Bonda..Makan sedikit. Dari pagi tadi lagi bonda tak makan. Nanti perut masuk angin. Jamahlah sedikit pun tak apa. Bonda kena makan ubat. Pujuk Munirah lembutnya cuba menyuapkan bubur kepada Hajah Fazilah. Sudah menjadi rutin hariannya kali ini kerana dia terpaksa mengambil cuti dan menjaga Hajah Fazilah di sini. Ini adalah kali pertama ia tidur di rumah keluarga mentuanya. Azhar tidak dapat menemani Munirah disebab sibuk menyiapkan persiapan di sekolah akan buka tidak lama lagi. Rumah walid agak jauh untuk Azhar bergerak dari situ ke tempat kerjanya. Azhar cuba berulang alil untuk melawat Munirah di sana. Munirah tidak kisah dengan semua ini. Dapat menjaga bonda dengan baik sudah cukup baginya. Selagi ia boleh bertahan, Dirinya akan terus kuat untuk menempuhi semua ini walaupun hanya mendapat cacian sahaja sebagai balasan.
Aku tak laparlah..jangan paksa aku boleh tak? Aduhh..dah tak ada orang lain ke dalam rumah ni nak beri aku makan?? Pekik Hajah Fazilah sudah letih melihat wajah Munirah setiap hari di sini. Mahu dihalau suaminya akan marah pula nanti. Semakin ditatap wajah Munirah itu semakin sakit pula hatinya. Munirah cuba berbuat baik kepadanya mungkin mahu meminta restu atas perkahwinan mereka saja. Sampai ajal datang menjemput pun Hajah Fazilah tidak akan merestui hubungan mereka berdua. Jijik sahaja dirinya melihat penampilan Munirah yg sentiasa berbaju kurung ini. Sudah seperti tiada baju lain nak dipakainya. Fikir Hajah Fazilah.
Tolong bonda..makan sedikit..Nanti bonda sakit lagi. Biar Irah tolong suapkan. Pujuk Munirah lagi kali ini dia menyuakan sudu ke mulut Hajah Fazilah. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Bukan mudah untuk memujuk orang sakit makan itulah yg dirasainya ketika ini. Kesabaran saja dapat mengatasi semua masalah ini. Kalau bukan dirinya siapa lagi yg mahu memujuk bonda makan. Mana ada sesiapa sekarang dalam rumah ini. Munirah mahu menjadi orang yg berguna sedikit. Penat lelahnya diletakkan ke tepi dahulu. Perasan dan kesihatan bonda yg perlu ia menitik beratkan sekarang. Prang!! klang!!..Kedengaran bunyi mangkuk kaca itu pecah ke lantai. Hajah Fazilah menepis kasar tangan Munirah sehinggakan mangkuk bubur yg dipegangnya turut jatuh ke lantai. Tergamam Munirah seketika waktu. Suasana sepi menyama ruang bilik ini. Senang sekali Hajah Fazilah melihat puas apa yg dilakukan olehnya ini. Dia mahu melihat sejauh mana kesabaran Munirah menghadap semua ini.
Bonda...Sapa seseorang di depan pintu terus mematikan lamunan Munirah itu. Baru ia sedar perkara yg lepas terjadi tadi segera Munirah bangun dan mencuci semula sisa bubur yg sudah penuh di lantai. Sedikit pun riak wajah Munirah tidak menunjukkan apa-apa. Dalam keadaan tangan mengigil Munirah memaksa dirinya mengelap sisa bubur yg masih panas menggunakan tangannya. Berkerut sedikit dahi Munirah menahan sakit. Sakit ini sudah tiada rasa. Sakit di hatinya mungkin akan meninggalkan kesan nanti.
Ahhh Mira..datang pun kamu ke sini!! Napa dah lama tak datang ke sini? Bonda rindu kamu dan Eisya. Bersuara bonda riangnya apabila melihat susuk tubuh Mira di depannya itu. Dipeluk dan disayang Mira banyak kali. Keadaan menjadi kekok sedikit di situ apabila Munirah bangun dan melihat ke arah mereka berdua sudah seperti jejak kasih. Baru sahaja minggu lepas Mira ke sini Hajah Fazilah sudah merinduinya. Yg Munirah setiap hari di sini sedikit pun ia tidak kisah malah hanya cacian saja yg didengari setiap hari.
Dah kenapa tercegak lagi dekat situ?? Pergilah keluar. Bakal menantu aku dah datang. Tak perlu lagi susah-susah kau nak buat semua ini. Kalau dah tak ikhlas tu sampai bila pun tak redha. Perli Hajah Fazilah kasarnya ke arah Munirah. Mira juga terkedu mendengar semua ini. Sampai macam ini sekali bonda membenci diri Munirah. Patutnya bonda mahu cepatkan saja dirinya berkahwin dengan Azhar. Mira rasa bersalah saja melihat Munirah masih tersenyum manis di situ. Kalau dirinya sudah lama mengalirkan air mata apabila dibenci oleh ibu mertua sendiri.
Baiklah..kalau bonda perlukan apa-apa lagi..Munirah ada di bawah. Jawab Munirah menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi dari situ dengan kesan kemerahan di tangannya. Sedikit pun tidak terlintas erti penyelesalan di wajahnya melakukan semua ini. Apa salahnya sehinggakan bonda begitu benci terhadapnya. Jika benar dirinya bukan menantu pilihan, Azhar layak berkahwin dengan menantu pilih bonda, Amira Athirah. Kalau inilah yg boleh membuat dirinya bahagia Munirah akan melangkah pergi.
Munirah..Rasa sakit tangan kamu ini?? Tanya Mak Nah sambil menyapukan minyak gamat ke tapak tangan Munirah. Kasihan saja setiap hari dia mendengar suara bonda menengking Munirah. Apa salah Munirah sampaikan nasibnya di layan seperti ini sekali. Munirah hanya mengelengkan kepala sahaja. Dirinya masih tersenyum girang apabila dilayan baik oleh Mak Nah. Dapat juga dia berbual dan berkawan dengan Mak Nah. Perasaan sakitnya dibuang jauh selepas melihat diri Mak Nah yg sudah dimamah usia masih lagi kuat bekerja di sini. Munirah selalu saja menolong Mak Nah apabila duduk di sini. Kasihan dirinya melihat Mak Nah membuat semua kerja rumah tanpa ada rehatnya. Walaupun selalu saja Mak Nah menolaknya Munirah akan tetap lakukannya. Mana mungkin dia akan membiarkan Mak Nah membuat semua itu. Dengan melakukan semua kerja itulah hilang segala keresahan di dalam hatinya. Munirah tidak mahu bersedih lagi. Sifat itu dibuang jauh sekali.
"Assalamualaikum..umi sihat?? " Tanya Munirah setelah Puan Ruziah mengangkat panggilannya itu. Munirah duduk di halaman taman di tepi rumah walid sebentar untuk menelefon uminya. Sudah lama ia tidak ke sana memandangkan ibu mentuanya ini pula sakit. Terbalih bahagi hati Munirah membuat keputusan. Ia terpaksa berkorban sedikit masa di sini sehinggalah bonda kembali sembuh seperti biasa. Rasa rindunya dekat umi disimpan dahulu.
"Waalaikumsalam..alhamdulilah..umi sihat saja. Macam mana keadaan Irah?? Irah sihat?? Azhar pun sihat??" Soal Umi kembali gembira mendengar suara Munirah ini. Akhirnya anak perempuannya menelefon juga. Hilang rasa risau dan rindukan diri Munirah seketika waktu.
"Yaa..Irah sihat saja. Abang pun sihat..Umi. maaflah kalau Irah dah lama tak balik ke sana. Irah akan cari masa juga nanti. Irah..irah dekat rumah bonda abang Azhar. Bonda jatuh sakit. Irah kena jaganya. Sekali lagi Irah minta maaf." Beritahu Munirah kesalnya kena membuat keputusan begini. Dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa pun. Munirah melabuhkan punggungnya di tepi kebun bunga itu. Perasaan sebak mula menjalar di lubuk hatinya.
"Ya Allah..Munirah.Tak apa. Umi faham. Tak perlu minta maaf. Bukan salah kamu pun. Jagalah ibu mentua kamu sebaiknya. Irah dah berumah tangga. Irah kena lakukan tugas seperti ini. Umi harap Irah boleh jalankan tanggungjawab ini dengan ikhlasnya. Inshallah, Segalanya akan dipermudahkan nanti. Jaga perasan bonda baik-baik. Umi tahu Irah anak yg baik dan penyayang orangnya. Anak umi boleh..Umi percayakan Irah..Irah sentiasa dalam lindungi doa umi selalu." Nasihat Puan Ruziah sudah mengalirkan air matanya. Dia tidak dapat menahan sebak mendengar Munirah sudah pergi sejauh ini. Dirinya terlalu muda tetapi sudah banyak berdikari melakukan tugas berat seperti ini. Sesungguhnya Puan Ruziah bangga dengan diri Munirah. Hati dan jiwanya sungguh suci sekali.
"Inshallah..Irah akan cuba..Terima kasih umi. Nanti Irah telefon lagi. Kirim salam dekat Mika dan abah. Irah rindukan semuanya. Assalamualaikum." Ujar Munirah cuba mengawal ton suaranya itu. Air mata sudah pun terkumpul di kelopak matanya. Tunggu masa saja butiran jernih itu akan tumpah. Dirinya sangat memerlukan umi sekarang. Dengan mendengar suara sahaja tidak cukup untuk semua ini. Munirah rindukan pelukan hangat tubuh uminya. Mahu sahaja ia meluahkan segala yg tersirat di hatinya ketika ini. Panggilan itu terus dimatikan sebelum umi menjawabnya. Munirah tidak mampu menahan sebak lagi lalu menyengka kasar air mata yg mula mengalir di pipinya. Mira ada mendengar perbualan Munirah dengan ibunya itu di sebalik tingkap rumah. Mengeluh ia Kasarnya mengapa hati Munirah terlalu baik untuk semua ini. Dirinya sanggup berkorban semua ini asalkan orang lain bahagia jiwanya tersiksa.
Mira memandang lama wajah Munirah tersenyum riang sedang bermain dengan Eisya dengan permainannya itu. Pandai sahaja Munirah melayan anak kecilnya dengan baik sekali. Bonda sudah berehat dan tidur di atas. Dapatlah mereka berdua berbual sekejap sebelum Mira pulang nanti. Bukan ada sesiapa pun di dalam rumah ini kecuali Munirah saja. Pandangan Mira terus beralih ke arah lain apabila Munirah kembali melihat ke arahnya.
........................................................................
Kenapa pandang saya macam tu?? Bersuara Munirah tidak melihat ke arah Mira malah tanganya fokus saja membuat bangunan menggunakan lego untuk Eisya. Ketawa Eisya banyak kali seronok agaknya Aunty Munirah melayannya. Mira kembali melihat ke arah Munirah lalu bangun dan pergi duduk bersama mereka berdua di bawah.
Kenapa awak masih bertahan dengan semua ini? Soal Mira dengan satu pertanyaan semula. Kali ini dia dapat menangkap anak mata redup Munirah yg sempat pandang ke arahnya tanpa reaksi pun. Munirah kembali tersenyum seperti biasa. Seperti dapat mengagak sahaja soalan ini akan dituju kepadanya.
Ermm..selagi abang Azhar suami saya. Semua ini masih lagi tanggungjawab saya. Saya sebagai isteri cuba menolong apa yg patut dan bertolak ansur dalam hal ini. Siapa lagi nak jagakan bonda di sini kalau bukan sayakan? Saya tak kisah pun buat semua ini. Janji bonda kembali sembuh seperti biasa. Bukan balasan yg saya pinta. Jawab Munirah lembutnya kepada Mira. Munirah menepuk tangan apabila Eisya berjaya meletakan satu lego di tempat Munirah tunjuk tadi. Pandai saja Eisya bermain permainan seperti ini walaupun dia masih berumur 3 tahun. Munirah terharu melihat diri Eisya tidak ubah seperti dirinya yg sudah panjang akal sejak kecil lagi. Mungkin Eisya juga akan mengikuti jejak langkahnya nanti. Sekarang semua itu hanyalah tinggal kenangan saja. Fikiran Munirah hanya banyak dikawal oleh emosinya. Pada masa yg sama ia cuba mengawal semua ini sebaik mungkin. Biarlah orang nak anggap dirinya apa. Munirah sudah bersusah payah lari keluar dari zon kemurungannya. Memang layak orang menggelarnya masalah mental dan emosi tak stabil.
But went?? Saya tahu jiwa awak tersiksakan dengan semua ini?? Diri awak terlalu baik Munirah. Tolonglah..Sampai bila awak nak tengok kebahagian orang lain? Awak dah siksa diri awak. Kalaulah saya..Belum sempat Mira mahu bercakap lebih lagi Munirah laju saja memotong percakapannya
Saya sudah buat keputusan. Kalau abang Azhar akan masuk meminang akak, saya sendiri akan melangkah pergi. Saya tak akan berkongsi kasih dengan akak. Saya takut abang Azhar tak mampu nak beri semua ini adil kepada kedua belah pihak. Saya hanya menumpang kasih. Saya tahu batas saya dalam keluarga ini. Akak jangan risau..Saya tidak akan mungkir janji itu. Kata Munirah kali ini senyumannya menjadi sayu. Perasaan sedihnya dibuang jauh. Tergamam Mira mendengar semua ini dari mulut Munirah. Walaupun umurnya barulan belasan tahun tetapi tahap pemikirannya dalam berumah tangga sangatlah tinggi. Anak remaja yg kian dewasa sudah dapat merasai suasana seperti ini. Mira tidak dapat membalas apa lagi. Dirinya dibelegu tanda tanya. Pada mulanya perasaan gembira bila mahu menjadi suri hati Azhar semula tetapi selepas ia melihat semua ini perasaan lain pula yg datang. Adakah Mira kasihan melihat nasib Munirah seperti ini?
........................................................................
Walid tidak dapat pulang ke rumah harini memandangkan dia ada urusan di Perak yg perlu dihadiri. Jadi Munirahlah yg kena hadap dan melayan bonda sampai malam hari. Azhar juga tidak dapat pulang ke sini kerana esok sudah bermula hari persekolahan era tahun baru. Dia perlu bertolak awal ke sana. Bila sebut sahaja bermulanya tahun baru pasti semua sudah ada azam baru masing-masing kecuali Munirah saja. Setiap hari dia menghitung nasib sama yg dilaluinya seperti ini. Munirah tiada azam baru. Tiada apa yg terlintas di fikirannya. Kepalanya terasa sakit sangat. Ia tidak dapat melelapkan mata seperti biasanya. Munirah duduk bersandar di tepi dinding. Melihat keadaan bonda yg sudah dibuai mimpi. Puas sejak dari tadi lagi dia memujuk bonda makan. Sampaikan Mak Nah turut dimarahi kerana silap masak bubur yg selalu dimakannya. Masakan itu Munirah yg buatkan tadi. Munirah rasa bersalah terhadap Mak Nah disebabkan olehnya Mak Nah terkena tempias juga. Jam menunjukkan pukul 1.00 a.m. Munirah masih tidak dapat tidur kerana sekali sekala ia mendengar rengekakan Bonda semasa tidur. Mungkin keadaannya tidak selesa semasa tidur menyebabkan Munirah kena memberi perhatian sepenuh kepadanya. Sedikit pun Munirah tidak mengeluh semua ini. Jika ini uminya yg sakit perkara yg sama juga Munirah akan lalui. Biar dirinya sudah terbiasa dengan semua ini. Kerana semua inilah ia dapat membaiki diri menjadi anak yg baik.
Abang...abang mesti dah masuk tidurkan..Semoga hari abang esok dimulakan dengan bismillah. Inshallah esok permulaan yg baik untuk tahun ini. Maaflah saya tak dapat menggosok baju abang..kemas rumah..saya tak dapat buat semua itu. Saya harap abang jaga diri baik-baik..mungkin lepas ini Irah dah tak balik ke rumah itu lagi..Abang perlukan penganti untuk siapkan semua itu untuk abang..nguman Munirah sendiri di tepi dinding itu. Dia sangat rindukan suara Azhar yg selalu bising terhadapnya. Selalu menganggunya dalam diam. Selalu bercerita tentang kisah mereka pertama kali berkenalan. Munirah rindukan semua itu. Azhar adalah penyeri hidupnya. Tetapi semua ini mesti akan tinggal kenangan saja. Munirah tetap dengan pendiriannya akan pergi kalau Mira datang. Tidak perlu ia bertadah kasih yg tidak tsrbalas dari keluarga ini. Munirah akan kembali ke pangkuan keluarganya semula walaupun Abahnya belum dapat terima perkara yg lepas lagi. Siapa lagi Munirah mahu menumpang kasih kalau keluarganya juga menolak? Dirinya buntu. Kenapa harus dirinya melalui semua ini. Tiada tempat lagi Munirah ingin bertuju. Pada masa yg sama ia berfikir sejenak alangkah bahagia kalau dirinya sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Cepat-cepat Munirah tersedar dari hasutan syaitan segera dia bangun dan mengucap panjang. Munirah pergi ke arah tandas dan mengambil wudud. Mahu menunaikan solat sunat kerana ia tidak tidur maka tidak boleh melakukan solat tahajjud seperti baisa.
Allahuakhbar..Bersuara Munirah mengangkat takbir perlahan kerana dia sedang solat di dalam bilik bonda. Ia tidak mahu menganggu tidur lena bonda ketika ini. Bonda tersedar selepas melihat bayangan orang sedang solat dengan lampu tidurnya. Segera bonda lihat siapakah yg solat pada waktu sekarang. Terkedu Hajah Fazilah melihat Munirah yg mendirikan solat itu. Munirah masih lagi setia menunggunya sehinggakan masih tidak tidur pada waktu sekarang. Terasa tenang dan nyaman mendengar setiap nadi suara bacaan doa Munirah. mata Hajah Fazilah tidak putus melihat ke arah Munirah. Sesungguh Munirah memiliki jiwa yg luruh. Buruk macam mana layanan diberi kepada Munirah, anak ini sentiasa membalasnya kembali dengan baik sekali. Apa benar dirinya tersalah membenci diri Munirah? Disebabkan oleh kisah silam Munirah dirinya tidak dapat memaafkan Munirah. Hajah Fazilah tidak tahu semua ini. Patutkah dia memberi Munirah peluang lagi? Mahu Munirah buktikan yg ia cinta dan kasihi diri Azhar? Itukah yg Hajah Fazilah rasakan sekarang? Entah. Dirinya dibelegu rasa bersalah.
Share this novel