanya beberapa hari lepas diambil dan diserahkan kepada Luqman. “Baca!”

Aku nak kau lepaskan kes tu kalau kau tak nak keluarga
kau diapa-apakan!
-GIA-

“Tak! Angah tak percaya yang tulis surat ni orangnya Gia sebab Gia takkan bertindak macam ni!” Dia cuba yakinkan hatinya walhal dia hampir percaya surat ni memang datang dari Gia.

“Apa lagi yang angah tak percaya hah?! Siap ada nama lagi! Sudahlah angah! Take down the case dan biar je polis yang buat kerja! Angah tak payah masuk campur!”

“Angah tak boleh take down case tu.”

“Jangan jadi selfish lah angah!”

“Angah tak selfish! Angah buat semua ni untuk tuntut pembelaan kematian arwah tunang angah sendiri! Selagi kematian arwah Dariya tak dapat pembelaan, selagi tu hati angah takkan tenang sampai bila-bila!”

“Along tahu tapi masalahnya benda ni polis boleh tolong settlekan! Angah tak payah masuk campur!”

“I need too!!!”

Terdiam Zarina dibuatnya bila suara Luqman mengaum garang di dalam rumahnya. Ungku Maria yang tadinya hanya melihat pertelingkahan antara dua beradik ini berlaku segera menghampiri Luqman lalu tubuh anak keduanya itu dipeluk erat. Cuba menenangkan angin Luqman yang mula meribut.

“Along tak faham perasaan angah macam mana bila angah kehilangan tunang yang angah paling sayang! Along tak faham macam mana sakitnya perasaan angah bila dapat tahu satu bukti malam kejadian tu semuanya dah lesap manakala pembunuhnya still bebas hidup dekat luar sana dan sikit pun pada hari kejadian dia langsung tak datang mintak maaf dekat ibu sedangkan ibu menangis sengsara dengan kematian Dariya! Along tak ada di tempat angah so stop talking like a stupid!”

“Ohhh!!! Angah nak cakap along ni cakap macam orang bodoh?! Sekarang ni along nak tanya! Apa yang angah buat selama ni bagus sangatlah?! Brilliant sangatlah sampai sanggup nak gadai nyawa sendiri?! Along tak tahulah apa benda yang dah merasuk angah sampaikan angah tergamak nak buat macam ni! Along cakap semua ni untuk kebaikan angah jugak!”

“Kebaikan apanya along?! Apa?! Along tak payah nak cakap seolah along ni pandai sangat!”

“Memang along bodoh pun!”

“Sudah! Sudah! Jangan bergaduh lagi!” Ungku Maria bersuara untuk menenangkan keadaan yang dah mula terasa tegangnya. Zahirah mendiamkan diri di sofa.
Takut melihat perang mulut antara kakak dan abangnya.

“Dia nilah ma! Acah bagus sangat sampaikan tak fikir keselamatan orang! Along tak risau sangat ma kalau mama kena ugut ke apa mama still boleh duduk dengan along tapi kalau ibu?! Angah ada fikir tak pasal ibu?!
Nasib baik ibu tak kena ugut apa-apa! Kalau tak, mesti ibu kecewa dengan angah!”

“Along tak payah nak sibuk hal angah lah!”

“Hah elok sangatlah buat perangai keras kepala tu!”

“Sudah! Mama cakap sudah! Jangan bergaduh lagi! Mama tak suka tengok anak-anak mama bergaduh sebabkan hal ni. Luq…Luq baru sampai je kan? Luq lapar?”

“Tak ada selera bila bergaduh dengan dia ni! Luq lagi rela makan dekat luar!” Kertas ugutan yang dipegangnya tadi dicampak ke atas lantai dan berlalu keluar dari rumah Zarina.

“Bagus sangat dahlah tu!”

“Rina!” Ungku Maria memberi amaran sudah! Jangan gaduh lagi! Pening kepala dibuatnya bila dua orang ni bergaduh. Kalau Luqman dengan Zarina start bergaduh, memang boleh runtuh rumah dibuatnya sebab masing-masing tak nak mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience