BAB 3

Romantic Comedy Completed 8880

“Boleh ke?” Alif angkat kening, tanda tak yakin pada si Adinda.

“Bro, jangan pandang perempuan sebelah mata,” Adinda menjeling si Alif sedas. Alif terdiam terus.

“Tepi sikit, boleh tak?” Keras suara yang dia lontarkan pada Ayie, tapi tetap nampak manis. Hehehe...

Tiga kali. Tiga kali aku tengok dia mencuba untuk menghidupkan motor si Ayie tapi motor itu masih tak mahu hidup. Si Ayie dan Alif dah buat muka. Odie pula leka dengan telefon bimbitnya. Si Helmi sekadar menggeleng. Mesti dalam hati mengutuk si Adinda ni.

“Tak boleh, kan? Tak payah nak tunjuk hero, Adinda.”

Adinda angkat kening pada si Alif sebelum bersuara pada Ayie, “Plag motor ni kena ganti sebab tu susah nak start.”

“Betul ke kau ni?”

“Betullah! Aku dah 23 tahun hidup dalam bengkel. Semua pasal motor aku tahu.”

“Memang tak boleh hidup langsung ke?” Ayie bertanya pada Adinda.

“Boleh tapi... aku tak mampu nak hidupkan,” Adinda bersuara sambil mengendang tempat duduk motor Ayie.

“Biar aku try,” aku bersuara.

Adinda pandang aku. Keningnya terangkat sikit memandang aku.

"Kau? Kau takkan mampulah. Kurus keding macam tak makan, mampu ke?”

Aku rasa panas sikit bila dikutuk oleh pujaan hati sendiri, “Cik Adinda, jangan pandang rendah pada kekuatan seorang lelaki. Kekuatan seorang lelaki itu bukan terletak pada tubuhnya Cik Adinda!”

Terdiam si manis itu. Wajahnya kulihat berubah warna. Malu mungkin. Cap yang menutup rambutnya ditarik kedepan, menutup wajahnya yang manis itu. Dengan lafaz Bismillah, aku cuba menghidupkan motor Ayie dan hanya sekali percubaan, motorsikal itu kembali hidup.

“Kan saya dah cakap, kekuatan seorang lelaki bukan pada kurus atau gemuk tubuh itu. Ia datang dari dalaman, Cik Adinda!” Bisik aku perlahan dan aku terus berlalu ke vespa putih milikku.

Adinda aku lihat tergamam terkedu. Aku pulak, rasa nak pitam atas vespa ni. Haih, beraninya kau wahai Andika Isyraf main bisik-bisik dengan anak dara orang!

Bunyi alarm telefon bimbit menganggu tidurku yang nyenyak. Baru aku nak matikan alarm tersebut, mata aku terbuka luas. Sudah pukul 7.30 pagi! Habislah! Habislah! Kelas aku mula pukul 8.00 pagi. Aku segera berlari masuk ke bilik air, aku dah lambat!

Tak sampai sepuluh minit aku mandi, aku segera berlari keluar. Seluar jeans lusuh jenama Levis aku sarungkan ke kaki. Rambut yang basah aku lap sehingga tiada lagi titis air menitik dari hujung rambut. Rambut aku yang separa basah itu aku biarkan saja. T-shirt I Am Lejen aku sarungkan ke tubuh. Perghh!! Kacaknya aku pagi ni!

Bila aku kerling jam di dinding, aku segera berlari keluar dari bilik namun sempat juga aku capai beg sandang dan helmet kura-kura aku tu. Sampai di kolej, dah tepat pukul 8.00 pagi! Aku parkirkan motor aku di kawasan yang sudah disediakan. Usai mengunci vespaku itu, aku segera berlari meninggalkan kawasan tersebut.

Aku berlari laju menuju ke Bilik Kuliah 1 yang terletak di bangunan akademik tetapi entah bagaimana, aku terlanggar seseorang.

“Maaf! Tak sengaja!” Ucap aku perlahan sambil mengutip fail si dia yang sudah bertaburan di lantai.

“Kalau ye pun nak cepat, tengok-tengoklah kiri kanan!” Ada suara kasar, menegurku namun aku tidak endah saja.

Aku pandang si dia yang sudah berdiri, “Maaf. Saya tak sengaja.”

“It’s okay,” lembut suara itu, selembut tuannya. Cantik!

“Aliya, kau okey?” Nah, suara itu! Suara yang lebih aku kenali. Yang buat detak di dada menjadi makin laju!

“Kau buta ke mamat?” Wah, mulut dia ni! Geram aku. Karang aku cium jugak budak ni!

“Eh, Cik Adinda! Awak memang tak pandai cakap elok-elok ke?”

“Heh, kau rupanya!” Si Adinda buat muka. Ei, memang mintak ciumlah budak ni!

Aku senyum nipis segaris pada si Aliya lalu aku mendekati si Adinda yang masih dengan muka cemberut.

“Awak sangat manis bila muka masam macam ni. Buat saya geram!” Cup!! Pipi Adinda aku cium lembut dan nyata, dia terkedu! Sungguh, memang aku geram dengan dia!

“Kau!!” Dan jeritan Adinda bergema manakala aku terus berlalu tanpa berpaling ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience