Adam dan Danial sedang baring di atas katil mereka dan melihat keadaan sekitar yang sunyi dan ditemani oleh bunyi dengkuran sahaja. "Abang mana encik Smith dan abang Hakim. Saya tak nampak mereka dari tadi lagi. Luke dan David dah lama balik dan mereka dah masuk tidur." Danial berbisik. "Abang tak tahulah. Mari kita cari mereka di atap." Adam mengajak dan mereka meninggalkan katil. Mereka turun ke tingkat bawah dan membawa sebuah lampu suluh kerana bahagian bawah ditutup lampu. " Ni dah macam kita buat paranormal ni dan bukannya cari sesiapa." Adam bergurau. Setelah sejam mereka puas mencari di semua tempat kecuali di kawasan kolam renang dan tempat letak kereta kerana berada di luar, mereka singgah minum air di bahagian peti sejuk minuman." Aduh, memang tak ada!" Adam mengeluh kepenatan. " Kalau nak minta bantuan yang lain pun mereka sedang tidur.Marilah Adam kita cuba minta tolong Will dan Bennet." Danial mengajak dan mereka pun menaiki eskelator. Adam menutup lampu suluhnya dan mereka tiba di hadapan pintu kedai perabot. Keadaan di dalam masih gelap. Danial melangkah setapak dan berasa pelik kerana dia terasa kasutnya basah. " Eh, abang bila masa ada takungan air ni? Melimpah daripada mana?" Danial hairan dan melihat tapak kasutnya di dalam kegelapan. Adam mahu menyuluh pada kasut Danial. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi katil Luke berbunyi. "Alamak adik, Luke dah bangun. Mati kita kalau dia tahu kita cari Smith dan Hakim." Adam cemas. Mereka berdua membuka langkah untuk berlari dan sebaik sahaja mereka melepasi pintu kedai itu mereka berdua jatuh terlentang akibat tergelincir kerana air yang berlopak di atas lantai. "Bam" bunyi mereka jatuh mengejutkan Bennet yang katilnya berada dekat dengan pintu kedai.Bennet geram dan duduk di atas katil mengusap matanya dan dia masih mamai. " Siapa tu?" dia bertanya. Dua beradik yang jatuh terlentang duduk dan mengerang kesakitan. "Aduh!" mereka mengeluh sakit sambil mengurut bahagian belakang badan. Bunyi titisan air dapat didengar oleh Danial. Tambahan pula, dia terasa titisan air itu jatuh tepat ke arah muka dia dan Adam. "Air apa ni? Bau hanyir dan melekit macam ...!" Adam menghidu bau air itu dan terkejut kerana ini bau darah. Bennet membuka suis lampu berdekatan dengan katilnya dan memandang ke arah adik-beradik yang duduk di hadapan pintu kedai. "Arghhhh!!!" Adam dan Danial menjerit serentak kerana melihat sekujur tubuh yang digantung pada bahagian leher dan diikat pada bahagian besi atas pintu kedai itu sambil tubuh badan yang terhuyung-hayang dan titisan darah jatuh ke lantai kerana bahagian badan dan perut mayat itu hilang akibat dimamah. Adam pengsan dan Danial hanya diam kaku dengan kedua-dua matanya terbeliak memandang keadaan mayat di atas kepala mereka. Wajah Danial pucat lesi, " Pak cik Smith..." Danial berkata sambil meneliti wajah Smith yang kebiruan. Bennet terkejut dan segera menjerit. "Bangun!!!" dan berjaya mengejutkan ahli lain yang sedang tidur diulit mimpi manakala Luke telah pun berada berdekatan Danial meneliti mayat Smith dengan tiada perasaan. Harry bangun dan melihat keadaan itu. " Bennet angkat Adam dan bawa dia rehat dan Julie tolong Danial sementara sesiapa, tolong bawa budak-budak naik ke atas atap." dia memberi arahan. Nadia,Chen dan dua orang jururawat iaitu Lisa dan Amelia membawa naik kanak-kanak ke bahagian atap. John memegang tangga dan Harry mengerat tali yang meliliti leher mayat Smith. Kemudian si kembar Jack dan Jill mengangkat mayat Smith dan dialihkan ke bahagian tengah kedai itu manakala Julie mengelap darah Smith di atas lantai sambil dibantu oleh Luke,David dan Will. John memeriksa keadaan mayat Smith. " Waktu kematian mungkin sahaja dalam lima jam, tubuh Smith telah pun mengeras pada bahagian sendi dan kelihatan bintik merah ungu seperti lebam pada bahagian atas kulit mayat Smith. Tak mungkin zombi yang bunuh dia sebab mayatnya digantung sebegini. Si pelaku dalam kalangan kita juga." John memaklumkan kepada mereka dan menutup mayat Smith dengan selimut tebal. " Kita kena asingkan diri daripada budak-budak. Baiklah malam ni biar budak-budak sambung tidur dan diperhatikan oleh Julie dan Bennet. Yang lain berkumpul di meja makan. " dia memaklumkan. Mereka pun bergerak ke bawah dan berpecah memeriksa setiap pintu dan tingkap di dalam mall dan akhir sekali di atas atap. "Um, pelik sebab tidak nampak langsung kelibat bayang Hakim." Harry berkata. " Aku dah periksa kawasan luar parking mall tiada sesiapa atau zombi berdekatan."Chen memberitahu Harry.David dan Luke yang memeriksa kedai pada bahagian bawah juga mengatakan hal yang sama. Jack bersuara, " Kita kena pantau pergerakan sesama sendiri dan kecuali budak-budak. Tapi yang pasti Hakim adalah suspek utama. " "Ye, saya setuju. Malam ni semua akan tukar tempat tidur di bahagian atas atap mall.
Harry, John, Jack, Jill dan Chen pergi ke arah tingkat bawah dan Harry masuk ke dalam bilik monitor CCTV. Sebaik melangkah dia terkejut melihat semua komputer telah rosak dipecahkan pada bahagian monitor dan tidak dapat berfungsi lagi. "Tak guna si pelaku juga dah rosakkan CCTV mesti dia tahu mendiang Smith yang akan menjaga bahagian CCTV mall ni."Harry berkata sambil menumbuk keyboard. Manakala anak-anak Nadia iaitu Ching, Kay dan Oliver berserta Mia membantu mengemas bahagian atas itu dan menghamparkan beberapa beg tidur sambil Will dan Bennet memasang khemah menutupi tempat mereka tidur agar tidak terkena hujan. Harry hanya memaklumkan kepada mereka bahawa mereka semua akan tidur di atas sementara waktu sehingga dapat cari pembunuh Smith. Jack,Jill dan David mengumpulkan semua senjata di dalam sebuah beg dan diletakkan berdekatan tempat tidur Harry bagi keselamatan. Adam dan Danial hanya duduk berdua memandang mereka semua melakukan kerja dan tidak dipaksa untuk membantu kerana mereka berdua masih trauma. Kemudian setelah selesai makan empat orang ditugaskan untuk berkawal di bahagian bawah mall iaitu David bersama-sama Luke dan si kembar juga. Adam melihat David dan Luke dan berasa curiga kerana David amat rapat sekali dengan Luke yang tidak tahu asal usul dan dia juga tidak tahu mengapa dia seperti pernah berjumpa Luke tetapi tidak pasti di mana. "Abang, kita perlu perlu beritahu mereka yang Pak cik Smith dan abang Hakim pergi jumpa Luke dan David di atas ni senja semalam." Danial berbisik. "Itulah abang nak beritahu juga tapi takut mereka tak percaya. Abang akan ceritakan pada Will sebab dia rapat juga dengan Hakim. Abang Rasa dia pasti tak yakin yang abang Hakim pelaku sebab abang Hakim pun tak pandai guna pistol atau berlawan inikan nak bunuh seseorang lagi tak mampu." Adam menegeskan dan dipersetujui oleh Danial. Lalu mereka tekad dan mengajak Will berbual di depan hadapan tandas dengan berpura-pura meminta Will menemani mereka ke tandas di bahagian bawah mall. Selepas menceritakan semua kejadian pelik berkaitan Luke dan David dan Will agak berkerut mendengar penjelasan oleh adik-beradik tersebut. " Jadi kamu kata Hakim dan Smith berjumpa dengan mereka berdua di atas atap dan kamu dah cari mereka tapi tak sangka jadi begini?" Will memastikan. "Ye" mereka berdua mengangguk. Will tidak pasti mahu mempercayai cerita ini tetapi dia juga rasa mungkin betul. "Saya ada pendrift yang mendiang Pak cik Smith bagi iaitu video Luke yang makan daging dan kejar Danial." Adam meraba poketnya dan alangkah terkejut kerana tidak ada. "Eh, semalam ada? " Adam keliru. Mereka pun beredar ke kedai perabot dan mencari pada katil yang Adam dan Danial tidur namun hampa kerana tiada. " Adam dan Danial. Mungkin kamu berdua penat sangat. Kita tak boleh tuduh sesiapa dalam hal ni tanpa bukti. Kita kena cari Hakim dan tak mengapa abang janji akan beritahu bapa abang, Harry. " Will memberitahu dan mereka berlalu naik ke tangga atas atap. David yang berada di dalam tandas mendengar perbualan jelas mereka bertiga dan dia senyum lalu mencari Luke.
Share this novel